24 February 2006

ROCK SANA SINUN - 3 Lagu Baru GNR Tersebar Di Internet!

Lain Kali Peram Lagi...

3 Lagu Guns 'N' Roses daripada album 'Chinese Democracy' yang dah terperam sejak sekian lama, telah tersebar di internet dan beberapa stesen radio sekitar USA baru-baru ni. Macam mana dan siapa yang bertanggungjawab dalam menyebarkan lagu-lagu "Better", "There Was A Time" dan "IRS" tu tak dapat dipastikan, tapi pengurus Axl Rose sudah pun mengarahkan lagu-lagu tersebut ditarik balik dari disiarkan. Lisa Reed, isteri Dizzy Reed (dalam satu kenyataan kat website 'hubby' dia tu) merayu pada peminat GNR supaya tak 'bocorkan' lagi lagu-lagu 'Chinese Democracy'. Kata Lisa, "Semuanya macam korang goncangkan kotak hadiah Krismas korang pada 23 Disember sebab nak tau sangat apa ada dalamnya!" Kira, dah macam tak surprise lagi la tu. Ha, tu la GNR, lain kali peram lagi album lama-lama.

Sementara tu, GNR akan perform lagu-lagu baru diorang kat Download Festival, Donington, UK pada 9-11 Jun 2006 (satu-satunya show GNR kat UK tahun ni). Axl Rose agak 'sentimentol' bila dapat buat show balik kat Donington. Kali terakhir GNR perform kat situ ialah pada tahun 1988, selepas album 'Appetite for Destruction' diterbitkan. Hmm..Agaknya Axl teringat kenangan lama la tu...

-nadia the rockin' mama-

3 comments:

greect inc. said...

gua tak tau la betul ke tidak kan. lepas baca entry ni, saja2 search under album Chinese Democracy guna P2P. resultnya...bukan setakat 3 lagu tu je, ada banyak lagi. Madagascar, The Blues, Dust In the Wind, T.W.A.T, Catcher In The Rye, Silkworms, Shadow of Your Love, Rhiad, Just Another Sunday, Somethin' 4 Nothin', Sex Drugs & Rock n Roll, Prostitude dan beberapa lagi. Dah berapa lagu tu, mau full album dah.

tapi, macam gua kata tadi la, tak tau ini lagu2 full album atau just demo je ke.

abdullahjones said...

konsert raksasa. kamu membawa banyak kenangan untuk saya. terima kasih.

Kutu-Kutu Rock said...

greect inc,
takpe...kita tunggu je album tu kuar nanti.

abdullahjones,
mekasih kerana sudi singgah sini..;-)