24 April 2006

Dilema - M.A.Y

Pics by : Yatt
ALBUM: Dilema
BAND: M.A.Y
TERBITAN/EDARAN: Warnada
TAHUN: 1988

'Dilema' ialah album sulung band otai Ipoh mali, M.A.Y. Album ini (diterbitkan oleh band ini sendiri) menyusul tak lama selepas M.A.Y menjadi juara pertandingan 'Juara-Juara Rock' anjuran Dewi Suhana Studio, JB pada tahun 1986. Dalam pertandingan tu, Mus (vokalis) muncul sebagai penyanyi terbaik.

Kekuatan sebenar MAY sebenarnya terletak pada bakat dan skill mereka untuk bermain secara live dengan baik, serta kemampuan band ni mencipta sendiri lagu-lagu mereka. Rock Melayu yang solid. Ada identiti. Tidak keterlaluan kalau saya katakan faktor inilah yang menyebabkan M.A.Y paling menyerlah ketika band-band rock era 'Juara-Juara Rock' dan selepasnya muncul macam cendawan tumbuh. Dan kerana faktor ini juga lah, M.A.Y masih mampu bertahan sampai ke hari ini.

Antara lagu-lagu heavy yang menarik dalam album ini:-
- "Impian" (lagu yang positif; punya sound rock 80-an yang tipikal)
- "Keadilan"
- "Trajidi"
- "Gadis Misteri"

Tak sah rasanya kalau rock Melayu takde lagu cintan-cintun, right? Ok, antara lagu-lagu tangkah leleh yang bisa meruntun jiwa:-
- "Tiada Lagi Aku"
- "Kau Masih Lena"
- "Sketsa Sebuah Cinta"
- "Ku Dalam Dilema"

'Dilema' ialah antara contoh album rock kapak yang padat dengan lagu-lagu mantap yang wajib dinikmati, dari mula sampai habis - bukan sekali, tapi banyak kali! Ianya bukan album tipikal yang cuma ada satu atau dua lagu yang ok, dan kemudiannya hanya layak kumpul habuk di rak.

Ini adalah antara album terbaik M.A.Y. A must-have rock kapak album.

Trivia
- Nama "M.A.Y" tercipta daripada huruf pangkal nama-nama line-up band ini
(Mus-vokalis, Man-drummer, Abu-gitaris dan Yus-bassist)
- M.A.Y bermula sebagai 'opening act' untuk SYJ.
- Antara influence utama band ni ialah Judas Priest.


-nadia the rockin' mama-
p/s: Hidup M.A.Y! Hidup Manjoi!! Heheheheh...

5 comments:

Anonymous said...

ZOOL
Teman, otai rock PERAK.
Cukup kagum ngan kome berempat nie.Moga MAY akan terus berjaya!!

Nadia said...

zool (tu ke nama mike?..)
yessss..semoga MAY trus sukses! long live!

-nadia the rockin' mama-

Anonymous said...

ye. 2 name saye...

1 ) SEARCH
2) WINGS
3) LEFTHENDED
4 ) MAY
5 ) MAWIIIII

zURa said...

MAY memang group yang berbakat.Itu sebab gua minat sangat kat group nie.Slain dari MAY,group di bawah juga saya minat:
- Bumiputra Rockers
- Lefthanded
- Sweet September
- Terra Rosa
banyak lagi sebenarnya.Tak muat nanti column nie

killersticker said...

Mang... MAY tidak pernah tinggal membawa lagu cover I'm a rocker nyanyian kumpulan The Rods dalam siri konsert funfairnya. Dan lagi 1 lagu cover yg tak pernah cicir ialah Jaw breaker dari kumpulan Judas Priest.