22 February 2006

Ali Bakar - Part 2

Hmmm… lepak dengan Ali Bakar memang best. Banyak benda interesting pasal rock kita boleh korek. Ofis Boxoffice kat Medan Idaman, Setapak tu boleh aku kategorikan sebagai library untuk khazanah muzik rock Malaysia. Aku respek pasal dia mendokumentasikan segala-gala pasal rock di situ. Paper cutting, gambar dan footage konsert rock era 80-an dan 90-an berlambak-lambak dia simpan.

Paling aku suka kat ofis Ali ialah puluhan poster konsert rock zaman 80-an dan 90-an yang diframe dan digantung kat dinding. Memang nostalgik bila tengok poster-poster tu. Heheh… antaranya :

KONSERT FANTASIA SEARCH
7 Jun 1987
Opening Act : Bumiputera Rockers & Gersang
Padang Majlis Daerah Segamat
Tiket : $7

‘KONSERT PERTAMA & TERAKHIR’ RUSTY BLADE
31 Oktober 1987
Opening Act : SYJ
Stadium Indera Mulia, Ipoh
Tiket : $8

‘KONSERT RAKSASA’ BLUES GANG & SWEET CHARITY
30 Julai 1984
Stadium Merdeka, Kuala Lumpur
Tiket : $6

‘KONSERT KEADILAN’ LEFTHANDED
11 Mac 1987
Stadium Indera Mulia, Ipoh
Tiket : $8

KONSERT GERSANG & WINGS
4 Jun 1988
Opening Act : Laser Ray
Padang Funfair Jalan Lumut, Sitiawan, Perak
Tiket : $5

… Dan berlambak-lambak la lagi! Heheh… Tak caya cuba layan gambar kat bawah ni.. Sure nostalgik punya!! Entah-entah ada yang korang pernah pegi!

-ara payung –

All pics by Yatt









6 comments:

ayoh yusof said...

teringat aku masa sekolah dulu.. konsert BOTB mulanya plan memang nak pegi.. tapi tak jadi.. tak ingat samada duit takder atau dia org x sempat sampai kuantan kena banned dulu.. yg aku pergi lepas tu search ada buat konset rozanna kemudian keadilan lefthanded..
dia buat kat dewan cina...
ramai ler mat rock jalan kaki dari bus stand ke dewan tu...
aku ada beli baju keadilan lefthanded lepas konsert tu .. gambor gitar jadi dacing kalu x silap.. tapi kena curi masa jemur..
poster dia macam dlm blog tu.. murah jer tiket 7-8 rm.. dapat rokok camel 1 kotak... kalau sekarang rokok jer dah 7 rm..
sebelum konsert kena nyanyi lagu negaraku dulu.. lawak giler..
memang best giler zaman tu..
rusty blade pulak aku tengok kat stadium darulmakmur.. kena duduk jauh.. mata pulak kelabu tak pakai spek ( x rock konon pakai spek)
masa tu .. dia main instrumental lagu negara ku...

lain2 lepas tu aku tengok MAY main kat funfair..

Kutu-Kutu Rock said...

Caya lah Ayoh Pin...eh! Ayoh Yusof! Mu mmg rock uuuuu!! Kawan respek le... heheh

Rajin2 la singgah sini. Mcm2 cite rock ada...

Nadia said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Nadia said...

waaa..cayalah ayoh yusof!
aku dulu kaki nengok konsert kat funfair gak. pastu musti berdiri tepi speka. paling best bagi aku, konsert search, ella & wings kat stadium indera mulia, ipoh. walopun time tu konsert start lambat 2 jam sbb hujan lebat, aku tetap enjoyyy!!

p/s: x rock pakai spek? hehehehehe..mmg pun. aku dulu pun kontrol abis tak nak pakai spek walopun rabun. kengkunun awek rock macam ella la..mana buleh pakai spek? hehehe.

-nadia the rockin' mama-

Anonymous said...

lyn rock plak kat blog bro...
lro pun dah lm u construction..
selalu la kemaskini blog bro..

Nadia said...

anonymous,
saje nak bgtau, blog 'hanya rock n roll' ni bukan sorang yg membuatnye, tapi berdua : yatt & nadia. memang LRO tgh construction, tapi tu kena la tunggu otai2 empunya LRO tu yg settlekan, worait?