Showing posts with label ROCK SANA SINUN. Show all posts
Showing posts with label ROCK SANA SINUN. Show all posts

26 February 2009

FAREWELL TOUR SEARCH

SEARCH akan mengadakan farewell tour satu Malaysia tak lama lagi. Sidang akhbarnya belum buat, jadi kita semua kena tunggu detailnya kemudian, wokey? Kalau jadi, kita wajib serbu stadium weyyyy! Dan jangan lupa pastikan seluar fit muat lagi. Hehehehe.

30 January 2009

FARE THEE WELL, BUTTERFINGERS

Walaupun vokalisnya pernah berkata "Scene rock tak pernah wujud di Malaysia", hakikatnya, band ni antara yang terbaik pernah wujud di Malaysia. Read on:

Butterfingers' Swan Song

P/s: Untung la korang yang dapat tengok diorang perform kat Istana Budaya haritu. Aku nak pegi? Jauh gile! Huwaaaaaaaaaaaaaaaa.... Btw, my fav Butterfingers' albums are Transcendence & Malayneum.

"Something in The Way"
-Nadia-

24 January 2009

BADMINTON AMAL: ROCKERS UNITED

Apa?
Artis Fight Main Badminton
Bila?
Pukul 8 malam ini, 24 Januari 2009
Di Mana?
Dewan Sukan Komuniti Bukit Damansara, KL

Untuk info lanjut, klik sini: Harian Metro Online

Kepada yang tak balik kampung tu, turun la, dan jangan lupa menderma! ;-)

P/s: Event ni turut melibatkan Sayap Sayap Wings (fanclub). Dan cakap pasal Wings ni, hari tu aku jumpa balik kad fan club aku dulu.

Ni hah... Tahun ni, cukup 20 tahun 'umur' kad ni. Hehe.


"Something in The Way" :
-Nadia-

21 January 2009

BIOGRAFI AMY SEARCH

Khabarnya Amy Search sudahpun memulakan projek membuat buku biografinya sendiri. That's great news! Untuk cerita lanjut, klik link di bawah ni:

Harian Metro Online

Sudah tentu penulis-penulis dan team yang buat buku tu bukannya calang-calang orang. Good luck, my dear friends! You guys rockkkkkk! ;-) Jangan tak jadi, beb. Bak kata Sweet Charity : "Orang kampung semua dah tahuuuuuu." Hehe.

P/s: Btw, Projek Batu juga sedang berjalan lancar. Kepada sesiapa yang ingin menyumbangkan sebarang info/artikel/newspaper clippings etc, sila contact kitorang, wokeh?

"Something in The Way" :
-Nadia-

24 November 2008

GUNS RILIS 'CHINESE DEMOCRACY'

Susulan untuk entry yang ini.

Okeh, kompom sudah keluar haaa...Check GNR's Official Website.

13 November 2008

QUOTE OF THE DAY (13 NOV 08)

"Change is necessary to cleanse the scene. What happens with any scene is that there is a handful of bands in a genre or subgenre, and later there comes an over-saturation of bands."
-Bobby "Blitz" Ellsworth (Overkill)

(Pix: www.metaleater.com)

07 November 2008

LAGI-LAGI CHINESE DEMOCRACY

"I see you people singing the new songs. You download them, f**kers!
You can hold your breath a lot longer than David Blaine.

I want to thank you for that..."
- Axl Rose
(Pix: www.canada.com)

Sedang Aerosmith sudahpun mula berkira-kira untuk masuk studio dan merakamkan album terbaru mereka selepas kemunculan Just Push Play lapan tahun yang lalu, Guns N' Roses pula baru-baru ini mengumumkan bahawa album Chinese Democracy akan diterbitkan pada 23 November 2008 (akhirnyaa?!).

