Showing posts with label TEMUBORAK. Show all posts
Showing posts with label TEMUBORAK. Show all posts

28 January 2008

SAH, CHOT @ KARL KEMBALI BERSAMA CROMOK - MIJI

SEPERTI yang ditulis di sini dan sini memang sahlah Karl aka Chot dah kembali bersama Cromok.

Dan, cerita ini disahkan oleh drummer, Miji ketika dihubungi, baru-baru ini.

"Selepas Hillary masuk Search balik, Chot setuju untuk kembali bersama Cromok. Kalau ada mana-mana show yang panggil Cromok, memang Chot lah yang akan main bersama aku dan Sam. Dia memang tak ada masalah," katanya.

Kata Miji, Cromok memang ada terima tawaran untuk bermain dalam konsert Sunburst Music Festival di KL yang dijadualkan pada Mac ini. Tapi belum confirm sebab tak ada black & white lagi.

Tunggulah. Katanya organizer akan adakan PC pada 29 Januari.

"Status Cromok sekarang ni kira ada dan tak adalah. Kontrak kami dengan EMI pun dah lama abis. Kalau pasal album baru, setakat ini memang tak adalah," kata Miji.

Kami cuba dapatkan komen Chot kenapa dia masuk balik Cromok, sebab katanya dulu dah 'cuci tangan' dan quit. Tunggu ya!

NAK FOKUS WINGS TAHUN NI - AWIE

Pada 19 Januari yang lepas kitorang (Hanya Rawk N Roll - RNR) berkesempatan menemubual Awie Wings semasa dia, Adflin Shauki dan Hans Isaac berada di Alor Star untuk promosi filem terbaru mereka, 'Cuci'. Selain bertanyakan tentang lakonannya dalam filem tersebut, kitorang ada bertanyakan perkembangan karier muziknya.

RNR: Ada apa-apa perkembangan terbaru Wings? Nak buat konsert mega ke tahun ni?
AWIE: Selain keluar dengan album 'Teori Domino' yang dirakam semula secara live, rasanya belum ada lagi plan nak buat konsert awal-awal tahun ni. Mungkin lepas bulan Mac baru nak fikir dan plan. Selain tu ada jugak satu projek dengan Agensi Anti-Dadah Kebangsaan. Tapi yang tu masih dalam perbincangan. Anyway, kami memang ada plan nak start buat album baru bulan Ogos atau September nanti.

RNR: Tahun lepas khabarnya Search dan Wings nak buat album 'Double Trouble' lagi. Apa cerita projek tu ye?
AWIE: Projek tu kena hold dulu buat masa ni sebab Search belum bersedia. Wings on je! So, kena tunggu Search lah!

RNR: Kenapa tak buat konsert kat kampung-kampung dah?
AWIE: Bukan tak nak, tapi tak ada orang nak panggil. Dulu bolehlah. Banyak funfair. Semua funfair kami main, semua ceruk kami redah. Tapi sekarang ni trendnya bukan macam tu. Mana ada banyak funfair lagi dah! Semua nak layan konsert-konsert besar je. Nak harapkan sponsor gempak-gempak macam dulu-dulu, hmmm, susahlah. Semua sibuk sponsor boyan-boyan! Haha!

Lagipun, kami ni dah lama dalam industri. Peminat-peminat yang dulunya membesar dengan muzik kami mungkin dah tak layan muzik kami ni. Peminat-peminat yang lain pulak dah tentunya minat muzik yang tengah hot zaman ni. Tak kisahlah tu kan, sebab itu memang benda biasa. Tapi selagi ada yang masih nak dengar muzik kami, selagi ada yang jemput kami main kat ceruk mana pun, kami tak akan hampakan.

RNR: Apa pulak cerita karier solo?
AWIE: Oh, tahun ni saya memang nak tumpukan pada Wings saja. Saya dah malas nak buat album solo.



11 January 2008

LIMA PERWIRA GEGAR LAGI?

Team Hanya Rawk N Roll ada bertanyakan Yantzen tentang perkembangan terbaru Rusty Blade. Katanya band otai tu akan mengadakan konsert besar-besaran di Singapura pada 2 Mei 2008 nanti. Belum ada berita solid lagi, tapi kitorang akan sentiasa follow-up, worait?

05 January 2008

AMIR SYJ MENYANYI BALIK SELEPAS 15 TAHUN

Amir (seluar biru) bersama Alang ketika membuat gempak di Ipoh

Amir (tengah dengan t-shirt Venom) bersama SYJ08

*Photo credit : http://ellyrocker.blogspot.com


AMIR SYJ nyanyi balik? Hah… jangan tak percaya. Itu yang terjadi dalam show pada malam sambutan tahun baru di Dataran Ipoh, Perak, baru-baru ini. Amir membuat kejutan dengan muncul sebagai penyanyi undangan dalam persembahan SYJ08 yang diterajui Alang (ex-vocalist SYJ album Kudrat tahun 90-an dulu) selaku vokalis serta tiga anggota baru iaitu Noar (gitar), Hairie (bass) dan Yus (dram). Band ini adalah kesinambungan daripada SYJ yang mula ditubuhkan pada awal 80-an dan masih diuruskan oleh pengasasnya iaitu Syed Yusof Jamalulail atau Pak Syed.

Untuk rekod, Amir adalah vokalis SYJ di zaman paling gemilang mereka iaitu ketika muncul dalam Battle of the Bands pada 1985 – 1986 bersama Zam (gitar), Man Rani (bass) dan Arwah Eduat (dram) sebelum diteruskan dengan kemunculan Sofea bersama drummer, Nahar. Mereka diingati sehingga hari ni kerana penampilan yang ekstrim, lagu lebih heavy serta attitude yang memang cukup rock!!

Dalam persembahan bersama SYJ08, Amir menyampaikan empat lagu iaitu “Syurga Di Hujung Jarum” (album Sofea, ‘Boneka Pentas), “Red Hot” (Motley Crue), “Mata Sepet” dan “Orang Timur”. Suasananya! Cukup happening dan udah jadi macam konsert Battle of the Bands tahun 1986 pulak! Hahah!

Okay, kami krew blog Rawk N Roll berjaya menemubual Amir mengenai kesudiannya menyanyi balik selepas kali terakhir menyanyi live pada 1992 atau kira-kira 15 tahun dulu!


RAWK N ROLL (RNR) : Macamana tiba-tiba boleh nak menyanyi balik ni? Hari tu kata tak nak dah.
AMIR : (Ketawa) Aku pun tak tau nak cakap macamana! Asalnya Pak Syed panggil aku untuk jadi guest vocalist bagi SYJ08 yang baru ditubuhkan ni. Kononnya diorang tak pernah perform dekat show besar dan mahu aku tolong diorang. Ye la, kalau show free macam malam tahun baru dah tentu ramai crowd, kan? Mula-mula aku memang malas. Ye lah, bukannya plan nak nyanyi balik pun. Tapi Pak Syed suruh jugak aku datang jumpa dia kat studio ( Studio SYJ). Masa aku sampai kat studio, kebetulan SYJ08 tengah praktis. Entah macamana aku teringin nak jam dan sempat la belasah beberapa lagu! (Ketawa)
Habis jamming, diorang terus offer untuk perform sekali untuk show malam tahun baru. Tapi aku still serba-salah dan tak confident. Last-last tinggal lagi 10 hari nak show, aku setuju dan terus praktis bagai nak rak dengan diorang.

RNR : So, apa cerita masa hari show? Tak risau kot-kot orang tak kenal ke, tak suka ke, pancit ke? Heheh
AMIR : Risau jugak. Ye la, aku tak tau orang boleh terima aku lagi atau tak ataupun ada lagi ke orang kenal dengan Amir SYJ ni. Malam tu aku nyanyi dalam setlist kedua. So, masa giliran Alang nyanyi, aku ambil keputusan jalan-jalan dan lepak di sekitar tapak show tu. Masa tu, aku tengok orang relax je. Takde sorang pun yang kenal aku, apatah lagi nak tegur aku. So, aku fikir show nanti mungkin biasa saja sebab tak ada pun yang kenal aku.

RNR : Bila turn brader keluar menyanyi, macamana?
AMIR : Fuh! Bila aku keluar atas stage saja… Mak datuk! Crowd menggila bila diorang umum kehadiran aku. Hampir semuanya tak sangka langsung yang aku ada sekali. Tak semena-mena diorang serbu stage sampaikan polis terpaksa kawal. Tak sangka betul aku ni ada lagi follower. Betul la, diorang bukannya tak kenal aku, tapi tak ingat lagi rupa aku (Ketawa). Aku tak sangka dan cukup terharu, tambah-tambah lagi crowd masih lagi sing-a-long masa aku nyanyikan lagu “Orang Timur”. Habis show ramai yang datang jumpa aku. Tanya itu, tanya ini. Ada jugak yang tanya, betul ke aku ni Amir sebab rupa dah lain sangat! Haha! Aku tak sangka dapat sambutan macam tu sampaikan aku terpaksa lepak dalam dressing room dekat 40 minit baru boleh keluar sebab crowd ramai sangat. Aku dengar ada fan yang datang dari Pahang sebab nak tengok SYJ!

RNR : So, bila dah tengok sambutan hebat ni, tak teringin nak rockin’ balik macam dulu-dulu?
AMIR : Hmm… tak tau nak cakap. Memang SYJ08 ada ajak lagi untuk show lain di Melaka dan Johor Bahru awal tahun ini. Tapi aku rasa aku tak nak la. Lagipun aku tak nak orang keliru antara aku dengan SYJ08 walaupun aku hanya guest vocalist saja. SYJ08 adalah band baru yang menyambung perjuangan SYJ dulu dan aku tak nak kacau diorang. Biarlah diorang berjaya dengan sendiri.
Bercakap mengenai comeback ini, sebenarnya Nahar (ex-drummer Sofea) ada datang jumpa aku baru-baru ini. Dia ajak aku buat balik Sofea. Aku fikir, kalau aku nak buat, line-ups mesti macam dulu iaitu Man Rani (bass) dan Zam (gitar). Apa-apa hal aku kena bincang dengan Man Rani dulu. Kalau dua orang ni takde, aku rasa aku tak nak. Lagipun, aku tak tau Zam kat mana sekarang. Sejak Eduat meninggal,aku dah tak jumpa dia dah. Lagipun banyak benda yang aku kena fikir kalau nak menyanyi dan buat band balik secara serius.


