28 January 2006

Rock Tu Apa?

Rock tu BATU la, takkan la bijih timah pulak? Aku asal dari bandar kecik, BATU Gajah dekat Perak. BATU? Rock jugak tu. Sweet Charity pun pernah released album bertajuk BATU.

Apa-apa hal pun muzik rock mula menerobos ke dalam jiwa aku sehingga mengalir ke seluruh salur darah masa aku dalam darjah lima, tahun 1985 – Tahun yang sama dengan kelahiran debut album Search, ‘Cinta Buatan Malaysia’… Heheh.

Hari ni dah lebih 20 tahun, muzik yang katanya dimulakan serta direvolusikan oleh Elvis Presley, Beatles, The Yardbirds dan Cream itu masih laju mengalir dalam diri aku. Tak kira la walau aku sekarang dah berstatus laki dan bapak orang.

Muzik rock yang arwah abah aku, mak aku dan kakak aku menyampah sebab bising tu sebenarnya beri ketenangan yang satu macam buat aku. Walau dah bertukar status, tak semestinya aku kena beralih mendengar Il Divo, Elton John atau Kenny G dan terpaksa mengenepikan Black Sabbath, Deep Purple, Red Hot Chili Peppers, Metallica, Gun N Roses, System Of A Down dan Search!

Tu la dia… ROCK TERUS ROCK!
- ara payung -

Rock hanya untuk yang berjiwa rebellious! Mula kenal rock? Sejak curi-curi dengar kaset-kaset rock sepupu aku masa aku masih budak sekolah rendah. :-)

-nadia aka countess aka kak yong aka amoi (kipas-susah-mati Wings)-

Rock??.....Mawi! Mawi! Wie! Wie! Slurppppp…

- deena -

8 comments:

...$weE+ 666... said...

rock? hmm... nak citer panjang lebar, rasanya aku dah citer kat versi enam ratus enam puluh enam jenis kemanisan kan?

camtu la aku terlibat dgn rock!
yea yeah!!! *wink* \m/

algojo said...

kalo ko dahjah 5 mase tu aku dah abis setahun spm dah....heheheh sudah tua aku sekarang

Kutu-Kutu Rock said...

zizie,
mmg panjang giler cite ko tu..hahaha..

algojo,
waa...kire otai tu. :-) (gua tolong jwb bagi pihak hubby gua, ara payung..hehe). anyway, thanks sbb sudi singgah sini. rajin2 le singgah, worait?

-nadia-

L.R said...

dah lama gak aku diwar-warkan dgn keujudan ROCKTERUSROCK ni. baru skg dpt nak join. ok beb... selamattt..!~

Nadia said...

l.r,
thanks sbb sudi singgah. ;-)

-nadia the rockin' mama-

faruqi said...

dah jumpa Rashdan nape X interview pasal Bloodshed skali?. Sori, aku rasa Bloodshed yg paling best dlm BOTB tu. Sebab?. Muzik & melodi ori. SYJ?. Best gak. Tapi plizzz dengar balik WASP. Image?. Ko dah mentioned pon influence dr sapa .. Don't judge a book by it's cover.

Nadia said...

faruqi,
bile jumpe rosdan , of cuz la kitorg interview pasal bloodshed. dulu cite interviu tu dah kluar dlm ROTTW. tapi the same info akan digunakan utk projek lain plak. tungguuuu!..

Nadia said...

err..btw faruqi..mmg la syj tu tiru wasp. tapi tak kesah la. when it comes to music, mmg payah nak carik true originality, right? but sometimes, that's the beauty of it, don't u think?...;-)