Sememangnya ramai yang menantikan Chinese Democracy kerana kemunculannya sudah banyak kali tertangguh dan ia adalah album studio pertama GNR selepas 'ketandusan' karya baru hampir 17 tahun! Penangguhannya sering dijadikan bahan lawak, sehingga ada yang mengatakan mungkin setelah China menjadi sebuah negara demokrasi, barulah album itu akan diterbitkan! (Haha).

Walau bagaimanapun, Chinese Democracy telah menjadi mangsa lanun Internet dan beberapa lagu yang terkandung didalamnya sudahpun tersebar. Namun, GNR (Axl Rose saja line-ups asal yang tinggal) tidak berdiam diri. Minggu lepas, seorang lelaki yang berasal dari Los Angeles telah dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan memuat naik sembilan daripada 14 lagu album tersebut ke satu laman web.

Mengapa 'Terperam' Lama Sangat?

1997-2000


Proses pembikinan Chinese Democracy sebenarnya bermula sejak 1997. Pada masa itu, hanya tinggal Axl meneruskan perjuangan GNR bersama Dizzy Reed, Paul Huge aka Paul Tobias (menubuhkan Hollywood Rose bersama Axl pada 1984), Robin Finck (Nine Inch Nails), Tommy Stintson (The Replacements) dan Josh Freese (The Vandals/A Perfect Circle). Namun selepas empat kali penerbit bertukar ganti, album itu masih gagal disiapkan.

Rupa-rupanya sepanjang pembikinan album itu, Axl langsung tidak ke studio. Dia hanya menunggu line-ups yang lain menghantar CD atau kaset yang mengandungi idea-idea lagu ke rumahnya setiap minggu. Walaupun lebih 1,000 CD dan kaset yang telah dihantar, Axl tidak terlintas untuk menulis lirik atau menyudahkannya kerana baginya ada saja yang tak kena tentang lagu-lagu itu.

Situasi ini berlarutan sehingga 2000 dan yang menariknya, gaji setiap pemuzik dan jurutera yang terlibat dalam pembikinan album ini tetap dibayar sepanjang tempoh tersebut walaupun tidak ada kerja rakaman sebenar yang dibuat.

Walau bagaimanapun, sepanjang tempoh itu, Axl telah merakamkan semula kesemua lagu yang terkandung dalam Appetite for Destruction (tak tau pasal apa, tapi salah satu lagunya "Sweet Child O Mine'' telah digunakan dalam filem 'Big Daddy' pada 1999) dan juga sebuah lagu bertajuk "Oh My God" untuk dimuatkan dalam album runut bunyi filem 'End Of Days' (1999).

2000-2001

Pada Jun 2000, GNR muncul dan membuat persembahan live buat kali pertama di Cat Club, Sunset Strip, Los Angeles dan seterusnya di House of Blues, Las Vegas (show yang ni start pukul 4 pagi kerana perangai diva Axl!). Ini diikuti pula dengan tour di Brazil, Hong Kong, Jepun, England dan Belgium pada 2001. Axl banyak menimbulkan masalah sepanjang tour itu sehinggakan banyak jadual konsert terpaksa dibatalkan di saat-saat akhir.

Sambutan peminat terhadap GNR memang memberangsangkan ketika itu, tetapi media pula melabelkan mereka 'The Greatest GNR Tribute Band'. Ini mungkin kerana mereka masih memainkan lagu-lagu GNR yang lama, dan sudah tentulah ada yang akan membuat perbandingan dengan GNR versi 80an dulu.

2002-2006

Pada penghujung 2001, jumlah yang telah dilaburkan untuk menyiapkan Chinese Democracy ialah 10 juta dolar. Oleh kerana syarikat rakaman GNR sudah tidak sanggup lagi menanggung kosnya, Axl telah diarahkan untuk meneruskan pembikinan album itu dengan menggunakan duit sendiri.

Selain menanggung kos tersebut, vokalis itu terpaksa berdepan dengan berbagai-bagai kes saman yang dikemukakan terhadapnya. Antaranya ialah kes Axl telah membelakangkan line-ups GNR yang lama seperti Slash dan Duff McKagan untuk mendapatkan hakcipta lagu-lagu GNR.