08 November 2007

BLOODSHED KEMBALI?

Bloodshed semasa Battle of the Bands circa 1986
Pix ehsan Rosdan


INILAH berita sahih yang aku dengar, tetapi tak sure sama ada ia akan menjadi kenyataan atau tidak.

Bagi peminat rock 80-an, berita ini pasti menggembirakan! Bloodshed yang pernah dinobat sebagai antara band rock hebat dalam sejarah muzik rock Malaysia akhirnya akan muncul semula.

Untuk rekod, Bloodshed dengan line-ups Rosdan (vokal), Hamdan (gitar), Rawita (bass), Judy (keyboard) dan Hamdan (dram) pernah tampil dengan album kompilasi Battle of the Bands I & II sebelum muncul dengan album sulung, 'Ilusi Sebuah Mimpi' dengan line-ups yang sama.

Album seterusnya, 'Samarkand' dianggap sebagai a must have item. Bagaimanapun, Hamdan (gitar) sebelum itu mengundur diri dengan alasan untuk berkahwin dan memberi tumpuan kepada keluarga dan dia digantikan dengan Opie.

Itu saja sejarah kegemilangan Bloodshed sebelum mereka berpecah. Tak silap aku mereka pernah muncul dengan sebuah album lagi tapi ditukar nama kepada Blackshed. Rosdan tidak lagi menjadi vokalis dan digantikan dengan orang lain yang aku tak ingat. Err... sesiapa yang ada info tolong tambah.

Walaupun jangka hayatnya singkat, tetapi kesan yang ditinggalkan Bloodshed cukup kuat sebagaimana yang pernah dilakukan oleh Cream di Britain kira-kira 30 tahun dulu.

Bekas pemain gitarnya, Hamdan sendiri yang mengesahkan Bloodshed akan tampil semula. Malah, diberitakan mereka sudah mula berlatih di salah sebuah studio di Kajang, tempat lahirnya Bloodshed.

"Kali ni kami plan nak buat betul-betul. Bloodshed akan tampil dengan lebih profesional, berkualiti dan matang," katanya ketika dihubungi baru-baru ini.

Kata Hamdan, mereka akan tampil dengan line-ups yang sama iaitu bagi album BOTB dan 'Ilusi Sebuah Mimpi'. Jika ia menjadi kenyataan, maka Opie tidak akan bersama Bloodshed.

"Kami dah contact Opie, tapi dia tak berminat kerana ada komitmen lain," katanya.

Bagaimanapun, usaha Bloodshed ini ada sedikit masalah kerana vokalisnya, Rosdan tak nak join jika line-upnya daripada album BOTB dan "Ilusi Sebuah Mimpi'. Sebaliknya Rosdan mahukan line-ups original Bloodshed iaitu Hamdan (gitar), Rawita (bass), Radzi (gitar) dan Rozz (dram).

"Itu line-ups sebelum rekod dengan BOTB. Itulah Bloodshed semasa kami main di kelab Red Rooster dulu," kata Rosdan.

Bagaimanapun, difahamkan Rawita tidak mahu lagi bermain muzik sekali gus menolak pelawaan mereka.

So, macamana sekarang?

Aku percaya ramai yang ternanti-nantikan Bloodshed ni. Err... korang pujuk la Rosdan suruh dia join jugak Bloodshed. Heheh...



12 September 2007

Rusty Blade & Team Rawk N Roll

Pix by: Amrul Azuar
OperaHidup Photography


SYJ - DULU DAN SEKARANG

SYJ 1986 (Battle of the Bands) L-R, Allahyarham Eduat (dram), Zam (gitar), Amir (vokal) dan Man Rani (bass).


Aksi Man Rani. "Rock ooo!.."

Kat bawah ni pulak gambar terbaru diorang yang diambil oleh Aliph (kipas-susah-mati SYJ) di Ipoh, baru-baru ini. Heheh. Lain gila!!

Ini lah dia vokalis original SYJ, Amir (kiri - diulang, Amir! Bukan Alang tau macam ada sesetengah orang cakap!) yang pernah menggerunkan scene rock Malaysia dengan lagu "Orang Timur", "Hati Syaitan", "Teruskan" dan "Mata Sepet". Di sebelahnya, Man Rani, bassist SYJ yang pernah menjadi pujaan Mama Juwie dan membuatkan minah-minah rock tangkap leleh bila dia menyanyikan "Bunga Padang Pasir" satu ketika dulu..Hehe..



"Geng rock Johor tu beriye-iye tak bagi kitorang semua dekat dengan Ella, alih-alih Man Rani slow-slow je sauk pinggang Ella dari belakang..Hahaha!" cerita Rosdan Bloodshed mengenai gambar Man Rani merangkul pinggang Ella ketika beramai-ramai menyanyikan lagu "Hapuskan Lanun Cetak Rompak" di salah satu konsert Battle of the Bands (BOTB) pada 1986. Gambar tu terdapat pada inlay cover album BOTB (Round 2) seperti di bawah ni:


05 September 2007

Eksklusif Bersama Rusty Blade

Date: 1 Sept 2007
Backstage: Konsert Gemilang Merdeka

L-R: Mat Nor Hendrix, Yantzen, Izan, Khalid Mobin & Man Karan

Rusty Blade bersama kipas-susah-mati yang datang dari Jepun!

Write-ups coming soon!


12 October 2006

Antara Muzik Rock & Airbrush

"Macam mana sekarang ni ada jugak mamat-mamat yang berani mengaku ‘I was there’ masa ‘scene’ underground ni mula-mula wujud di Malaysia, padahal yang mengaku mungkin masih pakai lampin masa tu?!!…"
(Rosdan-Bloodshed/Punisher)



Artikel ni pernah tersiar di ROTTW tahun lepas. Kepada anda yang termiss @ tak pernah baca tu, well, here goes...


ANTARA MUZIK ROCK & AIRBRUSH

Oleh: Countess
Foto: Yatt


“Samarkand”..Antara lagu paling menarik band otai era Rock Kapak, Bloodshed. Jika diamati dan dinikmati betul-betul, lagu ini mampu membuatkan anda diresapi satu semangat baru. Intronya saja boleh membuatkan anda berasa seolah-olah sedang berperang mempertahankan maruah bangsa di medan peperangan padang pasir. Selain “Samarkand”, tentu ada yang masih mengingati riffing gitar yang ganas pada korus lagu “Hidup Pemuzik” dan melodi melankolik “Srikandi Cintaku”. Atau mungkin juga ada yang masih ingat insiden lirik lagu “Nostalgia Rindu” yang terpaksa diubah sedikit hanya kerana satu perkataan?? Apa yang nyata, lagu-lagu Bloodshed ini tidak akan mantap dan bererti tanpa suara vokalisnya yang power dan berkarekter, Rosdan Baharom.

Rosdan juga pernah memperjuangkan muzik metal yang berinspirasikan muzik Megadeth, Metallica, Slayer dan Forbidden. Bersama-sama R.Izat (gitar), Shidee (gitar), Karim (bass) dan Fariz @ Pap (drum), beliau menubuhkan Punisher. Selain line-up ini, Punisher juga pernah dianggotai oleh Khalil, Bullet dan Boy (arwah). Walaupun tidak pernah menghasilkan sebarang demo atau EP, Punisher dianggap salah satu band thrash metal yang hebat pernah wujud dalam senario muzik tempatan.

Selepas meninggalkan Bloodshed, Rosdan berhijrah ke Denmark pada 1991. Pada 11 Jun 2005, saya berjaya menjejaki dan menemui rocker legenda (kini ‘Master Airbrusher’) yang menetap di Ipoh. Sesi bersembang tentang muzik rock dan airbrush antara saya dan Rosdan berlalu dengan santai, tetapi penuh bermakna.


Bagaimana saudara Rosdan bermula sebagai seorang penyanyi?

Semuanya bermula di Red Rooster, KL. Atas galakan seorang rakan, saya mencuba nasib di satu sesi ujibakat di sana. Masa tu Bloodshed dan Burnmark sedang mencari vokalis untuk band mereka. Mungkin dah ‘jodoh’ saya dengan Bloodshed agaknya, dan selepas join band tu, kami terus dapat kontrak bermain muzik di Red Rooster. Masa di kelab tu, saya bawak masuk pengaruh muzik rock yang lebih heavy, muzik yang biasa saya layan bersama geng-geng lepak di Ipoh dulu. Boleh dikatakan scene muzik di Perak sekitar 80-an agak berbeza dan lebih ekstrim berbanding dengan negeri-negeri lain. Kalau Mat-Mat Rock lain masih layan Deep Purple dan Led Zeppelin, kami dah layan Iron Maiden, Saxon dan Voivod.


Siapa penyanyi atau band yang menjadi pengaruh utama Rosdan?

Saya minat pada Robert Plant (Led Zeppelin), Ian Gillan (Deep Purple) dan Max Muir (Suicidal Tendencies). Selain tu, saya banyak terpengaruh dengan muzik Earth, Wind & Fire, Wild Cherry, Commodores dan band-band funk zaman 70-an. Saya juga minat dengan Larry Graham (Sly & The Family Stone/Graham Sentral Station) yang dikatakan pencipta teknik bass ‘slapping’.


Cerita sedikit pengalaman Rosdan semasa ‘Battle of the Bands’? Bagaimana Bloodshed boleh terlibat dengan projek ini?

