Showing posts with label KATA KUTU-KUTU. Show all posts
Showing posts with label KATA KUTU-KUTU. Show all posts

27 February 2009

LAYAN PILIM?

Dengar cerita Coliseum KL akan tayangkan filem Kembara Seniman Jalanan bulan depan. Dengar cerita la. Tak sure betul ke tak. Tapi kat situ kan banyak tayang filem-filem lama? Free pulak lagi. Nanti try la cari iklannya dalam suratkhabar. Mesti best kan? Lepas tengok, balik tu layan pulak soundtracknya. Sempoiii!


21 January 2009

BIOGRAFI AMY SEARCH

Khabarnya Amy Search sudahpun memulakan projek membuat buku biografinya sendiri. That's great news! Untuk cerita lanjut, klik link di bawah ni:

Harian Metro Online

Sudah tentu penulis-penulis dan team yang buat buku tu bukannya calang-calang orang. Good luck, my dear friends! You guys rockkkkkk! ;-) Jangan tak jadi, beb. Bak kata Sweet Charity : "Orang kampung semua dah tahuuuuuu." Hehe.

P/s: Btw, Projek Batu juga sedang berjalan lancar. Kepada sesiapa yang ingin menyumbangkan sebarang info/artikel/newspaper clippings etc, sila contact kitorang, wokeh?

"Something in The Way" :
-Nadia-

23 October 2008

AL-FATIHAH: SAMAD LEFTHANDED


BEKAS gitaris Lefthanded, Abdul Samad Mian, 45, atau Samad meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Ampang pada jam 1.05 tengah hari, Khamis (23 Oktober) lalu.


Difahamkan, sebelum itu arwah terjatuh di pejabat abangnya di Taman Cahaya, Ampang dan pengsan kira-kira jam 12.40 tengah hari. Arwah yang dibawa anak sulungnya, Alif Asyraf Syafiq, 18, ke hospital bagaimanapun meninggal dunia ketika dalam perjalanan.

Hasil bedah siasat, doktor mengesahkan kematiannya berpunca akibat masalah jantung.

Jenazah Samad dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu 13, Hulu Langat, kira-kira jam 9.30 malam.

* * * * *


PADA aku, Samad sebenarnya adalah underrated guitarist. Tidak ramai yang tahu atau mahu mengiktiraf kebolehan sebenarnya. Malah, nama Samad jarang sekali disebut sebagai antara gitaris hebat tempatan. Umum selalunya lebih mengetahui Man Kidal, Hillary Ang, Kid, Joe Wings, Shahrul Ekamatra ataupun Sham Kamikaze. Samad? Selalunya tak ada dalam senarai.

Sebab utama Samad tidak ada dalam senarai atau tidak menonjol adalah kerana dia dibayangi Man Kidal sepanjang bersama Lefthanded. Man Kidal dilihat lebih hebat kerana dia adalah lead guitarist Lefthanded serta pengasas dan ketua band itu, manakala Samad pula peranannya lebih dilihat sebagai gitaris kedua.

Samad mampu menjadi pemain gitar utama dan sumbangannya dalam Lefthanded adalah banyak. Konsep solo gitar berharmoni yang dibawa Lefthanded sebenarnya turut menonjolkan kemampuan Samad menghasilkan solo-solo yang hebat. Malangnya, Man Kidal yang lebih menonjol.

Situasi ini sebenarnya turut menyumbang dalam konflik Lefthanded. Selepas Lefthanded dibubarkan pada awal 90-an, mereka kembali bergabung pada 1999 tetapi tanpa Man Kidal. Man Kidal diberitakan menghadapi masalah kontrak, tetapi difahamkan ada wujud sedikit 'perselisihan faham' di antara kedua-dua gitaris terbabit dipercayai berkaitan dengan peranan masing-masing sebagai gitaris dalam Lefthanded.

Album 'Syurga dan Neraka' pada waktu itu menyaksikan rakaman Lefthanded tanpa sentuhan Man Kidal. Ia sekali gus memberi peluang kepada Samad buat pertama kalinya mendominasi seksyen gitar. Walaupun album itu gagal, tetapi Samad berjaya membuktikan kebolehannya untuk menghasilkan muzik untuk Lefthanded.

Pada 2004, Man Kidal kembali bersama Lefthanded termasuk Samad, Nash, Yan dan Man Dayak dengan show reunion yang cukup mantap di Planet Hollywood, Kuala Lumpur. Malangnya, Samad tak lama selepas itu meninggalkan Lefthanded membayangkan seolah-olah ada pertikaian di antaranya dengan Man Kidal.

Pada 90-an juga, Samad pernah dibawa bos ROTTW, Mohd Rom Mohd Nor ke satu festival muzik di Jerman dan diberi peluang membuat persembahan solo di hadapan ratusan ahli perniagaan dalam bidang rakaman dan sistem bunyi. Tak salah aku, gitaris Dream Theatre, John Petrucci turut mengadakan persembahan yang sama. Hasilnya, Samad mendapat pujian ramai.

Siapa tak ingat dengannya yang berjaya mempelawa Paul Gilbert, yang ketika itu gitaris Mr Big 'berduet' dalam album solonya yang kemudian turut memenangi anugerah Album Rock Terbaik di Anugerah Industri Muzik (AIM) 1995.

Secara peribadi, aku taklah rapat sangat dengan Samad. Namun, peluang bekerja dengan ROTTW dulu memberi kesempatan kepada aku beberapa kali berborak dan menemubual Samad. Selain itu, sebagai anggota Lefthanded, Samad memang aku sudah tahu sejak era Battle of the Bands sekitar 1986 dulu.

Teringat loket berbentuk gitar yang dipakai Samad semasa album 'Keadilan' dulu. Terpengaruh dengan itu, aku bersama rakan-rakan sekolah bertungkus lumus menggunting kepingan aluminium untuk dijadikan bentuk gitar sebelum dijadikan loket rantai. Hahah!

Gambar Samad di atas aku ambil pada 2002 ketika majlis pelancaran album band rock yang aku pun dah lupa di Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur. Waktu itu aku dah tak bersama ROTTW dan Samad yang pernah temubual sebelum itu melambaikan tangan sebelum aku duduk di sebelahnya.

Selepas berborak sekejap, Samad kemudian bertanya sesuatu yang membuatkan aku nak tergelak...

"Eh! Kau keja dengan ROTO lagi ke? Keja dengan ROTO lagi?" tanya Samad.

Aku yang kehairan menjawab, " ROTO? ROTO apa?"

"Alaa, magazine yang Rom punya tu, ROTO kan?" katanya selamba.

Oohh... Samad bertanyakan pasal majalah ROTTW rupanya. Heheh. Dia tidak menyebut mengikut huruf seperti lazimnya iaitu R.O.T.T.W, tetapi cuba membunyikannya maka jadilah ROTO.

Okat, untuk pengetahuan korang, kalau nak membunyikan R.O.T.T.W, ia berbunyi ROTT, buang W tu! Hmm... susah la, kena tukar kot nama ROTTW ni supaya orang tak confuse! Hahah!

Tak lama selepas itu, aku sekali lagi bertemu dengan Samad. Kali ini pada satu pelancaran album nasyid kanak-kanak di Bukit Bintang. Aku tak ingat itu album apa, tapi majlis bermula lewat dua jam sebab aku sorang je wartawan yang datang cover! Semuanya dilewatkan sebab penganjur nak tunggu wartawan lain, malangnya tunggu punya tunggu, aku sorang jugak yang tercongok di situ. Kesian.

Aku pelik dengan kehadiran Samad pada majlis pelancaran album nasyid tu. Disebabkan majlis yang bermula lambat, aku lihat Samad dah terlena di atas kerusi.

Sebaik terjaga, dia aku tegur. Rupa-rupanya dia terbabit sama dalam pembikinan album itu sebagai penggubah beberapa lagu. Samad yang waktu itu tidak lagi bersama Lefthanded selepas kegagalan album 'Syurga dan Neraka', dapat aku agak 'kekeringan' job. Kalau di kalangan sessionist di Malaysia, takde job selalunya disebut sebagai 'winter'.

Semua itu aku dapat agak selepas aku meminta nombor handphonenya dan dia berkata :

"Err... handphone buat masa ini dibekukan. Guna telefon rumah je," katanya tersenyum dan aku dapat agak Samad mengalami sedikit masalah kewangan berikutan musim 'winter'. Lagipun, masa tu mana ada prepaid lagi. Handphone kena barred perkara biasa la kan.

