Showing posts with label LAYAN KONSERT. Show all posts
Showing posts with label LAYAN KONSERT. Show all posts

04 May 2009

SEARCH DI AWAN BIRU - PAWANA DI TAPAK EKSPO SEBERANG JAYA, PULAU PINANG









Gambar ini tidak perlu diletakkan caption kerana ia sudah menceritakan segala-galanya. Ia sendiri sudah menerbitkan beribu-ribu perkataan di situ.
Pix by Yatt



"PUKUL 3.30 dah hujan. Pukul 7 pun hujan lagi. Aku kat hotel dah menggelabah! Aku risau kalau crowd tak ada sebab venue kita outdoor. Ikut experience, kalau hujan orang memang tak turun.

"Tapi kitorang lega dan bersemangat apabila tengok crowd di Seberang Jaya tak angkat kaki pun walaupun hujan makin lebat. Masa lagu 'Isi Dan Kulit' hujan makin kuat siap dengan angin kencang sekali! Tapi diorang tetap stay! Kagum betul aku!"

Itu kata Amy, sang vokalis Search yang sempat aku jumpa selepas tamat persembahan pembuka tirai Search dalam tour Konsert Penghargaan Search Di Awan Biru tajaan Celcom di Tapak Ekspo Seberang Jaya, Pulau Pinang, 2 Mei lalu.

Konsert tour ini sebenarnya amat istimewa buat peminat tegar Search. Pertamanya, ia adalah tour satu Malaysia Search yang pertama sejak 1990! Sapa ingat lagi dengan tour Salem mereka bersama Wings dan Ella?

Selain tu, ia adalah tour yang menggabungkan kembali line-ups Search ketika album 'Langit dan Bumi' dan 'Mentari Merah Di Ufuk Timur' iaitu Amy, Hillary, Din, Nasir danYazit. Line-ups ini sebenarnya yang amat dihormati peminat old-school Search (Ya! Aku tau memang ramai yang sukakan Kid).

Malah, Amy sendiri sukakan barisan Search yang ini. Amy secara peribadi pernah berkata dia lebih sesuai dengan cara permainan Yazit, Nasir dan Hillary berbanding Lola, Yan dan Kid. Amy sebenarnya amat menyanjungi Hillary yang disifatkannya sebagai mastermind dalam hala tuju muzik Search.

Jadi, tidak hairanlah konsert Search di Pulau Pinang kali ini menuntut banyak perhatian sehingga lebih 8,000 tidak berganjak walaupun dalam hujan lebat! Untuk rekod, kali terakhir line-ups Search yang ini membuat persembahan di Pulau Pinang ialah pada 1987 di Pesta Pulau Pinang ketika baru melahirkan album 'Mentari Merah Di Ufuk Timur'. So, bayangkan la...

Aku difahamkan tiket untuk show di Seberang Jaya hampir sold out. Kalau tak kerana hujan, crowd pasti melaut di tapak pesta tu. Tapi, 8,000 itu sudah cukup membuatkan Search teruja dan bersemangat malam itu.

Selain mendapat tajaan syarikat telekomunikasi terbesar tempatan, aku bangga kerana Search datang ke tapak konsert dengan reputasi besar. Tidak lagi menaiki van Nissan C20 atau Ford Econovan seperti di era 80-an dulu, sebaliknya mereka tiba dengan menaiki bas double decker yang dihiasi dengan gambar mereka (macam official flight Air Asia untuk Manchester United la pulak) serta kawalan ketat pengawal.

Search yang memulakan persembahan pada jam 9.30 malam itu membawa 15 lagu dan terpaksa mengkenselkan empat lagu gara-gara hujan. Set list dimulakan dengan Derap Komando, Balada Pemuzik Jalanan, Setelah Hujan, Laila Namamu Teratas, Langit dan Bumi, Pelesit Kota, medley Gadis Misteri, Gadisku dan Gadis Ayu, Diari Habil dan Qabil, Gothik Malam Edan, Fenomena, Bencana, Isi dan Kulit, Isabella dan ditutup dengan Melastik Ke Bintang tanpa sebarang encore walaupun sebahagian besar penonton mengharapkan mereka kembali ke pentas.