Pada Jun 2003, ex-GNR iaitu Slash, Duff dan Matt Sorum menubuhkan Velvet Revolver bersama Scott Weiland dan menerbitkan album sulung mereka Contraband setahun berikutnya. Ini menambahkan sakit hati Axl sehinggakan dia sanggup membuat satu sidang media untuk memburukkan Velvet Revolver. Dalam sidang media itu, Axl mendakwa kononnya Slash datang bertemunya dan mengadu keburukan Duff, Matt dan Scott (ingatkan Melayu je ada PhD..hehe).

2007

Jumlah wang yang telah dilaburkan untuk Chinese Democracy ialah 13 juta dolar (ini termasuk upah Tom Zutout, orang yang bertanggungjawab memperkenalkan GNR kepada Geffen Records, untuk pujuk Axl siapkan!). Satu jumlah yang sangat besar untuk menyiapkan sebuah album. Malangnya, setakat ini, bayang Chinese Democracy pun tak nampak, habuk pun tarak!

Mungkin 23 November 2008 akan menamatkan segala tanda tanya. Tetapi, seperti kata Mick Wall dalam bukunya 'W.A.R The Unauthorized Biography Of William Axl Rose', kemungkinan besar lagu-lagu yang bakal ditampilkan dalam Chinese Democracy sudah tidak relevan lagi dengan trend atau industri muzik sekarang kerana ianya 'terperam' begitu lama.

Dan adakah GNR sendiri masih relevan dengan arus muzik semasa dan boleh diterima oleh kelompok peminat muzik rock sekarang yang sebahagian besarnya menginginkan rock yang mudah dan tidak terlalu complicated? Hanya masa yang akan menentukan. Tunggu saja 23 November.


P/s: Okeh, dah banyak aku merapu ni. Enjoy your weekend rockers semua. Aku nak pegi siang ikan. Har har..Oh ya, jangan lupa tengok ROCK PRIMA pukul 10 malam ni di Astro. Kita rockin' bersama MAY!!

-Nadia-


21 October 2008

RINGO STARR BUANG TEBIAT?

Ringo Star Elak Peminat
(Berita Harian, 16 Oktober 2008)

LONDON: Bekas anggota kumpulan The Beatles, Ringo Starr meminta peminatnya agar tidak lagi menghantar surat kepadanya kerana beliau mempunyai terlalu banyak perkara untuk dilakukan. Beliau turut memberi amaran akan membuang apa saja yang dihantar oleh mereka mulai 20 Oktober.

Ringo yang membuat kenyataan itu dalam klip video di laman webnya berkata beliau serius dengan apa yang dikatakannya.

"Saya ingi memberitahu anda bahawa selepas 20 Oktober, tolong jangan hantar surat atau emel kepada mana-mana alamat yang anda ada. Tiada satu pun akan diterima selepas 20 Oktober.

Jika surat yang dihantar bertarikh 20 Oktober, saya akan membuangnya. Tiada bahan atau objek yang akan ditandatangani. Saya beri amaran ini dengan rasa cinta dan hormat," katanya. - Agensi

19 September 2008

SAYAP-SAYAP WINGS



PERHATIAN kepada semua 'kipas-susah-mati' atau 'peminat-mati-keras' (diehard fan lah tu...) WINGS.

Brader-brader dan sister-sister semua dijemput untuk join Sayap-Sayap WINGS, kelab peminat rasmi band ini yang baru saja ditubuhkan.

Untuk maklumat lanjut tentang kelab ini, sila layari: Sayap-Sayap Wings

Wokehh?

27 July 2008

TRENDY BASI

Inking Without Thinking (excerpt)
Simon Mills (Starmag, 27 July 2008)

Statistically speaking, tattoos are a craze of epidemic proportions - and a ghastly cliche. One in five Brits has one, and one in two Americans.

