25 March 2006

Fatamorgana - Crossfire

ALBUM: Fatamorgana
BAND: Crossfire
TERBITAN/EDARAN: Mega Rekod / Musical Sound Organisations
TAHUN: 1989

CROSSFIRE! Hard Rock! Itu lah yang dapat aku katakan tentang band ni. Bagi aku, album sulung Crossfire (diterbitkan oleh Samad Lefthanded) ini padat dengan kombinasi 10 lagu yang seimbang - ada yang rock habis, ada yang tangkap lentok habis! Kekuatan band ni terletak pada muzik rocknya yang keras dan garang, tetapi ada kalanya berseni pada tempatnya. Selain tu, suara vokalis diorang, Aim, boleh dikatakan antara vokalis rock yang bersuara tinggi.
Siapa yang boleh lupa lagu "Fatamorgana", lagu yang menggunakan satu perkataan yang boleh dikatakan canggih terutamanya di kalangan rockers tahun 80-an. Paling best, untuk siaran Muzik-Muzik TV3, klip video lagu ni dibuat di sebuah kebun getah - siap dengan 'shot' yang kreatif dan menarik lagi! Selain "Fatamorgana", album ni turut memuatkan lagu-lagu heavy yang best seperti "Hidup Satu", "Kebangkitan", "Ambisi", "Emosi" dan "Batu Bersurat".
"Realiti dan Fantasi" ialah lagu yang telah melonjakkan nama Crossfire dalam dunia muzik satu ketika dulu. Bermula dari intronya yang syahdu, sampai la habis, lagu tu memang berhantu baik dari segi melodi mahupun lirik. Tak hairan la lagu ni menjadi antara lagu wajib dalam kebanyakan album kompilasi yang berlambak-lambak sekarang ni. A classic!
'Fatamorgana' patut menjadi koleksi wajib 'malar hijau' (evergreen la tu...) mat-mat dan minah-minah rock.

These guys looked so damn good in leather!...Hehe.. Gambar ni aku dapat daripada Aim (vokalis). Brader Aim (where ever you are), if you happen to be reading this blog, "Happy Birthday in advance"! We share the same birthday, remember?..;-)

(All pics by: Yatt & Nana)

-nadia the rockin' mama-

3 comments:

kurus paye said...

mmm….aku tetap pilih Fatamorgana ni sebab mase era² ni le aku ektif gile jeming ngan kengkawan. Boleh kate semue lagu dalam elbem tu grup aku buleh bawak kecuali lagu Hidup Satu (speed gile lagui ni…heh heh)

antaghe yang fevret keme bawak mase jeming lagu Kebangkitan (best gile, ade ala² padang pasior sikit), Fatamorgana, Realiti & Fantasi (vokel pakey suaghe dalam je taim highi pitch tu....ekekeke) Batu Bersurat dan errrr.....ape ke tajuknye pon lagu tu; cinta yang sering melanda jiwaaa, rindu yang sentiasa memburuku)

kesimpulannye elbem ni memang best. mase memole beli tu bile dengor sound die, macam MAY pon ade. Tapi kalo nengok sho deme lagi teghangkat, sebijik macam Ayen Maiden. si Burn tu siap panjat ateih belakang Aim mase tengah solo....perghhhhh!!!

keset ni aku beli 2 kali. mase beli yang memole, lagu ade 8 setengah je, tak cukup. ate dah beli yang lanun punye memang le.....ekeke!! peh tu baghu le beli yang orijinel lepaih seminggu kumpui getah sekerap mase cuti skolah. mase tu dapat poster tapi poster pon macam kaver elbem gak....cehhh!!

errr.....mase tu juge le aku sambor kasut DOR'S sepasang, macam yang deme pakey tu (kighim ngan member aku gi Kolumpo) kasut kodroi beb....wahahahaha!!! tahan setaun lebih je, ayoh aku bawok gi mesen ghumput lak kat kebun....cisss!!

Kutu-Kutu Rock said...

kurus paye,
kalo le kome buleh bawak 'hidup satu' tu, fuhhhhhh mmg terangkat la!...bergegor tanah kuale nun! hehehe..

-nana-

Anonymous said...

siapa tahu lirik lagu 'Fatamorgana" boleh share tak?...