17 January 2007

Buta, Pekak atau Pengecut?

Konsert Rock: Penaja Buta, Pekak atau…Pengecut?
Oleh: Countess

“Injustice for All” (bukan “And Justice for All”). Mungkin itulah frasa paling tepat apabila memperkatakan tentang ketidakadilan yang sedang melanda industri muzik kita. Syarikat-syarikat korporat, terutamanya syarikat telekomunikasi tempatan, berlumba-lumba untuk menaja konsert secara besar-besaran. Yang sedapnya, mereka telah memeriahkan lagi industri hiburan kita yang dahagakan persembahan-persembahan ‘live’. Mereka juga telah menyediakan platform terutamanya kepada band-band baru untuk bertapak. Tetapi, yang tak sedapnya, ada antara penaja-penaja ini lebih ghairah untuk menaja konsert artis luar. Sudahlah jualan album di pasaran lembap, penaja dari syarikat rokok pula terpaksa dikata “TAK NAK”. Akibatnya, satu lagi punca periuk nasi artis (khasnya artis dan band-band rock bertaraf legenda) tertabur pasir.

Kehadiran band Indonesia, Samsons mengadakan konsert di Kuala Lumpur pada 6 Januari lalu dengan hanya berbekalkan satu album dan satu lagu popular sebenarnya mengundang seribu persoalan. Sebabnya mereka pernah datang menjayakan showcase untuk promosi album ‘Naluri Lelaki’ tahun lalu dan 6 Januari lalu, datang lagi untuk sebuah konsert berbekalkan album sama. Hasilnya, mereka menyampaikan sembilan lagu dari album yang satu itu tanpa memberi bonus kepada peminat di sini sama ada menyampaikan lagu baru atau lagu popular orang lain. Bagi artis tempatan, peluang untuk menjadi ‘headlining’ konsert dengan hanya berbekalkan satu album hanyalah satu mimpi!

Pada sidang akhbar pengumuman konsert sempena ulang tahun ke-25 Search Disember lepas, Amy meluahkan rasa terkilannya kerana reputasi mereka selama ini dipandang sepi oleh pihak penaja tempatan. Konsert mereka bersama Slank tersebut pernah tertunda dua kali kerana ketiadaan penaja. Kertas kerja yang diusul, ditongsampahkan.

“Mungkin mereka (penaja) ini buta ataupun pekak dan tidak pernah membuat sebarang penyelidikan tentang pencapaian Search sebelum ini. Dua tahun lepas Search pernah buat konsert di Stadium Merdeka dengan disaksikan hampir 40,000 penonton. Jumlah itu lebih ramai daripada penonton konsert Linkin Park!” (Amy – Utusan Malaysia, 15 Disember 2006).

Itu nasib Search, satu band yang pernah menggegar tanah seberang dan telah mencorak satu revolusi baru dalam industri muzik rock di sana dengan album ‘Fenomena’ yang terjual sebanyak 700,000 unit (rasanya tak ada satu pun artis Indonesia yang berjaya menjual album mereka sebanyak itu di sini).

Apakah alasan pihak penaja sehingga Amy mengatakan mereka ‘buta’ dan ‘pekak’? Mungkinkah ada lagi penaja gusar dengan muzik rock yang dibawakan oleh Search atau band-band rock yang sezaman dengannya? Kalaulah budaya kuning (rock = dadah dan seks bebas?!) dijadikan alasan, ianya adalah sesuatu yang lapuk lagi pelik kerana di sudut lain, tahap toleransi penaja dan pihak berwajib amat tinggi. Jika tidak, tak mungkin kumpulan awek seksi yang kononnya memperjuangkan identiti wanita berani melalui “muzik” mereka sampai ke mari. Tak mungkin band-band ‘muka jambu’ dari seberang yang masih hijau boleh bikin konsert di sini. Dan, tak mungkin juga hero serta heroin Bollywood yang hanya ‘miming’ di pentas masih dijemput dan ditatang ke sini. Ibarat kera hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan. Klise? Tetapi itulah sebahagian realiti industri muzik kita hari ini.