Itulah serba sedikit pengalaman yang aku ada bersama antara gitaris hebat kita ini. Untuk rekod, Samad sejak empat tahun lalu adalah pensyarah di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara), Kuala Lumpur dan dia juga sempat menerbitkan VCD Guitar Jamming, sebuah album yang memuatkan sistem pembelajaran lengkap, mudah dan cepat buat peminat yang ingin mempelajari teknik permainan gitar cara Samad secara langkah demi langkah.

Takziah kepada kaum keluarganya, dan semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang-orang beriman. Al-Fatihah.


-Yatt-

14 October 2008

SOLO FAVORITE HILLARY

Keputusan Blogpoll akan terbit tak lama lagi. Mintak maaf beribu kali sebab kitorang tengah sibuk dengan kerja ni ha...Uhuk..uhuk... Sabo, sabo. Hehe.

Sementara itu, apa kata korang layan dulu lagu ni. Dulu, Yatt pernah bertanyakan kepada Hillary si guitar virtuoso tu, apakah hasil kerja solonya yang paling dia sukai? Dan jawab Hillary, solo lagu ini. Terimalah "Senja Nan Merah"...

26 September 2008

MARI MEMBACA SAMBIL MAKAN KUIH RAYA

Wokey, people! Ni isu ROTTW yang ada dalam pasaran sekarang.
Check out kolum Lacuna membongkar kisah-kisah menarik di sebalik 20 lagu one-hit wonder.

Yang cover bawah ni pulak, COMING SOON!...;-)
(P/s: Kisah lagu-lagu U2 pun ada dalam isu yang ini)

Btw, di sini kitorang nak mengucapkan SELAMAT HARI RAYA & MAAF ZAHIR BATIN
kepada semua pembaca blog HANYA RAWK N ROLL ni.
Semoga berkat dan selamat semuanya.

Keep on rockin'!


From our hearts,
Yatt
Nadia
Deena (lil' rock chick)


12 September 2008

BLOG SEDANG DIKEMASKINI

Untuk rockers semua:

Kitorang sedang mengemaskini blog ini.
Hopefully, kitorang akan kembali dengan banyak lagi cerita dan berita rock yang sempoi
(dan keputusan BLOGPOLL juga! Hehe).

Til then, selamat menjalani ibadah puasa.


03 July 2008

SIAPA MAU BELI GITAR?

Khabarnya, brader Karl Cromok nak jual gitarnya. Kitorang tak sure pulak setakat ni dah ada pembeli ke belum, tapi just check the link lah, okey?

KLIK SINI

P/s: Thanks Mus aka Speedrider for the info.

16 May 2008

IMBASAN: WINGS @ JUARA LAGU 1989

Maaf, atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan, kitorang berdua tak dapat turun showcase Wings sempena anniversary diorang, baik Ahad ni ataupun Ahad depan. Huwaaaa!

Anyway, kepada yang pergi nanti, have fun!
Kepada yang tak pergi tu, apa kata kita imbas kembali antara detik-detik kegemilangan Wings satu ketika dulu...

Taman Rashidah Utama



Misteri Mimpi Syakilla




P/s: Macam nak runtuh aku tengok Black belasah dram dia! Haha! Sampai sekarang aku rasa Wings yang patut menang persembahan terbaik Juara Lagu '89, dan bukan Search. Huwaaa!

P/s lagi: Aku masih simpan lagi keratan-keratan akhbar/majalah yang berkaitan isu ni.

07 April 2008

WE ARE IN THE NEWS, BABY!

Hello, people!
This rock n roll family is in the news today! ;-)

Check this out:
New Straits Times' pullout 'Tech & U' - 7 April 2008, pg.17
Ada cerita HANYA RAWK N ROLL..Hehehe..

Thanks, Meen for choosing us for your wonderful piece. You rock, girl!

Updated! 11 April 2008
Click the following link for the published article:
Blogger's Say


18 March 2008

BELASUNGKAWA: ABD JALIL NGAH (1957 - 2008)

AL FATIHAH. Seorang lagi individu yang banyak berbakti untuk industri muzik tempatan (terutama pentas muzik rock) kembali ke rahmatullah.

