Kreativiti kita mampu hadapi muzik seberang (Dipetik dari Harian Metro 16 Oktober 2007)
MAJORITI insan seni dalam industri muzik tempatan kurang senang dengan kebanjiran dan lambakan artis Indonesia di negara ini sejak akhir-akhir ini. Isu itu makin ketara apabila segelintir stesen radio swasta didakwa memutarkan lebih banyak lagu Indonesia berbanding karya tempatan.
Kebanyakannya mendakwa stesen radio memberi laluan sangat mudah kepada penyanyi Indonesia tanpa tapisan dan birokrasi. Ia sangat berbeza dengan nasib yang dihadapi penyanyi kita jika hendak mencuba nasib di sana. Justeru, vokalis kumpulan Search, Suhaimi Abdul Rahman atau Amy serta penyanyi, Hattan, baru-baru ini, tampil meluahkan kekecewaan secara terbuka terhadap pengurusan stesen radio terbabit yang seolah-olah menutup periuk nasi penyanyi tempatan.
Jawapan daripada pengurusan beberapa stesen radio pula bernada sama iaitu berdasarkan permintaan pendengar. Pengurus Besar Rangkaian Radio Media Prima, Seelan Paul dipetik sebagai berkata, lima lagu yang mereka minta pendengar senaraikan, tiga daripadanya adalah lagu artis Indonesia.
Bagaimanapun, 'serangan' karya muzik dari negara seberang itu bukan perkara baru. Sejak era 70-an dan 80-an, pendengar kita sudah terpegun dengan lagu dendangan penyanyi Indonesia seperti Broery Marantika, D'Lloyd, Bob Tutupoli, Hetty Koes Endang, Ebiet G Ade, Tommy J Pisa dan Endang S Taurina.
Senario itu berterusan pada lewat era 90-an dengan kemasukan kumpulan muzik rock dan pop Indonesia seperti Gigi, Sheila On 7, Dewa 19, Padi dan Element. Waktu itulah bermulanya 'penaklukan' kumpulan muzik Indonesia dalam industri muzik kita. Sambutan hebat peminat di sini terhadap mereka membuatkan kemasukan artis Indonesia lebih mudah. Maka, tibalah kumpulan muzik lain seperti Radja, Samsons, Ungu, Slank dan terbaru, Kerispatih dan Letto.
Apa yang pasti, kehadiran mereka mendatangkan pelbagai implikasi. Penggiat seni tempatan mula berasa tercabar dan dianaktirikan apabila penaja lebih gemar menaja konsert artis Indonesia berbanding artis tempatan. Alasan peminat muzik tempatan pula, lagu Indonesia lebih sedap didengar dan berkualiti dari segi susunan muzik, vokal serta penghasilan lirik.
Mohd Nazri Khairuddin, 28, seorang peminat muzik dari Shah Alam, mula mengikuti perkembangan muzik dari Indonesia sejak enam tahun lalu. Beliau yang amat meminati kumpulan Gigi dan Dewa 19 mengakui kelebihan dua kumpulan rock dari negara jiran itu.
"Kumpulan rock dari Malaysia pula lebih statik dengan lirik yang hanya bertemakan keseronokan dan kekecewaan dalam percintaan. Muziknya pula mendayu-dayu, meleleh dan tidak kreatif," katanya.
Warga Indonesia sebenarnya cukup bangga dengan apa yang dicapai artis mereka di sini. Media dan forum laman web di Indonesia memperkecil, menghina dan memperlekeh muzik dan penyanyi Malaysia. Mereka mengatakan radio Malaysia suka siarkan lagu Indonesia sebab penyanyi atau muzik Malaysia tidak ada kelas berbanding penyanyi mereka.
Persoalannya, benarkah dakwaan mereka itu? Apakah Malaysia sudah ketandusan penyanyi dan kumpulan muzik hebat?
Nama-nama besar dalam arus muzik perdana seperti M Nasir, Ramli Sarip, Jamal Abdillah, Search, Wings, Zainal Abidin, Sheila Majid, Exists, Spider, Mohram dan Datuk Siti Nurhaliza memang sudah dikenali dan nama inilah yang menjadi kebanggaan industri muzik Malaysia.
Dalam konteks kumpulan muzik, mungkin ramai yang tidak tahu kita sebenarnya kaya dengan anak muda yang berbakat besar. Menariknya, mereka ini lebih kreatif dengan menerbit, mencipta dan menggubah lagu sendiri.
Mungkin tidak ramai mengenali nama seperti Meet Uncle Hussain, Couple, Muck, Bittersweet, Freelove, Pop Shuvit dan banyak lagi. Kebanyakannya walaupun bergerak sendiri, tetapi dalam diam-diam mampu menembusi bukan setakat pasaran Indonesia, tetapi Thailand, Jepun, Filipina malah ke Amerika Syarikat (AS).
Couple, kumpulan muzik dari Ipoh pernah dipilih majalah muzik terkenal AS, Rolling Stone sebagai antara 25 kumpulan muzik terbaik dari laman web MySpace. Malah, lagu mereka pernah berkumandang di stesen radio di Amerika Utara. Jika dibandingkan dengan kumpulan muzik Indonesia, mereka tidak jauh bezanya, malah mungkin lebih hebat.
Dengan bakat yang ada, kita sebenarnya mampu untuk menawan pasaran muzik Indonesia. Artis yang sedia ada mungkin perlu tampil dengan idea kreatif serta mencipta 'trend' baru daripada sekadar mengkritik saja.
Sejarah sebenarnya sudah membuktikan kita pernah menawan pasaran muzik seberang. Kumpulan Search pada lewat 80-an pernah mencetus revolusi muzik rock di Indonesia yang sebelum itu hanya popular dengan muzik jazz, R & B dan pop di pasaran muzik arus perdananya.
Populariti Search di Indonesia membuatkan syarikat rakaman di sana mula menerima kumpulan rock mereka sendiri. Kumpulan Slank dari Jakarta adalah antara pelopornya yang terpengaruh dengan Search dan kini muncul sebagai kumpulan rock paling berjaya di Indonesia.
Vokalisnya, Kaka ketika berkunjung ke Kuala Lumpur, awal tahun ini mengakui kehadiran Search membuatkan pasaran muzik rock di Indonesia lebih terbuka.
"Waktu itu memang banyak kumpulan rock di Indonesia, tetapi mereka tidak berpeluang merakamkan album kerana syarikat rakaman tidak yakin dengan muzik rock. Kehadiran Search yang mendapat sambutan hebat membuatkan mereka mula membuka mata terhadap muzik rock," katanya.
Malangnya, usaha yang dilakukan Search tidak berterusan sehingga mereka pula yang berlumba-lumba masuk ke pasaran sini.
Sebenarnya kebanjiran artis Indonesia di sini bolehlah disamakan dengan senario 'British Invasion' yang berlaku di AS pada tahun 60-an dan 70-an. 'British Invasion' menyaksikan kemasukan artis British ke AS sekali gus
mencetus fenomena dalam industri muzik di AS.
Kebanjiran penyanyi dan kumpulan rock British seperti The Beatles, Rolling Stones, Led Zeppelin, Black Sabbath, Pink Floyd, Deep Purple, David Bowie, Elton John membuatkan penggiat seni di AS tidak senang duduk. Malah, mereka berusaha untuk menyekat kemasukan artis British.
Bagaimanapun, tindakan menyekat kemasukan artis Indonesia di sini bukan jalan penyelesaian terbaik. Kita seharusnya perlu tampil dengan idea lebih kreatif, unik dan tersendiri. Individu atau pihak berpengaruh dalam industri muzik seharusnya memberi lebih banyak ruang kepada bakat baru tempatan.
P/S : Errr... Ada sapa-sapa setuju dengan artikel ni?
8 comments:
Aku setuju tang ketidakadilan radio swasta yang menganaktirikan lagu tempatan. Tapi seharusnya artis kita kena sedar dan mesti pastikan produk mereka keluarkan tu kena le bermutu lebih atau sama macam Indon. Sama mesti le mutu bukan style. Contoh terbaik...Sofaz, muzik, stream dah sama tapi masih mengikut tempo Indon. Orang dah tak nak korang lagi boleh bawak, Jawapnya, masa kat PH, dorang performed depan wartawan aje.
