HILLARY Ang masuk Search balik? Itu yang terkandung dalam tulisan N Rama Lohan dalam The Star 28 April 2006 (rujuk posting tarikh yang sama dalam blog ni) lalu.
Menurut artikel tu Search kini sedang giat berlatih untuk album terbaru dan konsert ulangtahun ke-25 diorang di Stadium Merdeka pada 29 Julai nanti. Antara yang berlatih sekali ialah ex-member dan founder Search, siapa lagi tak lain tak bukan si Hillary!
Kalau betul Hillary joint balik memang meletup! Memang nostalgia gila babi! Tapi apa jadi pulak dengan Kid dan Din? Ada rumours yang mengatakan Din dah blah, ada jugak kata dua-dua tu pun blah sebab tak puas hati Search panggil Hillary balik.
Mana satu yang betul? So, nak dapatkan kepastian gua dengan selamba call Hillary hari Selasa baru-baru ni. Dan, ini le jawapan dia :
GUA : Eh! Dengar cerita kau masuk Search balik. Betul ke?
HILLARY : Eh! Mana ada! Takdelah!!
GUA : Habis, yang keluar dalam paper?
HILLARY : Bukan la. Aku cuma main untuk konsert tu je, tapi aku tak join Search balik.
GUA : Lepas tu diorang cakap Din dah blah, betul ke?
HILLARY : Itu aku tak tau. Itu better kau check dengan diorang.
ITU je la yang dia cakap. Kalau dia tipu, aku pun tipu la. Tapi ada logiknya jugak kalau dia tak nak masuk. Hillary kan sessionist. Kalau dia masuk dan terikat dengan Search, gerenti banyak job sessionist dia hilang. Takkan dia nak camtu kan? Gerenti dia pun pikir panjang jugak..
Hmmm... Nantilah, gua cuba dapatkan Amy pulak. Insya Allah... Tunggguuuuu...
- ara payung -
SATELIT PUAKA
-
Aaa... aaa... aaa...
Gantung sampai mati
Puaka semalam lu
Itu saja jawapannya
Atau dilontarkan
Mana nak kulontarkan
Puaka durjana ini
Gantungkan di langit p...
15 years ago
11 comments:
keep updating ... caya2
gua tak kisah. yg penting gua nak g tengok dorang, lagipun tak pernah tgk hillary main dgn serch (sbb gua ms tu kecik lg, mn ada duit nak g tgk konsert dorang ms hillary ada)
ps: so giant lu jgn tinggal gua. kita ngerock sama2. hehe
Kepada makcik pokpek yang takde tanda full stop masa bercakap,
Lu kalau nak ngerock sama2 gua, jgn lupa teket free utk gua 29 Juli nanti. BTW, dah ada story baru la babe!!
lu orang ni kalo nak ngerock jgn tinggal gua haaaa..ni kang, gua gak yg kena tinggal jaga anak...tak aci betul!!...:-/
alamak cian pulak kat partner lu giant. apa kata lu amik posisi jaga anak, gua ngerok dgn kakak. heheheh. takpun lu angkut jek deena kan ke dia tu pun rock. gua jaga dia, serius.
ada berani? huhu
Makcik pokpek yg meminati lagu AKu Tak Marah drpd kump Arrow...
Betul ke lu nak jaga Deena? Kalau lu ok kitorang xde hal. Tapi dia ada sikit aktif la kan... heheh
Errr... kitorang mmg plan nak bawak dia pegi tgk konsot rock. Tapi gua takut dia lari-lari jek, takleh dok diam... Tak tau la, kalau tgk crowd ramai dia cuak, dan dok diam ok la.
yo bro ini boleh cari gaduh.. menimbulkan kemarahan betul ni. ei... bengang seh gua
(tak jadi jaga anak lu lah mcm ni)
hahahaha..lawaknye..pe kata, lu org berdua jaga deena, gua headbangin' sorang2?..:-) ahh..gua kalu search ni, gua tak teruja sangat. lain la WINGS!!..hehehehe
awieeeeee..i lap uuuuuuu!! :-)
awiiiieeeee, i lap u second.
ps: bulu roma dia tersusun cantik dgn kulit yg putih merah wa ckp lu. huhu, teruja sungguh
Hihihihihi...
Makcik pokpek, bulu roma gua pun mcm Awie jugak. Ok apa... ekekekekekeke!!
hanya gua yg tau betui ke idok dakwaan mu itu, wahai en. kutu rock...hahahahhaa..
Post a Comment