Kita tidak boleh menidakkan matlamat pihak penaja yang sememangnya mahukan keuntungan. Bagi mereka, kehendak pasaran menjadi sasaran. Kaitkan saja matlamat normal ini dengan senario ‘Indon Invasion’ yang sedang berlaku. Persoalannya, sejauh manakah pihak penaja benar-benar memahami apa yang dimahukan oleh para pendengar dan pencinta muzik tempatan? Benarkah majoriti pendengar sekarang mahu disogokkan pop trendy atau goyang gerudi semata-mata?

Andaian tentang kehendak pasaran memang tidak salah. Tetapi, ‘generalization’ yang membuta tuli adalah tidak adil dan mengabaikan golongan pendengar dan peminat muzik lain yang juga mempunyai kuasa beli.

Mungkin ada penaja yang kurang yakin dengan kemampuan artis tempatan. Bagi mereka, sesetengah artis tempatan tidak punya ‘X-factor’ yang menarik. Mungkin mereka merasakan tidak berbaloi untuk melaburkan wang yang banyak untuk menaja konsert bertaraf antarabangsa hanya untuk artis tempatan. Atau mungkin mereka membuat ‘generalization’ bahawa tidak ada di kalangan para peminat muzik tanahair yang sanggup menghabiskan beratus-ratus ringgit hanya untuk menikmati konsert artis Malaysia yang mantap dan berkualiti serba-serbi.

Generasi yang pernah membesar dengan muzik rock kapak, misalnya, kini berusia dalam lingkungan lewat 20-an dan lewat 40-an. Golongan ini adalah antara majoriti kuasa pembeli yang ada sekarang. Peminat-peminat rock ‘old-skool’ yang terangkum dalam golongan ini ternyata sanggup membayar lebih untuk menonton konsert yang berkualiti. Contoh terbaik ialah konsert Ramli Sarip ‘Zaman The Concert’ yang diadakan pada 8-9 Julai 2005. Konsert yang diadakan dua malam berturut-turut itu penuh sesak dengan penonton dari golongan yang disebut tadi walaupun tiketnya mahal dan diadakan di lokasi berprestij, iaitu Istana Budaya.

Golongan berkuasa beli tersebut juga merangkumi pendengar dan peminat muzik yang masih meminati rock kapak, tetapi tidak dapat datang ke konsert-konsert yang diadakan di kelab-kelab malam atas faktor masa ataupun perubahan gaya hidup.

Sudah tiba masanya para penaja membuka minda. Berhenti menjadi pekak dan buta. Ada satu golongan berkuasa beli yang matang dan berpoket tebal perlu disasarkan. Perlu diingat, ada peluang yang boleh diintai di sebalik kegilaan peminat kepada suara sengau Irwan Syah dan “Pencinta Wanita”nya, atau aksi manja Ratu dengan “Lelaki Buaya Darat” mereka. Di sebalik kegilaan ini, ada peluang keuntungan yang mesti dieksploitasi secara berani. Strategi pemasaran dan publisiti yang baru mesti diuruskan. Dan paling penting, penaja perlu adil, bukan saja kepada artis tempatan, tetapi juga pencinta muzik yang mahukan alternatif.

Artis-artis tempatan pula disarankan agar tidak turut pekak dan buta. Semak semula kertas kerja yang ada sebelum diusulkan pada penaja. Pasti ada satu formula atau strategi tertentu yang membolehkan artis-artis berlabel ‘Buatan Malaysia’ mampu menggegar pasaran muzik baik di sini ataupun di seberang sana sebagaimana yang pernah dibuat oleh Search kira-kira 17 tahun dahulu.


**Countess: Tunggu konsert 'Double Trouble' Search & Wings!!...Tapi tu la..sape mau sponsor?

26 comments:

carvedijan said...

Geram jugak bila 1 telco yg paling senior kat Malaysia sponsoring Samsons buat konsert kat sini. Terbaca review di Mingguan Malaysia 14hb Jan 2007, konsert yg sepatutnya gilang-gemilang adalah lebih layak dipanggil "SHOWCASE". Yang menyelamatkan "showcase" tu kata penulis ialah OAG (band MALAYSIA diulang BAND MALAYSIA). Aku setuju sangat dengan korang. Ya memang betul waktu ini purchase power terletak kepada peminat "rock kapak" yang lahir pertengahan 70an. Dorang patut concentrate pada golongan ni. Bukannya kepada pembeli prepaid untuk menalipon seberang.

p/s: Double Trouble....hmmmm yummy!!!!!!!

