21 May 2006

Akhil D'Riyadh - Aku, Rock dan Dakwah

Akhil sekarang...

Akhil (dua dari kiri), di zaman rock tak ingat punya!!


WALAUPUN tidak segah Search, Wings, Sweet Charity atau Lefthanded, rasanya ramai rockers yang mengenali D’Riyadh. Band yang dianggotai empat anak muda dari Gopeng, Perak ini mula dikenali selepas menjuarai pertandingan band Bintang Box Office pada lewat 80-an dulu sebelum disambar label PMC dan menghasilkan album sulung – ‘Media 88-89’.

Line-up yang terdiri daripada Akhil (vokal), JP (gitar), Eman (bass) dan E.E (dram) mudah menarik perhatian khalayak kerana selain berbakat, muka pun cute dan hensem! Hahahaha!! Standard la, tipikal industri muzik Melayu!

D’Riyadh dah lama berkubur. Impaknya pun tak la sebesar mana, tapi nama ini terus menjadi sebutan. Ini kerana Akhil atau nama sebenarnya Akhil Abdul Hayy, 37, yang sudah ‘berhijrah’ dan kini cukup popular sebagai ustaz, penceramah dan pendakwah bebas. Rasanya ramai yang pernah dengar atau tonton ceramahnya. Sempoi, kan? Heheh…

Atas bantuan saudara Aliph (rakan se’rock’ aku), kami berdua sempat duduk berborak-borak dengan Ustaz Akhil sementara nak tunggu waktu Maghrib di sebuat mesjid dekat Cheras, tak lama dulu.

Mungkin ramai dari korang yang pernah baca kisah Akhil ni kat mana-mana majalah atau surat khabar. Tapi yang ni aku cuba fokuskan pada zaman rock dia dulu, bila mendapat hidayah dan pengalamannya. Sempoi lepak dengan mamat ni, kelakar pulak tu. Sebenarnya dia dah biasa membahasakan diri sebagai ana dan memanggil orang anta, tapi bila bersembang bab rock, keluar jugak aku, kau, lu, gua semua! Heheh… So, untuk memudahkan, biar la aku letak saya aje.

Apa aktiviti sekarang?

Saya kini aktif sebagai pendakwah dan penceramah bebas. Saya banyak mengadakan ceramah sempena Israk Mikraj, Maulidur Rasul dan macam-macam la event Islam. Tapi itu antara yang bermusim la. Boleh dikatakan hampir setiap hari terdapat undangan ceramah ke merata surau, masjid, sekolah dan pusat motivasi di seluruh negara termasuk la Singapura.

Saya juga masih menyanyi sebenarnya, tapi dalam aura keislaman. Baru-baru ini saya pernah ke Thailand mengadakan konsert kesenian Islam bersama In Team. Selain tu, saya mengajar al-Quran di Ipoh di samping mempunyai perniagaan di sana. Dan, saya juga menetap di Ipoh.

Dulu, macamana boleh terbabit dengan band rock ni?

Biasa la, tahun 80-an adalah era ekplosif muzik rock, kan? So, saya pun ikut sama terpengaruh. Mula-mula biasa la kan, rock kapak mesti start kat kenduri kahwin kan? Pengalaman pertama D’Riyadh kat kenduri kahwin la. Lepas tu pada 1988 kebetulan Ali Bakar anjurkan pertandingan band Bintang Box Office dan kitorang cuba nasib. Tak salah saya masa tu ada 113 band rock dari seluruh negara yang bertanding. Alhamdulillah, kami menang dan dapat offer recording contract daripada PMC.

Konsep asal yang kami nak ialah heavy metal. Ye lah, masing-masing influence Led Zeppelin, Iron Maiden, Loudness, Poison, Motley Crue, tapi terpaksa ikut cakap record company. So, buat la muzik apa yang diorang nak. D’Riyadh sebenarnya tak top mana pun. Kami bertahan tak sampai tiga tahun. Lagipun masa kami keluar album, kebetulan Wings baru meletup. So, diorang betul-betul pukul habis la! Tak terlawan la masa tu.

D’Riyadh tu apa? Bukan ibu negara Arab Saudi ke?