Saudara Ali Bakar telah mengajak band-band untuk ‘join’ konsert bergerak ‘Battle of the Bands’ sekitar lewat 80-an. Tapi of course, ada syarat. Syaratnya, mesti main lagu sendiri dan ‘sign’ kontrak untuk buat dua album. Walaupun masa untuk membuat persediaan agak suntuk, Bloodshed berjaya jugak penuhkan syarat tu. We played our own songs and the rest is history.


Bagaimana dengan senario muzik Denmark?

Mainstream tak best sangat, tapi underground atau ‘club scene’ di sana memang best. ‘Happening’ la. Ramai pemuzik yang dahsyat-dahsyat dan kalau tak silap, dalam tahun 1996 je, ada 50,000 pemuzik-pemuzik berdaftar di sana. Kebanyakan band beri sokongan antara satu sama lain. Band-band lama sentiasa hormat dan mengalu-alukan band-band baru. Selain tu, pemuzik sana lebih profesional, komited dan tak materialistik. Contohnya, band D.A.D (Disneyland After Dark). Walaupun band ni sangat terkenal di sana, vokalisnya masih jalan kaki. Tak ada ‘perception’ kalau dah jadi penyanyi terkenal, mesti berkereta besar dan hidup mewah. Kes bayaran kena kapur dek promoter pun, memang jarang terjadi sebab di sana ada sistem tertentu yang aktif melindungi hak-hak pemuzik atau artis.

Masa ‘recording’ pulak, kalau penyanyi buat silap, cukup setakat dua ‘take’ je. Mereka tak nak penyanyi hilang ‘mood’. Bagi mereka, kesilapan boleh jugak jadikan sesebuah lagu tu lebih unik. Lagi satu, setiap pemuzik di sana ada instrumen sendiri. Kalau masuk studio, studio tu kosong je. Semua bawak instrumen masing-masing. They know and understand their instruments very well, dan mungkin sebab tu ‘skill’ dan muzik mereka lebih bagus.


Apa pengalaman menarik semasa Rosdan di sana?

Macam-macam, antaranya dapat berkawan dengan nama-nama besar dalam industri muzik Denmark dan dapat berjumpa dengan artis-artis atau band-band top yang buat konsert di sana seperti Iron Maiden, Ice-T, Megadeth, Max Muir dan Max Cavalera. Saya juga pernah berjumpa Kirk Hammett dan saya terperanjat bila dia beritahu yang dia tau tentang Punisher! Mungkin sebab Punisher sepatutnya jadi ‘opening act’ konsert Metallica di Singapura dulu tu kot?


Apa aktiviti sekarang? Dengar cerita, Rosdan dah ada bisnes sendiri?

Ha ah, saya buat bisnes airbrush. Oleh kerana minat yang mendalam dan cintakan seninya, saya tubuhkan syarikat ‘Tribe X Airbrush’ di Ipoh sejak September 2004. Saya buat airbrush pada t-shirt, mug, topi keledar, komputer, skuter, kereta dan dinding. Mungkin saya akan cuba buat pada peti ais pulak tak lama lagi! Semuanya bergantung pada permintaan, tapi saya lebih berminat melukis pada kenderaan sebab ianya boleh berfungsi sebagai iklan bergerak untuk bisnes saya.

Sebenarnya saya mula minat bidang lukisan airbrush sejak 1986 selepas melihat geng-geng yang belajar grafik dan seni halus guna airbrush. Minat membuat dan menyimpan model-model kereta kebal dan kapal terbang juga membuatkan saya terpanggil untuk mempelajari seni ini. Ye lah, model-model ni lebih cantik kalau guna airbrush sebagai ‘finishing touch’. Saya mula membeli majalah-majalah dari luar negara yang ada seni ni dan membuat rujukan. Walaupun saya tak ada kelulusan dalam bidang ni, saya rajin bertanya pada mereka yang mahir, terutamanya ketika saya lepak di Pasar Seni dulu.

Semasa di Denmark, saya diberi kepercayaan untuk menjadi tenaga pengajar di sebuah kelas seni yang disediakan oleh kerajaan sana, Saya pernah bekerjasama dengan pelukis airbrush terkenal seperti Patrick Leiss dan Kenn dari KDJ Designs Denmark.


Sekarang ialah zaman ‘Rock Revival’ yang menyaksikan kemunculan kembali band-band rock 80-an seperti Search, Wings dan Lefthanded. Apa pendapat Rosdan tentang perkembangan ini?

‘Rock Revival’? Bagus, sebab it brings back the memory. Tapi saya tak nak terlibat lagi dah dalam industri ni walaupun ada geng-geng lama suruh gabungkan Bloodshed kembali. Bagi saya, kita bukan Ozzy Osbourne atau Robert Plant. Satu hari nanti kita akan kembali ke asal usul kita. Pengalaman selama lebih sepuluh tahun di Denmark telah banyak mengajar dan menyedarkan saya sekarang. Sebelum ke Denmark, apa saja yang Mat Saleh buat, contohnya, bertatu atau bertindik, semuanya nampak hebat dan ‘cool’ pada saya. Semuanya nak ditiru. Tapi bila saya dah sampai ke sana, saya tengok orang putih sebenarnya miskin budaya dan sesat dalam mencari identiti sendiri. Itu yang membuatkan saya mula berfikir…


Mungkinkah itu salah satu sebab Rosdan tidak mahu terlibat lagi dalam industri muzik?

Mungkin, tapi ada jugak sebab-sebab lain. Bosan kot? Dalam industri ni, banyak yang kita nak buat, tapi tak boleh buat sebab nak ikut kehendak pasaran. Cetak rompak pun satu hal jugak. Di Malaysia ni, walaupun album terjual beribu-ribu, kaya belum tentu beb! Kalau di Denmark, album terjual 5,000 unit pun dah kira okey sangat. Tapi itu lah, bukannya kita tak tahu siapa dalang bisnes cetak rompak ni, kan?!


Selain Punisher dan Bloodshed, apa lagi band-band yang Rosdan pernah ‘join’?

Band yang mula-mula saya join di Denmark ialah Funkus Temple. Tak lama kemudian saya tubuhkan Chameleon, a cross over funk band influenced by Red Hot Chili Peppers dan Infectious Grooves (band Mike Muir dan bekas pemain drum Jane's Addiction, Stephen Perkins). Band terakhir saya di sana ialah Puzzle Funk. Ada 10 orang dalam band tu, siap ada ‘horn section’. Memang best! Selain tu, saya pernah jugak ‘join’ band Dennis the Menace (band projek Punisher dan Nemesis).


Mungkin tak Rosdan akan buat ‘comeback’?

Tak mungkin. Walaupun ada tawaran untuk nyanyi solo, saya memang tak minat. Saya nak ‘catch-up’ dengan banyak benda yang dah lama saya tinggalkan selama ni. Lagipun saya bukan penyanyi solo. Saya lebih selesa dengan band. Nak main gitar, jari-jari selalu terpele’ot. Haha…Dan, bagi saya, Punisher ialah band terbaik saya. As a singer of Punisher, I was more than happy because I was truly honest in what I did back then. The band had all the energy that I wanted and they were the best local musicians I’ve ever played with.


Apa pandangan Rosdan tentang senario muzik Malaysia sekarang? Apa yang ingin Rosdan tengok dalam industri muzik Malaysia pada 10 tahun akan datang?

Okey, mula-mula saya nak bagi pendapat saya tentang so-called “underground” sekarang. Saya hairan macam mana ada jugak yang berani mengaku ‘I was there’ masa ‘scene’ ni mula-mula wujud di Malaysia, padahal yang mengaku tu mungkin masih pakai lampin masa tu?!!…Haha, pelik betul. Anyway, apa yang saya tau generasi saya lebih faham maksud sebenar underground. Pengalaman pernah hidup susah and struggling to survive menjadikan lagu-lagu zaman kami lebih bermakna. Tak macam sekarang, ramai yang hidup senang. Mungkin sebab tu, bila buat lagu, yang keluar ‘kosong’ je dan tak ada jiwa walaupun lagu tu tentang penderitaan. Lebih kurang macam Mat Saleh cuba nak bawak lagu blues sebijik macam African American lah. No soul.

10 tahun akan datang, kalau boleh saya nak tengok lebih banyak ‘free spirit’ dan ‘open-mindedness’. Band-band boleh main muzik dengan lebih baik, ada instrumen sendiri and know their sound. Saya jugak nak tengok lebih banyak band buat show di luar negara, mungkin di Roskilde Festival ke? Harap-harapnya tak ada lagi band yang masih bergantung pada khidmat ‘sessionists’. Zaman rock kapak dulu bolehlah. Masa dulu, banyak band yang nampak rock habis, tapi hancur bila main ‘live’!


Apa nasihat Rosdan kepada mereka yang teringin nak main muzik dan nak pergi lebih jauh dalam industri muzik?

Don’t listen to recording companies?!..Haha…Kalau boleh, cuba masuk pasaran antarabangsa dengan usaha sendiri. Fikirkan macam mana Nusrat Fateh Ali Khan boleh berjaya di persada dunia dengan muzik Qawwalinya. Atau, cuba tengok Pop Shuvit. The music is there, the quality is there and they successfully penetrated Japan on their own. Kalau nak tembus pasaran global, kenalah bersedia daripada semua aspek, baik mental mahupun fizikal. Jangan fikir benda yang bagus je, kena expect the unexpected jugak.

Lagi satu, kalau nak lebih berjaya, kena ada identiti sendiri. Tak payahlah nak tiru apa yang Mat Saleh buat. Tak rugi kalau tak tiru dia orang.

Dan yang paling penting, kena ikhlas. Be honest to ourselves and to the music we play. Dengan cara tu saja lagu-lagu kita jadi lebih berkualiti, berseni dan ada jiwa. Dengar saja lagu “Your Mother” ciptaan Yusuf Islam. ‘Simple’ tetapi ‘catchy’. Boleh nampak keikhlasan si pencipta lagu dan mesej lagu tu pun sampai kepada pendengar walaupun lagu tu hanya dinyanyikan oleh seorang budak kecil.

