







 Gambar ini tidak perlu diletakkan caption kerana ia sudah menceritakan segala-galanya. Ia sendiri sudah menerbitkan beribu-ribu perkataan di situ.Pix by Yatt
Gambar ini tidak perlu diletakkan caption kerana ia sudah menceritakan segala-galanya. Ia sendiri sudah menerbitkan beribu-ribu perkataan di situ.Pix by YattItu kata Amy, sang vokalis Search yang sempat aku jumpa selepas tamat persembahan pembuka tirai Search dalam 
tour Konsert Penghargaan Search Di Awan Biru tajaan Celcom di Tapak Ekspo Seberang Jaya, Pulau Pinang, 2 Mei lalu.
Konsert 
tour ini sebenarnya amat istimewa buat peminat tegar Search. Pertamanya, ia adalah 
tour satu Malaysia Search yang pertama sejak 1990! Sapa ingat lagi dengan 
tour Salem mereka bersama Wings dan Ella?
Selain tu, ia adalah 
tour yang menggabungkan kembali 
line-ups Search ketika album 
'Langit dan Bumi' dan 
'Mentari Merah Di Ufuk Timur' iaitu Amy, Hillary, Din, Nasir danYazit. 
Line-ups ini sebenarnya yang amat dihormati peminat 
old-school Search (Ya! Aku tau memang ramai yang sukakan Kid).
Malah, Amy sendiri sukakan barisan Search yang ini. Amy secara peribadi pernah berkata dia lebih sesuai dengan cara permainan Yazit, Nasir dan Hillary berbanding Lola, Yan dan Kid. Amy sebenarnya amat menyanjungi Hillary yang disifatkannya sebagai 
mastermind dalam hala tuju muzik Search.
Jadi, tidak hairanlah konsert Search di Pulau Pinang kali ini menuntut banyak perhatian sehingga lebih 8,000 tidak berganjak walaupun dalam hujan lebat! Untuk rekod, kali terakhir 
line-ups Search yang ini membuat persembahan di Pulau Pinang ialah pada 1987 di Pesta Pulau Pinang ketika baru melahirkan album 
'Mentari Merah Di Ufuk Timur'. 
So, bayangkan la...
Aku difahamkan tiket untuk 
show di Seberang Jaya hampir 
sold out. Kalau tak kerana hujan, 
crowd pasti melaut di tapak pesta tu. Tapi, 8,000 itu sudah cukup membuatkan Search teruja dan bersemangat malam itu.
Selain mendapat tajaan syarikat telekomunikasi terbesar tempatan, aku bangga kerana Search datang ke tapak konsert dengan reputasi besar. Tidak lagi menaiki van Nissan C20 atau Ford Econovan seperti di era 80-an dulu, sebaliknya mereka tiba dengan menaiki bas 
double decker yang dihiasi dengan gambar mereka (macam 
official flight Air Asia untuk Manchester United la pulak) serta kawalan ketat pengawal.
Search yang memulakan persembahan pada jam 9.30 malam itu membawa 15 lagu dan terpaksa mengkenselkan empat lagu gara-gara hujan. Set list dimulakan dengan 
Derap Komando, Balada Pemuzik Jalanan, Setelah Hujan, Laila Namamu Teratas, Langit dan Bumi, Pelesit Kota, medley Gadis Misteri, Gadisku dan Gadis Ayu, Diari Habil dan Qabil, Gothik Malam Edan, Fenomena, Bencana, Isi dan Kulit, Isabella dan ditutup dengan 
Melastik Ke Bintang tanpa sebarang 
encore walaupun sebahagian besar penonton mengharapkan mereka kembali ke pentas.
Tak payahlah aku nak ulas secara 
detail mengenai setiap satu lagu yang dipersembahkan kerana apa yang aku tahu, 10 daripada 15 lagu itu dipetik daripada album 
'Langit dan Bumi', 'Mentari', 'Di Pintu Sepi' dan 
'Fenomena' yang menyaksikan 
line-ups inilah yang merakamkannya ( Hillary bermain tujuh daripada 10 lagu dalam 
'Fenomena' yang pertama kali memperkenalkan Kid). Penuh nostalgia apabila menyaksikan kembali solo dan 
riff lagu-lagu berkenaan dimainkan kembali si penciptanya iaitu Hillary dan Din.
Oh ya, Din cukup 'menggila' ketika melakukan solo dalam Balada Pemuzik Jalanan!
Apa yang menarik, konsert ini turut menampilkan sistem bunyi, lampuan dan monitor yang cukup hebat. Bunyian yang dihasilkan cukup jelas dan mantap. Dan, ia menggunakan kepakaran dari negara seberang iaitu Teuku Asril, 48, (jurutera bunyi), Pipin Iskandar, 49, (jurutera lampu), Hermawan, 28, (monitor operator) dan diketuai oleh Harry Murti, 40. Semua mereka berpengalaman luas dalam bidang konsert dan pernah bekerja dengan band-band hebat Indonesia seperti Godbless, Gigi, Slank dan Samson.
"Baik sound, monitor dan lighting, ini adalah yang terbaik pernah kami dapat. Kami dapat apa yang kami mahu dan mereka berjaya menjalankan tugas dengan baik. Bunyi monitor cukup jelas dan saya gembira. Kami akan terus bekerjasama dengan mereka," kata Amy.
Search pada awalnya mahu menggunakan khidmat jurutera bunyi 
favourite mereka, Akira Yamauchi, tetapi beliau terikat dengan tugas lain.
Semasa 
supper di hotel, aku sempat bersembang dengan Teuku Asril yang berpengalaman lebih 20 tahun bersama Godbless. Katanya, dia pada awalnya gementar apabila ditawarkan untuk tugasan itu memandangkan Search adalah satu nama yang besar.
"Saya mengambil masa seminggu untuk study muzik Search. Mereka itu rockstar, jadi saya perlu berikan yang terbaik. Saya bercerita kepada Godbless mengenai tawaran itu, mereka terkejut kerana ia datang daripada Search. Mereka kata saya perlu ambil peluang itu dan teruskan! Jadi, inilah hasilnya dan saya amat-amat berpuas hati!" katanya.
Apa yang pasti, 
tour Search kali ini tidak wajar dilepaskan. Aku jamin 
venue-venue lain nanti tentu akan memberi kepuasan yang sama, malah mungkin lebih lagi!