The much-tattooed Ozzy Osbourne says: "If you want to be f**king individual...Don't get a tattoo. Every f**ker's got one these days."

Heheh...

01 July 2008

ALAHAI BINI COBAIN...

Isteri Resah Abu Mayat Cobain Belum Ditemui
(Metro Ahad, 29 Jun 2008)

Isteri manapun akan sedih dan tertekan lebih-lebih lagi apabila barang peninggalan suami yang cukup meninggalkan kesan tidak ternilai hilang dan lenyap daripada pandangan. Demikian jua perasaan balu kepada mendiang penyanyi rock tersohort, Kurt Cobain, Courtney Love.

Dia jadi tidak menentu selepas kehilangan abu mayat suami tercinta tidak berapa lama dulu. Keadaan ini benar-benar membuatkan bekas vokalis kumpulan Hole itu cukup tertekan.

Seperti yang dilaporkan akhbar Topnews di Amerika Syarikat, ketika dia sedang bersiar-siar di kawasan Malibu, keadaan dirinya terlalu kurus dan pucat. Malah, seperti yang diberitakan dalam kebanyakan media di Amerika, beberapa hari selepas kehilangan abu berkenaan, penyanyi yang baru saja sembuh dariapada ketagihan dadah itu cuba mengakhiri hidupnya dengan membunuh diri.

"Jika saya tidak berjaya menemukan semula abu itu, saya tak tahu apa yang harus dibuat lagi. Saya masih tidak faham ada orang yang sanggup melakukan perbuatan itu (mencuri)," katanya.

Seperti diketahui, abu mayat Kurt Cobain hilang Mei lalu di kediamannya di Hollywood. Ketika kejadian, Courtney dikatakan tiada di rumah kerana sedang berhibur di luar.

**Cerita yang 'fishy'. :-P

19 April 2008

SO SAYS THE SHY-GUY


"Back then I didn't know the difference between bass and lead guitar, or any of that shit. I basically chose guitar 'cos it had more strings." Says Slash, whose dad was notably known for designing the sleeve of Joni Mitchell's 1973 album 'Court and Spark', while his mom styled the Pointer Sisters and David Bowie.


By the time he met Steven Adler, Slash was already growing his dark curly hair over his face, not as a concession to rock 'n' roll fashion, but because he was shy and didn't want anyone to see into his eyes.

And he was called "Slash" by his dad and his friends because of his tendency to 'answer back at them' in sarcastic one-liners.

Source: W. Axl Rose The Unauthorized Biography by Mick Wall


16 April 2008

KONSERT RUSTY BLADE DITUNDA

Khabarnya konsert mega Rusty Blade yang dijangka akan diadakan pada 2 Mei 2008 di Singapura terpaksa ditunda atas beberapa sebab teknikal. Khalid Mobin, ketika dihubungi berkata, ada kemungkinan konsert itu akan ditunda ke satu tarikh lain.

Worait, brader. Kitorang tunggu.


15 April 2008

MUAT KOT...

Sorok Fender Strat Dalam Seluar?

Polis di Lewiston, Maine, Amerika Syarikat sedang mencari seorang lelaki yang mencuri sebuah gitar dari sebuah kedai yang menjual alat-alat muzik. Pencuri itu dikatakan menyorokkan gitar tersebut ke dalam seluarnya sebelum berjalan keluar dari kedai itu dengan selambanya.

Polis berkata sebenarnya kes tersebut melibatkan tiga orang suspek dan salah seorang daripada merekalah yang telah memasukkan sebuah gitar Fender Stratocaster ke dalam seluar (how aaa? can meh?) dan kemudian menyembunyikannya dengan baju panas yang dipakainya. Dua lagi suspek bertindak sebagai pemerhati (tukang cover line la tu!).

Gelagat ketiga-tiga pencuri itu telah dirakamkan oleh kamera litar tertutup yang dipasang di kedai tersebut.