Aku setuju dgn ko Ijan. Aku pun suka gak Indon sbnrnya esp band mcm Slank, Gigi, Dewa 19 & Naif. Tapi bagi aku band-band Indon skrg dah stagnant, statik dan boring. Lagu dah mula lebih kurang sama terutama band generasi baru mcm Peter Pan, Samsons, Letto, Ungu & Kerispatih. Lagu2 diorang ni dh tak kreatif dan aku rasa lagu band2 independent msia lagi bagus dan kreatif.
Kira scene Indon skrg dh masuk ke era mcmana yg kita kena dulu iaitu era band2 leleh...
"Kira scene Indon skrg dh masuk ke era mcmana yg kita kena dulu iaitu era band2 leleh..."
So kepada semua...jangan risau....dorang pasti akan merudum macamana band leleh buat kat sini dulu.
Yatt...bagi aku, ini semua lebih kurang macam circle of life. Dulu Malaysia invade indon sekarang time dorang pulak.
Menyentuh pasal band underground @ indie...dorang ni sebenarnya lebih kreatif dan jujur. Pasal lagu pon dorang cipta sendiri. Sampaikan muzik pon cara dorang dan jujur dan berkarya.
setuju dan tak setuju, jadi... positif campur negatif.... err... negatif! Tak setuju. Yatt.. seir ni. Aku dgn hafiz pun nak berblog gak. pila blog kami kat... http://rawkcarpark.wordpress.com/
Pautkan sekali la, nanti aku kasi paut dekat tempat berpaut hang. Selamat Hari Raya, maaf zahir bating
Seir... er, tak kisah le setuju ke tak setuju. Heheh.
Wa... gua sudah pegi blog lu ngan hafiz. Cantik! Teruskan lagi dgn artikel2 kritis camtu.
Wei, hang keja mana skang? Aku tgk paper motoring BH tu dh org lain take over.
Err... tulih kat ROTTW la balik...
aku buat magazine korporat plak tulis psl property. Menarik gak... hang pi www.tourism.gov.my
lepas tu klik propertyXplore kat bawah nun. Co aku buatkan utk Tourism Board. Hafiz masih kerja BH Auto, setiap jumaat.
Tulis dgn ROTTW, sorry... memang dah tak ada idea lagi... haha. In the next reincarnation kot. selamat bradder
Isu ni sebenarnye adalah putar-belit recording co. tak nak keluar belanja untuk release band baru.Cuba fikirkan,berapa kerat recording co yang ada kat Malaysia.Lepas tu apa nasib dengan budak RENTAK JUARA,ROCKUNITE dan berlambak pertandingan band satu MALAYSIA ni?SEgah KRU pun mana ada release band kita lagi!!Siap sign budak indon yg menang bertanding kat tv dulu ada la.
Band indon susah ape,produk dah siap.murah pulak tu.kaum dia org pun ramai kat sini yang fanatik gile.Ditambah pulak dgn sokongan sykt kat MALAYSIA yang berebutkan pasaran indon.Panggil main kat sini tak kira berapa bayarannye.Janji dapat masuk sini.Kes anniversery SEARCH tu contoh yang nyata!! Lepas tu buatla statement yang " kami ni peminat Search la,Search tu idola kmi la.. pada aku tu semua ayat bodek je..
Alasan yang lagu kita tak berkualiti tu sengaja diputarbelit oleh yang berkepentingan.Kalau lagu seberang tu bagus sangat apasal gile2 datang kat sini je.pegi lah Thailand ke Filipine ke India ke .. Last skali statemen yang paling meluat aku dengar " kita ni serumpum.. " porahhhh....
*** HUDUP MUZIK MALAYSIA,jA****m Petualang bangsa
tahukah anda yg aku pernah main drum tk aidil couple tu dulu..time tu nama depa Pet Hate Minors..budak Rapat Jaya..benderia....
Post a Comment