Allahyarham Abd Jalil Ngah, 51, meninggal dunia akibat sakit jantung kira-kira jam 7 pagi, 18 Mac 2008. Arwah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Masjid Siti Khadijah, Pantai Dalam, Kuala Lumpur.

Jalil yang juga Pengarah dan Pengarah Kreatif AVXS Sdn Bhd cukup sinonim dengan bidang produksi konsert, sistem pencahayaan dan rekaan pentas sejak 20 tahun lalu.

Berikutan tugasnya lebih banyak di balik tabir, mungkin tidak ramai yang mengenalinya. Tetapi bagi yang terbabit secara langsung dalam produksi dan pengurusan konsert, Jalil adalah antara yang terbaik. Hampir semua konsert-konsert mega membabitkan Search dan Wings pada era 80-an dan 90-an dulu menggunakan kepakaran dan daya kreativitinya.

Jalil juga adalah abang kepada komposer terkenal, Manan Ngah dan adik kepada kartunis / pelukis Fatah Ngah (popular dengan siri kartun Lagak A Mamud dalam Gila-Gila).

Video klip “Isabella” persembahan Search adalah hasil arahan Jalil ketika mula berjinak-jinak dalam bidang pengarahan.

Di bawah ini adalah artikel mengenai Jalil yang aku tulis untuk Harian Metro pada 8 September 2004 lalu. Tiga hari sebelum itu, temubual bersamanya berjalan di pejabat AVXS yang juga sebuah rumah banglo di kawasan elit Robson Heights, Kuala Lumpur, tak jauh dari Mid Valley.

* * * * * * * * * *

BAYANGKAN sebuah pentas yang besar. Ia dihiasi peralatan disusun denganbegitu kreatif sekali berserta sistem pencahayaan canggih. Siapa yang menghasilkannya?

Itulah tugas Pengarah dan Pengarah Kreatif AVXS Sdn Bhd, Abd Jalil Ngah, 47. Dalam bidang produksi dan rekaan pentas di sini, nama beliau sememangnya tidak asing lagi. Pengalaman lebih 20 tahun menjadikan nama Jalil cukup sinonim dalam bidang berkenaan. AVXS Sdn Bhd ditubuhkan pada 1992 terbabit secara langsung dalam rekaan pentas, konsert, klip video
dan iklan komersial.

"Kami menawarkan pendekatan menyeluruh daripada konsep, rekaan, bantuan teknikal dan produksi untuk konsert, pelancaran produk dan acara tertentu. Kesempurnaan adalah fokus utama kami di AVXS di samping tahap profesionalisme dan kreativiti yang tinggi," katanya.

Antara konsert dan acara yang membabitkan AVXS secara langsung ialah Konsert Legenda Sheila Majid, Raihan (Singapura), sebahagian besar konsert solo M Nasir, Ella Tour, Anugerah Industri Muzik (AIM), Anugerah Sukan Negara (1997 hingga 2000) dan Penang World Film Festival.

Manakala yang terbaru pula ialah Konsert Mohram di Istana Budaya, Search (Pulau Pinang), Konsert Ambang Merdeka (Putrajaya) dan persembahan delegasi filem Puteri Gunung Ledang di Festival Filem Venice, Itali baru-baru ini.

Apa yang dimiliki Jalil sebenarnya adalah titik tolak kepada minatnya yang begitu mendalam terhadap rekaan pentas dan set. Selepas menamatkan pengajian dalam bidang Seni Lukis dan Seni Reka dari Universiti Teknologi Mara (UiTM), beliau terlebih dahulu mencari pengalaman dengan bekerja sebagai pelukis ilustrasi dan Pengarah Seni di beberapa agensi pengiklanan selama lima tahun.

"Sukar nak gambarkan mengapa saya amat meminati bidang ini. Ia datang dengan sendiri berikutan minat mendalam dalam seni. Saya akan puas apabila orang suka melihat hasil kerja saya," katanya.

