30 January 2006

Battle of The Bands



ALBUM: Battle of The Bands
TERBITAN/EDARAN: Warnada
TAHUN: 1986
Lunyainya cover album ni!..Haha, tapi itu la tanda betapa klasiknya album rock kapak ni! Rasanya tak keterlaluan kalau dikatakan koleksi kaset, CD ataupun rekod seorang Mat Rock sejati takkan lengkap dan bererti tanpa album 'Battle of The Bands'! Apa saja tentangnya - bands, muzik, rambut panjang, seluar fit, kasut Aliph etc. - semuanya, adalah perintis zaman eksplosif rock kapak sekitar tahun 80-an dulu. Err..macam mana aku boleh tau pasal album ni dan boleh 'terjebak' dalam rock? Well, masa tu aku baru darjah 3, tapi maybe sebab aku ni jenis curious macam kucing, aku curi-curi dengar kaset kepunyaan sepupu aku ni dan...*nak tau cerita selanjutnya, sila ke blog aku @ http://silverheadbanger.blogspot.com.. haha, jangan marah!* Apa yang nyata, once "terjebak", there's no turning back! Cewahh..
Album 'Battle of the Bands' memuatkan lagu-lagu mantap dari Ella & The Boys, SYJ, Lefthanded, Bloodshed dan Rahim Maarof & Whitesteel.
Ella & The Boys
- Band ni membawakan dua buah lagu, "Cinta Berakhir" dan "Dua Insan Bercinta". Masa mula-mula aku dengar lagu-lagu ni, aku rasa irritated gak dengar suara serak Ella. Tapi bila dengar dua, tiga kali..ehh..Macam unik pulak! Tangkap feeling..(feeling apa ke benda, baru darjah 3! hehehe..). Sejak tu, terus aku minat ngan Ella dan sentiasa ambik tau fesyen apa yang dia pakai bla..bla...Dan, sejak tu gak, aku dah simpan impian nak jadi 'rock chick' macam Ella.
SYJ
- Berbanding dengan band-band lain dalam album ni, bagi aku, SYJ was the 'bad boys'.Band yang berasal dari Ipoh (hidup Manjoi!!) ni tampil ngan imej berani, ala Twisted Sister dan Motley Crue. Siap pakai lipstick! Haha. Kenapa aku kata diorang ni 'bad boys'? Sebab, dalam album ni, band-band lain main lagu cintan-cintun, tapi SYJ bawak lagu "Hati Syaitan" dan "Orang Timur" - dua buah lagu yang agresif dan padat dengan mesej. Bagi aku, "Orang Timur" ialah antara lagu terbaik dalam album ni dan intro lagu ni adalah antara intro paling gempak lagi berhantu dalam muzik rock Melayu.
Lefthanded
- "Debunga Wangi" ialah antara lagu cintan yang boleh dikatakan 'outstanding' dalam album ni. Selain lagu ni, Lefthanded jugak tampil dengan lagu "Lanun". Err..masa ni la aku dah perasan yang Man Kidal tu bukan saja sorang gitaris yang dasat, tapi dia jugak memang cun. Hehe.
Bloodshed
- Satu lagi lagu yang best dan mantap dalam album ni ialah "Hidup Pemuzik" yang dibawakan oleh Bloodshed. Kekuatan lagu ni pastinya terletak pada guitar work yang kemas, especially masa solo. "Nostalgia Rindu" adalah lagu kedua Bloodshed yang terdapat dalam album ni. Aku suka sangat lagu ni dan aku selalu rasakan yang lagu ni ibarat 'the hidden lovesong, waiting to be uncovered'.
Rahim Maarof & Whitesteel
- Tak tau kenapa, aku tak berapa minat band ni. Bagi aku, lagu "Jumpa Sekali Lagi" dan "Sengketa" tu biasa-biasa je. Heh. Jangan marah ha..
"Hapuskan Lanun Cetak Rompak" ialah lagu terakhir yang terdapat dalam 'Battle of The Bands'.
Lagu yang dinyanyikan beramai-ramai ni bukan saja sedap, tapi juga paling 'perfect' sebagai penutup tirai album sehebat ini.
Kepada yang takde album ni, go get it! Beli, cilok, rompak..whatever..!!
p/s: Thanks, Ali Bakar! Through 'Battle of The Bands', anda dah buktikan yang Melayu pun boleh rockin' abis-abisan!! Wa caya lu!...

