Showing posts with label LAYAN VCD/DVD. Show all posts
Showing posts with label LAYAN VCD/DVD. Show all posts

28 January 2008

BERIMAGINASI BERSAMA PEARL JAM DI ITALI

DVD - Immagine in Cornice: Picture in a Frame (2007)


Ibarat meronda-ronda Itali bersama Pearl Jam (PJ)! Itulah yang dapat diperkatakan tentang 'Immagine in Cornice: Picture in a Frame', sebuah 'concert-movie' tentang PJ arahan seorang jurufoto/pengarah filem terkenal, Danny Clinch. Ia dirakamkan ketika PJ mengadakan tour (album self-titled mereka yang ada gambar avocado tu!) di beberapa tempat di Itali seperti Milan (Milano), Verona, Bologna, Turin (Torino) dan Pistoia pada 2006.

Concert-movie ini padat dengan rakaman konsert band tersebut yang diselang-selikan dengan adegan-adegan kandid di belakang pentas, temubual-temubual ringkas dan sebagainya. Persembahan-persembahan yang dipaparkan oleh band ini ketika tour tersebut sememangnya bertenaga dan masih diresapi sisa-sisa semangat ledakan sound Seattle 90-an, dan seolah-olah menidakkan fakta bahawa mereka semakin berusia.

Apa yang membuatkan 'Immagine in Cornice' ini begitu unik adalah camera worknya yang cantik dan produksinya (terutamanya suntingan) yang licin lagi bersih. Antara adegan yang menarik di dalamnya ialah ketika sekumpulan anak-anak muda lepak memainkan gitar kapuk sambil menyanyikan lagu "Porch" yang terus disambungkan ke saat PJ membawakan versi live lagu "Even Flow" dalam satu persembahan yang mantap.

Selain itu ada juga adegan Mike McCready menceritakan kisah-kisah di sebalik tatu-tatunya, adegan Jeff Ament bermain skateboard, adegan Eddie Vedder menemani Kenneth "Boom" Gaspar (pemain organ undangan) bermain sebuah organ klasik di Pistoia dan juga adegan Eddie Vedder bersama anaknya, Olivia.

Berbanding dengan rakaman-rakaman konsert PJ yang pernah aku tengok sebelum ini, 'Immagine In Cornice' adalah yang terbaik pernah dihasilkan setakat ini.

Wajib dimiliki oleh kipas-susah-mati PJ!

Setlist yang terdapat dalam DVD ini:-
- Severed Hand
- World Wide Suicide
- Life Wasted
- Corduroy
- State of Love and Trust
- Porch
- Even Flow
- Betterman
- Alive
- Blood
- Comatose
- Come Back
- Rockin' in the Free World

P/s: Stone Gossard makes it looks so cool to wearing spectacles and still rock! And yes, Vedder sounds oh-so-lovely when he speaks Italian. Yummy betul!..Hehehe ----> ada unsur-unsur emo tak hingat! Jangan marah haa...

25 January 2008

SEARCH - LIVE AT PLANET HOLLYWOOD

Dirakam secara live di Planet Hollywood, KL pada 9 September 2007
Terbitan / Edaran : Sony BMG Music Entertainment
Format : VCD

AKU tak pegi pun showcase ni. First, sebab aku takde kat KL. Second, aku tak suka tengok showcase kat Planet Hollywood (PH) especially kalau band-band macam Search, Wings atau Lefthanded main. Bila diorang ni main, crowd kat PH yang sempit itu akan jadi packed gila!! Bila dah penuh macam tu, aku akan jadi tak selesa dan tak dapat concentrate nak tengok show. Masa tengok Lefthanded dulu aku terpaksa duduk hujung belah tepi dan dari situ aku cuma nampak kepala Samad je!! Search dengan Wings selepas itu pun lebih kurang sama je.

Lagi satu, stage tu kat basement dan hanya ada satu saja tangga untuk turun ke situ. Masalahnya aku selalu sangat ingat benda yang buruk. Contohnya kalau terbakar ke, macamana nak keluar?