END


Ok, kepada sesiapa yang berminat & betui-betui serius nak harta benda memasing di'airbrush' kan oleh otai rock kapak (eksklusif tuu, wa cakap lu...), sila la contact Kutu-Kutu Rock:-


Yatt (riadz74@yahoo.com)
Countess (headbanger31@yahoo.com)



Contoh-contoh artwork otai kita ni..
(helmet kesayangan Countess - kipas-susah-mati Cromok)





27 September 2006

Aku Tak Mati Lagi La! - Amir SYJ

SYJ masa era 80-an - (L-R) Eduat, Zam, Man Rani & Amir



Amir SYJ - Gambar diambil pada Ogos 2006. Cuba bandingkan dengan gambar atas tu... hehehe


MERUJUK kepada entry Pop Quiz teka siapa otai rockers pada 17 September lalu :

Hahahaha! Ada yang kata brader otai tu Jalil Hamid la, pakcik sebelah rumah dia la. Cuma Man Tembok je yang betul. Dia memang betul-betul otai rockers (sebab dia pun lebih otai daripada gua!).

Seperti kata Man Tembok, brader tu ialah AMIRUDIN ZULKIFLI atau lebih dikenali sebagai AMIR atau nak lebih tepat lagi, AMIR vokalis SYJ! Amir yang sekarang bekerja, menetap di Ipoh dan errr..dah ada tujuh anak tu berjaya kitorang jejaki baru-baru ini. Terima kasih kepada otai rockers dari Pengkalan Pegoh, Ipoh, Mohd Nazari Ibrahim kerana berjaya mempertemukan kitorang dengan vokalis band yang cukup hebat dengan imej dan attitude rockers mereka sekitar tahun 80-an dulu. Caya la yop!

Apa yang menarik pasal Amir ni ialah rumours yang mengatakan dia dah meninggal. Cerita ni memang dah tersebar meluas sejak lima tahun kebelakangan ini dan ramai yang percaya. Malah, dalam majalah-majalah rock dan forum rock ramai jugak pembaca yang minta supaya dibuat satu artikel tribute pasal ‘arwah’ Amir ni. Paling menarik ada tiga versi cerita pasal Amir ini. PERTAMA, Amir dikatakan meninggal sebab overdose. KEDUA, sebab eksiden dan yang KETIGA, Amir meninggal sebab gantung diri! (ini dipetik dari majalah yang diterbitkan di Singapura). Gila betul!! Tentu korang nak tau macamana cerita ni tersebar, kan? Hah! Baca jawapan daripada Amir sendiri ni :

“Aku pun heran macamana cerita ni boleh tersebar. Sampaikan orang kampung aku pun bertanya. Heboh satu kampung bercerita yang aku dah meninggal! Yang tak sedapnya, meninggal cara tak elok pulak tu. Cerita sebenarnya macam ni. Tak salah aku dalam tahun 2000 Ucop, bekas vokalis Hatty pernah ditemubual di radio dan dia tercakap yang aku dah meninggal. Aku tak tau sebab apa dan kenapa dia cakap macam tu. Agaknya dia pun tersilap dengar atau cakap kot. So, macam tu lah. Lepas tu tak disangka-sangka cerita ni terus tersebar!” katanya.

Laa... macam tu je ceritanya. Hehehe... So, dah jelas la yg Amir ni hidup lagi. Dan, yang paling menarik lagi Amir akan kembali bersama SYJ dengan line-up era Battle of the Bands (BOTB) iaitu Zam (gitar), Man Rani (bass) dan Eduat (dram). Khabarnya mereka dalam proses menyiapkan lagu terbaru untuk rakaman album terbaru tak lama lagi.

Sebenarnya, macam tak percaya diorang nak buat comeback. Ye la, tengokkan diorang sekarang takkan masih nak pakai mekap, aksesori macam dulu-dulu, kan? Rambut pulak semuanya dah pendek. Nanti jadik kelakar la pulak. Apa pun, kita tunggu saja kemunculan terbaru diorang nanti (mungkin hujung tahun ni atau awal tahun depan). Kalau nak tau lebih lanjut pasal SYJ, interview dengan Zam, Amir, Eduat dan pengasasnya, Syed Yusuf Jamalulail, dapatkan ROTTW isu November nanti. Yeahhh!!

p/s : Secara peribadi, aku lebih suka SYJ ketika era album BOTB I & II dengan lagu Hati Syaitan, Mata Sepet, Orang Timur dan Teruskan. Sebagai rockers, masa tu diorang sarat dengan attitude, imej dan perangai rockers sebenar! Tapi bila dah tukar nama Sofea, errr... aku agak tak follow diorang ni. Anyway, SYJ tetap hebat dan tersendiri!!

18 September 2006

Pop Quiz!


Ada sesiapa cam otai yang sorang ni?
:-)

25 August 2006

Hail Langsuyr!!

“APA yang kami mahu ketengahkan adalah muzik yang kami mainkan dan kami mempunyai perancangan untuk pergi sejauh mungkin. Sikap ortodoks seperti band ekstrim metal tidak boleh bermain di show tertentu tidak boleh lagi dipraktikkan. Kini sesiapa saja boleh mendengar dan menonton Langsuyr.”
Itu kata Bentara, frontman dan gitaris band death metal berprofil tinggi dari Ipoh iaitu Langsuyr. Bagi yang pernah memeriahkan scene underground terutama di Ipoh pada awal 90-an dulu, pasti menyedari yang Langsuyr pada hari ini cukup berbeza. Selain Bentara, Langsuyr dibarisi oleh Azlanthor (vokalis) dan Azmaniac (gitar). Bassist & drummer mostly guna sessionist.
Mereka dulunya cukup ekstrim dengan pegangan etika underground. Kelompok metal mereka tidak seharusnya bercampur dengan penggemar muzik lain atau pengikut baru scene underground. Nampak sombong? Tetapi itulah realiti ketika zaman anggota Langsuyr yang saban minggu melepak di tingkat bawah tanah Kompleks Beli Belah Yik Foong, Ipoh seperti 14 tahun lalu. Kini mereka lebih terbuka.
Suka atau tidak, beginilah Langsuyr sekarang yang sudah menghasilkan full debut album mereka, ‘Asyik’. Errr... 100 peratus dalam bahasa Melayu. Kalau korang mahukan Langsuyr seperti demo ‘Occultus Mysticism’ atau ‘The Eastern Cruelty’, lupakan saja kerana semua itu tidak ada dalam ‘Asyik’.
Sememangnya perubahan adalah elemen terpenting untuk menjadi lebih maju. Mereka kini adalah pemuzik yang semakin matang dan akan terus berkarya sekurang-kurangnya untuk dua atau tiga album lagi.
“Kami mahu semua orang mendengar muzik Langsuyr. Bukan saja di kalangan peminat muzik metal, tetapi sesiapa saja. Jika mereka boleh menerima Langsuyr, tentu mereka boleh terima juga band-band lain. Kalau dipertandingkan untuk dapat anugerah pun, apa salahnya? Ini hanya muzik, tak kira la mainstream atau underground, muzik itu mesti boleh diterima umum,” kata Bentara.
* Nak baca lagi, dapatkan ROTTW isu September 2006 untuk temubual penuh bersama Langsuyr.
* Gambar dipinjam daripada http://langsuyr.metalterus.com.my




Azlanthor


Azmaniac


Bentara

Apa Kata Langsuyr (dijawab oleh Azmaniac) pasal :
1. Scene metal Ipoh dan Ipoh Metal Militant (IMM)
- Tak dinafikan scene metal di Ipoh memang happening sejak dulu. Scene metal Ipoh dengan IMM sebenarnya berbeza. IMM dilahirkan sewaktu era band seperti Langsuyr, Necrotic Chaos, Athotorgh, Vociferation Eternity, Hayagriva dan Profane Creation saja. Diorang nilah yang mendominasi dan memeriahkan scene metal Ipoh masa tu.
Reference yang baik untuk menilai kekuatan IMM ialah menerusi album kompilasi Ipoh Metal Militant yang diterbitkan Ultra Hingax Productions pada 1998. Lima band dalam tu dan kira-kira 10 hingga 15 pemuzik yang terbabit adalah orang-orang yang sama dalam setiap band. Contohnya Wira bermain dram untuk semua band kecuali Hayagriva, tetapi kelima-lima band masih dapat menghasilkan konsep yang berbeza.
Selepas tu aku sebenarnya dah tak follow perkembangan scene metal Ipoh. Bukan sebab dah tak bagus, tapi agaknya masa passion ke situ dah tak ada (dah tua kot?). Tapi aku rasa Ipoh masih mengeluarkan band metal yang bagus seperti Pyron, Bilharzia, Aknakh dan Neftaraka.
Tak tau kenapa band-band dari Ipoh mesti heavy. Agaknya terkena badi SYJ masa zaman rock kapak dulu kot? Dari dulu sampai sekarang, mesti ada band metal yang kick ass dari Ipoh! Sesiapa yang start nak buat band kat Ipoh mesti kena heavy. Dah sinonim sangat, tak kira apa genre, mesti heavy!!
2. Gig pertama dan gig paling happening
- Gig pertama selepas released demo Occultus Mysticism ialah di Garfunkel Pub, Life Centre, KL pada 11 September 1993. Itu gig tribute untuk Rator dan dalam gig tu Langsuyr adalah antara band yang paling menyerlah walaupun pada awalnya tak diberi perhatian. Tak percaya, tanyalah sapa-sapa yang ada kat gig tu masa tu.
Asean Village di Pulau Sentosa, Singapura pada 1997
- Member-member Singapura cakap Langsuyr mungkin band ekstrim metal pertama atau band underground pertama dari Malaysia yang main kat situ. Paling bangga sebab gig tu turut ditonton oleh Abhorer!
Nocturn Feast di Dewan Bulan Sabit Merah, Ipoh pada 1994
- Kali pertama dan terakhir kami fully corpse paint! Penampilan Langsuyr paling ekstrim sejak 1991.
Rock The World 6 pada 2005
- Hujan membuktikan kami mempunyai pengikut yang setia.
Planet Hollywood, pelancaran album pada Jun 2006
- Diberi penghormatan berkongsi pentas dengan Sil Khnnaz dan Necrotic Chaos.

