03 January 2007

Search Tarik Diri (II)

Ini yang diupdate dari www.duniasearch.com.


Berita Gempar!! Search tarik dari S2 Konsert 5 Januari 2007

SEARCH telah menarik diri dari menyertai S2 Celebration Concert Search 25th Anniversary yang dijadualkan berlangsung di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur pada 5 Januari ini. Semenjak 6 bulan yang lepas, pihak penganjur iaitu Tiga Events Sdn Bhd telah gagal memenuhi beberapa specificasi SEARCH yang menginginkan sebuah konsert ulangtahun yang hebat.
Perkara-perkara yang tidak dipenuhi oleh Tiga Events termasuklah ruang pentas, muzik kualiti, playback (klip video) dan teknik lampu. SEARCH dan Tiga Events telah bersetuju untuk melantik Jalil Ngah sebagai produser konsert tersebut. Yamaguchi juga telah disebut-sebut sebagai sound engineer yang menjanjikan satu teknologi bunyi yang canggih. Akan tetapi, Jalil Ngah hanya dihubungi oleh pihak Tiga Events minggu lepas. Atas dasar tidak mahu membuat kerja seperti melepaskan batuk di tangga, Jalil Ngah telah menarik diri. Ini adalah kerana notis yang diterima adalah terlalu singkat dan ini akan menjejaskan mutu konsert dan muzik tersebut yang akan disampaikan kepada peminat yang dikenakan bayaran yang agak mahal.

SEARCH membayangkan sebuah konsert yang hebat dan gemilang sebagai hadiah kepada peminat-peminat SEARCH sempena ulangtahun yang ke-25. Konsert tersebut seharusnya menjadi sebuah hadiah istimewa dari SEARCH untuk peminat-peminatnya. Disebabkan SEARCH tidak mahu konsert itu disamakan dengan konsert-konsert biasa lain seperti Jom Heboh, SEARCH sanggup menarik diri dari menyertai S2 Celebration Concert yang dianjurkan oleh Tiga Event (anak syarikat TV3).

SEARCH hanya mahu yang terbaik untuk dipersembahkan kepada peminat-peminat mereka.


So, ape cerita? Keputusannya ramai yang kecewa. Bagi aku, Search perlu membayar harga yang mahal dengan mengambil keputusan macam ni. Ada pro dan kontranya. Sesetengah peminat tak peduli pun sound system teruk ke hapa ke? Macamana dengan fans yang dah beli tiket? Ada member dari Singapore yang dah beli tiket dan dah bertolak ke KL.

Takpe, kita kena dengar dua-dua belah pihak. Tapi kalau macam ni gayanya kita nak organize konsert, paham-paham jelah.

-Kutu Rock-

2 comments:

Alif Azhar said...

woohoo...ini kes berat.nak percaya pun susah.
atau sekadar gimik,tarik perhatian.
bukan apa,susah nak percaya.

N a d i a said...

bukan gimik lagi brader. ni melibatkan maruah rock yg dipijak dek sponsor yg tak bertanggungjawab. more updates comin' soon.

kutu rock: nadia