Yang peliknya, kes sebegini bukanlah yang pertama. Pada 2006, seorang lelaki telah menggunakan taktik yang sama untuk mencuri gitar, tetapi malangnya dia berjaya ditangkap sebaik sahaja melangkah keluar dari kedai.

(Sumber: The Associated Press, 3 April 2008)


30 January 2008

JANI BENCI CHERRY PIE; CAVALERA CONSPIRACY

"I could shoot myself in my f**king head for writing that song" Kata Jani Lane (Warrant), menyatakan tentang kebenciannya terhadap lagu "Cherry Pie". Sila ke Blabbermouth.Net untuk ikuti cerita Lane.

Dah terlanjur singgah ke Blabbermouth.net tu, sempat juga melayan lagu "Sanctuary", habuan adunan CAVALERA CONSPIRACY, band yang ditubuhkan oleh Max dan Igor Cavalera bersama-sama Marc Rizzo (Soulfly) dan Joe Duplantier (Gojira). Ini adalah projek rakaman dan kolaborasi terbaru Max dan Igor selepas Sepultura melahirkan 'Roots' pada 1995. Sejak tahun lepas lagi dikhabarkan album sulung diorang yang bertajuk 'Inflikted' akan keluar Mac nanti."Sanctuary" memang lazat! Harapnya 'Inflikted' lagi sempoi!



28 January 2008

SAH, CHOT @ KARL KEMBALI BERSAMA CROMOK - MIJI

SEPERTI yang ditulis di sini dan sini memang sahlah Karl aka Chot dah kembali bersama Cromok.

Dan, cerita ini disahkan oleh drummer, Miji ketika dihubungi, baru-baru ini.

"Selepas Hillary masuk Search balik, Chot setuju untuk kembali bersama Cromok. Kalau ada mana-mana show yang panggil Cromok, memang Chot lah yang akan main bersama aku dan Sam. Dia memang tak ada masalah," katanya.

Kata Miji, Cromok memang ada terima tawaran untuk bermain dalam konsert Sunburst Music Festival di KL yang dijadualkan pada Mac ini. Tapi belum confirm sebab tak ada black & white lagi.

Tunggulah. Katanya organizer akan adakan PC pada 29 Januari.

"Status Cromok sekarang ni kira ada dan tak adalah. Kontrak kami dengan EMI pun dah lama abis. Kalau pasal album baru, setakat ini memang tak adalah," kata Miji.

Kami cuba dapatkan komen Chot kenapa dia masuk balik Cromok, sebab katanya dulu dah 'cuci tangan' dan quit. Tunggu ya!

27 January 2008

CHOT CROMOK KEMBALI ROCKIN'?

"We only play what we like to play..."

Dari kiri: Miji, Sam & Chot.

Terbaca berita tentang kemungkinan CROMOK akan rockin' dalam sebuah festival muzik Mac nanti (Sila klik sini untuk berita selanjutnya: Spektrum Muzikaliti (Thanks Seir for the info).

Apa yang menarik, gitaris asal Cromok, Chot aka Karl diberitakan akan main balik. Ini la berita yang paling aku nak dengar sebab dulu katanya dah 'cuci tangan', tak nak main gitar lagi.

Band yang ditubuhkan pada 1988 di Australia ini sebenarnya memiliki banyak cerita menarik. Antaranya diorang pernah mendapat tawaran sebagai opening act untuk tour Motorhead di Australia dulu, bagaimanapun menolak kerana dikatakan belum bersedia. Malah, rumour turut mengatakan yang Lars Ulrich pernah memakai t-shirt Cromok sewaktu konsert Metallica di Indonesia sekitar tahun 90-an dulu.

Apapun Cromok dengan line-ups Sam (vokal, bass), Miji (dram) dan Chot pasti menjanjikan nostalgia. Hey! Siapa boleh lupa dengan "Metallurgical", "Misty", "Journey", "Memories", "Seedling" dan "Obsessed". (Dan teringat lagi betapa happynya aku bila diberi peluang untuk menulis press release semasa pelancaran album diorang 'What's Left' pada 2000).