Show untuk band-band legend macam diorang ni sepatutnya dibuat di stadium yang besar. Tapi ye lah, masalahnya takde company yang teringin nak sponsor pulak.

Ok, dari apa yang aku perati dalam VCD ni, aku tak nafikan show ni memang happening gila! Itu bagi orang yang ada kat situlah, tapi bagi sesiapa yang hanya tonton VCD ini mesti tak puas hati. Bukan tak puas hati sebab tak dapat pegi, tapi sebab camera works nya hancur! Balik-balik tunjuk muka audien yang sama! Ada satu awek mana tah!

Lepas tu asyik fokus pada Amy saja dan mengabaikan line-ups yang lain. Dalam VCD ni jugak Joe Wings seolah-olah tak wujud. Berapa kali je rasanya diorang fokus pada Joe.

Paling aku menyampah ada part yang Hillary dan Joe berbalas-balas solo (tak ingat lagu apa), diorang cuma fokus pada Hillary sorang je! Ada lagi, part gitaris solo, tapi hanya difokuskan pada Amy saja. Apa daaa...

Sound ok, walaupun selalunya sound kat dalam PH tu hancur. Kudos to Zairi...

Apapun, VCD ini berbaloi untuk dibeli terutama bagi die hard fan Search. Jadikan ini satu lagi koleksi Search anda.

VCD 1
1. Bencana
2. Langit dan Bumi
3. Setelah Hujan
4. Pelesit Kota
5. Honky Tong Kosong
6. Gadisku
7. Fenomena
8. Balada Pemuzik Jalanan

VCD2
1. Isi Atau Kulit
2. Kau Pergi
3. Isabella
4. 31 Ogos
5. Pawana
6. Cakap Memang Murah
7. Emanuelle
8. Mentari Merah Di Ufuk Timur
9. Gothik Malam Edan



04 August 2007

The Story of Thrash Metal



GET THRASHED: The Story of Thrash Metal
9 July 2007
Source: www.metallica.com

"Get Thrashed" is a film that traces the rise, fall and impact of thrash metal; from its early years, through its influence on grunge, nu-metal and today's heavy metal scene. It is the story of the heaviest, hardest music of the 80s and early 90s as told by the bands that lived it, the fans and bands that grew up on it and by the artists that carry the “thrash metal” flag today.


Along with Lars Ulrich and Kirk Hammett, the film features interviews with members of Megadeth, Slayer, Anthrax, Exodus, Godsmack, Hatebreed, Testament, Overkill, Death Angel, Shadows Fall, Meshuggah, In Flames, Dark Angel, Strapping Young Lad, Stone Sour, Superjoint Ritual, Lamb of God, and many others. Music from Metallica, Megadeth, Slayer, Anthrax, Exodus, Kreator, Suicidal Tendencies, Ulysses Siren, Warning SF, and Pantera provides a soundtrack for the film.


The movie was directed by Rick Ernst, who has been a freelance and staff producer for MTV Networks for the past 10+ years. He has produced and written numerous shows including Headbangers Ball, 120 Minutes, MTV Cribs, 25 Loud (w/ Jimmy Kimmel & Jack Black).


For more info, check their site

Get Thrashed!


At this point, there are no plans for a wider release. (Sigh!)


25 September 2006

DVD Ella Visual - Koleksi Video-Video Terbaik


DVD Ella Visual - Koleksi Video-Video Terbaik
Terbitan & Edaran: EMI (Malaysia) Sdn Bhd


Untuk kipas-susah-mati Ella, check this out. Ada 20 klip video untuk korang layan:-

1) Dua Insan Bercinta
2) Gemilang
3) Sembilu
4) Jauh Di Mata
5) Rindu
6) Kabus Dan Sirna
7) Menanti
8) Retak
9) Tinggal Tanda Tanya
10) Layar Impian
11) Pergilah Sayang
12) Dunia Batinku
13) Permata Biru
14) Kesal
15) Sepi Sekuntum Mawar Merah II
16) Baldu Biru
17) Demi
18) P.P.P.
19) Pedih
20) Standing In The Eyes Of The World