Kerjaya sebenarnya dalam bidang rekaan set dan pentas bermula apabila beliau bekerja di TV3 sebagai pereka set pada penghujung 80-an. Set terawal program terkenal TV3 iaitu Muzik Muzik adalah hasil rekaan Jalil. Ini diikuti Golden Kite World Song Festival anjuran TV3 dan Penerbangan Malaysia (MAS) pada 1990.

"Ketika bersama TV3 saya mula mengembangkan kerjaya saya. Selepas mahir dalam rekaan set dan pentas, saya belajar mendalami bidang pencahayaan dan seterusnya produksi. Saya tidak mengikuti mana-mana kelas, semuanya belajar sendiri dan kelas rasmi saya ialah dengan banyak bertanya kepada orang yang lebih berpengalaman serta berani mencuba," katanya.

Ketika itu juga Jalil mula berjinak-jinak dengan bidang pengarahan terutama klip video. Klip video lagu popular kumpulan Search iaitu 'Isabella' adalah arahan Jalil. Penggambaran yang dilakukan di Pantai Morib, Banting itu turut mengetengahkan Julia Rais sebagai model malah
bertitik-tolak dari situ, beliau seterusnya berjaya mengukir nama sebagai model dan pelakon terkenal.

Dari segi lontaran idea, Jalil selalunya akan mengkaji produk pelanggannya terlebih dahulu. Menurutnya, ia adalah aspek paling penting sebelum beliau memberikan ideanya bersama bahan rujukan lain. Beliau akan memberikan rekaan pentas dan pencahayaan yang tidak akan ditolak pelanggan.

"Itu pentingnya kreativiti dan komitmen. Saya tidak mahu membuat kerja dengan tangkap muat. Jika pelanggan memberi idea yang saya rasakan tidak sesuai, saya akan bangkang walaupun itu adalah produknya. Mungkin nampak kurang elok tetapi pada masa sama saya sebenarnya membantu mereka dari segi idea," kata Jalil yang banyak dibantu kakitangannya dalam memerah idea di samping pengalaman.

Menurut Jalil, bidang yang diceburinya memerlukan seseorang yang tidak mementingkan diri sendiri. Idea yang dihasilkan perlu fleksibel dan mereka perlu tahu apa yang penonton rasa serta lihat. Ini termasuk citarasa daripada pelbagai golongan sama ada orang kampung, 'rockers'
sehinggalah kepada golongan elit.

"Dalam sesuatu persembahan itu, ada yang beranggapan ia hanya akan ditonton golongan elit sahaja dan pendekatannya juga perlu lebih elit. Ini adalah pandangan yang salah. Tidak semestinya persembahan yang biasa dibuat di Istana Budaya tidak boleh dipersembahkan di pentas terbuka di Chow Kit!" katanya.


* Video klip "Isabella" di Pantai Morib, Selangor hasil arahan arwah Jalil


30 January 2008

BELASUNGKAWA: LOLOQ

Industri muzik Malaysia baru saja kehilangan seorang penulis lirik yang hebat, Rosli Khamis atau lebih dikenali sebagai Loloq pada tengahari 30 Januari 2008. Takziah diucapkan kepada seluruh ahli keluarganya dan semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat-Nya.

Al-Fatihah.



04 January 2008

ROCKIN' BERSAMA TAHUN BARU 2008

Apa khabar semuaaaaa? Anda mahu rockkkk?..Hahaha.. Happy Rockin' New Year 2008 kepada semua pembaca blog ini. Untuk tahun ini kitorang akan cuba memantapkan lagi blog ini untuk manfaat semua. Kitorang juga akan memastikan semua infonya lebih tersusun dan dikategorikan seperti di bawah:-

TEMUBORAK - Kolum interviu-interviu eksklusif.
ROCKAROLLA - Kolum feature article dan artikel-artikel muzik.
ROCK SANA SINUN - Kolum berita ringkas, berita gempak dll. dari dalam dan luar negara.
KONSERT/GIG - Kolum pengumuman konsert dan gigs.
LAYAN ALBUM - Kolum ulasan album-album.
LAYAN VCD/DVD - Kolum ulasan konsert/klip DVD
LAYAN KONSERT - Kolum ulasan konsert/gig.

Okey, teruskan membaca blog kitorang, worait?
Rock Terus Rock!


