GEMPAK... Kalau berani korang dressing la camni sekarang! Wakakaka! SYJ sewaktu BOTB (L to R) Eduat (dram), Amir (vokal), Zam (gitar) dan Man Rani (bass). Imej memang gempak la kalau zaman tu. Kata Zam, semua kostum diorang ditempah kat satu kedai di Ipoh, Chicago Tailor ke apa namanya. Nama tokeynya Ah Lek, kedai tu pun sekarang dah takde. Heheh
Ni la Syed Yusof Jamalulail. Otai rockers Ipoh yang bertanggungjawab mewujudkan SYJ ke muka bumi ini. Rockers Ipoh kalau tak jamming di SYJ Studio kat Bazaar Bulat dulu jangan ngaku rockers Ipoh la... heheh
SYJ 2006... Eduat (kiri) dan Zam (tengah). Mak aii... beza betui Zam dulu ngan sekarang. Siap bergaya dengan gitar Flying V yang pecah kena kerusi dibaling rockers Penang masa riot di konsert BOTB kat tapak pesta Sungai Nibong, Pulau Pinang pada 1986 dulu. Errr... yang paling kanan tu Rosdan, ex-vocalist Bloodshed. Heheh... Happening la bila otai-otai rockers ni bersembang!! Memang syok!
MISI balik kampung ke Ipoh minggu lepas nampaknya berjaya terutama untuk merealisasikan projek BATU yang akan aku usahakan bersama Nadia dan member kitorang, Nazari aka Jambeso aka Black. Heheh… Atas hasil usaha Jambeso, kami berjaya mengesan anggota asal SYJ dan pengasasnya, Pak Syed Yusof Jamalulail (SYJ tu singkatan nama dia la) sendiri. Akhirnya satu pertemuan diaturkan dan SYJ Studio di Pasar Besar Ipoh dipilih sebagai venue yang memang penuh nostalgik.
Selain Pak Syed, ‘sidang rock’ itu turut disertai dua anggota asal SYJ iaitu Zam (gitar) dan Eduat (dram, dan juga anak Pak Syed). Malang sekali, Man Rani (bass) tak dapat joint pasal terbabit dengan eksiden manakala Amir (vokal) pulak ada komitmen lain. Cis! Melepas kitorang nak tengok diorang jamming lagu Orang Timur ka, Mata Sepet ka, Bunga Padang Pasir ka.. heheh. Paling menarik, meeting kami turut dimeriahkan dengan kehadiran ex-vokalis Bloodshed, Rosdan. Peh! Macam-macam cerita nostalgia rockers keluar malam tu!
Menurut Pak Syed, SYJ bakal membuat comeback dengan anggota asalnya iaitu Amir, Zam, Man Rani dan Eduat. Mereka sebenarnya sudah pun bersetuju dengan tawaran Ali Bakar untuk merakamkan album ‘Battle of the Bands 3’ dalam masa terdekat ini. Dalam masa yang sama, SYJ juga dikatakan akan kembali aktif seperti dulu! Peh! Ni gerenti kipas-susah-mati SYJ tak senang duduk ni!
Sapa-sapa yang pernah beli kaset ‘Battle of the Bands 1’ (BOTB) tahun 1986 dulu mesti setuju kalau aku katakan SYJ adalah band paling outstanding berbanding band lain macam Lefthanded, Bloodshed, Rahim Maarof & Whitesteel dan Ella & The Boys yang turut ada dalam album tu.
Bukan nak kata yang lain-lain tu tak bagus, tapi SYJ masa tu tampil dengan kelainan. Paling ketara imej diorang yang nampak lebih ganas serta pengaruh besar glam rock daripada Motley Crue. Dua lagu dalam album tu pulak nyata lari dari norma mainstream iaitu ‘Hati Syaitan’ dan ‘Orang Timur’ yang memaparkan mengenai permasalahan sosial dalam negara dan masyarakat. Bukannya lagu cinta seperti ‘Nostalgia Rindu’ (Bloodshed), ‘Dua Insan Bercinta’ (Ella & The Boys), dan ‘Jumpa Sekali Lagi’ (Rahim Maarof & Whitesteel).
SYJ adalah band kelahiran Ipoh, Perak dan diasaskan oleh Pak Syed. Beliau jugak tuan punya SYJ Studio, studio jamming yang cukup top kat Ipoh masa zaman rock dulu (sekarang pun still top lagi la jugak). Beliaulah yang merekrut lima anak muda sebagai anggota awal SYJ iaitu Amir (vokal), Zam (gitar), Nan (gitar), Man Rani (bass) dan Eduat (dram) sehingga menjadi band paling happening dalam berlambak-lambak show funfair kat Malaysia pada awal tahun 80-an dulu.
Populariti dan impak daripada SYJ terhadap rockers tempatan membuatkan pemilik Boxoffice, Ali Bakar menawarkan kontrak untuk tour konsert BOTB dan seterusnya merakamkan album kompilasi BOTB 1 bersama Bloodshed, Lefthanded, Ella & The Boys dan Rahim Maarof & Whitesteel pada 1986. Bagaimanapun, sebelum masuk studio Nan blah dari SYJ.
