27 September 2006

Aku Tak Mati Lagi La! - Amir SYJ

SYJ masa era 80-an - (L-R) Eduat, Zam, Man Rani & Amir



Amir SYJ - Gambar diambil pada Ogos 2006. Cuba bandingkan dengan gambar atas tu... hehehe


MERUJUK kepada entry Pop Quiz teka siapa otai rockers pada 17 September lalu :

Hahahaha! Ada yang kata brader otai tu Jalil Hamid la, pakcik sebelah rumah dia la. Cuma Man Tembok je yang betul. Dia memang betul-betul otai rockers (sebab dia pun lebih otai daripada gua!).

Seperti kata Man Tembok, brader tu ialah AMIRUDIN ZULKIFLI atau lebih dikenali sebagai AMIR atau nak lebih tepat lagi, AMIR vokalis SYJ! Amir yang sekarang bekerja, menetap di Ipoh dan errr..dah ada tujuh anak tu berjaya kitorang jejaki baru-baru ini. Terima kasih kepada otai rockers dari Pengkalan Pegoh, Ipoh, Mohd Nazari Ibrahim kerana berjaya mempertemukan kitorang dengan vokalis band yang cukup hebat dengan imej dan attitude rockers mereka sekitar tahun 80-an dulu. Caya la yop!

Apa yang menarik pasal Amir ni ialah rumours yang mengatakan dia dah meninggal. Cerita ni memang dah tersebar meluas sejak lima tahun kebelakangan ini dan ramai yang percaya. Malah, dalam majalah-majalah rock dan forum rock ramai jugak pembaca yang minta supaya dibuat satu artikel tribute pasal ‘arwah’ Amir ni. Paling menarik ada tiga versi cerita pasal Amir ini. PERTAMA, Amir dikatakan meninggal sebab overdose. KEDUA, sebab eksiden dan yang KETIGA, Amir meninggal sebab gantung diri! (ini dipetik dari majalah yang diterbitkan di Singapura). Gila betul!! Tentu korang nak tau macamana cerita ni tersebar, kan? Hah! Baca jawapan daripada Amir sendiri ni :

“Aku pun heran macamana cerita ni boleh tersebar. Sampaikan orang kampung aku pun bertanya. Heboh satu kampung bercerita yang aku dah meninggal! Yang tak sedapnya, meninggal cara tak elok pulak tu. Cerita sebenarnya macam ni. Tak salah aku dalam tahun 2000 Ucop, bekas vokalis Hatty pernah ditemubual di radio dan dia tercakap yang aku dah meninggal. Aku tak tau sebab apa dan kenapa dia cakap macam tu. Agaknya dia pun tersilap dengar atau cakap kot. So, macam tu lah. Lepas tu tak disangka-sangka cerita ni terus tersebar!” katanya.

Laa... macam tu je ceritanya. Hehehe... So, dah jelas la yg Amir ni hidup lagi. Dan, yang paling menarik lagi Amir akan kembali bersama SYJ dengan line-up era Battle of the Bands (BOTB) iaitu Zam (gitar), Man Rani (bass) dan Eduat (dram). Khabarnya mereka dalam proses menyiapkan lagu terbaru untuk rakaman album terbaru tak lama lagi.

Sebenarnya, macam tak percaya diorang nak buat comeback. Ye la, tengokkan diorang sekarang takkan masih nak pakai mekap, aksesori macam dulu-dulu, kan? Rambut pulak semuanya dah pendek. Nanti jadik kelakar la pulak. Apa pun, kita tunggu saja kemunculan terbaru diorang nanti (mungkin hujung tahun ni atau awal tahun depan). Kalau nak tau lebih lanjut pasal SYJ, interview dengan Zam, Amir, Eduat dan pengasasnya, Syed Yusuf Jamalulail, dapatkan ROTTW isu November nanti. Yeahhh!!

p/s : Secara peribadi, aku lebih suka SYJ ketika era album BOTB I & II dengan lagu Hati Syaitan, Mata Sepet, Orang Timur dan Teruskan. Sebagai rockers, masa tu diorang sarat dengan attitude, imej dan perangai rockers sebenar! Tapi bila dah tukar nama Sofea, errr... aku agak tak follow diorang ni. Anyway, SYJ tetap hebat dan tersendiri!!

17 comments:

Anonymous said...

lantak..!!!
batal pose !!!

Anonymous said...

WOW!!!!

tebal nya lipstic...

N a d i a said...

Baru 1st time tgk gambar tu ke?

Anonymous said...

er..
nak tanye sket..
nahar main time biler?
pasal dari dulu aku tengok..kalo entry pasal syj or sofea..nama nahar takl pernah korang sebut..
ke tak pernah wujud drummer syj yg bernama nahar?

Anonymous said...

November? alamak, kena baca sambil makan kuih raya nampaknya (sbb ketupat pun dah habis time tu). lambat tu... heheh. cover story ke?