21 May 2006

Akhil D'Riyadh - Aku, Rock dan Dakwah

Akhil sekarang...

Akhil (dua dari kiri), di zaman rock tak ingat punya!!


WALAUPUN tidak segah Search, Wings, Sweet Charity atau Lefthanded, rasanya ramai rockers yang mengenali D’Riyadh. Band yang dianggotai empat anak muda dari Gopeng, Perak ini mula dikenali selepas menjuarai pertandingan band Bintang Box Office pada lewat 80-an dulu sebelum disambar label PMC dan menghasilkan album sulung – ‘Media 88-89’.

Line-up yang terdiri daripada Akhil (vokal), JP (gitar), Eman (bass) dan E.E (dram) mudah menarik perhatian khalayak kerana selain berbakat, muka pun cute dan hensem! Hahahaha!! Standard la, tipikal industri muzik Melayu!

D’Riyadh dah lama berkubur. Impaknya pun tak la sebesar mana, tapi nama ini terus menjadi sebutan. Ini kerana Akhil atau nama sebenarnya Akhil Abdul Hayy, 37, yang sudah ‘berhijrah’ dan kini cukup popular sebagai ustaz, penceramah dan pendakwah bebas. Rasanya ramai yang pernah dengar atau tonton ceramahnya. Sempoi, kan? Heheh…

Atas bantuan saudara Aliph (rakan se’rock’ aku), kami berdua sempat duduk berborak-borak dengan Ustaz Akhil sementara nak tunggu waktu Maghrib di sebuat mesjid dekat Cheras, tak lama dulu.

Mungkin ramai dari korang yang pernah baca kisah Akhil ni kat mana-mana majalah atau surat khabar. Tapi yang ni aku cuba fokuskan pada zaman rock dia dulu, bila mendapat hidayah dan pengalamannya. Sempoi lepak dengan mamat ni, kelakar pulak tu. Sebenarnya dia dah biasa membahasakan diri sebagai ana dan memanggil orang anta, tapi bila bersembang bab rock, keluar jugak aku, kau, lu, gua semua! Heheh… So, untuk memudahkan, biar la aku letak saya aje.

Apa aktiviti sekarang?

Saya kini aktif sebagai pendakwah dan penceramah bebas. Saya banyak mengadakan ceramah sempena Israk Mikraj, Maulidur Rasul dan macam-macam la event Islam. Tapi itu antara yang bermusim la. Boleh dikatakan hampir setiap hari terdapat undangan ceramah ke merata surau, masjid, sekolah dan pusat motivasi di seluruh negara termasuk la Singapura.

Saya juga masih menyanyi sebenarnya, tapi dalam aura keislaman. Baru-baru ini saya pernah ke Thailand mengadakan konsert kesenian Islam bersama In Team. Selain tu, saya mengajar al-Quran di Ipoh di samping mempunyai perniagaan di sana. Dan, saya juga menetap di Ipoh.

Dulu, macamana boleh terbabit dengan band rock ni?

Biasa la, tahun 80-an adalah era ekplosif muzik rock, kan? So, saya pun ikut sama terpengaruh. Mula-mula biasa la kan, rock kapak mesti start kat kenduri kahwin kan? Pengalaman pertama D’Riyadh kat kenduri kahwin la. Lepas tu pada 1988 kebetulan Ali Bakar anjurkan pertandingan band Bintang Box Office dan kitorang cuba nasib. Tak salah saya masa tu ada 113 band rock dari seluruh negara yang bertanding. Alhamdulillah, kami menang dan dapat offer recording contract daripada PMC.

Konsep asal yang kami nak ialah heavy metal. Ye lah, masing-masing influence Led Zeppelin, Iron Maiden, Loudness, Poison, Motley Crue, tapi terpaksa ikut cakap record company. So, buat la muzik apa yang diorang nak. D’Riyadh sebenarnya tak top mana pun. Kami bertahan tak sampai tiga tahun. Lagipun masa kami keluar album, kebetulan Wings baru meletup. So, diorang betul-betul pukul habis la! Tak terlawan la masa tu.

D’Riyadh tu apa? Bukan ibu negara Arab Saudi ke?

Heheh… saya adalah keturunan Rawa yang banyak bermastautin di daerah Gopeng. Dalam bahasa Rawa, YADH tu bermaksud garisan. Jadi, maksudnya adalah DIRI dan GARISAN = D’RIYADH. Kalau dengar balik intro beberapa lagu kami, ada pengaruh muzik Arab sebenarnya. Saya pulak ada basic dalam pengajian al-Quran, so, lenggok nyanyian pun lebih ke arah itu.

Masa mula-mula buat band dulu macamana?

Susah jugak. Kami takde sapa-sapa yang sponsor. Semua keluar duit sendiri. Cara nak dapatkan duit, kami jual durian kat kampung. Heheh… rasanya cerita jual durian tu ada keluar dalam majalah dulu. Life masa tu pun asyik pikir nak seronok je. Hari-hari lepak kat shopping complex. Biasa la masa tu dah tak duduk dengan orang tua, kira nak cari life yang betul-betul rock la. Heheh.

Dalam banyak konsert D’Riyadh, yang mana satu yang tak boleh dilupakan?

Konsert di Stadium Darulmakmur, Kuantan, Pahang pada 1990. Kami bersama Rahim Maarof dan Gersang jadi opening act untuk Search. Crowd memang ramai gila! Penuh satu stadium tu!! Memang best betul. Paling best sebab semua artis masa tu pegi naik bas khas dari KL. Dan, konsert tu sebenarnya adalah sebahagian daripada babak dalam filem Fenomena arahan Aziz M Osman. Tapi yang keluar Search aje la… heheh.

Err… sekarang pun saya masih mengikuti perkembangan muzik rock tempatan. Saya masih ambil tahu walaupun saya dah macam sekarang ni.

D’Riyadh pun tak lama kan?

Ha ah… Lepas juara Bintang Box Office tu, Ali Bakar offer untuk album kompilasi Hikayat Rok, lepas tu album Pancakara Cakrewala dan kemudian baru la keluar full album debut kami iaitu Media 88-89. Lepas tu memang banyak problem, bermula dengan drummer, E.E yang menarik diri. Lepas tu cuba cari drummer lain, tapi semuanya tak kena, tak ngam sehinggalah kami jumpa A’ah, bekas drummer Ikrar. Sambil tu kami dalam proses nak lahirkan album baru, tapi tak jadi sebab banyak sangat problemnya.

Akhirnya kami tinggal bertiga. D’Riyadh pun dah takde dan kami tubuhkan band trio iaitu Lang Asia. Konon-konon band tu cool la, nak buat stail busking. Dan, masa tu dah rasa otai dan rambutnya pun dah panjang gila. Kira cool abis la! Hahaha! Masa tu kami dengan label Muzik Matahati, milik Pak Hussein, bapak kepada Ruhil. Dia pun merata-rata bawak kami dan janji nak buatkan album, tapi banyak sangat problem dan antaranya ialah duit. Akhirnya semua tak jadi dan habuk pun tarak!

Kami jugak pernah diketawakan oleh M Nasir. Masa tu seingat saya di perkarangan studio TV3 di Bangsar dan Nasir tanya, “Album D’Riyadh sebelum ni jual berapa banyak?” Kami cakap tak banyak la, ada la dalam belasan ribu. Lepas tu dia boleh cakap, “Hmm… kalau banyak tu nak beli ganja pun tak lepas!” Heheh… sampai macam tu sekali dia perli kami. Biasa la, benda-benda negatif dengan rockers memang sinonim kan? Heheh.

Bagaimanapun, kami nekad jugak nak buat album, tapi tak jadi jugak sampai la Lang Asia pun berpecah. Saya pulak cuba-cuba nak buat album solo selepas ditawarkan oleh seorang produser, Yusri Yusuf. Dan, nasib saya malang lagi apabila projek tu pun tak menjadi.

Bagaimana ‘penghijrahan’ itu berlaku?

Lepas Lang Asia berpecah dan projek album solo saya tak menjadi, saya membuka gerai makan di Taman Beringin, Jinjang pada hujung 1991. Ok la jugak, tempat tu kira jadi port mat-mat rock la. Walaupun minat dalam bidang seni tu masih ada, tapi saya dan blur, dah boring serta tak tau mana arah tuju pasal apa yang diharapkan dalam bidang seni semuanya tak menjadi.

Saya rasa penghijrahan yang sebenar terjadi pada awal 1992. Masa tu saya rasa dah tak sesuai duduk di KL. Jadi, saya nekad tinggalkan perniagaan gerai makan, tinggalkan muzik dan terus balik kampung di Gopeng, Perak. Saya kembali jadi budak kampung dan tak buat apa-apa, duduk rumah je. Tapi saya jejak kaki balik ke masjid, dengar kuliah agama dan sebagainya. Alhamdulillah, saya memang sejak kecil dididik arwah abah dengan agama dan itu saya memang tak pernah lupa, walaupun sebelum itu ia kerap saya tinggalkan. Kira back to basic la…

Lepas tu arwah abah bawa saya belajar di Madrasah al-Mustafawiyah atau Pesantren Purba di Sumatera Barat, Indonesia. Di sanalah saya buang segala sifat mazmumah saya yang selama ini terleka dengan dunia. Pengisian peringkat pertama dalam diri saya adalah di sana. Peringkat kedua adalah selepas pulang ke Malaysia dan arwah abah mula mengajar bagaimana untuk membawa jemaah haji ke Mekah sehinggalah saya mampu menguruskannya sendiri tanpa pengawasan abah.

