11 June 2007

KONSERT - Shakti

13 Jun 2007
8pm
PWTC

SHAKTI?


SHAKTI - Inilah band yang diasaskan oleh guitar virtuoso yang juga Bapa Jazz Rock / Fusion, John McLaughlin. SHAKTI ditubuhkan oleh McLaughlin pada 1975 selepas band Mahavishnu Orchestra dibubarkan. Mahavishnu Orchestra adalah antara band fusion terawal yang turut dianggotai oleh Jerry Goodman (biola), Jan Hammer (kibod), Rick Laird (bass) dan Billy Cobham (dram).

SHAKTI ialah eksperimen McLaughlin untuk meninggalkan (sementara) fusion elektrik dan meneroka muzik klasik India (Nota: Lewat 60an dan 70an telah berlaku satu perubahan radikal dalam perkembangan muzik Barat. Pada masa itu, ramai pemuzik Barat terpengaruh dengan unsur-unsur spiritual Timur yang terkandung dalam falsafah-falsafah serta agama-agama seperti Hindu, Buddha dan Islam). Band akustik ini cuba mencari keserasian antara modal improvisation stail John Coltrane dengan muzik klasik India tahun 50an yang dipelopori Ravi Shankar.

FUSION?

Jazz improvisation+Rock = Fusion. Ia tercipta lewat 60an apabila muzik rock menjadi semakin kreatif dan ramai pemuzik jazz mula bosan dengan hard-bop dan muzik avant-garde yang ketat disiplinnya. Antara nama-nama besar dalam genre fusion (yang juga 'akar' muzik post-punk) ialah Frank Zappa, Al Di Meola & Return To Forever, Kazumi Watanabe, Joe Zawinul, Miles Davis, Herbie Hancock, Weather Report dan Mahavishnu Orchestra.

JOHN MCLAUGHLIN?

Merupakan gitaris jazz pertama yang memainkan altered scales yang kompleks.

Terkenal kerana gitar akustiknya yang unik. Gitar Indian-inspired nya itu dibuat oleh Abe Wechter pada 1975. Ia dilengkapi dengan 6 tali standard-tune yang bersilang dengan 7 tali sympathetic pada soundholenya. Persilangan pada sudut yang dramatik itu telah menghasilkan bunyi seakan-akan sitar yang berdengung!

Telah menghasilkan album unplugged (bertajuk 'My Goals Beyond') dua dekad lamanya sebelum fenomena atau trend MTV Unplugged bermula.

(Nadia aka Countess, ROTTW Ogos & September 2000).

No comments: