13 March 2008

SATURNINE - GREY


ALBUM: Grey
BAND: Saturnine
TERBITAN/EDARAN: JIG Production/Life Rekod
TAHUN: 1995

Album 'Grey' adalah antara album-album yang muncul sekitar zaman muzik yang dilabel 'alternatif' menjadi begitu pop dan trendy. Bagi aku, album ini adalah masterpiece terbaik (tetapi malangnya underestimated) yang pernah dihasilkan oleh Saturnine. Lagu-lagu, sound dan kerja-kerja rakamannya memang teliti dan berkualiti walaupun pada ketika itu band ini masih hijau usianya dalam industri muzik tempatan. Tetapi, ia adalah sesuatu yang tidak menghairankan memandangkan Saturnine sendiri dibarisi oleh mereka yang berpengalaman dan dikatakan tulang belakang King Studio iaitu Zairi (dram, bass, percussions & penyanyi latar), Reza (vokalis) dan Nan (gitar, percussions & penyanyi latar).

Album yang dikatakan guitar-oriented ini telah terjual sebanyak 18,000 unit. Ia memuatkan 12 12 buah lagu ciptaan mereka sendiri dan lagu yang menjadi hit ialah "Half" dan "Break The Silence."

Tracklist
Side A
1. Half
2. Liquid Love (akustik)
3. Only Hurts
4. Closing Act
5. The Red
6. Dreams

Side B
1. Break The Silence
2. No Way Out
3. Stake
4. Relief
5. Surrender
6. Liquid Love (original)

P/s: Aku paling meminati "Liquid Love" versi akustik kerana bagi aku, alunan gitar di dalamnya menepati apa yang dikatakan orang 'crystal clear'.

Berikut adalah klip video Saturnine ketika mempersembahkan lagu "Half" di Muzik-Muzik.

Walau bagaimanapun, klip video "Half" yang asal (mereka berlari-lari bagai dikejar sesuatu tu! Ingat tak?) lebih menarik, sudah tentu. Dan rasanya aku masih simpan video tapenya.


5 comments:

zan said...

Old skool bebeh..old skool..

Saudagar Mimpi said...

Yeah! Aku mmg suke kat Saturnine ni. dua-dua albumnya (Grey + Raining grace) aku beli dlm format CD. Seingat aku masa ni si penyanyinye ni Reza sibuk jd pengacara kat rancangan Alternatif di TV3. Mmg old skool lah...

Elly Rocker said...

wah, baju zeronya sama seperti yg aku pakai. :)

start aku kenali diorg mase diorg keluar dlm kompilasi The beginning..

ada abc dead semua tuh. memang enaklah band nih. dan sayang ianya sebuah band one hit wonder. sayang sekali.

N a d i a said...

zan,
yep, old skool it is.

saudagar mimpi,
ha ah. dia penah jadi emcee alternatif jap selain joe kidd & lee pilgrims, kalo tak silap.

elly rocker,
tu la psl. agaknye some musisi hanya sesuai berada di belakang tabir, dan sukses di situ. kan?

Anonymous said...

sesapa tau katne leh download lagu2 saturnine plezzz!!! dah lama aku carik album derang, takde pun. TQVM