Selain diri sendiri, arwah abah adalah orang yang memainkan peranan besar dalam mengembalikan saya ke pangkal jalan. Dia la pembuka jalan yang sebenarnya. Selain tu arwah datuk saya iaitu Haji Daud Nordin. Dia pun banyak ajar saya.

Bila pulak start berdakwah secara serius?

Tak salah saya tahun 1994 ketika bekerja sebagai guru al-Quran di Pusat Pembangunan Keluarga (PPK), Ipoh. Banyak la ajar al-Quran terutama di pusat-pusat pemulihan akhlak. Dalam masa yang sama PPK juga mendidik saya menjadi penceramah. Ceramah pertama saya adalah di Kuala Kangsar pada 1996. Lepas tu orang mula kenal dan kedudukan saya sebagai penyanyi sebelum tu sebenarnya membantu jugak. Bagaimanapun orang betul-betul kenal saya selepas mengadakan ceramah di Kajang pada 1998. Ha… bermula dari situ orang sudah mula mengundang saya secara solo, tidak lagi sebagai penceramah undangan. Sebelum tu banyak jadi opening act untuk alim ulama lain.

Macamana keadaannya masa mula-mula dapat turning point atau taufik dan hidayah tu?

Masa tu muzik pun tak nak dengar dah! Buat pertama kalinya dalam hidup saya, jiwa saya tak boleh menerima muzik. Tapi ye lah, kita masih hidup di alam nyata dan belum lagi di syurga. Jadi, ada cara hidup di dunia yang boleh membuatkan kita tidak terlalu asing di mata masyarakat. Jadi, dalam masa saya memantapkan diri, mengaji, saya masuk ke dalam masyarakat. Dalam erti kata lain, saya adalah umat pertengahan – tidak terlalu fanatik dan tidak terlalu mengambil tahu.

Yang penting, apa yang Allah swt perintahkan, kita mampu untuk lakukannya, maka lakukanlah. Simple je. Allah swt akan tunjukkan mana yang baik dan tidak. Saya memilih untuk terus menyanyi, tapi dengan aura keislaman kerana saya tahu seni adalah salah satu alternatif yang boleh mengajak remaja.

Pandangan ustaz mengenai generasi baru rockers ni?

Dulu tak semua rockers yang berpendidikan tinggi macam sekarang. Tapi saya perhatikan banyak rockers sekarang ni mudah terpengaruh kepada perkara-perkara tak betul terutama ajaran sesat. Kita kena agak-agak la, dalam mengenali Islam ini tiada jalan pintas. Bukan just terus berubah je! Kena duduk dulu beruzlah.

Saya nampak rockers sekarang ada visi, tapi mudah sangat terikut-ikut. Jadi, kalau dah ada basic agama tu boleh lah balancekan. Kalau tidak boleh terjerumus sehingga sampai ke peringkat di mana dia boleh katakan apa saja yang dilakukannya adalah dakwah, tapi dia tak tau haram itu tetap ada. Prinsipnya kena memahami, bukan main belasah je. Kalau belasah saja tu la yang melingkup tu!

Ceritakan keindahan di pentas rock dan pentas dakwah. Mesti banyak perbezaannya, kan?

Tentu sekali. Bagi saya, pentas rock hanya untuk orang muda saja. Dulu kalau show kita ramai yang datang, crowd pulak sporting dan kita dapat menghiburkan orang lain dengan muzik rock, itu sudah dikira sebagai satu keindahan dan kepuasan maksima. Kira zaman tu apa yang Poison dengan Motley Crue buat, kami pun nak buat sama! Hahaha!!

Tapi pentas dakwah ni lain. Pertama, kena berhati-hati kerana saya bercakap mengenai hukum agama. Di depan saya pula adalah alim ulama yang lebih senior dan lebih berpengalaman. Alhamdulillah setakat ini saya belum pernah menerima teguran daripada mereka.

Itu memang cabaran besar bagi saya kerana saya tak punya apa-apa. Lebih-lebih lagi dengan latar belakang saya sebelum ini. Tentulah saya akan dipandang sebelah mata oleh golongan terbabit. Tapi syukur kerana dengan pertolongan Allah swt, ceramah saya terus diterima.

Keindahan sebenarnya itu kita kaitkan dengan agama pada jalan dakwah dan jangan hipokrit. Cakap apa yang dirasakan perlu, tapi perlu diisi dengan ilmu tarbiyah dari segi penyampaian supaya ia boleh diterima ramai. Indahnya juga apabila perhimpunan atau majlis ilmu itu dinaungi malaikat. Saya juga tahu di mana level saya sebagai penceramah di mana khalayak akan menilai saya.

Bagaimanapun, saat paling indah ialah apabila semua pengunjung ceramah saya sama ada orang tua, muda dan kanak-kanak berzikir bersama. Itu menunjukkan perpaduan dan itulah ketenangan yang tidak saya dapat semasa membuat persembahan di konsert rock dulu. Dulu bila bawak lagu When The Smoke Is Going Down dah rasa tenang, rileks, tambah pulak diiringi crowd yang beramai-ramai menyalakan pemetik api. Memang la tenang, tapi bukan as-saqinah seperti yang kita dapat ketika khusyuk dalam sembahyang.

Selain berceramah, ustaz masih menyanyi lagi. Dalam masa yang sama terpaksa berhadapan dengan alim ulama lain di depan pentas. Rasanya susah jugak ye?

Memang susah terutama untuk menyesuaikan diri. Kadang-kadang jadi dilema. Contohnya dalam satu majlis persembahan, ramai penontonnya adalah di kalangan remaja dan dalam masa yang sama ada juga golongan alim ulama. Saya tak boleh lebih-lebih sangat. Golongan remaja itu pulak tak mahukan stail tok-tok guru kalau saya berkonsert, diorang nak saya sebagai artis!

Saya perlu tackle semua orang. Memang susah dan jawapannya saya tak boleh. Sebagai manusia biasa, saya memang tak mampu jika dalam situasi begitu. Cuma pada saya, jangan jadi hipokrit dan buat apa yang terbaik. Alhamdulillah, golongan alim ulama itu tidak menolak hiburan. Mereka cuma menjaga kepentingan masyarakat supaya kita sama-sama ingat bahawa berhibur itu boleh, tetapi sama-samalah kita kawal.

Sebenarnya kedudukan saya ni susah jugak. Dulu orang dah kenal saya sebagai penyanyi rock, tapi dengan keadaan sekarang ini saya masih menyanyi. Mungkin ada yang ingat saya membawa pengaruh baru walaupun saya sudah berserban dan berjubah. Tapi alhamdulillah selepas 16 tahun saya berdakwah, semua orang boleh terima saya dengan baik. Maknanya saya yakin dengan apa yang saya buat. Niat saya suci dan ikhlas untuk mengajar orang dan saya jaga batasannya sehingga akhirnya boleh diterima orang.

* Akhil sekarang menetap di Ipoh dan memiliki kedai menjual peralatan ibadah, buku, pakaian, kaset, vcd ceramah dan aksesori. Kedainya yang bernama AKHIL HAYY RAWA ENTERPRISE terletak berhadapan taman tema air Lost World of Tambun, Ipoh. Sejak 1995, dia berkahwin dengan Maizawati Zainal, iaitu salah seorang peminatnya ketika bersama D’Riyadh. Kini dikurniakan empat orang anak, dua lelaki dua pompuan.

- ara payung -

04 May 2006

Betul La! Hillary Joint Search Balik!

ERRR... ABAIKAN posting yang sebelum ni. Sebenarnya memang betul Hillary joint Search balik! Saja je dia tak nak mengaku hari tu...
Berita ini disahkan sendiri oleh bassist diorang, Nasir. Amy yang sebelum itu dihubungi hanya ketawa dan berkata,
"Hehehehehehe... mana kau tau ni? Kau call Nasir la, cuba tanya dia. Heheh," intonasi cara dia menjawab tu menunjukkan spekulasi tu memang betul. Hillary biasa la, sapa yang kenal dia tentu tau dia macamana. Tak banyak cakap dan pemalu. So, kalau jadi benda-benda ni dia akan tetap membisu. Kalau betul pun dia tak nak mengaku. So, itu la yang aku kena hari tu... heheh.
"Memang betul Hillary akan joint Search balik. Bukan sebagai gitaris jemputan untuk konsert anniversary ke-25 kami pada 29 Julai ni, tetapi sebagai anggota tetap Search. Malah, Hillary turut terbabit dalam rakaman album terbaru kami, Empire Garden," kata Nasir.
Kemasukan semula Hillary tentunya akan menimbulkan persoalan terhadap posisi Din dan Kid selepas ini. So, banyak la cakap-cakap yang mengatakan kedua adik-beradik tu sudah tidak lagi menjadi keluarga Search.
Dalam beberapa forum rock yang aku lawati, ramai yang mengatakan Din dan Kid tak setuju bila Hillary kembali bersama Search. Ada jugak yang cakap Yazid keluar dulu bukannya sebab bengang dengan Amy, tapi sebenarnya dengan dua orang tu! Aku sendiri tak tau apa yang berlaku sebenarnya. Tapi kata Nasir...
"Saya tak boleh nak cakap kedudukan Kid dan Din sekarang. Tak dinafikan memang ada masalah, tapi tunggulah kenyataan rasmi yang akan kami keluarkan nanti."
Daripada apa yang Nasir cakap tu, memang kita dah boleh agak Kid dan Din seperti akan 'dikeluarkan'. Anyway, kita nak percaya sekarang pun tak boleh jugak. Benda ni still tak confirm lagi. Tunggu ajelah. Tapi, yang sah HILLARY MEMANG AKAN MASUK SEARCH BALIK!!
Sebagai peminat, aku memang alu-alukan sangat kemasukan semula Hillary. Bagi aku, Hillary adalah gitaris sebenar Search. Walaupun hanya bersama Search sewaktu album kedua, Langit Dan Bumi, tetapi Hillary adalah antara pengasas Search.
Memetik kepada kata-kata Amy kepada wartawan Kosmo!, Maliah Surip :
"Paksi Search yang sebenar hanya bermula selepas lahir album kedua iaitu Langit Dan Bumi. Kemasukan semula Hillary telah memberi arah yang betul untuk Search dengan membawa aliran rock sejati." ( Kosmo Ahad, 26 Mac 2006 )
Jadi, mungkin kemasukan lagi sekali Hillary ini akan memberi arah muzik baru lagi kepada Search. Siapa tahu? Apapun peminat pastinya tak sabar untuk melihat aksi Hillary memainkan semula solo dan riff 'miliknya' seperti dalam lagu Pelesit Kota, Musnah, Pawana, Pembakar Perasaan, Mentari Merah Di Ufuk Timur, Fantasia Bulan Madu, Pasti, Di Pintu Sepi dan banyak lagi!
- ara payung -

03 May 2006

"Bila Masa Pulak Aku Join Search Balik?" Hillary Ang

HILLARY Ang masuk Search balik? Itu yang terkandung dalam tulisan N Rama Lohan dalam The Star 28 April 2006 (rujuk posting tarikh yang sama dalam blog ni) lalu.