Tak payahlah aku nak ulas secara detail mengenai setiap satu lagu yang dipersembahkan kerana apa yang aku tahu, 10 daripada 15 lagu itu dipetik daripada album 'Langit dan Bumi', 'Mentari', 'Di Pintu Sepi' dan 'Fenomena' yang menyaksikan line-ups inilah yang merakamkannya ( Hillary bermain tujuh daripada 10 lagu dalam 'Fenomena' yang pertama kali memperkenalkan Kid). Penuh nostalgia apabila menyaksikan kembali solo dan riff lagu-lagu berkenaan dimainkan kembali si penciptanya iaitu Hillary dan Din.

Oh ya, Din cukup 'menggila' ketika melakukan solo dalam Balada Pemuzik Jalanan!

Apa yang menarik, konsert ini turut menampilkan sistem bunyi, lampuan dan monitor yang cukup hebat. Bunyian yang dihasilkan cukup jelas dan mantap. Dan, ia menggunakan kepakaran dari negara seberang iaitu Teuku Asril, 48, (jurutera bunyi), Pipin Iskandar, 49, (jurutera lampu), Hermawan, 28, (monitor operator) dan diketuai oleh Harry Murti, 40. Semua mereka berpengalaman luas dalam bidang konsert dan pernah bekerja dengan band-band hebat Indonesia seperti Godbless, Gigi, Slank dan Samson.

"Baik sound, monitor dan lighting, ini adalah yang terbaik pernah kami dapat. Kami dapat apa yang kami mahu dan mereka berjaya menjalankan tugas dengan baik. Bunyi monitor cukup jelas dan saya gembira. Kami akan terus bekerjasama dengan mereka," kata Amy.

Search pada awalnya mahu menggunakan khidmat jurutera bunyi favourite mereka, Akira Yamauchi, tetapi beliau terikat dengan tugas lain.

Semasa supper di hotel, aku sempat bersembang dengan Teuku Asril yang berpengalaman lebih 20 tahun bersama Godbless. Katanya, dia pada awalnya gementar apabila ditawarkan untuk tugasan itu memandangkan Search adalah satu nama yang besar.

"Saya mengambil masa seminggu untuk study muzik Search. Mereka itu rockstar, jadi saya perlu berikan yang terbaik. Saya bercerita kepada Godbless mengenai tawaran itu, mereka terkejut kerana ia datang daripada Search. Mereka kata saya perlu ambil peluang itu dan teruskan! Jadi, inilah hasilnya dan saya amat-amat berpuas hati!" katanya.

Apa yang pasti, tour Search kali ini tidak wajar dilepaskan. Aku jamin venue-venue lain nanti tentu akan memberi kepuasan yang sama, malah mungkin lebih lagi!

04 January 2008

LAYAN KONSERT - SYJ '08 GEGAR TAHUN BARU

Khabarnya SYJ '08 buat gempak di sambutan tahun baru di Ipoh hari tu. Nak tau apa ceritanya?

Jom kita baca ulasan member rocker kita ni:- Idiot Colour Papers

Thanks, Encik Elly Rocker! You rock!...




25 November 2007

ZOOMED OUT!

"Be honest and unmerciful" - Lester Bangs

Last night I waited in high anticipation for a highly energized and nostalgic show from BPR, hoping the oldtimers would bring back some memories when "rock kangkang" was the IN thing.

And what did I get? The ever-camera-friendly Joey's struggling attempt to sing their own songs (and to remember the band's history too?) and a show made to be forgettable. Thank God, Awang was there to save the day.

It was quite surprising considering the fact that BPR are currently in studio, making new music for their forthcoming album. Aren't they supposed to be in top form then?

Or maybe I expected too much? Sigh.

As for the guest band, Khalifah. Hmm, one could've not missed the cruel "tak-puas-hati" look on Yabang's (vocalist) face when Joey was still happily associating him with his former band, Jinbara. Suddenly, ka-poww! Khalifah performed Jinbara's top hit, followed by three other songs with the all-too-familiar "padang pasir" style. Isn't it ironic? Sigh again.