Heheh… saya adalah keturunan Rawa yang banyak bermastautin di daerah Gopeng. Dalam bahasa Rawa, YADH tu bermaksud garisan. Jadi, maksudnya adalah DIRI dan GARISAN = D’RIYADH. Kalau dengar balik intro beberapa lagu kami, ada pengaruh muzik Arab sebenarnya. Saya pulak ada basic dalam pengajian al-Quran, so, lenggok nyanyian pun lebih ke arah itu.

Masa mula-mula buat band dulu macamana?

Susah jugak. Kami takde sapa-sapa yang sponsor. Semua keluar duit sendiri. Cara nak dapatkan duit, kami jual durian kat kampung. Heheh… rasanya cerita jual durian tu ada keluar dalam majalah dulu. Life masa tu pun asyik pikir nak seronok je. Hari-hari lepak kat shopping complex. Biasa la masa tu dah tak duduk dengan orang tua, kira nak cari life yang betul-betul rock la. Heheh.

Dalam banyak konsert D’Riyadh, yang mana satu yang tak boleh dilupakan?

Konsert di Stadium Darulmakmur, Kuantan, Pahang pada 1990. Kami bersama Rahim Maarof dan Gersang jadi opening act untuk Search. Crowd memang ramai gila! Penuh satu stadium tu!! Memang best betul. Paling best sebab semua artis masa tu pegi naik bas khas dari KL. Dan, konsert tu sebenarnya adalah sebahagian daripada babak dalam filem Fenomena arahan Aziz M Osman. Tapi yang keluar Search aje la… heheh.

Err… sekarang pun saya masih mengikuti perkembangan muzik rock tempatan. Saya masih ambil tahu walaupun saya dah macam sekarang ni.

D’Riyadh pun tak lama kan?

Ha ah… Lepas juara Bintang Box Office tu, Ali Bakar offer untuk album kompilasi Hikayat Rok, lepas tu album Pancakara Cakrewala dan kemudian baru la keluar full album debut kami iaitu Media 88-89. Lepas tu memang banyak problem, bermula dengan drummer, E.E yang menarik diri. Lepas tu cuba cari drummer lain, tapi semuanya tak kena, tak ngam sehinggalah kami jumpa A’ah, bekas drummer Ikrar. Sambil tu kami dalam proses nak lahirkan album baru, tapi tak jadi sebab banyak sangat problemnya.

Akhirnya kami tinggal bertiga. D’Riyadh pun dah takde dan kami tubuhkan band trio iaitu Lang Asia. Konon-konon band tu cool la, nak buat stail busking. Dan, masa tu dah rasa otai dan rambutnya pun dah panjang gila. Kira cool abis la! Hahaha! Masa tu kami dengan label Muzik Matahati, milik Pak Hussein, bapak kepada Ruhil. Dia pun merata-rata bawak kami dan janji nak buatkan album, tapi banyak sangat problem dan antaranya ialah duit. Akhirnya semua tak jadi dan habuk pun tarak!

Kami jugak pernah diketawakan oleh M Nasir. Masa tu seingat saya di perkarangan studio TV3 di Bangsar dan Nasir tanya, “Album D’Riyadh sebelum ni jual berapa banyak?” Kami cakap tak banyak la, ada la dalam belasan ribu. Lepas tu dia boleh cakap, “Hmm… kalau banyak tu nak beli ganja pun tak lepas!” Heheh… sampai macam tu sekali dia perli kami. Biasa la, benda-benda negatif dengan rockers memang sinonim kan? Heheh.

Bagaimanapun, kami nekad jugak nak buat album, tapi tak jadi jugak sampai la Lang Asia pun berpecah. Saya pulak cuba-cuba nak buat album solo selepas ditawarkan oleh seorang produser, Yusri Yusuf. Dan, nasib saya malang lagi apabila projek tu pun tak menjadi.

Bagaimana ‘penghijrahan’ itu berlaku?

Lepas Lang Asia berpecah dan projek album solo saya tak menjadi, saya membuka gerai makan di Taman Beringin, Jinjang pada hujung 1991. Ok la jugak, tempat tu kira jadi port mat-mat rock la. Walaupun minat dalam bidang seni tu masih ada, tapi saya dan blur, dah boring serta tak tau mana arah tuju pasal apa yang diharapkan dalam bidang seni semuanya tak menjadi.

