Di sini dipaparkan semula beberapa pandangan yang pernah diterbitkan dalam ROTTW Jun 2005. Isunya "Apa Itu Underground Di Sebalik Mainstream?" yang dikupas oleh editornya ketika itu, Mohd Nasir Abdul Rashid. Sekadar berkongsi pendapat (secara umum dan RINGKAS!) untuk meredakan kekeliruan tentang isu (tidak berkesudahan) mainstream vs underground dan yang pentingnya, tentang majalah ni yang secara tiba-tibanya heboh didebatkan di blog ini (regardless whether you read the mag or not lah ye?).
Mohd Rom Mohd Nor (founder ROTTW) : "Underground ialah tempat bermulanya sebuah band yang baru, walaupun kita tak mengenepikan [fakta] yang underground telah menjadi satu bentuk cult movement hingga sekarang. Kita biarkanlah sebegitu...Bila sudah ada nama dan popular, nak underground lagi? Ia adalah satu tempat bermula yang baik sebelum umum boleh menerimanya...Majalah ini ialah sebuah entiti muzik, tak perlu dikaitkan dengan underground atau mainstream. Sebenarnya, segala-galanya ialah tentang muzik."
Mohd Nasir Abdul Rashid (bekas Editor ROTTW) "Majalah ini juga bukan majalah underground, walau selalu dilabel sebegitu oleh 'orang biasa', mungkin kerana banyak band yang dipaparkan belum dikenali umum? Jadi terma dan maksud underground itu bergerak dalam equilibrium yang berbeza, berdasarkan pengalaman, pendekatan serta pemahaman yang berbeza..."
Fadil (founder MusicBox Production) "Mana-mana band yang mahu maju atau sukses, apabila tiba ke kemuncak, mereka perlu menghadapi juga arena mainstream. Ia adalah perkara normal. Cuma kita nak jadi apa sebenarnya?...Muzik yang bagus harus diketengahkan kepada umum..."
RINGKAS. Itu saja.
Anyway, jangan lupa baca isu terbaru ni...
Aku menulis tentang band ska punk, Plague Of Happiness, F.T.G dan juga 'membedah siasat' lagu-lagu The Ramones di kolum Lacuna. Til then, kepada sesiapa yang tak pernah dengar nama Plague Of Happiness, klip video di bawah ni khas untuk korang! (Ya, ska diorang ada solo gitar, dan drummernya juga ialah seorang metalhead dari Narsamum). Enjoy!
P/s: Aku kena rip-off beli album diorang ni dengan apek Starlight Aloq Staq! Cinabeng!#$%@!!
Yeahh! Salah satu cita-cita aku tercapai jugak - Menulis all-out tentang Metallica. Tak sia-sialah aku buat research dan menulis dalam masa yang sangat suntuk (dan paksa diri untuk khatam sebuah buku dalam masa dua hari; susah gile tu particularly for a fulltime housewife with a hypercative child like me..hehe).
Memang betul sudah ada tiga lagi majalah yang meletak Metallica di cover mereka. Tapi, do check this one out. 7 mukasurat lengkap. It's a team work, dan aku menulisnya bersamaNazri Blitzenius dan PandeMOEneus De La Rocha .
Aku menulis evolusi Metallica dari pra-Metallica sehinggalah apabila Robert Trujillo join band ini serta trivia setiap line-up. Moe pula menulis tentang 'Death Magnetic', manakala Nazri bercerita tentang Pushead, 'penterjemah attitude kepada visual Metallica.' Belilah, worait? Kalau browse through kat kedai mamak atau pinjam kat member, mungkin tak cukup masa untuk mentelaah. ;-)
Untuk yang meminati Jimi Hendrix pulak, aku kupas cerita di sebalik lagunya "Voodoo Child (Slight Return)". Illustrasinya karya Nazri Blitzenius jugak.
Wokehh, check it out!
P/s: Imagine kalau aku disuruh tulis cover story Pearl Jam? Mau kena buat additional booklet! Heheh...(Ya, aku memang bias! Muahahahah!)
Wokey, people! Ni isu ROTTW yang ada dalam pasaran sekarang.
Check out kolum Lacuna membongkar kisah-kisah menarik di sebalik 20 lagu one-hit wonder.
Yang cover bawah ni pulak, COMING SOON!...;-) (P/s: Kisah lagu-lagu U2 pun ada dalam isu yang ini)
Btw, di sini kitorang nak mengucapkan SELAMAT HARI RAYA & MAAF ZAHIR BATIN kepada semua pembaca blog HANYA RAWK N ROLL ni. Semoga berkat dan selamat semuanya.
Keep on rockin'!
From our hearts, Yatt Nadia Deena (lil' rock chick)
NOTA: Artikel berikut pernah diterbitkan dalam kolum Lacuna (baca: Lakuna) majalah ROTTW, Oktober 2007. Kolum yang dimulakan sejak 2006 ini menampilkan kisah-kisah menarik di sebalik lagu-lagu yang pernah popular satu ketika dulu, dan juga cuba membongkar (fuhh, membongkar tuuu!...) maksud yang tersirat dan tersurat di dalam lirik-lirik lagu. Apa kena-mengena kolum Lacuna dan blog Hanya Rawk N Roll? Okey, kolum itu sebenarnya dikelolakan oleh tukang post entry ni hah; salah seorang empunya blog ni jugak. Hehe.
Selain lagu-lagu berbahasa Inggeris, Lacuna sedang cuba membongkar cerita-ceriti di sebalik lagu-lagu berbahasa Malaysia. Setakat ni, hanya kisah "Negaraku" pernah dipaparkan. More to come, hopefully (Got ideas? Feel free to e-mail me, Nadia aka Countess, at : headbanger31@yahoo.com, wokehh?).Mungkin artikel berikut kurang sempoi (hehe), tapi apa pun, selamat membaca!
******************************************
MISTERI HOTEL CALIFORNIA
Selain "The Man Who Sold The World", "Good Riddance (Time Of Your Life)" ataupun "More Than Words", sebuah lagi lagu yang menjadi pilihan utama gitaris-gitaris 'wannabes' yang mahu menjadi hero dalam setiap gig unplugged warga kampus ialah "Hotel California" nyanyian The Eagles. Ia biasanya dipersembahkan mengikut versi akustik yang begitu popular, sepertimana yang terdapat dalam album live 'Hell Freezes Over' (1994).
Versi asal lagu ini dipersembahkan dalam stail slow rock dan diterbitkan pada 1976 dalam album (dengan tajuk yang sama) 'Hotel California'. Menurut The Eagles, 'Hotel California' ialah sebuah album metafora tentang orang-orang Amerika yang tertewas dengan dunia materialistik. Ia adalah album pertama band ini bersama Joe Walsh (gitar/vokal) dan tanpa line-up pengasas mereka, Bernie Leadon (gitar/banjo). Ia juga adalah album terakhir yang menampilkan penyanyi dan pemain bass asal mereka, Randy Meisner (Meisner kemudiannya diganti oleh Timothy B. Schmit).
Lagu dan lirik "Hotel California" adalah ciptaan bersama Don Henley (dram/vokal), Glenn Frey (gitar/vokal) dan Don Felder (gitar/vokal). Ia pernah dinobatkan sebagai salah sebuah lagu album-oriented terbaik genre rock, malah The Rock and Roll Hall of Fame pernah menyenaraikannya antara 500 lagu yang telah membentuk genre rock.
Klasik!
(Pix: www.eaglesband.com)
"Hotel California" terkenal dengan siri solo gitar yang berlapis-lapis dan bertekstur kemas yang dimainkan oleh Walsh dan Felder (dia memainkannya dengan gitar double-neck), serta Frey di posisi gitar rhythm. Lagu ini dikatakan ada pengaruh lagu Jethro Tull bertajuk "We Used to Know" yang terdapat dalam album 'Stand Up' (1969). Harmoni dua gitar yang menjadi nadi utama lagu ini dan juga solo yang terdapat pada penghujungnya pula dikatakan mirip stail Wishbone Ash. Persamaan ini mungkin datangnya daripada pengaruh idea penerbit album mereka, Bill Szymczyk, yang juga baru sahaja menerbitkan album Wishbone Ash bertajuk 'There's A Rub' sebelum sesi pembikinan album 'Hotel California' bermula.
"Hotel California" juga terkenal kerana liriknya yang misteri serta mengundang pelbagai teori dan interpretasi penuh kontroversi. Ada yang mengaitkannya dengan satanism dan cerita seram, malah ada juga yang mengaitkannya dengan dadah atau rumah pesakit mental. Dan teori paling pelik ialah liriknya dianggap memperkatakan tentang kanser!
Yang Palsu
Ada yang betul-betul percaya kewujudan Hotel California. Kerana lirik "You can check out anytime you like, but you can never leave", ada yang mendakwa ia adalah sebuah rumah persinggahan yang dikendalikan oleh manusia kanibal yang menerima tetamu hanya untuk dijadikan hidangan makan malam!