09 January 2007

Konsert Slank featuring Wings & Spider - Err... Okay la

MALAS nak tulis banyak-banyak sebab aku menyampah dengan kontroversi yang melanda konsert ni. Apa-apa hal pun, konsert anjuran anak syarikat TV3, Tiga Events ini sudah pun berjalan dengan ‘jaya’nya.
Tanpa Search, konsert ini hanya dihadiri kira-kira 3,000 penonton dan kebanyakannya warga Indon yang memang hardcore dengan Slank. Orang kita memang tak ramai dan aku yakin, kalau Search ada kurang-kurang crowd boleh cecah dalam 10,000.
Pada aku, sound memang hancur especially masa Wings dan Spider. Tapi masa turn Slank ok la sikit. Ya lah, band opening selalunya tak mendapat semua yang ada pada sistem bunyi. Ataupun sound engineer band kita tu yang hampeh?
Penampilan Wings pada malam tu memang mengejutkan kerana sebelum ini mereka yang paling lantang menentang sebarang koloborasi konsert dengan band seberang di sini. Alih-alih malam tu selamba je diorang jadi opening untuk Slank dengan empat lagu iaitu Lipas Kudung, Hukum Karma, Jerangkung Dalam Almari dan Sejati.
Sumber daripada Tiga Events mengatakan Wings sendiri yang menghubungi mereka dan menyatakan kesediaan sekurang-kurangnya sebagai pengganti Search. Tak tau apa tujuan mereka, sama ada sebab duit atau ikhlas nak menjaga maruah band rock tempatan.
Persembahan Slank memang menghiburkan. Aku memang senang dengan lagu-lagu diorang dan pengalaman lebih 20 tahun mewarnai scene rock Indon termasuk berkelana ke luar negara, persembahan Slank wajar mendapat pujian dan aku tau diorang ni memang humble gila walaupun dah bertaraf rock star!
“Kampungan” dan “Ketinggalan Jaman” adalah antara lagu yang pernah dirakam oleh Slank. Dan, lagu ini aku tujukan kepada sebahagian crowd Indon yang memang sucks! Terus-terang aku katakan, diorang ni memang tak reti nak hormat orang dan bergaduh dah jadi begitu sinonim dengan diorang. Aku tak paham apa yang diorang nak masa tengok konsert. Memang tak fun kalau tengok konsert dengan diorang ni. Ada sekor mamat Indon tu siap sedut gam sebelah aku. Lepas tu ‘weng’ sorang-sorang. Enk aaa laaa, baru sedut gam dah rasa macam stoned abis! Kelakar!!
Kenyataan Bos Tiga Events, Alia HM Jally kepada TV3 mengenai konsert yang berjalan lancar dan penuh aman adalah silap sama sekali. Sistem bunyi yang dikatakan pernah digunakan oleh Metallica itu sebenarnya takde le best sangat pun.
Ok. Layan je la gambar kat bawah ni.
Foto by A.R.L
Ridho

Abdee Negara


Kaka


Slank ruless!!

05 February 2006

Search - Saturday Live Concert, 4 February 2006 @ Channel Dance Club, Life Centre

KONSERT comeback Search di Stadium Merdeka pada Februari 2004 memang nostalgik. Sebagai salah-seorang daripada lebih 30,000 crowd yang datang malam tu, aku cukup puas hati sebab Search akhirnya bergabung selepas ‘terpisah’ selama lima tahun.

Tapi lepas tu banyak show Search di KL yang aku terlepas seperti di Orange Club, Planet Hollywood dan terbaru di Backroom pada 25 Disember 2005. Akhirnya tarikh 4 Februari 2006 memihak kepada aku apabila Search sekali lagi mengadakan konsert diorang di Channel Dance Club, Life Centre. Konsert pulak dibuat belah petang. Heheh… senang! Konsert ni jugak aku rasa special sebab kembalinya Yazit ke posisi dram!

Konsert hanya bermula pada jam 5.25 petang. Lewat 1 jam 25 minit dari jadual asal iaitu pukul 4 petang. Heheh… aku rasa masalah ni tak berubah sejak aku mula-mula tengok konsert rock pada lewat tahun 80-an dulu. Kata diorang masalah teknikal… Hmmm… betul la tu kot (dalam pukul 4 petang aku dok minum-minum dengan member kat belakang Life Centre dan dalam masa yang sama Yazit baru keluar dan baru habis sound-check agaknya… heh).