Saya rasa penghijrahan yang sebenar terjadi pada awal 1992. Masa tu saya rasa dah tak sesuai duduk di KL. Jadi, saya nekad tinggalkan perniagaan gerai makan, tinggalkan muzik dan terus balik kampung di Gopeng, Perak. Saya kembali jadi budak kampung dan tak buat apa-apa, duduk rumah je. Tapi saya jejak kaki balik ke masjid, dengar kuliah agama dan sebagainya. Alhamdulillah, saya memang sejak kecil dididik arwah abah dengan agama dan itu saya memang tak pernah lupa, walaupun sebelum itu ia kerap saya tinggalkan. Kira back to basic la…

Lepas tu arwah abah bawa saya belajar di Madrasah al-Mustafawiyah atau Pesantren Purba di Sumatera Barat, Indonesia. Di sanalah saya buang segala sifat mazmumah saya yang selama ini terleka dengan dunia. Pengisian peringkat pertama dalam diri saya adalah di sana. Peringkat kedua adalah selepas pulang ke Malaysia dan arwah abah mula mengajar bagaimana untuk membawa jemaah haji ke Mekah sehinggalah saya mampu menguruskannya sendiri tanpa pengawasan abah.

Selain diri sendiri, arwah abah adalah orang yang memainkan peranan besar dalam mengembalikan saya ke pangkal jalan. Dia la pembuka jalan yang sebenarnya. Selain tu arwah datuk saya iaitu Haji Daud Nordin. Dia pun banyak ajar saya.

Bila pulak start berdakwah secara serius?

Tak salah saya tahun 1994 ketika bekerja sebagai guru al-Quran di Pusat Pembangunan Keluarga (PPK), Ipoh. Banyak la ajar al-Quran terutama di pusat-pusat pemulihan akhlak. Dalam masa yang sama PPK juga mendidik saya menjadi penceramah. Ceramah pertama saya adalah di Kuala Kangsar pada 1996. Lepas tu orang mula kenal dan kedudukan saya sebagai penyanyi sebelum tu sebenarnya membantu jugak. Bagaimanapun orang betul-betul kenal saya selepas mengadakan ceramah di Kajang pada 1998. Ha… bermula dari situ orang sudah mula mengundang saya secara solo, tidak lagi sebagai penceramah undangan. Sebelum tu banyak jadi opening act untuk alim ulama lain.

Macamana keadaannya masa mula-mula dapat turning point atau taufik dan hidayah tu?

Masa tu muzik pun tak nak dengar dah! Buat pertama kalinya dalam hidup saya, jiwa saya tak boleh menerima muzik. Tapi ye lah, kita masih hidup di alam nyata dan belum lagi di syurga. Jadi, ada cara hidup di dunia yang boleh membuatkan kita tidak terlalu asing di mata masyarakat. Jadi, dalam masa saya memantapkan diri, mengaji, saya masuk ke dalam masyarakat. Dalam erti kata lain, saya adalah umat pertengahan – tidak terlalu fanatik dan tidak terlalu mengambil tahu.

Yang penting, apa yang Allah swt perintahkan, kita mampu untuk lakukannya, maka lakukanlah. Simple je. Allah swt akan tunjukkan mana yang baik dan tidak. Saya memilih untuk terus menyanyi, tapi dengan aura keislaman kerana saya tahu seni adalah salah satu alternatif yang boleh mengajak remaja.

Pandangan ustaz mengenai generasi baru rockers ni?

Dulu tak semua rockers yang berpendidikan tinggi macam sekarang. Tapi saya perhatikan banyak rockers sekarang ni mudah terpengaruh kepada perkara-perkara tak betul terutama ajaran sesat. Kita kena agak-agak la, dalam mengenali Islam ini tiada jalan pintas. Bukan just terus berubah je! Kena duduk dulu beruzlah.

Saya nampak rockers sekarang ada visi, tapi mudah sangat terikut-ikut. Jadi, kalau dah ada basic agama tu boleh lah balancekan. Kalau tidak boleh terjerumus sehingga sampai ke peringkat di mana dia boleh katakan apa saja yang dilakukannya adalah dakwah, tapi dia tak tau haram itu tetap ada. Prinsipnya kena memahami, bukan main belasah je. Kalau belasah saja tu la yang melingkup tu!

Ceritakan keindahan di pentas rock dan pentas dakwah. Mesti banyak perbezaannya, kan?