Menurut artikel tu Search kini sedang giat berlatih untuk album terbaru dan konsert ulangtahun ke-25 diorang di Stadium Merdeka pada 29 Julai nanti. Antara yang berlatih sekali ialah ex-member dan founder Search, siapa lagi tak lain tak bukan si Hillary!

Kalau betul Hillary joint balik memang meletup! Memang nostalgia gila babi! Tapi apa jadi pulak dengan Kid dan Din? Ada rumours yang mengatakan Din dah blah, ada jugak kata dua-dua tu pun blah sebab tak puas hati Search panggil Hillary balik.

Mana satu yang betul? So, nak dapatkan kepastian gua dengan selamba call Hillary hari Selasa baru-baru ni. Dan, ini le jawapan dia :

GUA : Eh! Dengar cerita kau masuk Search balik. Betul ke?
HILLARY : Eh! Mana ada! Takdelah!!

GUA : Habis, yang keluar dalam paper?
HILLARY : Bukan la. Aku cuma main untuk konsert tu je, tapi aku tak join Search balik.

GUA : Lepas tu diorang cakap Din dah blah, betul ke?
HILLARY : Itu aku tak tau. Itu better kau check dengan diorang.

ITU je la yang dia cakap. Kalau dia tipu, aku pun tipu la. Tapi ada logiknya jugak kalau dia tak nak masuk. Hillary kan sessionist. Kalau dia masuk dan terikat dengan Search, gerenti banyak job sessionist dia hilang. Takkan dia nak camtu kan? Gerenti dia pun pikir panjang jugak..

Hmmm... Nantilah, gua cuba dapatkan Amy pulak. Insya Allah... Tunggguuuuu...

- ara payung -

08 March 2006

EKSKLUSIF Bersama SYJ!

GEMPAK... Kalau berani korang dressing la camni sekarang! Wakakaka! SYJ sewaktu BOTB (L to R) Eduat (dram), Amir (vokal), Zam (gitar) dan Man Rani (bass). Imej memang gempak la kalau zaman tu. Kata Zam, semua kostum diorang ditempah kat satu kedai di Ipoh, Chicago Tailor ke apa namanya. Nama tokeynya Ah Lek, kedai tu pun sekarang dah takde. Heheh



Ni la Syed Yusof Jamalulail. Otai rockers Ipoh yang bertanggungjawab mewujudkan SYJ ke muka bumi ini. Rockers Ipoh kalau tak jamming di SYJ Studio kat Bazaar Bulat dulu jangan ngaku rockers Ipoh la... heheh


SYJ 2006... Eduat (kiri) dan Zam (tengah). Mak aii... beza betui Zam dulu ngan sekarang. Siap bergaya dengan gitar Flying V yang pecah kena kerusi dibaling rockers Penang masa riot di konsert BOTB kat tapak pesta Sungai Nibong, Pulau Pinang pada 1986 dulu. Errr... yang paling kanan tu Rosdan, ex-vocalist Bloodshed. Heheh... Happening la bila otai-otai rockers ni bersembang!! Memang syok!



MISI balik kampung ke Ipoh minggu lepas nampaknya berjaya terutama untuk merealisasikan projek BATU yang akan aku usahakan bersama Nadia dan member kitorang, Nazari aka Jambeso aka Black. Heheh… Atas hasil usaha Jambeso, kami berjaya mengesan anggota asal SYJ dan pengasasnya, Pak Syed Yusof Jamalulail (SYJ tu singkatan nama dia la) sendiri. Akhirnya satu pertemuan diaturkan dan SYJ Studio di Pasar Besar Ipoh dipilih sebagai venue yang memang penuh nostalgik.

Selain Pak Syed, ‘sidang rock’ itu turut disertai dua anggota asal SYJ iaitu Zam (gitar) dan Eduat (dram, dan juga anak Pak Syed). Malang sekali, Man Rani (bass) tak dapat joint pasal terbabit dengan eksiden manakala Amir (vokal) pulak ada komitmen lain. Cis! Melepas kitorang nak tengok diorang jamming lagu Orang Timur ka, Mata Sepet ka, Bunga Padang Pasir ka.. heheh. Paling menarik, meeting kami turut dimeriahkan dengan kehadiran ex-vokalis Bloodshed, Rosdan. Peh! Macam-macam cerita nostalgia rockers keluar malam tu!

Menurut Pak Syed, SYJ bakal membuat comeback dengan anggota asalnya iaitu Amir, Zam, Man Rani dan Eduat. Mereka sebenarnya sudah pun bersetuju dengan tawaran Ali Bakar untuk merakamkan album ‘Battle of the Bands 3’ dalam masa terdekat ini. Dalam masa yang sama, SYJ juga dikatakan akan kembali aktif seperti dulu! Peh! Ni gerenti kipas-susah-mati SYJ tak senang duduk ni!

Sapa-sapa yang pernah beli kaset ‘Battle of the Bands 1’ (BOTB) tahun 1986 dulu mesti setuju kalau aku katakan SYJ adalah band paling outstanding berbanding band lain macam Lefthanded, Bloodshed, Rahim Maarof & Whitesteel dan Ella & The Boys yang turut ada dalam album tu.

Bukan nak kata yang lain-lain tu tak bagus, tapi SYJ masa tu tampil dengan kelainan. Paling ketara imej diorang yang nampak lebih ganas serta pengaruh besar glam rock daripada Motley Crue. Dua lagu dalam album tu pulak nyata lari dari norma mainstream iaitu ‘Hati Syaitan’ dan ‘Orang Timur’ yang memaparkan mengenai permasalahan sosial dalam negara dan masyarakat. Bukannya lagu cinta seperti ‘Nostalgia Rindu’ (Bloodshed), ‘Dua Insan Bercinta’ (Ella & The Boys), dan ‘Jumpa Sekali Lagi’ (Rahim Maarof & Whitesteel).

SYJ adalah band kelahiran Ipoh, Perak dan diasaskan oleh Pak Syed. Beliau jugak tuan punya SYJ Studio, studio jamming yang cukup top kat Ipoh masa zaman rock dulu (sekarang pun still top lagi la jugak). Beliaulah yang merekrut lima anak muda sebagai anggota awal SYJ iaitu Amir (vokal), Zam (gitar), Nan (gitar), Man Rani (bass) dan Eduat (dram) sehingga menjadi band paling happening dalam berlambak-lambak show funfair kat Malaysia pada awal tahun 80-an dulu.

Populariti dan impak daripada SYJ terhadap rockers tempatan membuatkan pemilik Boxoffice, Ali Bakar menawarkan kontrak untuk tour konsert BOTB dan seterusnya merakamkan album kompilasi BOTB 1 bersama Bloodshed, Lefthanded, Ella & The Boys dan Rahim Maarof & Whitesteel pada 1986. Bagaimanapun, sebelum masuk studio Nan blah dari SYJ.

Hmm… kalau nak cerita sejarah SYJ ni panjang sangat rasanya. Line-upnya pun rasa aku banyak kali bertukar. Tu belum kira masa ditukar nama kepada Sofea. Lepas tu ditubuhkan pulak SYJ 87, dan tak salah aku band ni jugak ada kaitan dengan Ariwatan. So, kat sini aku fokuskan pada line awal SYJ je, atau lebih tepat lagi SYJ semasa era BOTB sekitar yang bermula sekitar lewat 70-an hingga 1986 atau 1987.

Sebenarnya banyak benda menarik pasal SYJ dan senario muzik rock 80-an dulu yang kami sembangkan. Macam-macam diorang ceritakan. Kelakar ada, kagum ada, kesian pun ada! Tapi tak syok la nak kongsi semua kat sini… Apapun, tunggu la kelahiran BATU kami. Insya Allah.

-ara payung-

26 February 2006

Slank tabik Search!

Slank (L & R), Ridho (gitar), Bimbim (dram), Kaka (vokal) & Abdee (gitar). Bassist si Ivanka takde dalam gambar. Ada rumours yang mengatakan diorang adalah band terkaya di Indon. Malah, diorang pernah diinterview oleh Time magazine.


SLANK IN ACTION (yang gitar kuning tu Ivanka)... Januari lepas diorang baru balik buat konsert di Nagoya, Jepun. Bulan Jun ni akan buat tour di Europe dan US. Lepas tu last stop diorang kat KL.


Slank dengan dua orang Malaysian yang tumpang sekaki. Jangan tak percaya, Slank diuruskan oleh mak Bimbim, si drummer. Tak pernah aku dengar ada band rock yang diurus oleh mak salah seorang anggotanya... heheh


“KAMI sebenarnya berterima kasih dengan band rock dari Malaysia terutamanya Search. Kerana merekalah scene rock di Indonesia akhirnya berkembang sehingga ke hari ini,” kata gitaris Slank, Abdee.

