27 January 2008

CHOT CROMOK KEMBALI ROCKIN'?

"We only play what we like to play..."

Dari kiri: Miji, Sam & Chot.

Terbaca berita tentang kemungkinan CROMOK akan rockin' dalam sebuah festival muzik Mac nanti (Sila klik sini untuk berita selanjutnya: Spektrum Muzikaliti (Thanks Seir for the info).

Apa yang menarik, gitaris asal Cromok, Chot aka Karl diberitakan akan main balik. Ini la berita yang paling aku nak dengar sebab dulu katanya dah 'cuci tangan', tak nak main gitar lagi.

Band yang ditubuhkan pada 1988 di Australia ini sebenarnya memiliki banyak cerita menarik. Antaranya diorang pernah mendapat tawaran sebagai opening act untuk tour Motorhead di Australia dulu, bagaimanapun menolak kerana dikatakan belum bersedia. Malah, rumour turut mengatakan yang Lars Ulrich pernah memakai t-shirt Cromok sewaktu konsert Metallica di Indonesia sekitar tahun 90-an dulu.

Apapun Cromok dengan line-ups Sam (vokal, bass), Miji (dram) dan Chot pasti menjanjikan nostalgia. Hey! Siapa boleh lupa dengan "Metallurgical", "Misty", "Journey", "Memories", "Seedling" dan "Obsessed". (Dan teringat lagi betapa happynya aku bila diberi peluang untuk menulis press release semasa pelancaran album diorang 'What's Left' pada 2000).

Kali pertama aku dan Yatt jumpa Chot semasa interview dia di pejabatnya di The Mall untuk ROTTW pada 1999. Macam-macam yang kitorang bualkan, antaranya tentang keunikan di sebalik solo-solo gitarnya dan cerita-cerita di sebalik "I Don't Belong Here" dan "Another You".

Berikut adalah petikan artikel yang ditulis oleh Yatt yang tersiar di ROTTW Vol.34, Ogos 1999:

ROTTW: Bila mula bermain gitar?
CHOT: Semasa berumur 15 tahun. Masa tu biasalah, lepak-lepak kat tembok jadi kutu. Saya belajar main gitar tanpa ada apa-apa pendidikan formal dalam muzik atau gitar. Saya cuma dengar, tengok dan ikut orang lain main. Semasa di tingkatan lima saya sudah mempunyai sebuah band di sekolah. Kemudian semasa saya mengikuti kursus bahasa Inggeris di Sekolah Sains Dungun, dan sayalah pelajar pertama yang berani bawa gitar ke asrama sebab di situ tak dibenarkan bermain gitar! Haha!

ROTTW: Macam mana boleh menyertai Cromok?
CHOT: Sebelum itu semasa di University of Sydney saya ada sebuah band iaitu Sri Maharani dengan line-ups dua Melayu, dua mat saleh. Kami banyak bermain di lounge sekitar kampus. Kemudian apabila berpindah universiti, saya tubuhkan sebuah band lagi iaitu Keraz dan kami aktif bermain di kelab-kelab. Lagu-lagu yang kami mainkan lebih kepada lagu-lagu pop walaupun masa tu saya gila heavy metal! Pada 1988 Cromok sudahpun wujud dan gitarisnya pada masa itu ialah Din (Allahyarham) dan Mat Puck. Mat Puck kemudian meninggalkan Cromok dan mereka offer saya untuk join mereka.

ROTTW: Bagaimana anda menghasilkan solo gitar?
CHOT: Sebelum membuat solo saya akan menghayati lagu itu dahulu. Selepas itu barulah saya buat solonya dan sesuaikan dengan lagu tersebut. Kadang-kadang kalau ada part sedih, kita kenalah bagi dia sedih. Solo ini susah sebenarnya, kadang-kadang mengambil masa lebih kurang dua hingga tiga bulan sebab lagu Cromok tak macam lagu biasa. Solo itu juga merupakan satu cerita dan kalau solo itu mengarut dah jadi cerita lain. Saya selalunya merujuk kepada Malmsteen sebab ada lagu slow tetapi solonya macam ribut dan bunyinya tetap sedih, kenapa? Haa, maknanya solo tak semestinya perlahan untuk mengekspresikan emosi sedih. Apa pun ia terpulanglah pada gitaris itu sendiri.

ROTTW: Apa yang anda mahukan dalam penghasilan sesebuah lagu?
CHOT: Kena ada cerita, ada pemulaan, pertengahan dan kesudahannya. Selalunya saya buat melodi dulu, selepas itu barulah lirik. Seperti lagu "The Little One" kami dah tetapkan temanya mengenai budak kena dera. Jadi bila temanya begitu, kami akan sesuaikan melodi dan feelingnya supaya kena dengan tema tersebut. Selepas itu barulah kami masukkan lirik.

Lirik itu bagi kami hanya sebagai guide. Vokal kami straight aje, 'Argh! Arghh!'..Haha! Bukannya vokal tak penting, tapi kami lebih pentingkan sound dan feel yang heavy, dan tentunya muzik yang bermelodi. Itulah identiti Cromok. Lagu Cromok kalau dikeluarkan part vokal pun, orang masih boleh dengar, layan dan enjoy sebab melodinya. Dan sampai sekarang satu lirik Cromok pun saya tak tahu! Haha!

ROTTW: Lagu "I Don't Belong Here" melodinya kedengaran seperti lagu pop Melayu, kenapa? (Nota: inilah satu-satunya soalan yang berjaya terkeluar dari mulut aku - selebihnya dalam sesi interview itu, aku dah starstruck!..Hehehe...)
CHOT: Kami buat lagu itu dah lama iaitu pada 1991. Sebenarnya Sam kena nyanyi lagu itu betul-betul, ada lenggok melodinya. Tapi faham-fahamlah stail Sam menyanyi! 'Argh! Arghh!' bolehlah! Haha! Bila dengar balik lagu itu dan nyanyiannya memang kelakar betul. Bukannya dia tak boleh menyanyi, tetapi kalau dia tukar stailnya, dah tak kena dengan konsep Cromok. Akhirnya kami jadikannya lagu instrumental.



1 comment:

Anonymous said...

Best-best...
Kalau ada cerita lama2 tentang CROMOK keluarkan bro/sis... gua suka sangat band ni...

Thanx...