Showing posts with label LAYAN ALBUM. Show all posts
Showing posts with label LAYAN ALBUM. Show all posts

13 March 2008

SATURNINE - GREY


ALBUM: Grey
BAND: Saturnine
TERBITAN/EDARAN: JIG Production/Life Rekod
TAHUN: 1995

Album 'Grey' adalah antara album-album yang muncul sekitar zaman muzik yang dilabel 'alternatif' menjadi begitu pop dan trendy. Bagi aku, album ini adalah masterpiece terbaik (tetapi malangnya underestimated) yang pernah dihasilkan oleh Saturnine. Lagu-lagu, sound dan kerja-kerja rakamannya memang teliti dan berkualiti walaupun pada ketika itu band ini masih hijau usianya dalam industri muzik tempatan. Tetapi, ia adalah sesuatu yang tidak menghairankan memandangkan Saturnine sendiri dibarisi oleh mereka yang berpengalaman dan dikatakan tulang belakang King Studio iaitu Zairi (dram, bass, percussions & penyanyi latar), Reza (vokalis) dan Nan (gitar, percussions & penyanyi latar).

Album yang dikatakan guitar-oriented ini telah terjual sebanyak 18,000 unit. Ia memuatkan 12 12 buah lagu ciptaan mereka sendiri dan lagu yang menjadi hit ialah "Half" dan "Break The Silence."

Tracklist
Side A
1. Half
2. Liquid Love (akustik)
3. Only Hurts
4. Closing Act
5. The Red
6. Dreams

Side B
1. Break The Silence
2. No Way Out
3. Stake
4. Relief
5. Surrender
6. Liquid Love (original)

P/s: Aku paling meminati "Liquid Love" versi akustik kerana bagi aku, alunan gitar di dalamnya menepati apa yang dikatakan orang 'crystal clear'.

Berikut adalah klip video Saturnine ketika mempersembahkan lagu "Half" di Muzik-Muzik.

Walau bagaimanapun, klip video "Half" yang asal (mereka berlari-lari bagai dikejar sesuatu tu! Ingat tak?) lebih menarik, sudah tentu. Dan rasanya aku masih simpan video tapenya.


24 April 2006

Dilema - M.A.Y

Pics by : Yatt
ALBUM: Dilema
BAND: M.A.Y
TERBITAN/EDARAN: Warnada
TAHUN: 1988

'Dilema' ialah album sulung band otai Ipoh mali, M.A.Y. Album ini (diterbitkan oleh band ini sendiri) menyusul tak lama selepas M.A.Y menjadi juara pertandingan 'Juara-Juara Rock' anjuran Dewi Suhana Studio, JB pada tahun 1986. Dalam pertandingan tu, Mus (vokalis) muncul sebagai penyanyi terbaik.

Kekuatan sebenar MAY sebenarnya terletak pada bakat dan skill mereka untuk bermain secara live dengan baik, serta kemampuan band ni mencipta sendiri lagu-lagu mereka. Rock Melayu yang solid. Ada identiti. Tidak keterlaluan kalau saya katakan faktor inilah yang menyebabkan M.A.Y paling menyerlah ketika band-band rock era 'Juara-Juara Rock' dan selepasnya muncul macam cendawan tumbuh. Dan kerana faktor ini juga lah, M.A.Y masih mampu bertahan sampai ke hari ini.

Antara lagu-lagu heavy yang menarik dalam album ini:-
- "Impian" (lagu yang positif; punya sound rock 80-an yang tipikal)
- "Keadilan"
- "Trajidi"
- "Gadis Misteri"

Tak sah rasanya kalau rock Melayu takde lagu cintan-cintun, right? Ok, antara lagu-lagu tangkah leleh yang bisa meruntun jiwa:-
- "Tiada Lagi Aku"
- "Kau Masih Lena"
- "Sketsa Sebuah Cinta"
- "Ku Dalam Dilema"

'Dilema' ialah antara contoh album rock kapak yang padat dengan lagu-lagu mantap yang wajib dinikmati, dari mula sampai habis - bukan sekali, tapi banyak kali! Ianya bukan album tipikal yang cuma ada satu atau dua lagu yang ok, dan kemudiannya hanya layak kumpul habuk di rak.

