12 September 2007

SYJ - DULU DAN SEKARANG

SYJ 1986 (Battle of the Bands) L-R, Allahyarham Eduat (dram), Zam (gitar), Amir (vokal) dan Man Rani (bass).


Aksi Man Rani. "Rock ooo!.."

Kat bawah ni pulak gambar terbaru diorang yang diambil oleh Aliph (kipas-susah-mati SYJ) di Ipoh, baru-baru ini. Heheh. Lain gila!!

Ini lah dia vokalis original SYJ, Amir (kiri - diulang, Amir! Bukan Alang tau macam ada sesetengah orang cakap!) yang pernah menggerunkan scene rock Malaysia dengan lagu "Orang Timur", "Hati Syaitan", "Teruskan" dan "Mata Sepet". Di sebelahnya, Man Rani, bassist SYJ yang pernah menjadi pujaan Mama Juwie dan membuatkan minah-minah rock tangkap leleh bila dia menyanyikan "Bunga Padang Pasir" satu ketika dulu..Hehe..



"Geng rock Johor tu beriye-iye tak bagi kitorang semua dekat dengan Ella, alih-alih Man Rani slow-slow je sauk pinggang Ella dari belakang..Hahaha!" cerita Rosdan Bloodshed mengenai gambar Man Rani merangkul pinggang Ella ketika beramai-ramai menyanyikan lagu "Hapuskan Lanun Cetak Rompak" di salah satu konsert Battle of the Bands (BOTB) pada 1986. Gambar tu terdapat pada inlay cover album BOTB (Round 2) seperti di bawah ni:


7 comments:

sgns said...

Wahhh!!! lain benar wajah Amir & Man Rani waktu nak masuk veteran ni... tapi tetap hensem!

Thanx atas info dan gambar terbaru ni Yatt...
:)

Nadia said...

mekacih encik aliph sbb highlight kesilapan yg ada dalam entry sebelum ni (sori, keme dok update tgh2 malam bute..jadik tahap kemamaian itu amat tinggi). terpaksa le pagi2 lagi kitorang bertekak pasey rock & menyemak balik entry2 lama di blog ni..hehehhe...

Nadia said...

sgns,
kat entry kitorang pada sept 2006 ada interviu dgn amir..check it out!;-)

sgns said...

Terima kasih Nadia...
:)


Agak2 budak kecik si Deena tu tahan tak puasa tahun ni...
:)

gayour said...

SYJ memang rakus! mereka adalah motley crue version malaysia yang hebat.
lagu 'hati syaitan' membuatkan adernalin mencanak ke langit setiap kali mendengarnya walaupun DUA PULUH TAHUN telah berlalu! riff yang hebat dan lirik kejam yang tak berani dibuat oleh band rock lain!

apapun, man rani memang cool. heh!

durjana kau yang punya angkara!

witchunter said...

bila nak buat gig lagi...nak tengok SYJ old line up balik..tapi dah imej baru..sebab semua dah berambut pendek...tapi tak kisah lah...biar rambut pendek...hati tetap ROCK!!!! kepada abang MAN RANI dan abang AMIR...pasal abanglah saya kenal muzik rock,metal dan seterusnya....TERIMA KASIH !!!

mroslij said...

tolong la..saya nak jumpa diaorang ni. masa band ni top saya kat mrsm. faham2 la. masa skolah..mana boleh nakal2. skarang dah berfamily, ada keuwangan baru nak cari depa. plz conteck me mroslij@yahoo.com