Ramai juga yang menganggap hotel yang menjadi inspirasi lagu ini ialah Hotel California yang terletak di Todos Santos, sebuah bandar dalam semenanjung Baja California, Mexico. Sebaliknya ia adalah satu kebetulan sahaja. The Eagles tidak pernah berkunjung ke hotel itu, apa lagi mendapat ilham darinya. Sebenarnya, gambar bangunan yang terdapat pada kulit album 'Hotel California' ialah Hotel Beverly Hills, California.
Hotel California, Mexico.
(Pix: www.todossantosguide.com)
Teori lain mengatakan "Hotel California" ialah nama panggilan Hospital Camarillo State, sebuah hospital psikiatri berdekatan Los Angeles yang beroperasi selama 60 tahun sebelum ditutup pada 1997. Mereka yang mempercayai teori ini berpendapat lirik lagu ini adalah gambaran perasaan seorang pesakit mental yang hidup 'terpenjara' terlalu lama di dalam sebuah institusi seperti itu.
Hospital Camarillo State. Adalah dipercayai bahawa memang ada sebuah 'mission bell' di sini sepertimana yang tertulis di dalam lirik lagu "Hotel California". Selepas hospital ini ditutup, ia menjadi lokasi tumpuan pemburu-pemburu hantu dan juga produksi-produksi filem dan TV. 'N Sync misalnya, pernah menjadikan hospital ini sebagai lokasi klip video mereka "I Drive Myself Crazy".
(Pix: www.cshemployees.com)
Teori paling popular tentang lagu ini ialah kaitannya dengan satanism. Kononnya, sebuah gereja lama telah diubah menjadi markas pengikut ajaran syaitan 'Church of Satan' yang ditubuhkan pada 1969. Markas itu dikenali sebagai "Hotel California" dan dikatakan tempat lahirnya Satanic Bible. Lirik yang berbunyi "...kill the beast" atau "...that spirit here since 1969" dikatakan menjadi asas teori ini dan ia diperkukuhkan lagi dengan imej-imej yang terdapat pada kulit album 'Hotel California'. Ada yang mendakwa ternampak imej Anton LaVey, pengasas ajaran sesat itu pada kulit album sedangkan imej itu ialah seorang model wanita yang diupah untuk sesi fotografi album tersebut. Ada juga yang mendakwa terlihat gambar pelakon tambahan (aka hantu!) pada album itu dan menokok pula cerita kononnya itu ialah hantu seseorang yang telah dibunuh oleh LaVey untuk dijadikan korban!
Anton LaVey.
Yang Benar
Berlatarbelakangkan industri muzik di California dan industri hiburan Hollywood, "Hotel California" sebenarnya mengisahkan tentang satu dunia baru yang dialami oleh The Eagles. Ketika lagu ini diterbitkan, The Eagles sedang berada di kemuncak karier mereka. Walaupun mereka puas dengan kemewahan, dadah dan perempuan, kejayaan yang mereka kecapi itu telah bertukar menjadi mimpi ngeri hari demi hari.
Walaupun dunia mereka itu memang seronok dan menakjubkan, mereka mula terasa bahang bahayanya. Bagi mereka, dunia mereka itu dikuasai pengaruh hedonism, perasaan tamak haloba, kepura-puraan dan materialistik yang membawa kehancuran. Mereka berasa terperangkap dan mula mengutuk dunia baru mereka itu. Namun, realiti pahitnya, industri hiburan memang mudah untuk dimasuki, tetapi jalan untuk keluar berpatah balik dan kembali seperti asal mungkin sukar untuk ditemui. "Hotel California" adalah 'medium' The Eagles untuk meluahkan rasa takut dan memberi peringatan kepada orang lain agar tidak turut terperangkap seperti mereka.
Perkataan "colitas" yang terdapat pada lirik "warm smell of colitas rising up through the air" seringkali disalah tafsir dan dikaitkan dengan unsur seksual. "Colitas" sebenarnya ialah satu perkataan dalam bahasa Sepanyol yang bermaksud "kuntum-kuntum kecil". Ia merujuk kepada ganja, dan maksud perkataan ini telah diperjelaskan kepada The Eagles oleh pengurus tour mereka. Baris lirik itu juga adalah tentang bau ganja. Tetapi menurut Frey pula, ia adalah satu metafora tentang ketagihan kokain dan gambarannya ada tersirat dalam lirik "you can check out anytime, but you can never leave."