Kutu-Kutu Hanya Rawk N Roll:-
Yatt (riadz74@yahoo.com)
Nadia (headbanger31@yahoo.com)




20 October 2006

SELAMAT HARI RAYA

SELAMAT HARI RAYA KEPADA SEMUA.
MAAF ZAHIR BATIN

Kira 0-0 la, worait? Keep on rockin'!!

From us,
KUTU-KUTU ROCK

11 October 2006

Al-Fatihah

Gambar terakhir arwah Eduat (kiri sekali) yang diambil oleh Kutu-Kutu Rock
beberapa bulan lepas.


Syed Noor Eduat aka Duat (drummer SYJ) telah meninggal dunia pukul 11 pagi, 11 Oktober 2006 di Hospital Besar Ipoh (punca: komplikasi paru-paru). Berita sedih ini disampaikan oleh bapa arwah sendiri, Pak Syed Yusuf Jamalullail & Amir (vokalis SYJ).

Al-Fatihah. Semoga rohnya di tempatkan di kalangan orang-orang beriman..

28 September 2006

WE'RE NOT GONNA TAKE IT!

Twisted Sister in the 70's...Ngeri siot tengok tumit kasut diorang!. Hahaha..
(Pic credit:www.twistedsister.com)

Monster-hair band!!
(Pic credit: littlereggie.homestead.com)


WE'RE NOT GONNA TAKE IT
Twisted Sister (Album: Stay Hungry, 1984)

Oh we're not gonna take it,
No, we ain't gonna take it
Oh we're not gonna take it anymore

We've got the right to choose it
There ain't no way we'll lost it
This is our life, this is our song

We'll fight the powers that be just
Don't pick our destiny 'cause
You don't know us, you don't belong

Oh we're not gonna take it
No, we ain't gonna take it
Oh we're not gonna take it anymore

Oh
you're so CONDESCENDING
Your GALL is neverending
We don't want nothin', not a thing from you

Your life is TRITE and JADED
BORING and confiscated
If that's your best, your best won't do

Oh Oh We're right (yeah)
We're free (yeah)
We'll fight (yeah)
You'll see (yeah)

Oh we're not gonna take it
No, we ain't gonna take it
Oh we're not gonna take it anymore
Oh we're not gonna take it
No, we ain't gonna take it
Oh we're not gonna take it anymore
No way

Oh Oh We're right (yeah)
We're free (yeah)
We'll fight (yeah)
You'll see (yeah)

Oh we're not gonna take it
No, we ain't gonna take it
Oh we're not gonna take it anymore
Oh we're not gonna take it
No, we ain't gonna take it
Oh we're not gonna take it anymore

Just you try and make us
We're not gonna take it
Come on! No, we ain't gonna take it
You're all worthless and weak
We're not gonna take it anymore

Now drop and give me twenty
We're not gonna take it
Oh crinch pin
No, we ain't gonna take it
Oh you and your uniform
We're not gonna take it anymore


Posted by: Kutu-Kutu Rock (dengan ucapan: "semoga mengerti"...heheheh...)

25 September 2006

Salam Ramadhan

Gambar ni sekadar hiasan. Hehehehe...

Selamat mengerjakan ibadah puasa. Semoga puasa korang tak terkantoi!

-KUTU-KUTU ROCK-






21 September 2006

Mat Rock

Istimewa untuk semua yang telah memeriahkan lagi HANYA ROCK N ROLL, terimalahhhh...


MAT ROCK
(Search - Album: Mentari Merah di Ufuk Timur, 1987)

Aduh mama, jangan marah padaku
Aduh mama, jangan rasa tak tentu

Aku tahu kau tak setuju
Rock N Roll pilihanku
Tapi apa boleh buat
Hanya itu yang ku tahu

Aduh papa, jangan rasa gelisah
Kata orang jangan cepat terima
Janganlah tuduh melulu
Aku bukanlah kacang hantu
Kalau nak gelar
Gelarlah aku Mat Rock

Aduh dara, jangan rasa terhina
Bukan maksud membuat engkau malu
Biarpun rambut ku panjang
Pakaian lusuh tak keruan
Tapi bukan munafik
Macam sesetengah orang

Mat Rock, Mat, Mat Rock

Orang kata kita tak betul
Kerana cinta pada Rock N Roll
Tapi aku tak peduli
Aku akan rock sampai tua

(Lagu/Lirik: M. Nasir)







Love. Peace. Empathy.
Kutu-Kutu Rock...