Ini adalah antara album terbaik M.A.Y. A must-have rock kapak album.

Trivia
- Nama "M.A.Y" tercipta daripada huruf pangkal nama-nama line-up band ini
(Mus-vokalis, Man-drummer, Abu-gitaris dan Yus-bassist)
- M.A.Y bermula sebagai 'opening act' untuk SYJ.
- Antara influence utama band ni ialah Judas Priest.


-nadia the rockin' mama-
p/s: Hidup M.A.Y! Hidup Manjoi!! Heheheheh...

05 April 2006

Battle of The Bands (Round 2)


ALBUM: Battle of The Bands (Round 2)
TERBITAN/EDARAN: Warnada
TAHUN: 1986


Battle of The Bands (BOTB) (Round 2) adalah sebuah lagi album rock kapak yang mantap.
Kedua-dua buah album BOTB ni sebenarnya sudah diulang cetak dengan cover yang berbeza-beza, tapi nothing beats the originals. Gambar-gambarnya lebih klasik!! (tengok je la cover kat atas tu). BOTB Round 2 memuatkan lagu-lagu daripada Ella & The Boys, SYJ, Lefthanded, Bloodshed dan Rahim Maarof & Whitesteel.

Tracklist:-
1) Hanya Secebis Jawapan (Ella & The Boys)
2) Mata Sepet (SYJ)
3) Tuduhan (Lefthanded)
4) Debu Khalayan (Bloodshed)
5) Kejahilan (Rahim Maarof & Whitesteel)
6) Hanya Dalam Mimpi (Rahim Maarof & Whitesteel)
7) Manusia dan Janji (Bloodshed)
8) Kenangan Bersamamu (Lefthanded)
9) Teruskan (SYJ)
10) Ulat Bulu (Ella & The Boys)
11) Hapuskan Lanun Cetak Rompak

Another must-have album for pure mat-mat rock!!

p/s: Kalau nak baca review album BOTB, sila tengok posting blog ni yang bertarikh 30 Jan 2006.



(Pic by: Yatt)
-nadia the rockin' mama-

30 March 2006

Putra - Putra


ALBUM: Putra
BAND: Putra
TERBITAN/EDARAN: EMI (M) Sdn Bhd
TAHUN: 1988
Haa! Ini dia satu-satunya band rock dari Melaka yang cukup top di zaman kegemilangan rock kapak. Lagu diorang yang paling gempak, tak lain tak bukan, "Nazira". Album yang biasa, tapi kehadiran band Putra sedikit sebanyak telah memeriahkan scene rock Melayu.
Tracklist:-
Muka Satu
- Nazira
-Komputer Dunia
-Di Antara Mata & Hati
-Neraca Penimbang
-Mengejar Impian
Muka Dua
-Tak Melayu Hilang Di Dunia
-Rintangan
-Sketsa Sekisah
-Dadah Dedah
-Biar Apa Pun Terjadi

(All pics by: Yatt & Nana)

-nadia the rockin' mama-

25 March 2006

Erosi - Crossfire

ALBUM: Erosi
BAND: Crossfire
TERBITAN/EDARAN: Mega Rekod/Musical Sound Organisations
TAHUN: 1990
'Erosi' ialah album kedua band Crossfire. Overall, album ni lebih heavy daripada album sulung diorang, 'Fatamorgana'. Diterbitkan oleh Khalid Mobin (Rusty Blade), 'Erosi' padat dengan lagu-lagu yang bingit dan keras seperti "Kuku Besi", "Erosi" dan "Fikirkan". Bakat dan kebolehan Yus (gitaris), Burn (gitaris), Fiq (drummer) dan Yass (bassist) dalam menguasai instrumen masing-masing memang terserlah, dan ditokok pula dengan vokal Aim yang kadang-kalanya punya mood dan stail vokal Sebastian Bach (Skid Row). Malangnya album ini takde 'killer songs' sekuat "Realiti dan Fantasi" dan "Fatamorgana" (dari album 'Fatamorgana'). Lagu-lagu slow yang ada dalam album ni seperti "Hasrat", "Nyata Bukan Ilusi" dan "Menanti Ketika" biasa-biasa saja melodinya.
(Pic by: Yatt)
-nadia the rockin' mama-

