14 April 2006

Rock on,Barongan!

SOSEH-SOSEH: Barongan gah di luar negara
(Sumber: Harian Metro, 13 April 2006)


MUNGKIN ada benarnya kata pepatah, kera di hutan disusukan, anak sendiri mati kelaparan. SS bukannya apa, sekadar melahirkan rasa terkilan rakan artis yang agak kecewa dengan situasi sekarang yang dilihat semakin memartabatkan muzik seberang berbanding muzik tempatan.

SS yakin ramai peminat mengetahui artis tanah air kita pun tidak kurang hebatnya, cuma mereka kurang diberi peluang. Malah ada ketikanya mereka dibiarkan terkontang-kanting sedangkan negara luar mengiktiraf mereka.

Hal ini terjadi pada kumpulan Barongan yang berkonsepkan Heavy Metal Rock. Sebelum ini mereka pernah mendapat pengiktirafan sebagai The Best Heavy Metal Rock di Berlin, Jerman beberapa tahun lalu, tetapi masih ada yang tidak mengenali mereka.

Bukan itu sahaja, Barongan yang turut menjadi duta alat muzik jenama Behringer keluaran Jerman ini sekali lagi akan mewakili Malaysia ke Festival Muzik Rock yang akan diadakan di tiga negara iaitu Jerman, London dan Perancis pada Jun ini.

Apa yang membanggakan hanya dua kumpulan terpilih mewakili Asia iaitu Barongan dari Malaysia dan Slank dari Indonesia. Mereka akan mengadakan persembahan bersama kumpulan ternama lain dari seluruh dunia seperti Scorpion dan ramai lagi.

SS tumpang gembira dan bangga mendengar khabar ini. Maklumlah selama ini, kita hanya ditampilkan dengan berita artis pop sahaja yang berjaya ke peringkat antarabangsa. Sedangkan muzik rock juga mampu berjaya ke peringkat ini dan mempunyai elemen mendidik dengan lirik bercorak ketuhanan dan kehidupan.


2 comments:

Anonymous said...

quote...
Hal ini terjadi pada kumpulan Barongan yang berkonsepkan Heavy Metal Rock. Sebelum ini mereka pernah mendapat pengiktirafan sebagai The Best Heavy Metal Rock di Berlin, Jerman

setahu teman takde istilah HEAVY METAL ROCK.....

Anonymous said...

sepatutnya Heavy Metal/Rock. aku ada tgk kat poster competition tu. Barongan dok dlm kategori Heavy Metal. wartawan ni main redah je. Dlm temubual takkan nk sebut perkataan "/" atau sempang.