Kali pertama aku dan Yatt jumpa Chot semasa interview dia di pejabatnya di The Mall untuk ROTTW pada 1999. Macam-macam yang kitorang bualkan, antaranya tentang keunikan di sebalik solo-solo gitarnya dan cerita-cerita di sebalik "I Don't Belong Here" dan "Another You".

Berikut adalah petikan artikel yang ditulis oleh Yatt yang tersiar di ROTTW Vol.34, Ogos 1999:

ROTTW: Bila mula bermain gitar?
CHOT: Semasa berumur 15 tahun. Masa tu biasalah, lepak-lepak kat tembok jadi kutu. Saya belajar main gitar tanpa ada apa-apa pendidikan formal dalam muzik atau gitar. Saya cuma dengar, tengok dan ikut orang lain main. Semasa di tingkatan lima saya sudah mempunyai sebuah band di sekolah. Kemudian semasa saya mengikuti kursus bahasa Inggeris di Sekolah Sains Dungun, dan sayalah pelajar pertama yang berani bawa gitar ke asrama sebab di situ tak dibenarkan bermain gitar! Haha!

ROTTW: Macam mana boleh menyertai Cromok?
CHOT: Sebelum itu semasa di University of Sydney saya ada sebuah band iaitu Sri Maharani dengan line-ups dua Melayu, dua mat saleh. Kami banyak bermain di lounge sekitar kampus. Kemudian apabila berpindah universiti, saya tubuhkan sebuah band lagi iaitu Keraz dan kami aktif bermain di kelab-kelab. Lagu-lagu yang kami mainkan lebih kepada lagu-lagu pop walaupun masa tu saya gila heavy metal! Pada 1988 Cromok sudahpun wujud dan gitarisnya pada masa itu ialah Din (Allahyarham) dan Mat Puck. Mat Puck kemudian meninggalkan Cromok dan mereka offer saya untuk join mereka.

ROTTW: Bagaimana anda menghasilkan solo gitar?
CHOT: Sebelum membuat solo saya akan menghayati lagu itu dahulu. Selepas itu barulah saya buat solonya dan sesuaikan dengan lagu tersebut. Kadang-kadang kalau ada part sedih, kita kenalah bagi dia sedih. Solo ini susah sebenarnya, kadang-kadang mengambil masa lebih kurang dua hingga tiga bulan sebab lagu Cromok tak macam lagu biasa. Solo itu juga merupakan satu cerita dan kalau solo itu mengarut dah jadi cerita lain. Saya selalunya merujuk kepada Malmsteen sebab ada lagu slow tetapi solonya macam ribut dan bunyinya tetap sedih, kenapa? Haa, maknanya solo tak semestinya perlahan untuk mengekspresikan emosi sedih. Apa pun ia terpulanglah pada gitaris itu sendiri.

ROTTW: Apa yang anda mahukan dalam penghasilan sesebuah lagu?
CHOT: Kena ada cerita, ada pemulaan, pertengahan dan kesudahannya. Selalunya saya buat melodi dulu, selepas itu barulah lirik. Seperti lagu "The Little One" kami dah tetapkan temanya mengenai budak kena dera. Jadi bila temanya begitu, kami akan sesuaikan melodi dan feelingnya supaya kena dengan tema tersebut. Selepas itu barulah kami masukkan lirik.

Lirik itu bagi kami hanya sebagai guide. Vokal kami straight aje, 'Argh! Arghh!'..Haha! Bukannya vokal tak penting, tapi kami lebih pentingkan sound dan feel yang heavy, dan tentunya muzik yang bermelodi. Itulah identiti Cromok. Lagu Cromok kalau dikeluarkan part vokal pun, orang masih boleh dengar, layan dan enjoy sebab melodinya. Dan sampai sekarang satu lirik Cromok pun saya tak tahu! Haha!