Hmm… kalau nak cerita sejarah SYJ ni panjang sangat rasanya. Line-upnya pun rasa aku banyak kali bertukar. Tu belum kira masa ditukar nama kepada Sofea. Lepas tu ditubuhkan pulak SYJ 87, dan tak salah aku band ni jugak ada kaitan dengan Ariwatan. So, kat sini aku fokuskan pada line awal SYJ je, atau lebih tepat lagi SYJ semasa era BOTB sekitar yang bermula sekitar lewat 70-an hingga 1986 atau 1987.
Sebenarnya banyak benda menarik pasal SYJ dan senario muzik rock 80-an dulu yang kami sembangkan. Macam-macam diorang ceritakan. Kelakar ada, kagum ada, kesian pun ada! Tapi tak syok la nak kongsi semua kat sini… Apapun, tunggu la kelahiran BATU kami. Insya Allah.
-ara payung-
11 comments:
"aku buat baju bebudak tu dulu dua ratus renggit sorang korang tau dak..." hehehe kate pak syed sewaktu di tanyakan akan hebatnya pakaian SYJ
SYJ band paling "rock n roll" dalm sejarah rock negara dari segi attitude...antaranya
band yang di hantar ngan Black Maria pergi dan balik dari Balai ke Funfair dan pulang semula ke Balai di Kota Bahru(ada sikit sangkut...hehehe)
band yang tetiba bassist hilang dari stage time tengah main kat funfair (jatuh ke bwah coz stone sangat hehehe)
band yang ada kenderaan sendiri waktu gi BOTB (diorang tak naik bas sekali ngan bebudak rock yg lain)
band yng paling wartawan takut/malas nak interview time tu coz perangai ala2 Poison (siap langkah table)
yang selalu buli kak Ella time BOTB
betul-betul rock and roll...gua salute!!!
seperti kata Man Rani "selagi SYJ, selagi tu aku menge***"
*bukan nak cerita buruk tapi diaorang memang ada attitude sebenar rockers...tapi tengok gambar yg yatt amik tu mungkin abg2 tu dah lain skang ni
ya betull...tipikal rock band! rupanya diorang ni dah wujud sejak in the 70s..penah backing SM Salim lagi.
skang dah lain?..errrr...wallahualam.
Hahahahaha!! Betul la Bob apa yg ko cite tu. SYJ ni mmg betul2 ada attitude rockers!!
sex, drugs & rock n roll? Hahahahaha
nak keluar BOTB 3.? skali dgn band lain ke...
tak pernah aku tengok band ni live.. best ker.?
memang imej dia gempak masa tu..
gambor tu ada kat URTV masa tu..
ngko tak tanya pasal dia org tuko nama band, tukor org.. dll
Dulu kat skolah aku kadang2 ada persembahan kelas.. masa zaman BOTB ni.. ada satu kelas siap main lagu "orang timur" .. kat bawah siap ada org bawak bendera malaysia.. konon nak tiru konsert kat luar.. lepas main 2 ke 3 lagu.. warden/ustaz datang cabut plug.. lepas tu show dah tak boleh main gitar letrik2 bising..
Assalamu'alaikum Brader,
First of all, tabik spring!
Aku baru launch satu projek ni: http://sejutawajah.org
Kalau mengikut plan, aku nak buat website tribute la kut untuk Sweet Charity. Buat masa ni baru initial phase and tengah kumpul² material (artikel, tab gitar etc.). Kalau ada nak sumbangkan apa², e-mail asrifomar@gmail.com.
Lepas ni ada cuti sikit aku ingat nak update lagi website tu. Harap² sukses.
tabik tabik.. bukan selalu citer2 macam ni kuar & laporan sendiri lagi tu..
gua ingat dulu gambar poster SYJ besor2 kat dinding bilik brader gua.. masa tu gua kecik lagi sekolah rendah.. teringat lagi ada sorang tu pakai rantai ada mangga cap "diamond" kalau tak silap..
ada sapa2 ingat rantai tu mangga cap apa?
geng silverian kim salam!
hahahaha.... welkam geng Silverian Kuale. sudi gak kome masuk sini ye. apepun makasih laaa bebanyak ye
yang pakey ghantey 'diamond' tu siAmir le penyanyi deme. poster tu memole keluor kat majalah Variapop kalo tak silap aku. err..ade lagi ke Variapop ni??
errr...pesan kat Nuar, kalau dah ade bahan yang aku mintak tu cepat2 le kabor kat aku ye?? Kighim salam kat Nuar
hehehehe... Kutu daghi Y4E juge ke? Sape Fairx ni jam? Awok tak keney lagi...
heh heh….. Ni member aku la Yat, budok Kuale, kamu tak keney. Deme ni geng2 printing. Tok gughu deme ni Nuar, mat andergraun Kuale. Die ni boleh bantu kite sikit sebanyok dalam projek batu. Aghi tu aku dah sembang sikit sebanyok ngan die pasey ni, Insyaallah die buleh tolong.
hi there fellow rockers,
I too am an old time rocker and wish to sell of my collection of classic rock albums, cassettes and cds. Quite a rare collection. Hendrix, Led Zep, Black Sabbath, etc. Do call me, I live in Ipoh and my number is 05-5286991.
Thanks and rock on soldiers
Post a Comment