Fatamorgana - Crossfire

ALBUM: Fatamorgana
BAND: Crossfire
TERBITAN/EDARAN: Mega Rekod / Musical Sound Organisations
TAHUN: 1989

CROSSFIRE! Hard Rock! Itu lah yang dapat aku katakan tentang band ni. Bagi aku, album sulung Crossfire (diterbitkan oleh Samad Lefthanded) ini padat dengan kombinasi 10 lagu yang seimbang - ada yang rock habis, ada yang tangkap lentok habis! Kekuatan band ni terletak pada muzik rocknya yang keras dan garang, tetapi ada kalanya berseni pada tempatnya. Selain tu, suara vokalis diorang, Aim, boleh dikatakan antara vokalis rock yang bersuara tinggi.
Siapa yang boleh lupa lagu "Fatamorgana", lagu yang menggunakan satu perkataan yang boleh dikatakan canggih terutamanya di kalangan rockers tahun 80-an. Paling best, untuk siaran Muzik-Muzik TV3, klip video lagu ni dibuat di sebuah kebun getah - siap dengan 'shot' yang kreatif dan menarik lagi! Selain "Fatamorgana", album ni turut memuatkan lagu-lagu heavy yang best seperti "Hidup Satu", "Kebangkitan", "Ambisi", "Emosi" dan "Batu Bersurat".
"Realiti dan Fantasi" ialah lagu yang telah melonjakkan nama Crossfire dalam dunia muzik satu ketika dulu. Bermula dari intronya yang syahdu, sampai la habis, lagu tu memang berhantu baik dari segi melodi mahupun lirik. Tak hairan la lagu ni menjadi antara lagu wajib dalam kebanyakan album kompilasi yang berlambak-lambak sekarang ni. A classic!
'Fatamorgana' patut menjadi koleksi wajib 'malar hijau' (evergreen la tu...) mat-mat dan minah-minah rock.

These guys looked so damn good in leather!...Hehe.. Gambar ni aku dapat daripada Aim (vokalis). Brader Aim (where ever you are), if you happen to be reading this blog, "Happy Birthday in advance"! We share the same birthday, remember?..;-)

(All pics by: Yatt & Nana)

-nadia the rockin' mama-

25 February 2006

Ikon-A Rockstar Chronicle - Amy



ALBUM: Ikon-A Rockstar Chronicle
ARTIS: Amy
TERBITAN/EDARAN: Neo Digital Sdn Bhd
TAHUN: 2006

Sebenarnya tidak banyak yang boleh diperkatakan tentang album ni. Ia hanyalah satu album kompilasi yang memuatkan lagu-lagu sepanjang karier solo Amy Search. Rasanya, tajuk 'A Rockstar Chronicle' itu terlalu 'promising', kerana 'chronicle' sewajarnya turut menampilkan lagu-lagu yang dinyanyikan oleh Amy bersama Search kerana karier 'rockstar'nya bermula di situ.
Pemilihan lagu untuk album ini terlalu sempit. Lagu-lagu seperti "Aku", "Kalimah Cinta", "Gita Rama Sita", "Kembali", "Salam Terakhir", "Sejuta Wajah", "Suatu Masa" dan "Tiada Lagi" diambil dari album solo Amy iaitu 'Aku' dan 'Suatu Masa'. Mana pegi lagu-lagu hebat rock icon ni dari album 'Magic' dan 'Camouflage'? Ataupun lagu-lagu dari album Search?
Selain tu turut dimuatkan lagu "Suatu Impian" (duet bersama Sasi The Don yang diambil dari album penyanyi tu), "Sama Rasa" (duet dengan Tan Sri SM Salim dari album Tan Sri), "Rock & Roll" (cover song daripada Led Zeppelin yang rasanya diambil daripada album Tribute To Led Zeppelin. Live version ni rasanya dirakam di Hard Rock Cafe, KL) dan "Isabella'98" (nyanyian Amy bersama Jamal Abdillah, Zamani dan Saleem - malangnya, sejak dulu lagi, versi ini memang tak sedap!).
Kalau nak dibanggakan ialah dua lagu baru yang dimuatkan iaitu "Suralaya Dalam D Major" dan "Syurga dan Neraka" (duet dengan Bienda). Suralaya boleh aku labelkan sebagai lagu slow Amy yang terbaik dari segi melodi, arrangement dan lirik setakat ini (beremosi, dan 'haunting'; impaknya sama seperti selepas mendengar lagu "Kalimah Cinta" daripada album 'Aku'). "Syurga dan Neraka" pula satu percubaan yang segar dan baru. Mungkinkah kedua-dua lagu ini membawa 'klu' tentang album solo Amy yang akan datang?
Walau bagaimanapun, pujian patut diberikan pada cover album yang memang mantap dan menyerlahkan imej Amy yang sememangnya 'stylo taiko' rock Melayu.
-nadia the rockin' mama-