VCD Zaman The Concert - Melayar Jiwa


VCD "Zaman The Concert" - "Melayar Jiwa"
(Konsert meraikan 35 tahun Ramli Sarip dalam industri muzik)
8 Julai 2005. Istana Budaya
Terbitan: Rasamusic Sdn Bhd / Warner Music Malaysia


Yaaa..VCD konsert Ramli Sarip "Zaman The Concert" yang diadakan dalam dua versi ("Melayar Jiwa" & "Rock Timur") pada 8-9 Julai 2005 sudah berada di pasaran. Tapi yang ini ialah rakaman konsert "Melayar Jiwa" yang diadakan pada 8 Julai. "Rock Timur" tak jual lagi (menurut sumber kitorang, lepas raya kot?). Anyway, selamat membeli & menonton!

p/s: Sementara tu, kepada sesiapa yang nak baca review konsert "Rock Timur", check out
Countess' Paradise City
(entry 11 Julai 2005)

27 April 2006

WINGS - Konsert @ Stadium Negara, 1991

"Gua jerit sampai perit..pasal tiket sepuluh ringgit!!.."

Akhirnya, yang ditunggu dah tiba!! Selepas kemaruk nak cari dan tengok stuffs rock kapak, Box Office Malaysia dan Music Valley Sdn. Bhd. tampil dengan VCD ini - Wings "Live 1991 Konsert Di Stadium Negara, KL" (2 VCD - 1 konsert & 1 bonus). Pada mulanya saya sangkakan VCD ni menunjukkan konsert Wings di Stadium Negara pada 4 Oktober 1991, tapi bila tengok setlist yang sikit, saya yakin ni konsert 'free' anjuran Salem pada malam tahun baru, 31 Disember 1991. Dalam konsert tu, Wings digabungkan bersama-sama Search dan Ruhil. Untuk masuk ke stadium, peminat kena bawak keratan iklan Salem dari Utusan Malaysia atau Berita Harian untuk ditukarkan dengan tiket.
Wings perform 8 lagu dalam konsert ini iaitu "Romania", "Sembunyi", "Awang Thrasher", "Inspirasi Taming Sari", "Alam Barzakh" (versi Inggeris), "Sejati", "Jerangkung Dalam Almari" dan "R N R Lu Punya Suka". Memang gempak habis! Siapa yang tak teruja bila tengok Awie yang playful pakai t-shirt baseball "Old West 99" berlubang-lubang, seluar fit warna merah dan kasut leather ala-Ultimate Warrior menyanyi sambil buat 'summersault' trademarknya. Siapa yang tak teruja bila tengok Joe beraksi bagaikan menari dengan gitarnya; Eddie yang maintain cool, dan Jojet yang energetik? Paling best, bila tengok stadium yang pack-to-the-max dengan mat-mat rock yang betul-betul happening! Semuanya headbangin' habis!
Dalam VCD bonus pulak, ada rakaman Wings di Singapura dan sesi soundcheck konsert kat Stadium Negara ni. VCD yang ni pun best jugak sebab...hehehe..*klu* : Bilik hotel, katil, tuala, shaver, Hazeline Snow!! (Hazeline Snow??!)...Hahaha...Go and get this VCD la! ;-)
Walaupun kualiti VCD tidaklah begitu memuaskan (tapi yang tukang bikin dah mintak maaf awal-awal lagi. heheheh..cayalah!), sekurang-kurangnya ni satu permulaan yang baik. Ianya betul-betul berjaya mengembalikan nostalgia lama (baru teringat balik kenapa saya teramat la sasau kat Awie satu ketika dulu! Haha).
Kudos for the people behind this brilliant project! Harap-harapnya banyak lagi VCD macam ni akan diterbitkan tak lama lagi.
Hidup Rock Kapak!!

Newspaper clipping pasal konsert Wings ni (Sumber: buku skrap Countess)

-nadia the rockin' mama-