25 January 2008

SEARCH - LIVE AT PLANET HOLLYWOOD

Dirakam secara live di Planet Hollywood, KL pada 9 September 2007
Terbitan / Edaran : Sony BMG Music Entertainment
Format : VCD

AKU tak pegi pun showcase ni. First, sebab aku takde kat KL. Second, aku tak suka tengok showcase kat Planet Hollywood (PH) especially kalau band-band macam Search, Wings atau Lefthanded main. Bila diorang ni main, crowd kat PH yang sempit itu akan jadi packed gila!! Bila dah penuh macam tu, aku akan jadi tak selesa dan tak dapat concentrate nak tengok show. Masa tengok Lefthanded dulu aku terpaksa duduk hujung belah tepi dan dari situ aku cuma nampak kepala Samad je!! Search dengan Wings selepas itu pun lebih kurang sama je.

Lagi satu, stage tu kat basement dan hanya ada satu saja tangga untuk turun ke situ. Masalahnya aku selalu sangat ingat benda yang buruk. Contohnya kalau terbakar ke, macamana nak keluar?

Show untuk band-band legend macam diorang ni sepatutnya dibuat di stadium yang besar. Tapi ye lah, masalahnya takde company yang teringin nak sponsor pulak.

Ok, dari apa yang aku perati dalam VCD ni, aku tak nafikan show ni memang happening gila! Itu bagi orang yang ada kat situlah, tapi bagi sesiapa yang hanya tonton VCD ini mesti tak puas hati. Bukan tak puas hati sebab tak dapat pegi, tapi sebab camera works nya hancur! Balik-balik tunjuk muka audien yang sama! Ada satu awek mana tah!

Lepas tu asyik fokus pada Amy saja dan mengabaikan line-ups yang lain. Dalam VCD ni jugak Joe Wings seolah-olah tak wujud. Berapa kali je rasanya diorang fokus pada Joe.

Paling aku menyampah ada part yang Hillary dan Joe berbalas-balas solo (tak ingat lagu apa), diorang cuma fokus pada Hillary sorang je! Ada lagi, part gitaris solo, tapi hanya difokuskan pada Amy saja. Apa daaa...

Sound ok, walaupun selalunya sound kat dalam PH tu hancur. Kudos to Zairi...

Apapun, VCD ini berbaloi untuk dibeli terutama bagi die hard fan Search. Jadikan ini satu lagi koleksi Search anda.

VCD 1
1. Bencana
2. Langit dan Bumi
3. Setelah Hujan
4. Pelesit Kota
5. Honky Tong Kosong
6. Gadisku
7. Fenomena
8. Balada Pemuzik Jalanan

VCD2
1. Isi Atau Kulit
2. Kau Pergi
3. Isabella
4. 31 Ogos
5. Pawana
6. Cakap Memang Murah
7. Emanuelle
8. Mentari Merah Di Ufuk Timur
9. Gothik Malam Edan



4 comments:

deaf_angel said...

memang video edit dia katun. Asyik ulang2 tunjuk awek pakai baju hitam tu adjust rambut dia...same clip. kamera banyak takkan takde live footage untuk cover kan.

Nadia said...

bile berckp psl venue, lg 1 venue yg bahaya kalo ada fire, tu ha...life centre aka warp aka ruums aka whatevea it is called now. esp crowd yg dok kat bwh raised platform yg dibuat drp kayu tu. ngeriiii bile memikiokan!...

anyway, nasib baik kid takde dlm konsert ni. if not, tak nampak la muke kid gamoknye time dia solo! balik2 muke awek yg dok kat dpn stage tu.hehehhehe...;p

Anonymous said...

betul !
visual mmg out tp sound bg gua orait ;)
http://www.youtube.com/v/mxUZBQ6Z95E

zan said...

Kenapa versi "gadisku" & "gothik malam edan" dalam vcd ni dengan versi yang aku amik macam tak sama?
hahaha

Aku belum tengok vcd lagi tapi cd audio aku dah beli. Maybe konsert dekat Planet Hollywood ni sesuai di rakam untuk audio je kot. Tempat sempit macamana nak dapat view cantek? Lain la Orange..tempat agak besar..