01 August 2006

Gone

Heard the news last Sunday.
Al-fatihah, Boy (Punisher/Naked Butterfly).

Eulogy at:

Joe Kidd's Ricecooker
Zizie's Fotopages



-countess-

11 March 2006

'BATU'

HEHEH... Sejak blog kitorang ni dilaunchingkan Januari lalu, ramai jugak la yang singgah dan kasik komen. Thanks a lot! Buat pengetahuan korang, blog ni memang didedicated khas untuk rock. Tu je, takde benda lain. Tak kisah le rock apa pun, janji rock!! Heheh...

Okay la, saja nak bagitau. Kitorang (gua-Ara Payung aka Yatt, Nadia & Jam aka Aliph) sedang mengusahakan projek menghasilkan buku khas untuk era ekplosif rock Malaysia pada awal 80-an hingga awal 90-an. Maksudnya era itu mengandungi kemunculan Sweet Charity, Battle of the Bands, Search, Wings, Lefthanded sehinggalah kepada kejatuhan era berkenaan pada awal dan pertengahan 90-an dengan kemunculan band-band leleh yang kononnya rock dan jugak diskriminasi dan persepsi negatif terhadap band, muzik dan rockers itu sendiri.

Title bukunya tak confirm lagi. Tapi, projek ni (yang kitorang namakan PROJEK 'BATU') memang sudah berjalan dan kitorang dalam proses mengumpul segala info. Kitorang jugak tengah berusaha cari mana-mana publisher yang sudi untuk invest dalam projek ni (proposal semua dah ada). Setakat ni kitorang dah jumpa, borak & interview individu atau group yang sinonim dengan perkembangan muzik rock Malaysia ni seperti Ali Bakar, Rosdan Bloodshed, Pak Syed Yusof Jamalulail (founder SYJ), anggota original SYJ sendiri iaitu Zam (gitar) dan Eduat (dram) & Ustaz Akhil Abd Hayy (ex-vokalis Riyadh). Selain tu kitorang jugak dah dapat persetujuan Ella dan Man Kidal untuk ditemubual.

Proses dokumentasi projek akan dilakukan secara serius dan profesional. Bukan setakat nak glamer atau tumpang populariti orang. Lagi satu sebab kat Malaysia ni takde sape pun yang berani dan sanggup nak menulis buku mengenai industri muzik atau autobiografi artis kita yang betul-betul berbaloi untuk dibaca. Tak dinafikan memang ada yang buat buku pasal artis kita, P Ramlee, Jamil Sulong tak salah kami ada yang buat. Tapi still tak cukup. Cuba korang pegi Kinokuniya, MPH atau Borders, ada tak buku autobiografi pasal Search, Sweet Charity, Wings, Ahmad Jais, arwah S Jibeng, arwah M Osman atau Ramli Sarip? Takde kan? So, tu yang kitorang nak buat. Malaysia patut ada buku-buku untuk diorang ni. Takkan nak tunggu bila diorang dah takde, baru kita nak buat, baru kita nak hargai diorang ni?

So far, banyak jugak feedback yang kitorang dapat daripada kawan-kawan. Thanks sebab banyak yang idea dan kritikan. Ada yang tanya, "Kenapa tak buat perkembangan rock Malaysia bermula dari tahun 60-an?" Ok, memang rock di Malaysia ni dah bermula sejak era 60-an dan 70-an. Pop Yeh Yeh, arwah M Osman, M Shariff, A Romzi & The Hooks dan Sweet Charity boleh dikatakan sebagai antara perintis dalam scene rock Melayu.

Tapi, kitorang cuma nak highlightkan rock sewaktu era 80-an. Kemunculan tour konsert dan album Battle of the Bands (BOTB) dilihat sebagai pencetus fenomena rock 80-an selain kemunculan Search. Ia bukan setakat bawak muzik, tapi jugak budaya dan fesyen. Takkan korang tak ingat style rock 80-an dulu. Hahahaha! Happening beb! Selepas BOTB dan Search, kita dapat lihat fenomena muzik rock dengan kemunculan band-band lain seperti Wings, MAY, BPR dan belambak-lambak la lagi.

