25 March 2006

Erosi - Crossfire

ALBUM: Erosi
BAND: Crossfire
TERBITAN/EDARAN: Mega Rekod/Musical Sound Organisations
TAHUN: 1990
'Erosi' ialah album kedua band Crossfire. Overall, album ni lebih heavy daripada album sulung diorang, 'Fatamorgana'. Diterbitkan oleh Khalid Mobin (Rusty Blade), 'Erosi' padat dengan lagu-lagu yang bingit dan keras seperti "Kuku Besi", "Erosi" dan "Fikirkan". Bakat dan kebolehan Yus (gitaris), Burn (gitaris), Fiq (drummer) dan Yass (bassist) dalam menguasai instrumen masing-masing memang terserlah, dan ditokok pula dengan vokal Aim yang kadang-kalanya punya mood dan stail vokal Sebastian Bach (Skid Row). Malangnya album ini takde 'killer songs' sekuat "Realiti dan Fantasi" dan "Fatamorgana" (dari album 'Fatamorgana'). Lagu-lagu slow yang ada dalam album ni seperti "Hasrat", "Nyata Bukan Ilusi" dan "Menanti Ketika" biasa-biasa saja melodinya.
(Pic by: Yatt)
-nadia the rockin' mama-

9 comments:

awalpagi said...

first time masuk (lompat dari silverheadbanger).. very informative utk rock.. keep up the good job!

Kutu-Kutu Rock said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Kutu-Kutu Rock said...

hi awalpagi,
thanks for supporting us, kutu-kutu rock! long live rock n roll!

-nadia (silverheadbanger) & yatt (ara payung)-

kamal said...

peminat Crossfire ke, ni mesti ada satu bab pasal Crossfire dlm buku tu nanti?

aku dulu pernah beli Metonimia je, dan memang suka album tu. baru2 ni beli yg koleksi Crossfire double cd digital remaster tu, memang puas hati, 24 lagu, kebanyakannya dari album Fatamorgana, termasuk lagu2 best album lain.

asrif said...

banyak sungguh kaset kau nadia... rock jgn tak rock...

@sENg said...

crossfire....semua yg bukan compilation aku ader....mati keras crossfire...

Nadia said...

asrif,
bukan sume kaset aku punye..hehehehhe...

-nadia-

fairx said...

aku baru pinjam dari member 2 CD crossfire yang kompilation punyer tu.. tapi dia tak bagi senarai lagu plak.. aku dah tak ingat nama2 & tajuk lagu / melodi dia..

aku ingat lagi memang selalu aku pasang erosi kat gram tangga tengah Stesen Bas Kuale dulu.. tapi bila dengar balik 2 Cd compilation ni aku boleh ingat 2 lagu je.. Fatamorgana & Realiti dan Fantasi

penin aku nak ingat balik.. ke memang dalam compilation ni takdek lagu erosi?

Nadia said...

fairx,
mekasih le sbb visit blog keme nih..mike ni sure geng jambeso ye?:-)

-nadia-