11 March 2006

'BATU'

HEHEH... Sejak blog kitorang ni dilaunchingkan Januari lalu, ramai jugak la yang singgah dan kasik komen. Thanks a lot! Buat pengetahuan korang, blog ni memang didedicated khas untuk rock. Tu je, takde benda lain. Tak kisah le rock apa pun, janji rock!! Heheh...

Okay la, saja nak bagitau. Kitorang (gua-Ara Payung aka Yatt, Nadia & Jam aka Aliph) sedang mengusahakan projek menghasilkan buku khas untuk era ekplosif rock Malaysia pada awal 80-an hingga awal 90-an. Maksudnya era itu mengandungi kemunculan Sweet Charity, Battle of the Bands, Search, Wings, Lefthanded sehinggalah kepada kejatuhan era berkenaan pada awal dan pertengahan 90-an dengan kemunculan band-band leleh yang kononnya rock dan jugak diskriminasi dan persepsi negatif terhadap band, muzik dan rockers itu sendiri.

Title bukunya tak confirm lagi. Tapi, projek ni (yang kitorang namakan PROJEK 'BATU') memang sudah berjalan dan kitorang dalam proses mengumpul segala info. Kitorang jugak tengah berusaha cari mana-mana publisher yang sudi untuk invest dalam projek ni (proposal semua dah ada). Setakat ni kitorang dah jumpa, borak & interview individu atau group yang sinonim dengan perkembangan muzik rock Malaysia ni seperti Ali Bakar, Rosdan Bloodshed, Pak Syed Yusof Jamalulail (founder SYJ), anggota original SYJ sendiri iaitu Zam (gitar) dan Eduat (dram) & Ustaz Akhil Abd Hayy (ex-vokalis Riyadh). Selain tu kitorang jugak dah dapat persetujuan Ella dan Man Kidal untuk ditemubual.

Proses dokumentasi projek akan dilakukan secara serius dan profesional. Bukan setakat nak glamer atau tumpang populariti orang. Lagi satu sebab kat Malaysia ni takde sape pun yang berani dan sanggup nak menulis buku mengenai industri muzik atau autobiografi artis kita yang betul-betul berbaloi untuk dibaca. Tak dinafikan memang ada yang buat buku pasal artis kita, P Ramlee, Jamil Sulong tak salah kami ada yang buat. Tapi still tak cukup. Cuba korang pegi Kinokuniya, MPH atau Borders, ada tak buku autobiografi pasal Search, Sweet Charity, Wings, Ahmad Jais, arwah S Jibeng, arwah M Osman atau Ramli Sarip? Takde kan? So, tu yang kitorang nak buat. Malaysia patut ada buku-buku untuk diorang ni. Takkan nak tunggu bila diorang dah takde, baru kita nak buat, baru kita nak hargai diorang ni?

So far, banyak jugak feedback yang kitorang dapat daripada kawan-kawan. Thanks sebab banyak yang idea dan kritikan. Ada yang tanya, "Kenapa tak buat perkembangan rock Malaysia bermula dari tahun 60-an?" Ok, memang rock di Malaysia ni dah bermula sejak era 60-an dan 70-an. Pop Yeh Yeh, arwah M Osman, M Shariff, A Romzi & The Hooks dan Sweet Charity boleh dikatakan sebagai antara perintis dalam scene rock Melayu.

Tapi, kitorang cuma nak highlightkan rock sewaktu era 80-an. Kemunculan tour konsert dan album Battle of the Bands (BOTB) dilihat sebagai pencetus fenomena rock 80-an selain kemunculan Search. Ia bukan setakat bawak muzik, tapi jugak budaya dan fesyen. Takkan korang tak ingat style rock 80-an dulu. Hahahaha! Happening beb! Selepas BOTB dan Search, kita dapat lihat fenomena muzik rock dengan kemunculan band-band lain seperti Wings, MAY, BPR dan belambak-lambak la lagi.

Bagi kitorang, itulah zaman muzik rock betul-betul hebat di Malaysia. Generasi yang betul-betul merasa era rock 80-an dulu sekarang ni mungkin berumur di antara 28 hingga 50 tahun, dan diorang ni kitorang percaya jiwanya masih rock dan kuasa untuk membeli itu ada. Besides, it's easy to write something close to our hearts, something that we've experienced. Kalau ada experience, baru ada passion nak menulis. Kalau menulis semata-mata berdasarkan fakta, ha, itu berita. Itu buku teks sekolah. Right? Insya-Allah, kalau cerita rock 80-an ni mendapat sambutan, kami akan buat 'back to the future' pulak - Rock 60-an atau 70-an (marketing strategy beb, ...heheh..).

