04 May 2009

SEARCH DI AWAN BIRU - PAWANA DI TAPAK EKSPO SEBERANG JAYA, PULAU PINANG









Gambar ini tidak perlu diletakkan caption kerana ia sudah menceritakan segala-galanya. Ia sendiri sudah menerbitkan beribu-ribu perkataan di situ.
Pix by Yatt



"PUKUL 3.30 dah hujan. Pukul 7 pun hujan lagi. Aku kat hotel dah menggelabah! Aku risau kalau crowd tak ada sebab venue kita outdoor. Ikut experience, kalau hujan orang memang tak turun.

"Tapi kitorang lega dan bersemangat apabila tengok crowd di Seberang Jaya tak angkat kaki pun walaupun hujan makin lebat. Masa lagu 'Isi Dan Kulit' hujan makin kuat siap dengan angin kencang sekali! Tapi diorang tetap stay! Kagum betul aku!"

Itu kata Amy, sang vokalis Search yang sempat aku jumpa selepas tamat persembahan pembuka tirai Search dalam tour Konsert Penghargaan Search Di Awan Biru tajaan Celcom di Tapak Ekspo Seberang Jaya, Pulau Pinang, 2 Mei lalu.

Konsert tour ini sebenarnya amat istimewa buat peminat tegar Search. Pertamanya, ia adalah tour satu Malaysia Search yang pertama sejak 1990! Sapa ingat lagi dengan tour Salem mereka bersama Wings dan Ella?

Selain tu, ia adalah tour yang menggabungkan kembali line-ups Search ketika album 'Langit dan Bumi' dan 'Mentari Merah Di Ufuk Timur' iaitu Amy, Hillary, Din, Nasir danYazit. Line-ups ini sebenarnya yang amat dihormati peminat old-school Search (Ya! Aku tau memang ramai yang sukakan Kid).

Malah, Amy sendiri sukakan barisan Search yang ini. Amy secara peribadi pernah berkata dia lebih sesuai dengan cara permainan Yazit, Nasir dan Hillary berbanding Lola, Yan dan Kid. Amy sebenarnya amat menyanjungi Hillary yang disifatkannya sebagai mastermind dalam hala tuju muzik Search.

Jadi, tidak hairanlah konsert Search di Pulau Pinang kali ini menuntut banyak perhatian sehingga lebih 8,000 tidak berganjak walaupun dalam hujan lebat! Untuk rekod, kali terakhir line-ups Search yang ini membuat persembahan di Pulau Pinang ialah pada 1987 di Pesta Pulau Pinang ketika baru melahirkan album 'Mentari Merah Di Ufuk Timur'. So, bayangkan la...

Aku difahamkan tiket untuk show di Seberang Jaya hampir sold out. Kalau tak kerana hujan, crowd pasti melaut di tapak pesta tu. Tapi, 8,000 itu sudah cukup membuatkan Search teruja dan bersemangat malam itu.

Selain mendapat tajaan syarikat telekomunikasi terbesar tempatan, aku bangga kerana Search datang ke tapak konsert dengan reputasi besar. Tidak lagi menaiki van Nissan C20 atau Ford Econovan seperti di era 80-an dulu, sebaliknya mereka tiba dengan menaiki bas double decker yang dihiasi dengan gambar mereka (macam official flight Air Asia untuk Manchester United la pulak) serta kawalan ketat pengawal.

Search yang memulakan persembahan pada jam 9.30 malam itu membawa 15 lagu dan terpaksa mengkenselkan empat lagu gara-gara hujan. Set list dimulakan dengan Derap Komando, Balada Pemuzik Jalanan, Setelah Hujan, Laila Namamu Teratas, Langit dan Bumi, Pelesit Kota, medley Gadis Misteri, Gadisku dan Gadis Ayu, Diari Habil dan Qabil, Gothik Malam Edan, Fenomena, Bencana, Isi dan Kulit, Isabella dan ditutup dengan Melastik Ke Bintang tanpa sebarang encore walaupun sebahagian besar penonton mengharapkan mereka kembali ke pentas.