Tentu sekali. Bagi saya, pentas rock hanya untuk orang muda saja. Dulu kalau show kita ramai yang datang, crowd pulak sporting dan kita dapat menghiburkan orang lain dengan muzik rock, itu sudah dikira sebagai satu keindahan dan kepuasan maksima. Kira zaman tu apa yang Poison dengan Motley Crue buat, kami pun nak buat sama! Hahaha!!

Tapi pentas dakwah ni lain. Pertama, kena berhati-hati kerana saya bercakap mengenai hukum agama. Di depan saya pula adalah alim ulama yang lebih senior dan lebih berpengalaman. Alhamdulillah setakat ini saya belum pernah menerima teguran daripada mereka.

Itu memang cabaran besar bagi saya kerana saya tak punya apa-apa. Lebih-lebih lagi dengan latar belakang saya sebelum ini. Tentulah saya akan dipandang sebelah mata oleh golongan terbabit. Tapi syukur kerana dengan pertolongan Allah swt, ceramah saya terus diterima.

Keindahan sebenarnya itu kita kaitkan dengan agama pada jalan dakwah dan jangan hipokrit. Cakap apa yang dirasakan perlu, tapi perlu diisi dengan ilmu tarbiyah dari segi penyampaian supaya ia boleh diterima ramai. Indahnya juga apabila perhimpunan atau majlis ilmu itu dinaungi malaikat. Saya juga tahu di mana level saya sebagai penceramah di mana khalayak akan menilai saya.

Bagaimanapun, saat paling indah ialah apabila semua pengunjung ceramah saya sama ada orang tua, muda dan kanak-kanak berzikir bersama. Itu menunjukkan perpaduan dan itulah ketenangan yang tidak saya dapat semasa membuat persembahan di konsert rock dulu. Dulu bila bawak lagu When The Smoke Is Going Down dah rasa tenang, rileks, tambah pulak diiringi crowd yang beramai-ramai menyalakan pemetik api. Memang la tenang, tapi bukan as-saqinah seperti yang kita dapat ketika khusyuk dalam sembahyang.

Selain berceramah, ustaz masih menyanyi lagi. Dalam masa yang sama terpaksa berhadapan dengan alim ulama lain di depan pentas. Rasanya susah jugak ye?

Memang susah terutama untuk menyesuaikan diri. Kadang-kadang jadi dilema. Contohnya dalam satu majlis persembahan, ramai penontonnya adalah di kalangan remaja dan dalam masa yang sama ada juga golongan alim ulama. Saya tak boleh lebih-lebih sangat. Golongan remaja itu pulak tak mahukan stail tok-tok guru kalau saya berkonsert, diorang nak saya sebagai artis!

Saya perlu tackle semua orang. Memang susah dan jawapannya saya tak boleh. Sebagai manusia biasa, saya memang tak mampu jika dalam situasi begitu. Cuma pada saya, jangan jadi hipokrit dan buat apa yang terbaik. Alhamdulillah, golongan alim ulama itu tidak menolak hiburan. Mereka cuma menjaga kepentingan masyarakat supaya kita sama-sama ingat bahawa berhibur itu boleh, tetapi sama-samalah kita kawal.

Sebenarnya kedudukan saya ni susah jugak. Dulu orang dah kenal saya sebagai penyanyi rock, tapi dengan keadaan sekarang ini saya masih menyanyi. Mungkin ada yang ingat saya membawa pengaruh baru walaupun saya sudah berserban dan berjubah. Tapi alhamdulillah selepas 16 tahun saya berdakwah, semua orang boleh terima saya dengan baik. Maknanya saya yakin dengan apa yang saya buat. Niat saya suci dan ikhlas untuk mengajar orang dan saya jaga batasannya sehingga akhirnya boleh diterima orang.

* Akhil sekarang menetap di Ipoh dan memiliki kedai menjual peralatan ibadah, buku, pakaian, kaset, vcd ceramah dan aksesori. Kedainya yang bernama AKHIL HAYY RAWA ENTERPRISE terletak berhadapan taman tema air Lost World of Tambun, Ipoh. Sejak 1995, dia berkahwin dengan Maizawati Zainal, iaitu salah seorang peminatnya ketika bersama D’Riyadh. Kini dikurniakan empat orang anak, dua lelaki dua pompuan.

