09 January 2007

Konsert Slank featuring Wings & Spider - Err... Okay la

MALAS nak tulis banyak-banyak sebab aku menyampah dengan kontroversi yang melanda konsert ni. Apa-apa hal pun, konsert anjuran anak syarikat TV3, Tiga Events ini sudah pun berjalan dengan ‘jaya’nya.
Tanpa Search, konsert ini hanya dihadiri kira-kira 3,000 penonton dan kebanyakannya warga Indon yang memang hardcore dengan Slank. Orang kita memang tak ramai dan aku yakin, kalau Search ada kurang-kurang crowd boleh cecah dalam 10,000.
Pada aku, sound memang hancur especially masa Wings dan Spider. Tapi masa turn Slank ok la sikit. Ya lah, band opening selalunya tak mendapat semua yang ada pada sistem bunyi. Ataupun sound engineer band kita tu yang hampeh?
Penampilan Wings pada malam tu memang mengejutkan kerana sebelum ini mereka yang paling lantang menentang sebarang koloborasi konsert dengan band seberang di sini. Alih-alih malam tu selamba je diorang jadi opening untuk Slank dengan empat lagu iaitu Lipas Kudung, Hukum Karma, Jerangkung Dalam Almari dan Sejati.
Sumber daripada Tiga Events mengatakan Wings sendiri yang menghubungi mereka dan menyatakan kesediaan sekurang-kurangnya sebagai pengganti Search. Tak tau apa tujuan mereka, sama ada sebab duit atau ikhlas nak menjaga maruah band rock tempatan.
Persembahan Slank memang menghiburkan. Aku memang senang dengan lagu-lagu diorang dan pengalaman lebih 20 tahun mewarnai scene rock Indon termasuk berkelana ke luar negara, persembahan Slank wajar mendapat pujian dan aku tau diorang ni memang humble gila walaupun dah bertaraf rock star!
“Kampungan” dan “Ketinggalan Jaman” adalah antara lagu yang pernah dirakam oleh Slank. Dan, lagu ini aku tujukan kepada sebahagian crowd Indon yang memang sucks! Terus-terang aku katakan, diorang ni memang tak reti nak hormat orang dan bergaduh dah jadi begitu sinonim dengan diorang. Aku tak paham apa yang diorang nak masa tengok konsert. Memang tak fun kalau tengok konsert dengan diorang ni. Ada sekor mamat Indon tu siap sedut gam sebelah aku. Lepas tu ‘weng’ sorang-sorang. Enk aaa laaa, baru sedut gam dah rasa macam stoned abis! Kelakar!!
Kenyataan Bos Tiga Events, Alia HM Jally kepada TV3 mengenai konsert yang berjalan lancar dan penuh aman adalah silap sama sekali. Sistem bunyi yang dikatakan pernah digunakan oleh Metallica itu sebenarnya takde le best sangat pun.
Ok. Layan je la gambar kat bawah ni.
Foto by A.R.L
Ridho

Abdee Negara


Kaka


Slank ruless!!

3 comments:

N a d i a said...

should've taken a pix of that particular 'gam-stoned' guy! baikkkk punya baring atas padang yang lapanggg dek takde orang..

Anonymous said...

Slalunya org mcm ni diorang nak lepas geram aje. Ye lah stress bebeno buat kerje kot.

Edd Vedder said...

kawan aku punya komen pun mcm ni.. Kesimpulannya mmg gagal la konsert ni.

Masa aku gi tgk Dewa 2 kali dulu pun mcm ni.. Konsert jadi spoil sbb kelakuan crowd2 Indon. Rasa mcm halau balik je..