Tak payahlah aku nak ulas secara detail mengenai setiap satu lagu yang dipersembahkan kerana apa yang aku tahu, 10 daripada 15 lagu itu dipetik daripada album 'Langit dan Bumi', 'Mentari', 'Di Pintu Sepi' dan 'Fenomena' yang menyaksikan line-ups inilah yang merakamkannya ( Hillary bermain tujuh daripada 10 lagu dalam 'Fenomena' yang pertama kali memperkenalkan Kid). Penuh nostalgia apabila menyaksikan kembali solo dan riff lagu-lagu berkenaan dimainkan kembali si penciptanya iaitu Hillary dan Din.

Oh ya, Din cukup 'menggila' ketika melakukan solo dalam Balada Pemuzik Jalanan!

Apa yang menarik, konsert ini turut menampilkan sistem bunyi, lampuan dan monitor yang cukup hebat. Bunyian yang dihasilkan cukup jelas dan mantap. Dan, ia menggunakan kepakaran dari negara seberang iaitu Teuku Asril, 48, (jurutera bunyi), Pipin Iskandar, 49, (jurutera lampu), Hermawan, 28, (monitor operator) dan diketuai oleh Harry Murti, 40. Semua mereka berpengalaman luas dalam bidang konsert dan pernah bekerja dengan band-band hebat Indonesia seperti Godbless, Gigi, Slank dan Samson.

"Baik sound, monitor dan lighting, ini adalah yang terbaik pernah kami dapat. Kami dapat apa yang kami mahu dan mereka berjaya menjalankan tugas dengan baik. Bunyi monitor cukup jelas dan saya gembira. Kami akan terus bekerjasama dengan mereka," kata Amy.

Search pada awalnya mahu menggunakan khidmat jurutera bunyi favourite mereka, Akira Yamauchi, tetapi beliau terikat dengan tugas lain.

Semasa supper di hotel, aku sempat bersembang dengan Teuku Asril yang berpengalaman lebih 20 tahun bersama Godbless. Katanya, dia pada awalnya gementar apabila ditawarkan untuk tugasan itu memandangkan Search adalah satu nama yang besar.

"Saya mengambil masa seminggu untuk study muzik Search. Mereka itu rockstar, jadi saya perlu berikan yang terbaik. Saya bercerita kepada Godbless mengenai tawaran itu, mereka terkejut kerana ia datang daripada Search. Mereka kata saya perlu ambil peluang itu dan teruskan! Jadi, inilah hasilnya dan saya amat-amat berpuas hati!" katanya.

Apa yang pasti, tour Search kali ini tidak wajar dilepaskan. Aku jamin venue-venue lain nanti tentu akan memberi kepuasan yang sama, malah mungkin lebih lagi!

8 comments:

Dr. Bentara said...

nice show and review walaupun aku prefer Kid.

Dengan Hillary ianya straight out rock tapi dengan Kid ada banyak eksperimental.

deaf-angel said...

foto lawa2 beb
mintak2 ni sabtu aku dapat nengok huhu

Anonymous said...

Hillary rules

speedrider said...

cis, patutla ajak minum kopi tak reply.. rupanya dapat supper dengan SEARCH... Hehehehe.

Did you enjoy the show bro?

Faizal and Anna said...

InsyaAllah akan ke konsert Search di KL selepas Sweet Charity di Singapore nanti...

- said...

giler best arr dapat layan konsert camni!

GERRR said...

teringat dulu kene rotan ngan warden sal kuar mlm tgk konset search.. haha tp berbaloi beb haha

Din Search said...

dear,mmg rock la blog ni, good contents and info..and also thanks for the info on search..free free check out abg nye blog plak, http://www.dinsearch.com.my ..keep rockin!