ROTTW: Lagu "I Don't Belong Here" melodinya kedengaran seperti lagu pop Melayu, kenapa? (Nota: inilah satu-satunya soalan yang berjaya terkeluar dari mulut aku - selebihnya dalam sesi interview itu, aku dah starstruck!..Hehehe...)
CHOT: Kami buat lagu itu dah lama iaitu pada 1991. Sebenarnya Sam kena nyanyi lagu itu betul-betul, ada lenggok melodinya. Tapi faham-fahamlah stail Sam menyanyi! 'Argh! Arghh!' bolehlah! Haha! Bila dengar balik lagu itu dan nyanyiannya memang kelakar betul. Bukannya dia tak boleh menyanyi, tetapi kalau dia tukar stailnya, dah tak kena dengan konsep Cromok. Akhirnya kami jadikannya lagu instrumental.



05 January 2008

DIN & SEARCH @KLCC



WALAUPUN belum ada kenyataan rasmi daripada Search, tetapi jika dilihat pada persembahan diorang pada malam tahun baru di KLCC tempoh hari, nampaknya berita Din kembali bersama Search bukanlah cerita-cerita kedai kopi saja.

Amy siap 'perkenalkan' Din pada crowd lagi!

Jika betul Din akan terus bersama Search, secara peribadi inilah line-ups favourite aku. Ya, line-ups 'Langit dan Bumi' dan 'Mentari Merah Di Ufuk Timur'. Search yang cukup klasik dan nostalgia.

Bukanlah bermakna Kid tak bagus, cuma gandingan Hillary dan Din itu bagi aku ada 'sesuatu' yang menjadikan Search itu cukup mantap. Hillary walaupun kurang dari segi showmanship, tetapi memiliki kelebihan dari segi teknik permainan yang lebih dinamik, manakala Din aku anggap sebagai antara pemain rhythm terbaik di Malaysia.

Apapun, ini pandangan peribadi aku saja sebagai pengemar muzik rock dan peminat setia Search. Korang macamana?

Semoga Search terus mantap dan kekal lagenda bermula 2008 ini.

24 December 2007

Din masuk Search balik?

BETUL ke ni? Berita daripada sumber-sumber yang rapat dengan Search ini walaupun susah nak percaya, tetapi bukanlah mustahil. Okay, Din bekas gitaris Search dari zaman Red Rooster sehinggalah ke album Rock N Roll Pie dikatakan akan kembali bersama Search.

Kata sumber, Din bersetuju untuk kembali mengisi posisi rhythm selepas dipujuk oleh Amy dan Hillary, baru-baru ini. Malah, Din dikatakan akan membuat kemunculan pertama bersama line-ups Amy, Hillary, Nasir dan Yazid dalam satu konsert sempena tahun baru di KLCC nanti.

Bagaimanapun, Amy ketika dihubungi mengaku tidak tahu apa-apa. Hmm, biasalah, kalau betul pun takkan dia nak mengaku. Mesti nak buat kejutan, kan?

Tak kisah la, tapi kalau betul cerita ini, maka Search akan kembali dengan line-ups album ‘Langit dan Bumi’, ‘Mentari Merah Di Ufuk Timur’ dan ‘Fenomena’ ( Kid cuma main tiga lagu saja iaitu “Menara Kesesatan”, “Purnama” dan “Isabella”, selebihnya Hillary ).

Line-ups yang lebih dihormati oleh kebanyakan die hard fans Search. Rhythm Search memang sudah sebati dengan Search dan dia adalah orang yang paling sesuai.

Ada sapa-sapa lagi yang ada info pasal ini tolong comment, please...

29 November 2007

KOLABORASI AMY SEARCH & RABBANI

Mentari Merah Di Ufuk Timur gaya Amy Search & Rabbani?
Klik sini untuk beritanya

Spektrum Muzikaliti