- ara payung -

33 comments:

Faizal R said...

terima kasih kerana interview ni bro ... selama ni main dengar2 org cerita jer ... tak tau kisah sebenar ... respect la kat ustaz kita nih ...

N a d i a said...

ahh..teringat lagi jumpe ustaz ni masa gua ikut family gua beraye kat umah bapak sedara dia. alahaiii..rase keciikkkk je bile tengok muka dia. dia punye aura lain mcm wehhh...haha..anyway, hidup RAWA! hidup GOPENGHAGEN!...:-)

p/s: kpd sesape yg termiss ROTTW isu-100, artikel interviu bersama rosdan (bloodshed/punisher) akan diletakkan kat sini tak lama lagi. stay connected, rockers sume!!

-sorang lagi kuturock:
nadia the rockin' mama-

MagnusCaleb said...

paling best bila teringat dia jerit kat crowd "anddaaa mau yangg panaaasssss atau yang seeejjuuuuuukkk..." dengan suara halus nya hehehehehe tak buleh lupa

Anonymous said...

die punye rington henfon pon lain macam je. Aku ingat kalo tengah ceramah, bebunyi le henpun tu mau tecengang pak² aji kat belakang tu…..ekekekeke!! Errr….lagu ape rington die tu Yat?? heh heh!!

Yaaa…. Akhil Hai ni memang sempoi, very friendly dan mudah didekati. 2 minggu lepaih intebiu ngan die tu die call aku mintak video klip Muzik² taun 89 dulu, lagu Hanya Ketenangan. Video Klip tu deme buat kat Bagan Lalang. ade lagi satu video klip, lagu yang same tapi yang tu die cakap mase konsert Kingsway sekali ngan May, Sofe. aku sempat gak ingatkan die pasey glove yang die pakey mase video klip tu. die cakap "kalo kome nak tau, tu glove arwah bapak aku mase buat ghoje mutawwiff kat Mekah. ate dah tak sempat nak beli, aku cilok le glove oghang tue tu aje"

wakakakakakakaka!!

N a d i a said...

bob,
gua plak takleh lupe kaki dia..heheh

yop jam,
apa ringtone nye wehh? haahha...anyway, teman peghonah le nengok buku skrep rock mamat ni. cik chor teman le rembat. tapi x sure dia pulangkan balik kat mamat ni ke tak. haha.

Anonymous said...

ermm..best la interview ni..
rockterusrock memang best!!
eh bangsa RAWA tu camne bro..hehe..

N a d i a said...

jajakukaku,
firstly, RAWA bukan JAWA. diorang ni asalnye dari pagar ruyung, sumatera. tapi kalo ditrace balik ke akar umbi susur galur sejarah tok nenek, org2 rawa ni ada sangkut paut ngan genghis khan, mongols etc. (kata bapak aku yg berdarah rawa le..heheh..). org2 rawa ni kebanyakannye ada kat gopeng. diorang ada slang yg unik & teramat le riuh kalo bersembang. rupe? mcm ustaz ni le. putih melepak, pastu kalo lagi pure, bijik mate kaler brown, mata sepet, rambut perang, berketak-ketak..diorg ni gak ada satu adat yg unik, 'pantang tanah'.haa..takyah la aku cite kat sini, nanti panjang sgt plak. heh.

anyway, mekacih sbb slalu singgah sini. tak sesia le kitorg laki bini buat blog ni yek? btw, kitorg ni ada darah rawa...hehehehe...

N a d i a said...

haaa..selain gopeng, species rawa ni ramai gak bermastautin kat tg. malim & tapah.

-nadia the rockin' mama-

Anonymous said...

ok2..terima kaseh sebab balas soalan tu ye sis..
tapi sebenarnye memang 1st time aku tau ade bangsa RAWA tu huhu...
best!best!gudluck rockterusrock...

...$weE+ 666... said...

suara halusnya pernah menambat kalbu! ahaks!

N a d i a said...

"lambang cintaa kitaaa..
berakhir sudah..meresapi di jiwakuuu..."

hehehehee...

