23 August 2006

KONSERT - Fotograf & Mega @ Planet Hollywood


Sunday Nite Live - MEGA & FOTOGRAF
Tarikh: 27 Ogos 2006 (Ahad)
Masa: 10.30pm
Tiket: RM40 (+1 free drink)

MEGA merupakan satu nama yang cukup gah di awal tahun 90’an. Kumpulan ini telah melahirkan lebih lima buah album dan di kategorikan sebagai salah satu artis rakaman tempatan yang mampu menarik perhatian para pendengar dari pelbagai peringkat umur. Album terakhir kumpulan Mega merupakan ‘Terbaik Mega’; sebuah album kompilasi dan lagu-lagu yang ada di dalamnya terdiri daripada 12 lagu popular mereka sepanjang berada di persada seni tanah air dan dua buah lagu bonus. Dengan lahirnya album ini, rindu para peminat terhadap Mega terubat sedikit sebanyak. Terbaik Mega yang menampilkan penyanyi asal kumpulan ini, Rahmad bersama dengan tiga ahli baru berjaya membawa kembali zaman kegemilangan Mega kepada para pendengar!

FOTOGRAF juga merupakan satu lagi nama yang tidak perlu lagi di perkenalkan di dalam industri ini. Di tubuhkan pada tahun 1987 oleh empat orang anak muda; Shamrin (vokal), Amran (Gitar Bass), Abol (Gitar Utama) dan Ringo (Drum), Fotograf juga akan turut sama membuat persembahan bersama Mega di showcase istimewa ini nanti. Selama lebih kurang 20 tahun berkecimpung di dalam arena muzik tanah air, Fotograf telah berjaya melahirkan lebih lima buah album dan mempunyai peminat-peminat utuh yang tidak pernah lekang menyokong mereka dari tahun awal kemunculan mereka lagi. Lagu-lagu popular mereka seperti Di Alam Fana Cinta pernah memenangi Lagu Terbaik Kategori Rock di Juara Lagu 1992 dan juga Anugerah Khas Muzik-Muzik. Sudah semestinya siri Sunday Nite Live bersama Fotograf & Mega di Planet Hollywood ini mampu mengubat rindu penggemar muzik berentak pop-rock klasik yang ada di negara ini.



Sebarang pertanyaan, sila hubungi:-

Sharina Ahmad (Pengarah Pemasaran)
di 03-2144 6602 / 012-3763446 / salephkl@tm.net.my
atau
Erlina Zahidi (Eksekutif Pemasaran)
di 03- 2144 6602/ 012- 265 2617/ salephkl@streamy.com



4 comments:

Anonymous said...

dengo cite shamrin panggil opie bloodshed utk bawak 'srikandi cintaku' as a tribute to bloodshed. gua ada bgtau kat rosdan. tapi mcm takde respon je. hmm..he never liked that song anyway...

Anonymous said...

huahuahuahua....
MEGA....
best nyer ....
jiwang nyer....

N a d i a said...

ala..biasak la..jiwang tu elemen penting seorang manusia yg normal. haha..

Anonymous said...

jiwang memang penting.
tapi jgn leleh kan kepentingan tu...
hahaha!!!