28 January 2008

NAK FOKUS WINGS TAHUN NI - AWIE

Pada 19 Januari yang lepas kitorang (Hanya Rawk N Roll - RNR) berkesempatan menemubual Awie Wings semasa dia, Adflin Shauki dan Hans Isaac berada di Alor Star untuk promosi filem terbaru mereka, 'Cuci'. Selain bertanyakan tentang lakonannya dalam filem tersebut, kitorang ada bertanyakan perkembangan karier muziknya.

RNR: Ada apa-apa perkembangan terbaru Wings? Nak buat konsert mega ke tahun ni?
AWIE: Selain keluar dengan album 'Teori Domino' yang dirakam semula secara live, rasanya belum ada lagi plan nak buat konsert awal-awal tahun ni. Mungkin lepas bulan Mac baru nak fikir dan plan. Selain tu ada jugak satu projek dengan Agensi Anti-Dadah Kebangsaan. Tapi yang tu masih dalam perbincangan. Anyway, kami memang ada plan nak start buat album baru bulan Ogos atau September nanti.

RNR: Tahun lepas khabarnya Search dan Wings nak buat album 'Double Trouble' lagi. Apa cerita projek tu ye?
AWIE: Projek tu kena hold dulu buat masa ni sebab Search belum bersedia. Wings on je! So, kena tunggu Search lah!

RNR: Kenapa tak buat konsert kat kampung-kampung dah?
AWIE: Bukan tak nak, tapi tak ada orang nak panggil. Dulu bolehlah. Banyak funfair. Semua funfair kami main, semua ceruk kami redah. Tapi sekarang ni trendnya bukan macam tu. Mana ada banyak funfair lagi dah! Semua nak layan konsert-konsert besar je. Nak harapkan sponsor gempak-gempak macam dulu-dulu, hmmm, susahlah. Semua sibuk sponsor boyan-boyan! Haha!

Lagipun, kami ni dah lama dalam industri. Peminat-peminat yang dulunya membesar dengan muzik kami mungkin dah tak layan muzik kami ni. Peminat-peminat yang lain pulak dah tentunya minat muzik yang tengah hot zaman ni. Tak kisahlah tu kan, sebab itu memang benda biasa. Tapi selagi ada yang masih nak dengar muzik kami, selagi ada yang jemput kami main kat ceruk mana pun, kami tak akan hampakan.

RNR: Apa pulak cerita karier solo?
AWIE: Oh, tahun ni saya memang nak tumpukan pada Wings saja. Saya dah malas nak buat album solo.



4 comments:

Anonymous said...

Awie the wife beater nak fokus wings? Haha.. lawaknya. Dah la dgr air supply. Wife beater ni nak perjuangkan rock Malaysia?

Nadia said...

err...apa kata kita fokus muzik je kat blog ni?..worait? takpun kita get media lain utk fokus on personal matters. amacam? setuju brader?;-)
anyway, thanks for commenting and dropping by.

carvedijan said...

Dgr Air Supply tu kira lawak ke?...Still muzik dorang masih boleh diterima lagi.

Anonymous said...

..music tu universal..aku dulu pun minat metal je tapi rasa rugi gak bila limit pada satu atau dua genre je listening pleasure tu Tuhan gak yang bagi..so lets apriciate it..for me music is a gas..see what i mean?