02 February 2006

786 Ikrar Perwira - Rusty Blade


ALBUM : 786 Ikrar Perwira
BAND : Rusty Blade
TERBITAN / EDARAN : Life Rekod / Hup Hup Sdn Bhd
TAHUN : 1986

AKU rasa tak ramai yang ada simpan album ni. Aku jumpa album ni pun kat satu kedai kaset otai kat Pasar Besar Ipoh tahun lepas, brand new lagi! Heheh. Aku pun tak tau mana si apek tokey kedai tu dapat stok kaset ni. Tak sure pulak kalau Life Rekod ada keluar stok baru lagi.

Anyway, Rusty Blade adalah satu nama yang cukup sinonim dalam scene rock Malaysia era 80-an dulu. Dan, diorang adalah band rock Singapore yang beri impak besar kat sini selain Sweet Charity.

‘786 Ikrar Perwira’ adalah album mini sebelum diorang muncul dengan first full album iaitu ‘Rintangan Hidup Dunia’ pada 1987. Album terbitan Razzi M ni cuma ada lima lagu je iaitu 786 Ikrar Perwira, Gadis Lincah, Darah Muda, Pemuda Rock N Roll dan Pertama & Terakhir. Tapi yang kelakarnya dalam album ni turut diselitkan empat lagu bonus yang tak berapa rock dari Jatt Black Dog Bone (Kau Pergi Tiada Pengganti – cover Still Loving You daripada Scorpions), Shirley (Kau Kini Mengerti dan Sebatang Lilin) dan Pelangi (Ingat-Ingat Lupa).

Album ni jugak menyaksikan line-up awal Rusty Blade iaitu Yantzen (vokal), Khalid Mobin (gitar), Mamat (gitar), Razak (bass) dan Zan (dram). Tak salah aku lepas album ni Mamat diganti oleh Mohd Noor ‘Hendrix’ dan Razak oleh Man Karan.

Musically, aku dapat rasakan rock yang dibawakan Rusty Blade agak ke depan sikit berbanding band rock lain kat Malaysia. Vokal bernada tinggi Yantzen melengkapkan kehebatan band ini. Lagu 786 Ikrar Perwira contohnya mempunyai susunan muzik yang agak padat termasuk pengaruh riff dan beat drum ala-ala band glam rock dari US.

Satu-satunya lagu slow dalam album ni adalah Pertama dan Terakhir. Aku akui diorang memang hebat kalau buat lagu slow especially lagu dalam album selepas itu seperti Tiada Lagi Aku, Penantian dan Tercipta Kasihku. Tapi bagi aku, Pertama dan Terakhir adalah yang terbaik. Melodi dan lontaran vokalnya cukup memikat. Tapi sayang, lagu ini rasa aku tak meletup kat sini. Dan, aku rasa album ni pun susah nak dapat dulu.

