SLANK IN ACTION (yang gitar kuning tu Ivanka)... Januari lepas diorang baru balik buat konsert di Nagoya, Jepun. Bulan Jun ni akan buat tour di Europe dan US. Lepas tu last stop diorang kat KL.
Slank dengan dua orang Malaysian yang tumpang sekaki. Jangan tak percaya, Slank diuruskan oleh mak Bimbim, si drummer. Tak pernah aku dengar ada band rock yang diurus oleh mak salah seorang anggotanya... heheh
“KAMI sebenarnya berterima kasih dengan band rock dari Malaysia terutamanya Search. Kerana merekalah scene rock di Indonesia akhirnya berkembang sehingga ke hari ini,” kata gitaris Slank, Abdee.
Nama Slank di Malaysia mungkin tidak begitu dikenali berbanding band Indon lain seperti Peterpan, Radja, Sheila On 7, Dewa 19 atau Padi yang cukup gah di sini. Tapi di Indonesia, Slank adalah fenomena. Diorang adalah band rock otai di Indonesia dan sudah ditubuhkan sejak 1983. Apa lagi nak kata kalau di sana diorang mengungguli Anugerah BASF bagi kategori Album Paling Laris dari tahun 1991 hingga 1995 selain memenangi minimum satu anugerah dalam Anugerah Muzik Indonesia (AMI – macam AIM la kat sini) mulai 1997 hingga 2004.
Setiap tahun, diorang akan buat tour di 60 kota seluruh Indonesia. Setiap konsert pula dihadiri minimum 10,000 penonton dan ada yang mencecah sehingga 100,000! Perlu diingat, ia konsert berbayar, bukan free macam Sure Heboh tu! Diorang ada group peminat fanatik bergelar Slankers selain mempunyai port sendiri (untuk Slankers dan anggota Slank sendiri) di Jalan Potlot, Jakarta.
Baru-baru ini Slank yang dibarisi Abdee (gitar), Kaka (vokal), Ridho (gitar), Ivanka (bass) dan Bimbim (dram) akhirnya menerjah Malaysia. Mereka hanya datang selepas ‘junior-junior’ mereka seperti Dewa 19, Gigi, Sheila On 7, Peterpan dan Radja meletup di sini. Tak tahulah sama ada market Malaysia boleh terima diorang sebab vokalisnya tak le hensem macam Ariel Peterpan dan drummernya si Bimbim tak le semacho Tyo Nugros Dewa 19.
Apa kaitannya Slank dengan Search? Semua orang mesti ingat Search pada lewat 80-an dan awal 90-an dulu cukup meletup di Indon. Begitu jugak dengan Wings, Iklim dan Exists. Kemasukan Search ke Indonesia pada waktu itu sebenarnya mencetus ‘Malaysian Invasion’ dalam industri muzik Indonesia.
“Waktu itu band rock hampir tidak ada di arena muzik mainstream Indonesia. Kalau orang tahu pun cuma Godbless. Selainnya dipenuhi dengan penyanyi solo seperti Inka Christie, Broery, Hetty Koes Endang atau Tommy J Pisa. Indonesia lebih menerima muzik pop, jazz dan dangdut.
“Search membuka mata produser album di Indonesia. Ketika itu semuanya mahu melahirkan band rock seperti Search, muzik seperti Search dan sebagainya. Slank yang ketika itu sudah pun wujud dengan rock n roll akhirnya tidak mempunyai masalah untuk mendapat kontrak rakaman. Akhirnya album sulung kami, ‘Suit…Suit…He…He (Gadis Sexy)’ yang dipasarkan pada 1990 mendapat sambutan yang cukup hebat!
“Kami tahu banyak pihak di Malaysia yang bimbang dengan kemasukan band-band dari Indonesia. Bagi saya isu itu tidak perlu timbul kerana itu yang berlaku kepada kami dulu, ‘Malaysian Invasion’. Hasil daripadanya kami berjaya melahirkan banyak band yang berbakat besar. Mungkin sekarang yang dikatakan ‘Indon Invasion’ di Malaysia bakal melahirkan lebih banyak band rock Malaysia yang lebih hebat dari Search. Mungkin?” kata Abdee.
Berbanding band-band Indon lain yang kita dengar di sini, Slank cukup berbeza dari segi sound, muzik dan juga liriknya. Muzik mereka lebih keras, lebih rock n roll dan tidak seperti Padi atau Peterpan yang lebih mellow. Liriknya juga tidak puitis seperti Dewa. Cuba dengarkan lagu-lagu mereka seperti Orkes Sakit Hati, Bimbim Jangan Menangis, Anuku ( Cuma Untukmu), Lagi Gampang, Ngedrop, Anjing, Lembah Baliem, Idiot Song atau Bendera ½ Tiang. Memang selamba!
“Bahasanya mungkin kasar untuk orang Malaysia, tapi di Jakarta itulah bahasa seharian kami. Slank banyak menceritakan mengenai kehidupan, sosial dan politik. Cinta tetap ada, tapi dalam skop yang lebih luas tanpa menggunakan bahasa puitis. Lagipun kami tidak belajar tinggi, mana reti nak bermain bahasa. Atas sebab itu juga lagu dan persembahan kami pernah diharamkan di Jakarta pada 1998 hingga 2001,” kata Kaka.
- ara payung -
1 comment:
faruqi dearie...
that's the whole POINT of us highlighting about slank here!!...it's not about over-exposed, but it's about the 'GLORY' that we have lost. just imagine, ramai antara kita yg terlalu suka ngan indon bands yg ada skang, padahal, pada hakikatnya, diorang yg look up upon us! ke mana hilangnya taring rock malaysia?!
"we'll be back"?...hmmm...can't wait! tapi jgn cakap je, beb. buktikan! baru rock namanye.
p/s: btw, slank tu mana ada over-exposednye? dah lebih 20 tahun in the biz, diorang baruuuu je nak join market sini. mana ada ramai org mesia yg kenal kat diorg ni? lain la kalo band2 indon yg ada cowok2 yg ganteng-ganteng. haha.
-nadia the rockin' mama-
Post a Comment