Nadia said...

btw, 3hb ni ada konsert search, ella...and radja & INUL kat malawati stadium. sponsor: digi. search & ella dan cukup cun dah..tapi INUL?...mak aiii...tak sanggup lagi rasenye nak redah crowd gudang garam...haha..

Nadia said...

btw, samson datang lambat masa konsert. so radhi siap cakap on stage yg dia disuruh layan crowd & cakap byk2 sket sbb samson tak sampai lagi la...hahaha...radhi..radhi..cayalah! u rock!

carvedijan said...

apa masalah dorang buat campur campur mcm ni ha? Ade ke konsert boleh campur campur genre...? Biar le kalau rock ngan rock, dangdut ngan dangdut le. Dah jadi mcm rojak lak. Kang jadi mcm konsert Malindo lak karang.

Fikiran orang bisnes mmg mcm ni le. Cuba korang teliti betul2 ye. Dengan buat konsert mcm ni, Digi bukan shj boleh pull peminat rock tapi peminat dangdut jugak. Sekarang ni dorang pilih satu artis sebagai crowd puller.....cth kat sini bagi aku dah tentu "Inul" pasal reputasi Search dah jatuh sikit pasal S2 Celebration. So main target dorang = peminat dangdut di Malaysia(eh ada lagi ke?)dan peminat dangdut Indon di Malaysia (wakkangs). Dah dua dah target. OK lepas tu dorang target lagi ramai Indon dtg ke konsert, so dorang panggil Radja. Atleast dorang dapat tarik lagi peminat rock Indon di Malaysia (wakkangs jugak). Memandangkan Radja ada peminat orang Malaysia, jadi dengan tak semena2(hehe) dapat pull peminat rock orang Malaysia...Dah 4 golongan dorang dah pull. Lepas tu lak nak mengaburi mata pengkritik yang macam ko(aku, mereka dan dorang), dorang jemput le Ella ke Search ke. Nanti kata tak ingat orang Malaysia lak. (politics...S@$T).Lepas tu.... oh no I've gone crossed eye !!!(><)

Patut le aku pakai Digi dari tahun 1998 lagi....hehe.

pemuda jalanan said...

tertanya2 juga.
group2 rock kita ada yg dah bpuluh2 tahun dlm industri.
klu tak ada sponsor takkan xboleh handle sendiri?
search dah 25 tahun,takkan masih nak harapkan org lain.

YATT said...

Pemuda Jalanan,

Tujuannya diorang nak cari sponsor tu bukannya takde kepakaran nak handle konsert, tapi sbb takde duit.

Tapi, aku tak tau le kalau ada band rock Msia ni yg ada bajet setengah juta RM utk buat konsert...

carvedijan said...

Pemuda jalanan,

Nak buat satu2 konsert tu, ingat seposen dua ke? Mahal woo.... contoh untuk S2 celebration baru2 ni, Amy ada bagitau kos hampir 400 ribu(aku pun baru tau!!:)). Rock band kita rasa2 mana ada bajet besar camtu. Nak buat konsert mega giga mcm tu memang bajet kena besar. Sebab tu le tiket selalu mahal nak mampuih. Kalau ko perasan pun artis kalau perform, lagi ramai crowd lagi seronok dorang nak perform.Market kita kecik, sebab tu le nak buat konsert mcm ni nak kena ade sponsorship beso2. Kira win2 situation untuk dua2 pihak.

Kalau korang ingat zaman syarikat rokok taja, mesti ada rokok sampling penaja bagi. Lepas tu dorang buat promosi bukak booth, letak amoi ranggi sambil layan konsert. ooohhhhhh those were the days!!!!

Nadia said...

