23 October 2008

AL-FATIHAH: SAMAD LEFTHANDED


BEKAS gitaris Lefthanded, Abdul Samad Mian, 45, atau Samad meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Ampang pada jam 1.05 tengah hari, Khamis (23 Oktober) lalu.


Difahamkan, sebelum itu arwah terjatuh di pejabat abangnya di Taman Cahaya, Ampang dan pengsan kira-kira jam 12.40 tengah hari. Arwah yang dibawa anak sulungnya, Alif Asyraf Syafiq, 18, ke hospital bagaimanapun meninggal dunia ketika dalam perjalanan.

Hasil bedah siasat, doktor mengesahkan kematiannya berpunca akibat masalah jantung.

Jenazah Samad dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu 13, Hulu Langat, kira-kira jam 9.30 malam.

* * * * *


PADA aku, Samad sebenarnya adalah underrated guitarist. Tidak ramai yang tahu atau mahu mengiktiraf kebolehan sebenarnya. Malah, nama Samad jarang sekali disebut sebagai antara gitaris hebat tempatan. Umum selalunya lebih mengetahui Man Kidal, Hillary Ang, Kid, Joe Wings, Shahrul Ekamatra ataupun Sham Kamikaze. Samad? Selalunya tak ada dalam senarai.

Sebab utama Samad tidak ada dalam senarai atau tidak menonjol adalah kerana dia dibayangi Man Kidal sepanjang bersama Lefthanded. Man Kidal dilihat lebih hebat kerana dia adalah lead guitarist Lefthanded serta pengasas dan ketua band itu, manakala Samad pula peranannya lebih dilihat sebagai gitaris kedua.

Samad mampu menjadi pemain gitar utama dan sumbangannya dalam Lefthanded adalah banyak. Konsep solo gitar berharmoni yang dibawa Lefthanded sebenarnya turut menonjolkan kemampuan Samad menghasilkan solo-solo yang hebat. Malangnya, Man Kidal yang lebih menonjol.

Situasi ini sebenarnya turut menyumbang dalam konflik Lefthanded. Selepas Lefthanded dibubarkan pada awal 90-an, mereka kembali bergabung pada 1999 tetapi tanpa Man Kidal. Man Kidal diberitakan menghadapi masalah kontrak, tetapi difahamkan ada wujud sedikit 'perselisihan faham' di antara kedua-dua gitaris terbabit dipercayai berkaitan dengan peranan masing-masing sebagai gitaris dalam Lefthanded.

Album 'Syurga dan Neraka' pada waktu itu menyaksikan rakaman Lefthanded tanpa sentuhan Man Kidal. Ia sekali gus memberi peluang kepada Samad buat pertama kalinya mendominasi seksyen gitar. Walaupun album itu gagal, tetapi Samad berjaya membuktikan kebolehannya untuk menghasilkan muzik untuk Lefthanded.

Pada 2004, Man Kidal kembali bersama Lefthanded termasuk Samad, Nash, Yan dan Man Dayak dengan show reunion yang cukup mantap di Planet Hollywood, Kuala Lumpur. Malangnya, Samad tak lama selepas itu meninggalkan Lefthanded membayangkan seolah-olah ada pertikaian di antaranya dengan Man Kidal.

Pada 90-an juga, Samad pernah dibawa bos ROTTW, Mohd Rom Mohd Nor ke satu festival muzik di Jerman dan diberi peluang membuat persembahan solo di hadapan ratusan ahli perniagaan dalam bidang rakaman dan sistem bunyi. Tak salah aku, gitaris Dream Theatre, John Petrucci turut mengadakan persembahan yang sama. Hasilnya, Samad mendapat pujian ramai.

Siapa tak ingat dengannya yang berjaya mempelawa Paul Gilbert, yang ketika itu gitaris Mr Big 'berduet' dalam album solonya yang kemudian turut memenangi anugerah Album Rock Terbaik di Anugerah Industri Muzik (AIM) 1995.

Secara peribadi, aku taklah rapat sangat dengan Samad. Namun, peluang bekerja dengan ROTTW dulu memberi kesempatan kepada aku beberapa kali berborak dan menemubual Samad. Selain itu, sebagai anggota Lefthanded, Samad memang aku sudah tahu sejak era Battle of the Bands sekitar 1986 dulu.

Teringat loket berbentuk gitar yang dipakai Samad semasa album 'Keadilan' dulu. Terpengaruh dengan itu, aku bersama rakan-rakan sekolah bertungkus lumus menggunting kepingan aluminium untuk dijadikan bentuk gitar sebelum dijadikan loket rantai. Hahah!

Gambar Samad di atas aku ambil pada 2002 ketika majlis pelancaran album band rock yang aku pun dah lupa di Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur. Waktu itu aku dah tak bersama ROTTW dan Samad yang pernah temubual sebelum itu melambaikan tangan sebelum aku duduk di sebelahnya.

Selepas berborak sekejap, Samad kemudian bertanya sesuatu yang membuatkan aku nak tergelak...

"Eh! Kau keja dengan ROTO lagi ke? Keja dengan ROTO lagi?" tanya Samad.

Aku yang kehairan menjawab, " ROTO? ROTO apa?"

"Alaa, magazine yang Rom punya tu, ROTO kan?" katanya selamba.

