29 January 2006

Mentari Merah Di Ufuk Timur - Search

BAND : Search
ALBUM : Mentari Merah Di Ufuk Timur
TERBITAN / EDARAN : Polygram
TAHUN : 1987


Jika disebut pasal Search, ramai yang berpendapat album ‘Fenomena’ yang diterbitkan pada 1989 adalah album yang betul-betul menjadi fenomena. Itu memang aku tak nafikan. Hmm… tengok la macamana impak Isabella kan.

Tapi bagi aku album ketiga, ‘Mentari Merah Di Ufuk Timur’ tidak kurang fenomenanya. Ia adalah album yang membuka jalan kepada Search untuk menjadi lebih agung dalam dunia muzik rock Melayu tempatan khususnya walaupun sebelum itu diorang dah pun meletup dengan album ‘Cinta Buatan Malaysia’ dan ‘Langit dan Bumi’.

Album terbitan M Nasir ini dirakamkan di Studio Lion, Singapura dan khabarnya diorang hanya menghabiskan masa dua minggu saja dalam studio. Din (gitar) dalam temubual bersama ROTTW pada 1996 mengatakan mereka melakukan rakaman secara ‘live’, bukan track by track ( tak tau la betul ke tidak…).

“Lagu-lagu tu semua kitorang dah praktis awal-awal. So, takde hal bila masuk studio,” katanya.

Seperti yang korang sedia maklum, ‘Fantasia Bulan Madu’ serta-merta menjadikan album ini album pilihan sekaligus mengangkat Search ke tahap lebih tinggi (diberitakan diorang masa tu tinggal kat satu banglo yang ada swimming pool kat Cheras). Elemen akustik dan tahap vokal Amy yang cukup mantap dan bernada tinggi menjadikan ‘Fantasia Bulan Madu’ sebuah lagu yang cukup advance pada eranya.

Bagaimanapun, secara peribadi aku meletakkan lagu ‘Gelora Cintaku’ sebagai lagu terbaik dalam album ini. Cukup progresif dari sudut arrangement walaupun hanya menampilkan kord yang simple (senang je nak main gitar). Begitu juga dengan solo Hillary yang pada aku cukup simple, tetapi memberi impak yang berkesan. Riff gitar selepas korus adalah klimaks bagi lagu ini. Jika Search membawa lagu ini live, memang gua tak senang duduk dibuatnya!

Keseluruhannya album ini cukup lengkap sebagai album rock. Sama ada dari segi muzik, arrangement, variasi, lirik sehinggalah kepada imejnya. Antara a must have bagi ‘kipas-susah-mati’ Search.

Aku paling suka lirik ‘Mat Rock’ dalam album ni…. “Orang kata kita tak betul, kerna cinta pada rock n roll. Tapi aku tak peduli aku akan rock sampai tua!”

Heheh… cukup relevan dengan Amy sekarang ni.

TRACK LIST

Pelesit Kota
Fantasia Bulan Madu
Gelora Cintaku
Gadisku
Bunga Pesona
Pembakar Perasaan
Sebatang Tongkat Untuk Berdiri
Serigala Segalanya
Mat Rock
Mentari Merah Di Ufuk Timur.

- ara payung -

p/s Nantikan lebih banyak review dan nostalgia album rock kapak selepas ini. Antaranya – Battle Of The Bands, Juara Juara Rock, Dilema – MAY, Karisma – Search, Teori Domino – Wings, Rintangan Hidup Dunia – Rusty Blade dan banyak lagi!!

5 comments:

jebatderhaka said...

lu punye blog sempoi la bro...keep u a good work

Kutu-Kutu Rock said...

jebatderhaka,
blum sempoi lagi sebenarnya. anyway, mekasih sbb sudi singgah sini..;-)

-nadia-

L.R said...

bunga pesona - lagu yg terpinggir. aku rasa tak pernah lagu ni dirakamkan semula dalam mana2 album.

Kutu-Kutu Rock said...

bunga pesona?

witchunter said...

album klasik search....aku prefer album ni dari fenomena...sebab lagu lagunya lagi berhantu!!!!