Crowd pun aku rasa tak ramai sangat, dalam seribu lebih kurang. Aku tak tau kenapa, mungkin tiket RM45 tu agak mahal, ataupun mungkin ada faktor lain. Bagaimanapun, ruang dance floor cukup padat dan itu sudah cukup membuatkan suasana konsert cukup happening!

Tak kisah la itu semua sebab rasa boring-jemu menunggu akhirnya hilang apabila terdengar Yazit memainkan intro dram lagu ‘Diari Habil & Qabil’. Melihat aksi Amy, Kid, Din, Nasir dan Yazit petang itu, terbayang-bayang kehebatan Konsert Isabella di Stadium Negara 16 tahun dulu. Fizikal mungkin nampak lebih berusia, tapi karisma yang ada pada Search tetap tak berubah.

Tapi itu hanya permulaan saja. Masuk pertengahan lagu itu dan lagu kedua, ‘Melastik Ke Bintang’ dan seterusnya ‘Melayar Bahtera’, aku terasa ada sesuatu yang tak kena dan pelik dengan Search. Sound macam ‘kureng’ sikit. Vokal Amy tenggelam, bass Nasir terlalu ke depan dan sound gitar Kid seperti tidak begitu ‘crispy’, sebu je. Solo yang dimainkan kadang-kadang macam berterabur. Paling aku heran, Amy boleh ‘silap masuk’ masa lagu ‘Melayar Bahtera’ dan kadang-kadang lupa lirik. Hmm… over-confident ke gabra? Setengah jam awal tu, terus-terang aku memang rasa bosan.

Aku tak tau apa problem pada Kid. Sound dia hari tu memang tak menjadi. Kebanyakan solonya tak seperti yang aku harapkan dan kadang-kadang aku tak dapat tangkap pasal scale yang dimainkan berbeza sehingga menghasilkan sound yang berbeza daripada original. Aku tak tau la kot-kot Kid banyak improvise atau memang dia main tak sedap!

Bagaimanapun, pengalaman 25 tahun membuat konsert, tour dan rakaman mematangkan Search. Segala kesilapan dapat dicover dengan skill, komunikasi dan pilihan lagu yang menyelerakan penonton. Amy selaku frontman memang terbukti handal walaupun sekali-sekala lupa jugak lirik. Heheh… Nasir cukup fokus dengan bassnya manakala Din tetap selamba. Malah, dia sempat mainkan solo ‘Isi Atau Kulit’. Gitaris yang jarang bercakap ini aku hormati sebagai pencipta riff-riff hebat Search.

Orang paling belakang dan paling besar dalam Search, Yazit aku labelkan sebagai manusia paling hebat dalam konsert itu. Pada aku, dialah mastermind menjadikan konsert berkenaan begitu happening. Stroke dan tone solid daripada Yazit menghidupkan segala-gala yang tenggelam dalam persembahan setiap lagu. Jika korang salah-seorang yang menyaksikan konsert Search di Stadium Merdeka pada 2004, korang pasti dapat rasakan perbezaannya. Walaupun sudah agak lama tidak mengetuk dram selepas ‘meninggalkan’ Search, tapi Yazit tetap superb! Pada aku, kerusi di drum set Search hanya untuk Yazit, takde orang lain lagi dah!

Setlist memang best. Ada lagu-lagu yang aku tak pernah tengok diorang perform. Bagaimanapun, frust jugak pasal takde lagu favourite aku seperti Gelora Cintaku, Pasti, Memandu Nafsu, Pembakar Perasaan dan Berbagai Wajah. Tapi tak kisah la, walaupun ada yang cacat dalam konsert tu, aku tetap anggap ia sebagai konsert yang hebat.

Kat bawah adalah setlist petang tu. Tapi tak ikut urutan pasal aku tak ingat.

Diari Habil & Qabil
Melastik Ke Bintang
Melayar Bahtera
Isi Atau Kulit
Langit dan Bumi
Meniti Titian Usang
Pelesit Kota
Fantasia Bulan Madu
Cakap Memang Murah
Emanuelle
Manusia Reptilia
Fenomena
Derap Komando
Menara Kesesatan
Bencana
Di Pintu Sepi
Gadis Misteri
Panggung Khayalan
Pawana

- ara payung -


p/s Heheh... sori la. Gambar hancur. Maklum la, amatur...