Ijan,
aku faham. aku mmg emo sket. sampaikan aku terlupe stuffs yg penah aku blajo mase buat marketing dulu. :-) hehehe..tapi rasenye dlm artikel tu aku ada try to mention gak la why sponsors camtu kan? but then again, aku tulis mcm ni sbb aku bengang sbb ramai sgt yg suke GENERALIZE the market. tu je main point aku. sape yg nak rugi kalo buat bisnes kan?
anyway, tak kesah lah. janji artikel aku ni dpt gak aku publish somewhere. dlm blog pun jadi la.

pemuda jalanan,
slank buat semua sendiri, DIY, dari jual album sampai la tour (tu pasal dorang lambat masuk mesia)and yes, they are megastars. tapi kite kena faham, diorang mampu buat sbb market diorang beso. kat sana culture to appreciate art/good music & tengok konsert tak mcm kat sini yg sumenya nak free. kat sana tiket baru rm2.50 (at least tak free), free sekotak rokok plak lagi! dorang bleh buat mcm tu sbb crowd yg dtg tengok konsert dorang paling cikai pun 50k satu show. maybe sbb tu sponsors yg carik diorang.

kat mesia ni ntah la. nak jual album 5k unit pun blum tentu, ni kan pulak nak buat konsert sendiri.
dari mana diorang nak cekau duit tu? kalo search tu band DIY/UG dari dulu, maybe. so, takpe sgt. bleh try jadik cam fugazi. tapi, kalo dah jadik rock darlings, tak boleh lari dari mcm2 expectations maa...(esp dari fans).

ntah la. pe pun, aku masih berharap satu hari nanti akan ada SEARCH & WINGS 'Double Trouble' The Concert!;-)

Peace. Luv. Empathy.

zan said...

Wo...aku tertinggal "Tapi" (ikut kata Deena)

Citer pasal konsert ye? Hm..Aku dah jadi mcm nk gelak guling2 pastu nk tunjuk jari tengah kat our sponsor tiap kali dorang wat konsert yang bercampur-campur ni. Tau la kat Indon tu top ngan Bakso, Rojak tapi dorang takleh nak samakan makanan ngan muzik. kat U.S tak penah lak aku dengar ada konsert yang campur cam Aerosmith ngan Britney Spears ke..

Pasal konsert yang terbaru ni, Search n Ella main ngan Radja n Inul..aduh..Naper Search sanggup nak main gak? Walaupun aku penah baca kat PancaIndera lepas konsert S@ dorang tu, konsert ni dorang main kerana amal. isk..cam kelako la dua old-timer wat konsert ngan dua artis muda, siap lain genre lak tu.

Pasal marketing..kenapa nak perlu ikut teori mcm yang tertulis kat buku? Kenapa tak create satu trend atau teori baru dari ikut ape yang sedia ada? Apa kata kalau semua artis2 kat Malaysia ni pakat ramai2, boikot konsert2 yang pair kan dornag ngan artis Indon, baru organizer terduduk. Nak kata tu periuk nasik dorang? jangan nak ngarut la. Tak penah aku dengar artis kat M'sia ni yang idup merempat pasal takde show kecuali yang veteran (Arwah S. Jibeng sebagai contoh). Amy pn pakai jaguar kan? Eddie Wings n Hattan pun bley pakai Mercedes, CLK lagi tu (Hattan). Cuma yang perlu skang ni keberanian je la. Amacam?

"Tanpa keberanian, mimpi tidak bermakna" - Ahmad Daniel..

p/s: sori geng, terpanjang lak aku komen..hehe

YATT said...

Zan... kalau dah offer sampai sorang bleh dpt 5 angka takkan tak nak?

Amy rasanya pakai Kia Spectra. Eddie Wings tak tau lak dia pakai Merc. Hattan memang la. Dah mamat tu bisnes jual kete...

YATT said...
This comment has been removed by the author.
jiwarock said...

Wings memelukan band rock malaysia.ade ke boleh join konsert s2.dulu diaorang jugak beria2 kutuk band indon...wings cakap tak serupa bikin.....aku dah jadi tak minat langsung kat wings...memalukan....

adiknadia said...

aku bengang betul dengan kumpulan wings...sejak awie masuk balik wings dah jadi macam band pondan je...malula cakap tak serupa bikin...kutuk2 band indon tapi join jgk konsert s2...legend ape nama nie....search paling sempoi....