Apa pula maksud di sebalik "They stab it with their steely knives but they just can't kill the beast"? Sebenarnya ia adalah ejekan balas The Eagles kepada Steely Dan (kedua-dua band ini berkongsi pengurus dan pernah berselisih faham). Sebelum itu, Steely Dan telah mengejek muzik The Eagles yang kedengaran 'selamat' dalam lagu mereka "Everything You Did". Kata Steely Dan dalam lirik lagu itu, "Turn up The Eagles, the neighbors are listening."
Trivia
Lagu ini telah dirakamkan dalam tiga sesi yang berbeza sehinggalah band ini betul-betul bertemu versi yang paling memuaskan hati mereka. Masalah utama mereka semasa merakamkan lagu ini ialah mencari key yang sesuai untuk vokal Henley.
Versi "Hotel California" dalam album live 'Hell Freezes Over' telah dimainkan dengan lapan buah gitar. The Eagles berpecah selama 14 tahun sejak 1980 dan bergabung kembali pada 1994. Dalam tahun itu, Frey, Henley, Felder, Walsh dan Schmit telah mengadakan satu konsert untuk MTV dan rakaman konsert itulah yang dimuatkan dalam 'Hell Freezes Over'.
Lirik yang terdapat pada kulit album 'Hotel California' tertulis "She's got the Mercedes Bends" dan bukan "Mercedes Benz". Ia bukannya tersalah cetak, tetapi hanyalah permainan kata-kata The Eagles.
Task Force 6-26, salah satu unit dalam tentera Amerika Syarikat, telah mengendalikan satu kem tahanan rahsia yang terletak di luar kawasan Lapangan Terbang Antarabangsa Baghdad sekitar 2003-2004. Tahanan-tahanan penting kem tersebut telah diasingkan dalam kubikel-kubikel khas yang dipanggil "Hotel California".
Imej satelit kem rahsia Task Force 6-26 yang menempatkan tahanan-tahanan tentera Amerika sebelum dibawa ke penjara Abu Gharib, Iraq. Di dalam Camp Nama inilah dipercayai terletaknya kubikel-kubikel sempit dan gelap yang dipanggil "Hotel California".
(Pix: www.mindfully.org)
Dalam siri TV 'CSI: Crime Scene Investigation' episod 'Pirates of the Third Reich', "Hotel California" dibandingkan dengan sebuah klinik. Skrip Greg Sanders dalam episod itu berbunyi: "This clinic is like the Hotel California. You can check in anytime you like but you might never leave."
Terma "Hotel California Effect" ada kalanya digunakan untuk menggambarkan satu tempat atau situasi yang tidak ada jalan keluar.
Album 'Hotel California' ialah salah sebuah album yang terlaris di Amerika dan mengangkat The Eagles antara artis paling laris di sana selain The Beatles, Elvis Presley, Led Zeppelin dan Garth Brooks. Album ini pernah memenangi Anugerah Grammy untuk kategori Record of the Year pada 1997 (lagu "Hotel California" pula dicalonkan untuk Song of The Year), tetapi The Eagles tidak muncul untuk menerima anugerah itu kerana prinsip Henley yang tidak mempercayai sebarang anugerah atau pertandingan.
Album terbaru mereka 'Long Road Out of Eden' telah diterbitkan pada Oktober 2007.
Check this out! Kalau nak baca tentang lagu-lagu Red Hot Chili Peppers, sila la baca kolum 'Lacuna' (Read: Lakuna). Jangan lupa baca juga kolum 'Tumbok Rusok'. Rasanya si penulis memberi komen balas kepada artikel tulisan Zubir Mohd Yunus tentang satu kumpulan yang dikatakannya "bodoh sombong" yang tersiar di Berita Minggu pada 25 Mei yang lalu. ;-)
Check this out!...Salah satu artikel di dalamnya adalah tentang RANCID yang bakal muncul dengan album baru diorang di tahun 366 ni (yeah! I like!!...). Untuk sesiapa yang gemor band punk ni, jom layan klip ni:-
Nadia menulis:- Cover Story - Queen Expose - Aggrobeats & Skudap Skudip Lacuna - The Four Horsemen (Part 1) Feature - Pecahkan gelas dengan suara? Akar Muzik Moden
SATELIT PUAKA
-
Aaa... aaa... aaa...
Gantung sampai mati
Puaka semalam lu
Itu saja jawapannya
Atau dilontarkan
Mana nak kulontarkan
Puaka durjana ini
Gantungkan di langit p...
Kartun vs bola
-
Damn!! Apsal la Italy vs Ghana kat Astro je??...Arghhhh!!!!...Injustice for
all nih!!..Nak lepak kat kedai mamak, takkan nak bawak Deena sekali
pagi-pagi ...