21 April 2006

ROCK SANA SINUN - St. Anger No More!

Metallica khabarnya tengah sibuk bikin album baru yang dijangka terbit pada awal 2007.

"'St. Anger' ialah album Metallica yang paling pelik dan di luar kebiasaan. Masa rakaman album tu, kitorang datang melenggang je, takde idea langsung. Semua idea tercurah secara spontan bila dah masuk studio tu, " kata Lars Ulrich (drummer). "Kali ni, lain. Kitorang buat macam dulu-dulu balik. Datang dengan idea masing-masing, siap semua CD-CD yang ada riffs etc. yang tunggu masa je untuk digabungkan menjadi lagu-lagu."

"Album kali ni lebih organik, lebih old-school. Bukan macam 'St. Anger'. Masa kitorang buat rehearsal untuk tour kat Afrika Selatan, baru kitorang perasan betapa lainnya lagu-lagu 'St. Anger' berbanding dengan setlist kitorang yang lain. Tapi ye la, masa kitorang buat album tu, Metallica tengah chaos sikit. Masa tu kitorang cuma nak buktikan pada semua yang kitorang masih bertenaga, masih panas! 'St. Anger' memang seronok, tapi kitorang rasa tak payahlah kitorang nak buat album yang macam tu lagi," tambah Ulrich.

Album baru ni jugak akan menampilkan kolaborasi pertama Metallica dengan produser Rick Rubin (yang pernah terbitkan album Red Hot Chili Peppers, System of A Down dan Slayer). Selama ni album-album diorang diterbitkan oleh Bob Rock.

(Sumber: http://93x.com)


-nadia the rockin' mama-
p/s: My personal favorites: 'Ride the Lightning' & '...And Justice for All'.

2 comments:

Anonymous said...

aku plak album paling bes ialah HORSEMEN OF THE APOCALYSE (demo/bootleg sebelum BUNUH DEME SEMUE)....amacam... lagi RAW lagi bagus

N a d i a said...

fuhh..ganassssssszzz!!