Apapun, Rusty Blade tetap aku anggap antara band rock Melayu terbaik dan mempunyai kelas tersendiri pada zamannya. Show diorang memang energetik. Teringat aksi Yantzen melompat dari atas drum set sambil pakai topeng Werewolf masa konsert di Taman Tasik SM Noor, Batu Gajah, Perak 18 tahun dulu! Heheh…


TRACK LIST

786 Ikrar Perwira
Gadis Lincah
Darah Muda
Pemuda Rock N Roll
Pertama dan Terakhir


- ara payung -

30 January 2006

Battle of The Bands



ALBUM: Battle of The Bands
TERBITAN/EDARAN: Warnada
TAHUN: 1986
Lunyainya cover album ni!..Haha, tapi itu la tanda betapa klasiknya album rock kapak ni! Rasanya tak keterlaluan kalau dikatakan koleksi kaset, CD ataupun rekod seorang Mat Rock sejati takkan lengkap dan bererti tanpa album 'Battle of The Bands'! Apa saja tentangnya - bands, muzik, rambut panjang, seluar fit, kasut Aliph etc. - semuanya, adalah perintis zaman eksplosif rock kapak sekitar tahun 80-an dulu. Err..macam mana aku boleh tau pasal album ni dan boleh 'terjebak' dalam rock? Well, masa tu aku baru darjah 3, tapi maybe sebab aku ni jenis curious macam kucing, aku curi-curi dengar kaset kepunyaan sepupu aku ni dan...*nak tau cerita selanjutnya, sila ke blog aku @ http://silverheadbanger.blogspot.com.. haha, jangan marah!* Apa yang nyata, once "terjebak", there's no turning back! Cewahh..
Album 'Battle of the Bands' memuatkan lagu-lagu mantap dari Ella & The Boys, SYJ, Lefthanded, Bloodshed dan Rahim Maarof & Whitesteel.
Ella & The Boys
- Band ni membawakan dua buah lagu, "Cinta Berakhir" dan "Dua Insan Bercinta". Masa mula-mula aku dengar lagu-lagu ni, aku rasa irritated gak dengar suara serak Ella. Tapi bila dengar dua, tiga kali..ehh..Macam unik pulak! Tangkap feeling..(feeling apa ke benda, baru darjah 3! hehehe..). Sejak tu, terus aku minat ngan Ella dan sentiasa ambik tau fesyen apa yang dia pakai bla..bla...Dan, sejak tu gak, aku dah simpan impian nak jadi 'rock chick' macam Ella.
SYJ
- Berbanding dengan band-band lain dalam album ni, bagi aku, SYJ was the 'bad boys'.Band yang berasal dari Ipoh (hidup Manjoi!!) ni tampil ngan imej berani, ala Twisted Sister dan Motley Crue. Siap pakai lipstick! Haha. Kenapa aku kata diorang ni 'bad boys'? Sebab, dalam album ni, band-band lain main lagu cintan-cintun, tapi SYJ bawak lagu "Hati Syaitan" dan "Orang Timur" - dua buah lagu yang agresif dan padat dengan mesej. Bagi aku, "Orang Timur" ialah antara lagu terbaik dalam album ni dan intro lagu ni adalah antara intro paling gempak lagi berhantu dalam muzik rock Melayu.
Lefthanded
- "Debunga Wangi" ialah antara lagu cintan yang boleh dikatakan 'outstanding' dalam album ni. Selain lagu ni, Lefthanded jugak tampil dengan lagu "Lanun". Err..masa ni la aku dah perasan yang Man Kidal tu bukan saja sorang gitaris yang dasat, tapi dia jugak memang cun. Hehe.
Bloodshed
- Satu lagi lagu yang best dan mantap dalam album ni ialah "Hidup Pemuzik" yang dibawakan oleh Bloodshed. Kekuatan lagu ni pastinya terletak pada guitar work yang kemas, especially masa solo. "Nostalgia Rindu" adalah lagu kedua Bloodshed yang terdapat dalam album ni. Aku suka sangat lagu ni dan aku selalu rasakan yang lagu ni ibarat 'the hidden lovesong, waiting to be uncovered'.
Rahim Maarof & Whitesteel
- Tak tau kenapa, aku tak berapa minat band ni. Bagi aku, lagu "Jumpa Sekali Lagi" dan "Sengketa" tu biasa-biasa je. Heh. Jangan marah ha..
"Hapuskan Lanun Cetak Rompak" ialah lagu terakhir yang terdapat dalam 'Battle of The Bands'.
Lagu yang dinyanyikan beramai-ramai ni bukan saja sedap, tapi juga paling 'perfect' sebagai penutup tirai album sehebat ini.
Kepada yang takde album ni, go get it! Beli, cilok, rompak..whatever..!!
p/s: Thanks, Ali Bakar! Through 'Battle of The Bands', anda dah buktikan yang Melayu pun boleh rockin' abis-abisan!! Wa caya lu!...

-nadia the rockin' mama-

29 January 2006

Mentari Merah Di Ufuk Timur - Search

BAND : Search
ALBUM : Mentari Merah Di Ufuk Timur
TERBITAN / EDARAN : Polygram
TAHUN : 1987


Jika disebut pasal Search, ramai yang berpendapat album ‘Fenomena’ yang diterbitkan pada 1989 adalah album yang betul-betul menjadi fenomena. Itu memang aku tak nafikan. Hmm… tengok la macamana impak Isabella kan.

Tapi bagi aku album ketiga, ‘Mentari Merah Di Ufuk Timur’ tidak kurang fenomenanya. Ia adalah album yang membuka jalan kepada Search untuk menjadi lebih agung dalam dunia muzik rock Melayu tempatan khususnya walaupun sebelum itu diorang dah pun meletup dengan album ‘Cinta Buatan Malaysia’ dan ‘Langit dan Bumi’.

Album terbitan M Nasir ini dirakamkan di Studio Lion, Singapura dan khabarnya diorang hanya menghabiskan masa dua minggu saja dalam studio. Din (gitar) dalam temubual bersama ROTTW pada 1996 mengatakan mereka melakukan rakaman secara ‘live’, bukan track by track ( tak tau la betul ke tidak…).

“Lagu-lagu tu semua kitorang dah praktis awal-awal. So, takde hal bila masuk studio,” katanya.

Seperti yang korang sedia maklum, ‘Fantasia Bulan Madu’ serta-merta menjadikan album ini album pilihan sekaligus mengangkat Search ke tahap lebih tinggi (diberitakan diorang masa tu tinggal kat satu banglo yang ada swimming pool kat Cheras). Elemen akustik dan tahap vokal Amy yang cukup mantap dan bernada tinggi menjadikan ‘Fantasia Bulan Madu’ sebuah lagu yang cukup advance pada eranya.

Bagaimanapun, secara peribadi aku meletakkan lagu ‘Gelora Cintaku’ sebagai lagu terbaik dalam album ini. Cukup progresif dari sudut arrangement walaupun hanya menampilkan kord yang simple (senang je nak main gitar). Begitu juga dengan solo Hillary yang pada aku cukup simple, tetapi memberi impak yang berkesan. Riff gitar selepas korus adalah klimaks bagi lagu ini. Jika Search membawa lagu ini live, memang gua tak senang duduk dibuatnya!

Keseluruhannya album ini cukup lengkap sebagai album rock. Sama ada dari segi muzik, arrangement, variasi, lirik sehinggalah kepada imejnya. Antara a must have bagi ‘kipas-susah-mati’ Search.

Aku paling suka lirik ‘Mat Rock’ dalam album ni…. “Orang kata kita tak betul, kerna cinta pada rock n roll. Tapi aku tak peduli aku akan rock sampai tua!”

Heheh… cukup relevan dengan Amy sekarang ni.

TRACK LIST

Pelesit Kota
Fantasia Bulan Madu
Gelora Cintaku
Gadisku
Bunga Pesona
Pembakar Perasaan
Sebatang Tongkat Untuk Berdiri
Serigala Segalanya
Mat Rock
Mentari Merah Di Ufuk Timur.

- ara payung -

p/s Nantikan lebih banyak review dan nostalgia album rock kapak selepas ini. Antaranya – Battle Of The Bands, Juara Juara Rock, Dilema – MAY, Karisma – Search, Teori Domino – Wings, Rintangan Hidup Dunia – Rusty Blade dan banyak lagi!!