N a d i a said...

jaded,
mmg le bukan kat perak je. aku kata, 'kebanyakan'..hehehe..hmmm..lepas ni kena baca hikayat mat kilau nih. :-) thanks for the info. kalo ko nak tau, ada grup rawa yg kununnye nak buat xpdc jejak kasih ke sumatera nun. tapi sampai skang ni habuk pun tarak..rugi betui. kalo tak, nak gak aku ikut. heh...cite rawa la plak..

wings tu aku kompom TAK pegi sbb aku ada kat negeriku yg tercinte masa tu. takpe. lain kali. :-)

-nadia the rockin' mama-

Anonymous said...

satu masa dulu aku selalu lepak ngan ustaz ni kat 'the zoo' kat super kinta tu...pernah jugak aku lepak kat rumah dia(kalau boleh dipanggil rumah laaa!) kat jalan osborne ke jalan apentah, depan taman kanak-kanak tu...serabut habisss...tup-tup dengar dia dah jadi ustaz...

nana,
scrap book dia yang cik chor pinjam dulu tu ntah ke mana peginya ntah...kira halal je laaa...heh...heh...heh..

Anonymous said...

bagus interview ni..
yatt & nadia aku ambil letak kat web aku,
http://interniaga.com/index/index.php
pasal aku ada letak prebiu lagu diorang kat web
kalau ko tak suka aku buang balik
email aku pdniaga@yahoo.com.sg

Anonymous said...

Ni nak tanya sapa ada track list lagu D'Riyadh untuk album Media 88-89? Rasa macam ada MP3 album ni, sebab tu nak tengok track list dia... nak pastikan betul atau tak... tapi kawan aku cakap memang MP3 D'Riyadh... Album tu memang dah kluar balik ke dalam pasaran?
Kat pasar pagi Ipoh boleh dapat tak?

Dah lama tak jalan2 kat Pasar Pagi Ipoh (Memory Lane)... :-(

ramei ko urang Rawo dalom ko?
ado ko urang Gunung Mesah? urang Culik? Urang Lubok Katak? Urang Sungei Itik? Urang Gunung Panjang?

Anonymous said...

PS - Rafidah Aziz (Kem Perdangngan Antarabangsa Dan Industri ) dan Aziz Shamsudin (ADUN Shah Alam) adalah orang Rawa.

Anonymous said...

best baca artikel ni. kita minat jugak ngan ust akhil ni. bagi ceramah best. dan kita pun org rawa. bapa kita kat kampung selalu dgr ceramah dia.

Anonymous said...

mcm ner pon..se rockers aku pon..ustaz akhil adalah orang yg sgt aku respek..keberanian nyer sgt hebat..aku akan simpan lagu2 lama d'riyadh dulu..terus kan berdakwah..!!

Anonymous said...

Saya baru saje diperkenalkan pada Ustaz Aqil dari teman awal tahun 2007..B
Bahan ceramah yg diutarakan amat berkesan & sungguh bermotivasi.
Untuk itu, banyak jua vcd, cd munajat & album Lagenda nya saya beli...ini adalah antara sokongan padu saya padanya dan juga menjadi bekalan pabila menjalani tugas seharian...seperti sekang nie.. saya sedang mendegar cd nyer yang berkumandang.. memuji kebesaran Allah s.w.t

Untuk Ustaz Aqil.. syabas diatas kebangkitan mu & teruskan usaha mu yang murni..doa ku buat mu..Semoga Allah melimpahi barakah pada mu di dunia hata di akhirat..

PS: I will support u all the way!!!

Dari : Suria A. KArim ( Kota Singa)

Anonymous said...

saya banyak sedih bila mendengar ceramah ustaz ni..banyak bawa keinsafan..tak boring..dakwah penuh efisien

yob3174 said...

aku pnah jd p.r ustz akil mase konsert kat p.j
memule kekok sbb aku peminat fanatik die
last2 jd biase..bes gle die nak bincang tajuk lagu, siap nyanyi dalam talipon...haha
yg paling best, lepak sebilik ngan die, sembg2 sblum tnggu start konsert..aku org malimnawar, dkat je r ngan gopeng...

Unknown said...

tak der link lagu-lagu Riyadh ker

Anonymous said...

We love u ustaz akhil hayy. Teruskan perjuangan di dunia dan akhirat. Gunakan aset yang di ada untuk memperjuangkan hukum Allah di samping berjuang di bawah satu cahaya. Masanya akan tiba kita akan berhimpun di bawah satu cahaya atas nama agama, bangsa dan negara..
msyam

ARISTIONO NUGROHO said...

