27 April 2006

WINGS - Konsert @ Stadium Negara, 1991

"Gua jerit sampai perit..pasal tiket sepuluh ringgit!!.."

Akhirnya, yang ditunggu dah tiba!! Selepas kemaruk nak cari dan tengok stuffs rock kapak, Box Office Malaysia dan Music Valley Sdn. Bhd. tampil dengan VCD ini - Wings "Live 1991 Konsert Di Stadium Negara, KL" (2 VCD - 1 konsert & 1 bonus). Pada mulanya saya sangkakan VCD ni menunjukkan konsert Wings di Stadium Negara pada 4 Oktober 1991, tapi bila tengok setlist yang sikit, saya yakin ni konsert 'free' anjuran Salem pada malam tahun baru, 31 Disember 1991. Dalam konsert tu, Wings digabungkan bersama-sama Search dan Ruhil. Untuk masuk ke stadium, peminat kena bawak keratan iklan Salem dari Utusan Malaysia atau Berita Harian untuk ditukarkan dengan tiket.
Wings perform 8 lagu dalam konsert ini iaitu "Romania", "Sembunyi", "Awang Thrasher", "Inspirasi Taming Sari", "Alam Barzakh" (versi Inggeris), "Sejati", "Jerangkung Dalam Almari" dan "R N R Lu Punya Suka". Memang gempak habis! Siapa yang tak teruja bila tengok Awie yang playful pakai t-shirt baseball "Old West 99" berlubang-lubang, seluar fit warna merah dan kasut leather ala-Ultimate Warrior menyanyi sambil buat 'summersault' trademarknya. Siapa yang tak teruja bila tengok Joe beraksi bagaikan menari dengan gitarnya; Eddie yang maintain cool, dan Jojet yang energetik? Paling best, bila tengok stadium yang pack-to-the-max dengan mat-mat rock yang betul-betul happening! Semuanya headbangin' habis!
Dalam VCD bonus pulak, ada rakaman Wings di Singapura dan sesi soundcheck konsert kat Stadium Negara ni. VCD yang ni pun best jugak sebab...hehehe..*klu* : Bilik hotel, katil, tuala, shaver, Hazeline Snow!! (Hazeline Snow??!)...Hahaha...Go and get this VCD la! ;-)
Walaupun kualiti VCD tidaklah begitu memuaskan (tapi yang tukang bikin dah mintak maaf awal-awal lagi. heheheh..cayalah!), sekurang-kurangnya ni satu permulaan yang baik. Ianya betul-betul berjaya mengembalikan nostalgia lama (baru teringat balik kenapa saya teramat la sasau kat Awie satu ketika dulu! Haha).
Kudos for the people behind this brilliant project! Harap-harapnya banyak lagi VCD macam ni akan diterbitkan tak lama lagi.
Hidup Rock Kapak!!

Newspaper clipping pasal konsert Wings ni (Sumber: buku skrap Countess)

-nadia the rockin' mama-

13 comments:

akuyghebat said...

mana nak dpt vcd nie

Kutu-Kutu Rock said...

Ko pegi mana2 kedai muzik. Gerenti ada jual punya, RM19.90 jek

Anyway, thanks sbb sudi menjengah ke sini...

buhurah said...

rasanya baju awie dlm keratan akhbar [yg mcm two faces] adalah baju yang sama utk show Final Juara Lagu dimana depa membawakan lagu 'sejati'.....

Anonymous said...

Kazzam DiMarzio
Masa aku jumpa Black kat Sidang Media Wings & May, Black ada cakap Wings akan buat rakaman vcd live terbaru mereka. Semuanya akan dilangsungkan dalam bulan june ni. Lokasi masih belum dapat ditentukan tapi yang pasti dua lokasinya ialah Orange Club & Backroom. Konsert akan dilangsungkan selama 3 jam. Aku akan dapatkan interview penuh bersama diorang tak lama lagi...so..belilah Majalah Konsert!! doktrinmitos@hotmail.com

Anonymous said...

Kazzam DiMarzio
Perancangan Wings & May berkongsi pentas terpaksa ditangguhkan kerana tarikh asalnya serentak dengan tarikh A.I.M 13 yang lalu. Wings & Maya akan melakukan tour bersama di serata negeri dan akan mengakhiri konsert mereka di Kuala Lumpur. Bila ia bermula dan dimana lokasinya...hehee...tunggu jer infonya dari aku dalam Majalah Konsert...atau email jer aku...doktrinmitos@hotmail.com

Nadia said...

kitorg ada gak dengar cite pasal konsert tu tangguh cuz of that AIM13..tapi...his...nape le organizer dia senyapppp je??...tak kesah la.

konsert?..hehehehehhee...;-)

Nadia said...

buhurah,
mcm tak lah...errr...nanti gua check 'kitab' wings gua..worait??..

-nadia..the other kutu rock @ hanya rock n roll-

adie said...

gua dah beli vcd nie beb..gempak gila..patut tengok vcd bonus(karisma yang tinggi)..

Stranger said...

Aku nak carikm konsert2 yg dulu je , baru mariii..Kalau konsert sekrg , dorang tu semua dah tua2, nak buat apa, hampeh..

Yg best kalau leh kumpul konsert2 wings , search yg dulu2 la , masa dorang masih muda2 dulu

Stranger said...

Aku nak carikm konsert2 yg dulu je , baru mariii..Kalau konsert sekrg , dorang tu semua dah tua2, nak buat apa, hampeh..

Yg best kalau leh kumpul konsert2 wings , search yg dulu2 la , masa dorang masih muda2 dulu

Anonymous said...

cek video ni http://www.youtube.com/watch?v=UKSpRDJpQrc

Anonymous said...

aku nak cek ngan korang..katne aku leh beli vcd konsert wings 1991 kt stadium negara ni ek..puas mencari dah..

Yatt said...

Incik Anonymous. Kalu lu pegi mana-mana kedai kaset/CD yg besor2, gerenti ada punya la.

Cuba try Carrefour, Giant, Tesco atau Jusco... mesti ada!