Nama Slank di Malaysia mungkin tidak begitu dikenali berbanding band Indon lain seperti Peterpan, Radja, Sheila On 7, Dewa 19 atau Padi yang cukup gah di sini. Tapi di Indonesia, Slank adalah fenomena. Diorang adalah band rock otai di Indonesia dan sudah ditubuhkan sejak 1983. Apa lagi nak kata kalau di sana diorang mengungguli Anugerah BASF bagi kategori Album Paling Laris dari tahun 1991 hingga 1995 selain memenangi minimum satu anugerah dalam Anugerah Muzik Indonesia (AMI – macam AIM la kat sini) mulai 1997 hingga 2004.

Setiap tahun, diorang akan buat tour di 60 kota seluruh Indonesia. Setiap konsert pula dihadiri minimum 10,000 penonton dan ada yang mencecah sehingga 100,000! Perlu diingat, ia konsert berbayar, bukan free macam Sure Heboh tu! Diorang ada group peminat fanatik bergelar Slankers selain mempunyai port sendiri (untuk Slankers dan anggota Slank sendiri) di Jalan Potlot, Jakarta.

Baru-baru ini Slank yang dibarisi Abdee (gitar), Kaka (vokal), Ridho (gitar), Ivanka (bass) dan Bimbim (dram) akhirnya menerjah Malaysia. Mereka hanya datang selepas ‘junior-junior’ mereka seperti Dewa 19, Gigi, Sheila On 7, Peterpan dan Radja meletup di sini. Tak tahulah sama ada market Malaysia boleh terima diorang sebab vokalisnya tak le hensem macam Ariel Peterpan dan drummernya si Bimbim tak le semacho Tyo Nugros Dewa 19.

Apa kaitannya Slank dengan Search? Semua orang mesti ingat Search pada lewat 80-an dan awal 90-an dulu cukup meletup di Indon. Begitu jugak dengan Wings, Iklim dan Exists. Kemasukan Search ke Indonesia pada waktu itu sebenarnya mencetus ‘Malaysian Invasion’ dalam industri muzik Indonesia.

“Waktu itu band rock hampir tidak ada di arena muzik mainstream Indonesia. Kalau orang tahu pun cuma Godbless. Selainnya dipenuhi dengan penyanyi solo seperti Inka Christie, Broery, Hetty Koes Endang atau Tommy J Pisa. Indonesia lebih menerima muzik pop, jazz dan dangdut.

“Search membuka mata produser album di Indonesia. Ketika itu semuanya mahu melahirkan band rock seperti Search, muzik seperti Search dan sebagainya. Slank yang ketika itu sudah pun wujud dengan rock n roll akhirnya tidak mempunyai masalah untuk mendapat kontrak rakaman. Akhirnya album sulung kami, ‘Suit…Suit…He…He (Gadis Sexy)’ yang dipasarkan pada 1990 mendapat sambutan yang cukup hebat!

“Kami tahu banyak pihak di Malaysia yang bimbang dengan kemasukan band-band dari Indonesia. Bagi saya isu itu tidak perlu timbul kerana itu yang berlaku kepada kami dulu, ‘Malaysian Invasion’. Hasil daripadanya kami berjaya melahirkan banyak band yang berbakat besar. Mungkin sekarang yang dikatakan ‘Indon Invasion’ di Malaysia bakal melahirkan lebih banyak band rock Malaysia yang lebih hebat dari Search. Mungkin?” kata Abdee.

Berbanding band-band Indon lain yang kita dengar di sini, Slank cukup berbeza dari segi sound, muzik dan juga liriknya. Muzik mereka lebih keras, lebih rock n roll dan tidak seperti Padi atau Peterpan yang lebih mellow. Liriknya juga tidak puitis seperti Dewa. Cuba dengarkan lagu-lagu mereka seperti Orkes Sakit Hati, Bimbim Jangan Menangis, Anuku ( Cuma Untukmu), Lagi Gampang, Ngedrop, Anjing, Lembah Baliem, Idiot Song atau Bendera ½ Tiang. Memang selamba!

“Bahasanya mungkin kasar untuk orang Malaysia, tapi di Jakarta itulah bahasa seharian kami. Slank banyak menceritakan mengenai kehidupan, sosial dan politik. Cinta tetap ada, tapi dalam skop yang lebih luas tanpa menggunakan bahasa puitis. Lagipun kami tidak belajar tinggi, mana reti nak bermain bahasa. Atas sebab itu juga lagu dan persembahan kami pernah diharamkan di Jakarta pada 1998 hingga 2001,” kata Kaka.

- ara payung -



22 February 2006

Ali Bakar - Part 2

Hmmm… lepak dengan Ali Bakar memang best. Banyak benda interesting pasal rock kita boleh korek. Ofis Boxoffice kat Medan Idaman, Setapak tu boleh aku kategorikan sebagai library untuk khazanah muzik rock Malaysia. Aku respek pasal dia mendokumentasikan segala-gala pasal rock di situ. Paper cutting, gambar dan footage konsert rock era 80-an dan 90-an berlambak-lambak dia simpan.

Paling aku suka kat ofis Ali ialah puluhan poster konsert rock zaman 80-an dan 90-an yang diframe dan digantung kat dinding. Memang nostalgik bila tengok poster-poster tu. Heheh… antaranya :

KONSERT FANTASIA SEARCH
7 Jun 1987
Opening Act : Bumiputera Rockers & Gersang
Padang Majlis Daerah Segamat
Tiket : $7

‘KONSERT PERTAMA & TERAKHIR’ RUSTY BLADE
31 Oktober 1987
Opening Act : SYJ
Stadium Indera Mulia, Ipoh
Tiket : $8

‘KONSERT RAKSASA’ BLUES GANG & SWEET CHARITY
30 Julai 1984
Stadium Merdeka, Kuala Lumpur
Tiket : $6

‘KONSERT KEADILAN’ LEFTHANDED
11 Mac 1987
Stadium Indera Mulia, Ipoh
Tiket : $8

KONSERT GERSANG & WINGS
4 Jun 1988
Opening Act : Laser Ray
Padang Funfair Jalan Lumut, Sitiawan, Perak
Tiket : $5

… Dan berlambak-lambak la lagi! Heheh… Tak caya cuba layan gambar kat bawah ni.. Sure nostalgik punya!! Entah-entah ada yang korang pernah pegi!

-ara payung –

All pics by Yatt









Ali Bakar - Ikon Konsert Rock

Bumiputera Rockers sebelum dikenali sebahai BPR. Ini line-up debut album 'Selamat Pagi Malaysia'


Hah! Ni la gambar masa konsert SYJ kat Ipoh yang aku campak kau pasal kau buat kecoh kat atas stage tu," kata Ali Bakar (kiri) kepada brader Nazari aka Black yang masih nak maintain rockersnya... heheh

Search di era album 'Langit dan Bumi'

Ni line-up Rusty Blade album yang mana ye?



ALI BAKAR – Satu nama yang cukup penting dalam evolusi muzik rock di Malaysia, dalam erti kata lain muzik rock Melayu. Bersama syarikatnya, Boxoffice (M) Sdn Bhd, Ali memang terkenal sebagai promoter konsert rock selain sebagai ex-husband Datuk Sharifah Aini aka Kak Pah. Heheh…

Siapa boleh lupa dengan tour konsert Battle of the Bands (BOTB)? Lefthanded, Bloodshed, SYJ, Ella & The Boys dan Rahim Maarof & Whitesteel direkrut oleh Ali sekali gus mencetus fenomena dalam perkembangan muzik rock pada 1986. Tak dinafikan kita waktu tu dah ada Sweet Charity dan Search, tapi impak oleh BOTB lagi besar sebenarnya dalam mengembangkan muzik rock dari segi budaya, fesyen dan sosial.

“Bukan senang nak organize konsert. Muka kena tebal, tak tau malu. Berapa banyak konsert aku yang dapat permit last minit! Kau bayangkan konsertnya besok, tapi permit baru dapat hari ni? Macamana kau nak set-up semua tu? Fuhh… pening beb! Kau paham tak?” katanya.

Riot masa konsert BOTB kat tapak pesta Sungai Nibong, Pulau Pinang pada 1986 mesti ramai yang ingat. Itulah puncanya kerajaan akhirnya mengharamkan muzik rock masa tu. Orang yang kena tempias paling teruk pastinya band-band rock yang cari makan dengan muzik rock dan Ali Bakar sendiri!

“Lepas habis show kat Sungai Nibong, kitorang buat di Segamat pulak beberapa hari lepas tu. Masa tu kat paper memang dah kecoh pasal riot tu. Pagi sebelum konsert di Segamat, aku baru dapat tau yang ex-PM kita, Dr M (sekarang Tun) sudah keluarkan statement konsert rock diharamkan. Dalam masa yang sama polis call aku suruh kenselkan konsert malam tu!

“Kau bayangkan, tiket dah sold-out! Bebudak band dah ready, tetiba konsert disuruh kensel. Terpaksa la buat muka tebal kat polis. Aku cakap kat polis tu kalau aku kensel konsert, keadaan akan jadi lebih kecoh sebab orang dah beli tiket. Last-last polis bagi can kat aku jugak dengan syarat konsert malam tu akan dikawal ketat. Alhamdulillah, malam tu tak jadi apa-apa, semua orang enjoy! Dan, itulah konsert terakhir BOTB. Apapun, aku memang berterima kasih dengan polis yang memang banyak tolong aku sepanjang karier aku sebagai promoter,” katanya.

Sebelum Boxoffice, brader Ali kita ni memang dah berpengalaman luas sebagai penganjur dan promoter konsert dengan syarikat Showmasters masa era 70-an dan awal 80-an dulu. Tak tahu plak aku yang Ali sebenarnya pernah bawak international artis macam Engelbert Humperdick, Air Supply, Uriah Heep, Ian Gillan Band dan Kool & The Gang buat konsert kat Malaysia ni. Hahahaha!!

Hmm... Nak tau pasal rock Malaysia... Ali Bakar ni macam-macam ada!


- ara payung –

All pics by Yatt