05 January 2008

DIN & SEARCH @KLCC



WALAUPUN belum ada kenyataan rasmi daripada Search, tetapi jika dilihat pada persembahan diorang pada malam tahun baru di KLCC tempoh hari, nampaknya berita Din kembali bersama Search bukanlah cerita-cerita kedai kopi saja.

Amy siap 'perkenalkan' Din pada crowd lagi!

Jika betul Din akan terus bersama Search, secara peribadi inilah line-ups favourite aku. Ya, line-ups 'Langit dan Bumi' dan 'Mentari Merah Di Ufuk Timur'. Search yang cukup klasik dan nostalgia.

Bukanlah bermakna Kid tak bagus, cuma gandingan Hillary dan Din itu bagi aku ada 'sesuatu' yang menjadikan Search itu cukup mantap. Hillary walaupun kurang dari segi showmanship, tetapi memiliki kelebihan dari segi teknik permainan yang lebih dinamik, manakala Din aku anggap sebagai antara pemain rhythm terbaik di Malaysia.

Apapun, ini pandangan peribadi aku saja sebagai pengemar muzik rock dan peminat setia Search. Korang macamana?

Semoga Search terus mantap dan kekal lagenda bermula 2008 ini.

6 comments:

Anonymous said...

aIni berita paling baik..Akhirnya impian menjadi kenyataan..Rasa tak terucap...Line up favorite gua telah kembali muncul...Sejak Hillary keluar Search, rasa tak bermaya nak ikuti terus persembahan search hinggalah bila hillary masuk balik...Malangnya album gothik yang pada gua album search yang terbaik tak dpat sambutan dan dikutuk oleh peminat search..Tapi yang banyak kutuk ni yang tak ikuti perkembangan dan tak tahu apa-apa pun pasal rock...Siap Hillary pun kena kutuk...Bagi yang tak tahu apa-apa, jangan la kutuk lebih-lebih..Lu orang buat malu je pada otai-otai...Takde sapa pun otai yang tak akan rasa gembira dengan line-up klasik ni...So kenal dulu dan belajar dulu pasal rock..Jangan main sedap je komen...

Gua dah tak sabar nak ikuti konsert dengan line-up lama ni...Tiket 100 pun gua akan beli..Terima kasih search kerana mengambil semula din dan kepada otai yang puas memberikan komen agar din diterima masuk...Arghh : Hillary and Din - I cant imagine this....Yeah !!!!

VCD Search di Planet Hollywood dah keluar...Tak tahu nak cakap apa..Cari yang original jangan cari yang 5 ringgit punya...Sound dan showmanship yang kelas..happening dan santai tapi could be considered as the best live performance in history of rock n roll..Congrats to all sound engineers yang memberikan sound yang cukup perfect untuk video ni...Masa tengok hari tu, keadaan amat sesak dan sempit..So, VCD ni berikan suasana yang lebih menyeluruh dan berkesan..

Cuma malang sikit sebab edting video tak banyak fokus pada Hillary waktu dia solo khususnya agu Setelah Hujan, Fenomena, Kau Pergi dan Gadisku dan waktu Joe dan Hillary berbalas solo..Sesuatu yang amat malang kerana kebiasaanya camera mesti fokus pada gitaris apabila solo...Tak tahu sama ada silap camera atau editing..Apa pun konsert tu kelas..Setaraf dengan Ozzy Tribute To Randy Rhodes...

So...kepada otai lama - kita terus beri sokongan pada search dan line-up yang paling klasik ini..Hidup semua...Hillary - keep up the good solo as shown in Planet Holywood...

Chow

bentara said...

Aku prefer Din-Kid... pada aku Din-Hillary punya zaman rocknya straight to the point. Din-Kid was more experimental dan adventurous.

Nadia said...

agreed with bentara. aku rasa kombinasi kid-din membuatkan show diorang lagi livelier!..

Nadia said...

btw, thanks anonymous for your comments. kitorang dah beli vcd tu. nanti akan direview di sini. ;-)

psychozz said...

gua sokong 3 gitaris for search tp gua mintak,lead gitar specially hillary atau kid ke jgn terover improvisekan solo diaorng sampai dah jadi cam lain plak..scorpion dtg malaysia pun..solo tetap maintain cam lam kaset..mat rock dgar lagu hafal riff ngan solo skali bukan hafal lyric je..

myownmind said...

Hillary xjd sangat dengan cromok.. eloklaa balik ke pangkuan Search..

aku sampai la nie xpaham kenapa Search layan Hilary nak tanak lepas rehab kantoi drugs dulu..

Search tanpa Hilary paling besh (utk new souund dan direction depa) ialah yg bersama dengan Awie tue.. sodap jer.. bunyi ganass..

yg jahanam sket ialah semua selepas DOUBLE TROUBLE>.

GOTHIC MALAM EDAN aku dig je.. bg aku powerful gak..