Banyak cara untuk berdakwah, karenanya perhatikanlah firman Allah SWT dalam QS.9:24. Perhatikan pula manfaat dan mudaratnya, juga ingat pesan Rasulullah Muhammad SAW, agar muslim jangan meniru-niru perilaku nasrani dan yahudi. jika semua ini telah diperhatikan dan diterapkan, maka insyaAllah dakwah Anda diridhai Allah. Untuk sharing silahkan klik http://sosiologidakwah.blogspot.com

mtrix s2dent said...

ust akhil mmg gempak!klu bleh nk jmput ust wt crmh kt kolej mtrikulasi kdh...'sure hapening'

Anonymous said...

Assalamualaikum,

Sekiranya boleh nak minta tolong, saya tengah nak cuba dapatkan alamat@email@no tel Ustaz akhil untuk dihubungi. Bagi yang tahu tolong email kat saya boleh ?
nisa_mokhtar@yahoo.com

wanmohd said...

Btul ke ada gossip yg mgtakan Ustaz bcinta dgn penyanyi nashid Waheeda?Klau btul,sy tumpang gembira.Lg 1, klau blh Ustaz yg byk ilmu ni,btanding la pd Plihanraya Umum nanti. Lbh2 lg dkwasan sy iaitu DUN MANJOI.TAAKBIIR!

Anonymous said...

zaifa said

takbirrrr.....alhamdulillah hijrahnya memberi aura teristimewa buat semua golongan masyarakat....tutur bicaranya memberikan semangat....alunan qasidahnya menambat peminat....hadirnya ustaz dipersada umat memberikan seribu khidmat buat peminat...bukan mudah untuk mengekalkan hijrah ini ....doa kami semoga Allah sentiasa memberikan rahmat agar ustaz rock terus berjihad ke akhir hayat dilandasan keikhlasan dan ketulusan....ALLAHUAKHBAR ! Takbir...

Anonymous said...

"pantang tanah" tu apa?

tok moh said...

Pantang tanah ni adalah satu adat lama org rawa.Ada le perjanjian tuk nek dlu2 ngan mende2 ni.Pantang ni anak yang bru lahir smpai umur setahun x leh jejak tanah lsung.(kalo yg kuat pantangnya usahkan tanah simen lantai pn x leh)ada gak yang x leh di buaikan langsung waktu tido nanti jd sawan.Kalo melanggar pantang budak tersebut akan mengalami muntah2 dan cirit2.Penawar dia kene sapu kunyit hidup yg tlah di jampi oleh org yg bjak pndai dlm hal ni.Pantang akan berakhir bila satu majlis jejak tanah (bertatih) dilakukan setelah budak tersebut cukup umur setahun.Syarat2 nya mesti ada 3 warna tanag liat iaitu putih,hitam dan kuning.Beranika jnis bunga terutama bunga dan daun gelenggang.Beras kunyit,bertih,kemenyan dan emas pusaka.Anak tersebut akan di ajar bertatih di atas bunga tersebut di mana ibu dan bapa berada di kedua2 hala.Ia akan di lakukan 3 pusingan.Kemudian di riba oleh bapa sambil org bjak pndai td meletak kan bertih,beras kunyit di hadapan budak tersebut bg di buat pilihan oleh nya.Selepas seminggu upacara berakhir barulah budak tersebut di bnarkan turun ke tanah sambil di asap kemenyan.Byk lg tu nti aku cter kmdian.pnjg dh ni hehehe...

Anonymous said...

Bila saya baca komen tok moh tu, sama sprtmana yang dicakapkan tu...

Adakah saya rawa? Selama ni takda sesiapa pulak sebutkan hal ni pada saya.

Anonymous said...

salam kepada semua...


d'riyadh ni salah satu band paberet aku dulu. memang aku beli keset dia dulu.

tahun 96, masa aku kerja dengan bebudak teja kat taman cempaka sana, derang ada cerita pasal si akil ni.

antara yg aku terus ingat sampai sekarang, beg mekap si akil ni lagi besar dari beg mekap gefren dia.... itu lah lan botak dan syed teja punya cerita.


apa apa pun, moga moga ostad akil di rahmati dan bahgia selalu.


orang ipoh memang rock!!!!

mulan said...

Salam....

bagaimana untuk hubungi ustaz ni?
Nak jemput dia bagi ceramah...