Oohh... Samad bertanyakan pasal majalah ROTTW rupanya. Heheh. Dia tidak menyebut mengikut huruf seperti lazimnya iaitu R.O.T.T.W, tetapi cuba membunyikannya maka jadilah ROTO.

Okat, untuk pengetahuan korang, kalau nak membunyikan R.O.T.T.W, ia berbunyi ROTT, buang W tu! Hmm... susah la, kena tukar kot nama ROTTW ni supaya orang tak confuse! Hahah!

Tak lama selepas itu, aku sekali lagi bertemu dengan Samad. Kali ini pada satu pelancaran album nasyid kanak-kanak di Bukit Bintang. Aku tak ingat itu album apa, tapi majlis bermula lewat dua jam sebab aku sorang je wartawan yang datang cover! Semuanya dilewatkan sebab penganjur nak tunggu wartawan lain, malangnya tunggu punya tunggu, aku sorang jugak yang tercongok di situ. Kesian.

Aku pelik dengan kehadiran Samad pada majlis pelancaran album nasyid tu. Disebabkan majlis yang bermula lambat, aku lihat Samad dah terlena di atas kerusi.

Sebaik terjaga, dia aku tegur. Rupa-rupanya dia terbabit sama dalam pembikinan album itu sebagai penggubah beberapa lagu. Samad yang waktu itu tidak lagi bersama Lefthanded selepas kegagalan album 'Syurga dan Neraka', dapat aku agak 'kekeringan' job. Kalau di kalangan sessionist di Malaysia, takde job selalunya disebut sebagai 'winter'.

Semua itu aku dapat agak selepas aku meminta nombor handphonenya dan dia berkata :

"Err... handphone buat masa ini dibekukan. Guna telefon rumah je," katanya tersenyum dan aku dapat agak Samad mengalami sedikit masalah kewangan berikutan musim 'winter'. Lagipun, masa tu mana ada prepaid lagi. Handphone kena barred perkara biasa la kan.

Itulah serba sedikit pengalaman yang aku ada bersama antara gitaris hebat kita ini. Untuk rekod, Samad sejak empat tahun lalu adalah pensyarah di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara), Kuala Lumpur dan dia juga sempat menerbitkan VCD Guitar Jamming, sebuah album yang memuatkan sistem pembelajaran lengkap, mudah dan cepat buat peminat yang ingin mempelajari teknik permainan gitar cara Samad secara langkah demi langkah.

Takziah kepada kaum keluarganya, dan semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang-orang beriman. Al-Fatihah.


-Yatt-

15 comments:

eddie dewanaga said...

huh... betul ke..??

innalillah...

semoga rohnya dicucuri rahmat...

gua nak buat tribute kat blog gua la...

Aku said...

Inanalillah ...

Anonymous said...

Innalillah.... How did he pass away? where is he going to be buried??

Al-Fatihah.....

Yatt said...

Tengah hari tadi kat ofis abang dia kt ampang. rasanya kebumi kat Hulu Langat.

Anonymous said...

innalillah..semoga roh di tempatkan bersama2 golongan orang beriman

Kryptonite said...

news nya ada di sini jugak:
http://www.thestar.com.my/news/story.asp?file=/2008/10/23/nation/20081023160542&sec=nation

from the star online.

amey ahmad said...

Bersama kita sedekahkan al-Fatihah dan doakan kepada rohnya supaya ditempatkan bersama golongan yang beriman..

Al-Fatihah..

junkfood said...

innalillahiwainnailaihiraaji'unn

Anonymous said...

salam. Mempelawa anda untuk vote di www.musicforum2007.blogspot.com. TQ.

-aria.

zan said...

Kalau Man Kidal di panggil Malmsteen Malaysia, tak keterlaluan kalau Samad digelar "Paul Gilbert Malaysia"

Aku cukup syahdu dengan solo "Memburu Rindu - Hattan". Antara solo arwah yang berhantu.

Salam takziah untuk keluarga Allahyarham.

Yatt said...

Ya, baru aku ingat. Arwah yg main gitar utk album solo sulung Hattan tu.

Anonymous said...

Al Fatihah saya sedekahkan untuk arwah Samad. Semuga dicucuri rahmat.

Sedih dan happy ingat zaman Battle of The Bands dulu. Best! Gua mati-mati nak pergi (masa tu sekolah tingkatan, nasib ke konsert bergantung pada belas kasihan makbapak). Gua pergi. Best la. Ambik gambar lagi.

"Ku dihalaman rindu... " best Lefthanded. Takkan lupa jasa dan talent arwah Samad.

Regards - Heavy.

speedrider said...

alfatihah.

Berita ni dapat dari member2 Multiply hari arwah meninggal. lebih kurang pukul 2 macam tu lah dapat tau.

BESIHITAM said...

al-fatihah..

sudah menjadi lumrah..
yang dah takde baru lah rase ketiadaannya tapi mase ade buat2 takde plak..
ermm..pe2 pun samad lebih hebat dari man kidal

Wan Thrasher said...

..masa tu aku tengok Battle Of The Band Lefhanded pun ada sama penyanyi Sahara Yaakob menggelar Samad sebagai Gary Moore Malaysia..solo dan tone Debunga Wangi beliau memang hebat!!..
from Wan Thrasher