07 February 2006

ROCK SANA SINUN (Feb 2006)

ALBUM BARU IN FLAMES
Kepada yang sesiapa yang minat In Flames, band ni baru je release album baru diorang ‘COME CLARITY’ Dengar cerita, album ni dapat review yang positif kat overseas. Well, kita tunggu apa kata kipas-susah-mati In Flames kat Malaysia ni nanti, worait?


ALBUM BARU AMY SEARCH
Album Amy Search ‘IKON – A ROCKSTAR CHRONICLE’ sudah pun berada di pasaran sekarang. Album kompilasi yang memuatkan 14 buah lagu ni, turut menampilkan dua lagu baru “Suralaya Dalam D Major” dan “Syurga dan Neraka” (featuring Bienda). Lagu-lagu ni memang mantap, wa cakap lu!


RADIO MALAYA
Kalau geng-geng Bodysurf bikin kompilasi, selalunya mesti gempak (ingat ‘Kopi Sechewen?). This time, diorang dah release album kompilasi homemade ‘RADIO MALAYA’ yang padat ngan lagu-lagu band-band seperti Carburator Dung, Muck, Plague of Happiness, Sgt Weener Arms, Missing Chapter, Bittersweet, Elisebelle Tears, Kuchalana, Lucy in the Loo, Custom Daisy, Frelove, Harmacy, Couple, Furniture dan Muze. Check it out! Beli & support our local acts!

Nak more info? Contact:
Bodysurf Music
PO Box 585
30670 Ipoh

Bodysurfmusic@email.com
www.myspace.com/bodysurfmusic
http://groups.myspace.com/bodysurfmusic


BLACK SABBATH JADI KE JOIN ROCK & ROLL HALL OF FAME?
Black Sabbath akhirnya bakal join Rock & Roll Hall of Fame pada 13 Mac 2006 nanti. Sebenarnya, diorang ni dah lama layak untuk jadi inductee (sejak 1997 lagi dah), tapi Ozzy Osbourne tak setuju sebab dia tak puas hati – Dia kata artis/band yang terpilih tu sepatutnya dipilih oleh peminat la apa la..bla.bla.. Apa pun, panel yang memilih tak peduli ngan bantahan si Ozzy tu, so, Black Sabbath bakal jadi inductee tahun 2006. Lain-lain artis/band yang juga inductee tahun ni ialah Blondie, Miles Davis, Lynyrd Skynyrd dan Sex Pistols.


‘RETARDEDLY PAINFUL FUNK’?
Red Hot Chili Peppers (RHCP) khabarnya akan muncul ngan album diorang yang ke-9, ‘STADIUM ARCADIUM’ pada pertengahan 2006. Album tu asalnya nak diterbitkan as ‘trilogy’, each released six months apart (lebih kurang cam album Sytem of a Down ‘Mezmerize’ & ‘Hypnotize’). Tapi, band tu decide nak letak 25 track dalam satu double-album sekaligus. Kata Anthony Kiedes dalam satu interview ngan MTV News, album tu padat ngan lagu-lagu yang bolehlah dikatakan ‘retardedly painful funk’, takpun, ‘straightout dirty funk’. Haa..Kalau nak tau, apa yang ‘retarded’ dan apa yang ‘dirty’ nya, jangan lupa beli habuan terbaru RHCP tu nanti.

-nadia the rockin' mama-

2 comments:

Anonymous said...

tahun lepas lagi aku dah dapat mp3 inflames tu hahahahahaha

Nadia said...

anonymous,
aku ni tak berapa tau & berkenan sgt ngan mp3. al-maklum le. ol-skool. hehehe...tapi when it comes to the bands that i love, i always prefer hard-cold CDs, tapes! boleh belek-belek inlays, liriks, cium gambo artis2 tu...haaa...baru pueh hati!;-)

-nadia the rockin' mama-