-nadia the rockin' mama-

10 comments:

ayoh yusof said...

ada lagi ke jual kaset tu dgan cover lama.. dalam kotak simpanan aku mungkin ada kaset jer (tu pun kalau ada lagi.. lama dah x bukak kotak tu).. arwah abg aku punya.. dia selalu mcm tu.. beli kaset cover ntah ke mana.. 2 tahun lepas ada aku beli yg baru kluar tapi campur ngan BOTB 1 & 2.. cover lain.. x der chop warnada..

ayoh yusof..

kamal said...

siapa yg peluk Ella tu? SYJ ke?

teruskan bercerita pasal rock..

Kutu-Kutu Rock said...

ayoh yusof,
aku & yatt (ara payung) mmg pantang kalo cover kaset/cd ilang. bleh emo ooo! hahaha..anyway, kaset ngan cover lama takde jual dah. yg ada skang sume re-release. dah tak klasik lagi. cam kata sepupu aku la, yg baru ni takkan sama ngan kaset first edition - yg kuning tu yg mahal tu! - he's referring to kaset bloodshed 'samarkand'. :-)

kamal,
yg peluk ella tu, man rani. ada otai rock penah ckp kat kitorang yg time tu, ella mmg menjadik kegilaan ramai esp geng2 rockers johor (esp nash lefthanded). tapi, last2 rocker perak gak yg dpt peluk. hehehehe...yes, kitorang berdua akan terus bercerita. insya-allah. :-) see you in the link!

-nadia-

Anonymous said...

wow!album memang best.zaman aku budak-budak dulu.beri inpirasi untuk terus rock sampai sekarang!!

Kutu-Kutu Rock said...

anonymous,
sape tak penah dengar elbem ni & luv it to the mx, mmg la bukan rocker sejati! :-)

-nadia the rockin' mama-

Rock_Fenomena said...

Halo..Saya nie kiranya Rockers yang baru2 je...tapi minat sangat ngan dressing 80'90an. Lagu2 yang berhantu gitu..hehehehhe...tapi mcam mana nak dapat CD BOTB nie ....kalau ada jual..saya nak beli...yang berminat menjual tuh...email lah saya K....bonyong89@yahoo.com Harap...Sangat2 nak tengok Rockes2 lama beraksi..Plesea..

RockSportS said...

yatt/nadia,

I am always at your blog.Actually i have this album with me CD version which was re released few years back. Collectors item. As a fan of your blog, i have recently created mind that i wish to link with yours and other rock fan.
Rocksportsblog.blogger.com
cheers.
nebsnider

RockSportS said...

rocksportsblog.blogspot.com

witchunter said...

nak tahu pasal sejarah rock malaysia...kena la dengar BOTB dulu..sebab album ni lah zaman rock bermula....dari nothing to something....kepada band band lama ni..buatlah reunion balik...gegarkan balik zaman rock 80an...walaupun aku aku masih sekolah rendah zaman tu..tapi aku dah dapat melihat zaman tu...matrock zaman 80an...the true rockers...!!!!!!

Jam's Corner Studio said...

suatu yg menarik tentang syj seperti yg diceritakan oleh syed dan zul bulu dari teja ialah, ada satu gig yg derang akan main sama sama.

band band yg turut serta dalam gig tu, praktis berhari hari. SYJ langsung tak nampak muka.

di hari nak main gig tu, mereka ni naik van ramai ramai. bebudak syj ni, praktis hanya dalam van... sambil dengar walkman...


masa gig, band band lain, ada buat silap, terutama lan botak yg sakit perut.

SYJ, menakjubkan, perfek!!!! langsung tiada salah.....

hebatnya SYJ......



bebudak IPOH memang rock!!!!