24 March 2006

Siapa Paling Kaya?

Majalah Rolling Stones baru saja menyenaraikan 'Rock's Top 30 Moneymakers' nya baru-baru ni. Dan, apa kesimpulan yang boleh didapati dari senarai tu? Kalau nak kaya, rajin-rajin la buat konsert dan endorse produk sebab zaman sekarang ni, duit royalti album hanyalah seciput. "Bisnes muzik sudah berubah," kata pengurus U2, Paul McGuinness. "Duit jual album bukan la tak banyak, tapi duit buat konsert lagi banyak!" U2, rockstars yang menduduki tempat teratas senarai tu, diberitakan mendapat US$154.2 juta untuk lebih 100 konsert yang diorang buat seluruh dunia dan US$139 juta daripada jumlah total tu hanya untuk konsert kat utara Amerika. Diorang jugak dapat lebih kurang US$150,000 untuk merchandise diorang yang terjual di setiap venue konsert. Untuk album, U2 mendapat US$15 juta duit advance, ditambah pulak dengan royalti.

Rolling Stones dan Eagles tersenarai di tempat kedua dan ketiga. Artis/bands lain yang turut tersenarai ialah Dave Matthews Band, Greenday, Coldplay, Gwen Stefani, Motley Crue, Bruce Springsteen, Aerosmith, Bon Jovi, Paul McCartney, Neil Diamond, Rod Stewart, Celine Dion, Destiny's Child, 50 Cent, Hillary Duff dan Elton John. Yang peliknya, artis/bands yang takde dalam list ni bukannya tak laku. Mariah Carey, contohnya, takde dalam senarai ni walaupun album dia 'The Emancipation of Mimi' laris dan menang banyak anugerah. Sebaliknya, Neil Diamond yang rajin buat konsert telah tersenarai walaupun album dia tak berapa laku.

"Kalau buat CD, artis dapat antara 15-25% royalti, tapi kalau buat konsert, diorang ni boleh dapat sampai 85-90%!", kata pengurus Gwen Stefani, Jim Guerinot.

Senarai ni jugak menunjukkan yang otai-otai lebih laku dari artis/bands yang baru. Kenapa ye? Antara sebab-sebab yang diberikan oleh pengurus artis/bands ni:-
  • Peminat nak tengok artis/bands yang diorang kenal dan pernah tengok; diorang nak dengar muzik yang boleh dikaitkan dengan zaman silam diorang, zaman diorang muda-muda dulu.
  • Peminat (especially peminat rock) yang pegang kuasa beli sekarang ni ialah peminat-peminat yang agak berumur. Diorang ni la golongan yang mampu dan nak tengok konsert artis/rock otai walaupun tiket mahal. Kata McGuinness, "People don't stop listening to rock n roll in their forties - they continue".
Kalau kat Malaysia ni ada senarai yang sama satu ketika dulu, mungkin otai-otai rock kapak kita (contohnya, bands Battle of the Bands, Search, Wings dan Lefthanded) akan masuk senarai.
Teringat pulak kata promoter legenda, Ali Bakar, seseorang artis/band tu tak la sehebat mana kalau hanya mampu buat konsert free. "Kalau peminat sanggup berhabis, sanggup bayar untuk tengok ko dan band ko buat konsert, ha, baru la aku boleh tabik!" kata dia.

-nadia the rockin' mama-

1 comment:

buhurah said...

tapi senario di malaysia lain. kita bukan berduit sgt.
ada sesetengah band yg sanggup buat konsert free, demi utk kepuasan muzikal. kesimpulannya...
buat la konsert dgn tiket yg murah. kalau dengar tiket harga rm10, semua nak pegi. golongan berumur akan relax, golongan muda mesti nak enjoy!
saya pun kadang2 minat gila certain2 band, tapi konsert tak dpt pegi, pasal budget x cukup. tak semua orang bergaji tinggi.