Anonymous said...

encik/cik/tuan/puan/tan sri/dato'seri/clashead!!

Nahar main mase dah tukor name SOFEA, album Kembali & album Boneka Pentas. aghi tu aku ade nampok Nahar & Sofea keluor MHI TB3 tapi Sofea lineup baghu le. soghang pon aku tak keney kecuali die aje. aku ceghite kat Man Rani, hangin je kawan tu...."mana boleh macam tu, Sofea gua yang perform dengan budak² Ipoh ni, apa hal lak dia nak comeback guna nama Sofea" heh heh!!

woii Yat! kisah seluor Amey tu tak nak ceghite ke?? ekekekekeke!!

N a d i a said...

encik rima pengkalan tin, cite sluo EKSLUSIF untuk PROJEK BATU le...heheheh..;-)

N a d i a said...

Kalau encil Rima Pengkalan Tin dah bersuara pasal SYJ, kitorang takleh lawan la.

Yeahhh... teruskan bro!!

p/s Yop, yg kamu hayun labun perak kat deme tu buat ape. Paham ke deme tu? Eekekeke... Err.. kamu ingat tak CD BOTB aku kat sape? Kat Fird ke?

N a d i a said...

ha ah la...sape amik itu cd? tolong la pulang balik. maleh nak tanya banyak kali kat en. yatt tu..

Anonymous said...

“Mata sepet, satu celik satu buta, perompak durjana...auuuu!”
Har!Har!Har! SYJ adalah antara band-band yg hayatnya x panjang tapi memberi impak yg besar.
Walaupun kemunculan diorang pd permulaannya ala Motley Crue dan Ratt, tapi masih suatu kelainan utk scene rock kita.
Selepas 1st album, diorang agak kureng kick sket, apatah lagi bila dah jadi Sofea. Ramai yg lebih mengingati diorang masa Battle Of The Bands. Heheh...Hati Syaitan & Mata Sepet gua punya favourites all the time!
Masa org dok heboh pasal Rahim Maarof x zipkan sluor dia dulu tu, rasenye Amir dahpun buat mcm tu - cuma x heboh je lerr...

p/s: Err...ada sapa2 nampak kat mana aku letak kasut New Balance dan key Iron Maiden aku?

Anonymous said...

encik rima (ke amir vox syj ni?)..
terima kasih pasal jawab soalan ambo..
yang sebenor nye ambo kenal ngan nahar tu..
pasal masa memula nak wat balik sofea tu, line up baru dia suma aku kenal. Suma orang klang. Gitarist dia pulak member aku. Slalu gak dengar dia citer pasal syj. Tu yang aku nak tau dia ni line-up time bile. Ye la..takut gak kena kencing...hehe. Skang dia bukak studio jam kat Kelana jaya, 79-ners studio. Terima kasih la pasal kasi info..

N a d i a said...

Pyan aka Man Tembok
Aku mmg setuju dgn hang. SYJ bila tukaq Sofea, dan kureng ganeh skit. Woi... kasut New Balance kaler maroon era rock kapak tu aku ada lagi tau!

Clashhead
Errr... Mcmana lu tau nama betui gua yek?

Anonymous said...

sape nyer namer?
amir ke riadz?
aduh..punye la beso nama lu terpampang kt blog ni..hm..
lgpun dulu wa penah antar email kt lu camne nk dapatkan stuf rare search mcm kepala angin, berpaling etc..tp skang wa sudah ketemu benda yang wa carik..hahaha
koleksi wings pun udah lengkap..smpai naga kramat lagi..
-peace, love, empathy-

N a d i a said...

Clashead
Ooo.. ye la. Blur plak aku ni. Aku x reply lg la emel ko tu. Aku mmg nak sgt lagu rare Search tu. Aku mmg ada kaset Berpaling, Di Pintu Sepi takde (yg ada lagu Di Pintu Sepi, Setelah Hujan, Kepala Angin, Gadis Ayu). Jenuh aku cari, x jumpe gak.

Fird
Aku x igt sgt la. Cuma yg aku perasan mike pulangkan cd tu mase kite meeting utk LSF kat court futsal The Summit. Mase mike nak pulangkan kat aku, aku rasa ada sorang kutu ambik nak pinjam plak. Masalahnya aku lupa sapa mamat tu! Ish!! Spawn? Man Tapah? Jam? Bluekang? Ish.. sape yek?

rockgempak said...

album silkhannaz - darah muda... dalam credit ada kata terima kasih kepada arwah amir. diaorang pun tak tau agaknya. ha ha ha..!

N a d i a said...

Rock Gempak...

Ye ke? Tak perasan plak gua. Hehehe.. Takpelah, kalau diorang tak tau, ni kira nak bagitau la ni.
Anyway, thanks Rock Gempak sbb singgah sini...

Skudal said...

di pintu sepi aku ada...kalau nak email aku ..skudal49@hotmail.com...foc udah le....membantu sesame rockers