Bagi kitorang, itulah zaman muzik rock betul-betul hebat di Malaysia. Generasi yang betul-betul merasa era rock 80-an dulu sekarang ni mungkin berumur di antara 28 hingga 50 tahun, dan diorang ni kitorang percaya jiwanya masih rock dan kuasa untuk membeli itu ada. Besides, it's easy to write something close to our hearts, something that we've experienced. Kalau ada experience, baru ada passion nak menulis. Kalau menulis semata-mata berdasarkan fakta, ha, itu berita. Itu buku teks sekolah. Right? Insya-Allah, kalau cerita rock 80-an ni mendapat sambutan, kami akan buat 'back to the future' pulak - Rock 60-an atau 70-an (marketing strategy beb, ...heheh..).

Teringat kata Man Kidal, kenapa buku, kenapa tak VCD? Ok, firstly, sebab budget ciput. Secondly, takde expertise. Yang ada cuma serba sedikit experience dalam print publishing. Tapi kalau projek buku ni menjadik, mana tau kitorang akan pertimbangkan pasal VCD pulak kan? But, itu cerita lain. Thirdly, teringat kata Tun Mahathir Mohamed, kita ni kekurangan buku pasal sejarah kita sendiri. Well, that's a challenge.

Kitorang tak kisah pada sesiapa yang skeptikal tentang projek ni, sebab yang penting, bak kata Ali Bakar pada kitorang, "Janji korang berani, sanggup & ikhlas nak buat!"... Kita jangan jadi tong kosong, cakap je pandai, tapi habuk pun tarak, right? Berani? Buat je. Baru rock!

Segala perkembangan mengenai PROJEK 'BATU' akan ditulis dalam blog ni. Ok la, kalau ada apa-apa idea, kritik ke sila la komen kat bawah tu. Kitorang juga amat mengalu-alukan sesiapa yang betul-betul serius untuk menyumbangkan sebarang info, gambar etc. (Jangan risau, kredit akan diberikan).
Hubungi:-

Yatt aka Ara Payung : riadz74@yahoo.com
Nadia aka Countess : headbanger31@yahoo.com
Jam aka Aliph : ibnibrahim@yahoo.com



"Jangan tak jadi, jangan tak jadi
Orang kampung semuanya sudah tahu..."

Hehehehe..

Long Live Rock 'N' Roll!




28 January 2006

Rock Tu Apa?

Rock tu BATU la, takkan la bijih timah pulak? Aku asal dari bandar kecik, BATU Gajah dekat Perak. BATU? Rock jugak tu. Sweet Charity pun pernah released album bertajuk BATU.

Apa-apa hal pun muzik rock mula menerobos ke dalam jiwa aku sehingga mengalir ke seluruh salur darah masa aku dalam darjah lima, tahun 1985 – Tahun yang sama dengan kelahiran debut album Search, ‘Cinta Buatan Malaysia’… Heheh.

Hari ni dah lebih 20 tahun, muzik yang katanya dimulakan serta direvolusikan oleh Elvis Presley, Beatles, The Yardbirds dan Cream itu masih laju mengalir dalam diri aku. Tak kira la walau aku sekarang dah berstatus laki dan bapak orang.

Muzik rock yang arwah abah aku, mak aku dan kakak aku menyampah sebab bising tu sebenarnya beri ketenangan yang satu macam buat aku. Walau dah bertukar status, tak semestinya aku kena beralih mendengar Il Divo, Elton John atau Kenny G dan terpaksa mengenepikan Black Sabbath, Deep Purple, Red Hot Chili Peppers, Metallica, Gun N Roses, System Of A Down dan Search!

Tu la dia… ROCK TERUS ROCK!
- ara payung -

Rock hanya untuk yang berjiwa rebellious! Mula kenal rock? Sejak curi-curi dengar kaset-kaset rock sepupu aku masa aku masih budak sekolah rendah. :-)

-nadia aka countess aka kak yong aka amoi (kipas-susah-mati Wings)-

Rock??.....Mawi! Mawi! Wie! Wie! Slurppppp…

- deena -