Teringat kata Man Kidal, kenapa buku, kenapa tak VCD? Ok, firstly, sebab budget ciput. Secondly, takde expertise. Yang ada cuma serba sedikit experience dalam print publishing. Tapi kalau projek buku ni menjadik, mana tau kitorang akan pertimbangkan pasal VCD pulak kan? But, itu cerita lain. Thirdly, teringat kata Tun Mahathir Mohamed, kita ni kekurangan buku pasal sejarah kita sendiri. Well, that's a challenge.

Kitorang tak kisah pada sesiapa yang skeptikal tentang projek ni, sebab yang penting, bak kata Ali Bakar pada kitorang, "Janji korang berani, sanggup & ikhlas nak buat!"... Kita jangan jadi tong kosong, cakap je pandai, tapi habuk pun tarak, right? Berani? Buat je. Baru rock!

Segala perkembangan mengenai PROJEK 'BATU' akan ditulis dalam blog ni. Ok la, kalau ada apa-apa idea, kritik ke sila la komen kat bawah tu. Kitorang juga amat mengalu-alukan sesiapa yang betul-betul serius untuk menyumbangkan sebarang info, gambar etc. (Jangan risau, kredit akan diberikan).
Hubungi:-

Yatt aka Ara Payung : riadz74@yahoo.com
Nadia aka Countess : headbanger31@yahoo.com
Jam aka Aliph : ibnibrahim@yahoo.com



"Jangan tak jadi, jangan tak jadi
Orang kampung semuanya sudah tahu..."

Hehehehe..

Long Live Rock 'N' Roll!




14 comments:

Mohd Asnol Lob said...

gua hargai usaha kome.
long live rock n roll.

peace.

...$weE+ 666... said...

brilliant idea!
keep on working on it~
666% support from me... :)

Edd Vedder said...

Idea yg mmg rock habis..!! Brilliant. Aku akan support korang 100%. Balik nanti aku try cari kot2 ada bahan yg aku rasa sesuai utk dimuatkan di dlm projek ni.

..yatt, lepas 80's rock bleh buat 90's rock plak kot.. hehe.

N a d i a said...

thanks, friends, for the support!

edd, rock 90's? kalo tak silap aku, sorang reporter malay mail (dulu editor mag piss of mine) tgh kumpul stuffs psl band2 ug. dia bgtau aku & yatt projek dia mmg on-going. dia pun support projek kitorg gak. hehehe..

Anonymous said...

saiz buku biar besar sikit, baru puas tengok gambar2 nostalgia. mesti banyak gambar2 kan?

highheelseliparjepun said...

Sila edarkan ke Sarawak..please...hehe..

Anonymous said...

Boleh terangkan lagi mengenai kandungan untuk buku tu nanti?
maksudnya bab apa yg akan ada dalam buku tu?? Dari situ boleh la tentukan bahan2 yang nak dikumpul?

kalau ada bab fesyen, jangan lupa taruk sneaker ALIPH!!

N a d i a said...

kamal,
noted. tapi sumenye depends la pada publishernye nanti.

su,
bukunye kena disiapkan dulu, bebeh.:-)

ejoi,
semuanya dah ada dlm proposal & ouline, content structure kami. jgn risau, we try our best!

-nadia the rockin' mama-

Yatt said...

edd...

Kalau 90's tu rock melayu dah hampeh sikit. dah setat lagu2 leleh sume. Rasa aku 90's tu band2 underground mula bercambah. Muzik grunge, alternatif, brit pop dah mula meletup, kan?

p/s : Thanks pada semua yg support projek kitorang ni. Doa2 la sekali. Banyak cabaran nak menyiapkannya tuh!!

-ara payung aka yatt -

Anonymous said...

Kalau boleh buat kompilasi CD ROCK KANGKANG percuma untuk buku tu nanti, yang memuatkan lagu2 dari band2 Rock Kangkang 80an macam SYJ, D'Riyadh, Junction, dan band2 yang susah nak dapat muzik diaorang kat pasaran?

PS - Nak tanya, ada tak CD album "ANAK LIAR" oleh Sofea kat pasaran.? kalau ada kat mana boleh dapat?

Anonymous said...

idea nih mmg rock habis!
buku kasi tebal aa...
gambar mau banyak.. termasuk gambar gitar2 yg legendary cam strat bendera malaysia m sharip ka, strat rosli mohalim ka, man kidal punya ka.

N a d i a said...

ejoi,
cd anak liar? tak sure la beb. tapi kaset ada la kat rumah tu...hehehe...

-nadia-

N a d i a said...

puakaastro,
we'll try our best!

@seng,
cantekkk gak tu..

-nadia-

Anonymous said...

Macam mana perkembangan projek ni...
Dah mula cetak ke?