21 April 2006

ROCK SANA SINUN - Slayer! Slayer!

"When victory is to survive
And death is defeat..."
(War Ensemble - Seasons in the Abyss, 1990)


(Gambar ni amik dari Internet. Punye la ganeh! Isk..isk...)

Selepas 'God Hates Us All' (2001), Slayer, salah satu band yang digelar 'The Big Four of Thrash', khabarnya tengah kelam-kabut nak menyiapkan album baru diorang. Kata Kerry King (gitaris), pada mulanya diorang bercadang nak terbitkan album tu pada 6 Jun 2006 (060606), sekaligus meraikan ulangtahun ke-20 terbitnya album 'masterpiece' diorang, 'Reign of Blood' (dianggap sebagai salah satu album terbaik speed metal sepanjang zaman). Tapi disebabkan beberapa masalah, diorang terpaksa tangguhkan ke tarikh yang lain; selewat-lewatnya akhir bulan Jun.

Yang bestnya, Dave Lambardo (drummer asal band ni) akan join Slayer semula selepas lebih 15 tahun terpisah. Kali terakhir Lambardo bersama Slayer ialah dalam album 'Decade of Agression'.

Kata King, "Paul Bostaph (ex-Forbidden), ada masalah sikit ngan siku dia, jadi, dia terpaksa tinggalkan kitorang. Dia dah join Exodus. Kebetulan pulak Dave available, so, kitorang ajak dia join balik. Kitorang rasa dia la drummer yang paling layak untuk buat album baru ni."

Lagu-lagu dalam album baru Slayer ni sebenarnya dah siap dikumpulkan sejak dua tahun lepas. "Kitorang akan buat semuanya stail old-school. Semuanya padat dengan riffs yang mantap. It's definitely going to be a riff-fest!"

Sementara nak tunggu album baru tu siap, Slayer akan buat tour 'Unholy Alliance Tour' selama dua bulan di USA bersama-sama Mastodon, Lamb of God, Children of Bodom dan Thine Eyes Bleed.

(Sumber: www.slaytanic.com)


-nadia the rockin' mama-

1 comment:

Anonymous said...

pade yg tak tau lagi ni teman nak kabo...kERRY KING pernah join MEGADETH