Nadia said...

hehehehe...kutuk wings ye? tak kesah...janji aku dapat 'bonus' mlm tu. bleh tengok wings main live! yeay!;-)

p/s: kalo dah peluang buat duit kat depan mata...on je la, ye tak? heheh..nanti la. satu hari nanti, aku nak sangat tanya kat awie, "WHY? WHY? WHY?"... ;-)

Nadia said...

opp..lupe plak nak tulis, dah la aku dpt 'bonus', dpt tengok FREE plak lagi...heh..ok la..

zan said...

Maybe betul ko dapat bonus malam tu Nad.. Ye la..ko ngan Yatt aku tak heran kalo dapat tengok "pree". Kabel besor WTC..hahaha. Tapi skang ni tindakan Wings tu secara tak langsung dah jatuhkan maruah dan kreditibiliti band tu sendiri. Aku pun dengar gak lagu2 Indon ni, penah bawak jamm lagi tapi skang ni masa untuk menyedarkan korporat M'sia tentang betapa patriotik tu bukan sekadar bagi bendera free masa bulan kemerdekaan tapi bawak band luar untuk show malam merdeka. Ini berkaitan dengan survival dan maruah muzik M'sia amnya dan band2 rock melayu khasnya. Macam yang aku tulis itu ari, takkan kebulurnya Wings kalau tak main malam tu tapi dorang memilih untuk main..bermakna dorang letakkan duit tu kat depan sebagai perkara pokok sampai sanggup menjilat balik kahak yang penah diludah dulu. Dan ini aku rasa impaknya kepada peminat dorang lagi kuat rasernya dari impak Search pull-out tempohari.

p/s: Kalo korang terer, kasi Wings baca suma entry ni la beb..hehe

Nadia said...

waaa..marah betui ko zani? hehehe..rilekk brader. jgn emo. nanti jadik cam 'akupoyo', bekas peminat setia hanya rock n roll. haha..
honestly, walopun aku kipas-susah-mati wings, aku pun TAK SETUJU ngan pendirian wings, tapi takpe. satu hari nanti, kite try le tanye wings, KENAPA diorang camtu.
mane tau, maybe diorang buat camtu sbb diorang nak jadik 'savior' instead? hahaha..i doubt it, but you never know.
last sekali, rilekkk...what's rock if we ain't havin' fun?..;-)

KEEP ON ROCKIN' IN THE FREE WORLD, bebeh!

zan said...

Sori beb kalo aku ter"emo".
Tapi pasal aku tak tau nak cakap kat sapa benda2 macam ni. Setakat sembang tepi jalan, benda ni takkan ke mana. Alang-alang dah ada orang yang memulakan topik ni dalam site dan orang tu pula aku rasa akan ada banyak peluang untuk luahkan ketidakpuasan hati "marhaen2" cam aku ni, tu yang aku amik can kat sini. Citer pasal pull-out ni, teringat aku kat satu artikel dalam ROTTW lama dulu. Citer pasal Pearl Jam sanggup batalkan konsert dorang semata-mata kerana pihak "Ticket Master" letak harga mahal. Sampai akhirnya Ticket Master terpaksa turunkan harga tiket konsert. Apa cik Countess ke yang tulis artikel tu? Alangkah bagusnya kalau band2 rock kat M'sia leh wat camtu..

jiwarock said...

qwings mmg tkde pendirian...aritue ye2 je kata nak keluar cd live diorang...sampai la nie habuk pun tarak....aku nak nasihat sihit kat lu la nadia, kalau setakat minat wings je tak payahla....band nie sejak awie masuk balik dah jadi band cakap tak serupa bikin...aku ingat lagi masa tue interview dalam melodi sebelum konsert diaorang 'wings alive 06' awie siap cakap akan keluar cd live dan paling aku tak suka diaorang kutuk2 band yang nak buat album inggeris dan try market...kalau setakat wings nak glamer je dalam malaysia tak payahla...dah berpuluh tahun main muzik takde satu pun album inggeris dan tak pernah cuba market oversea....kalau rasa tak boleh jgn kutuk band lain...especially awiela...awie vokalis bermasalah....aku salute kat RAIHAN dah merata dunia diorang pusing....bukan setakat menyanyi je tapi sampaikan mesej agama islam...

zan said...

Ha..Yang ni memang emo..
Ilek la jiwarock..
Jangan pasal ko angin ngan Wings, fans Wings pun ko nak tibai skali..
Kita cuba bincang benda ni secara profesional sket.
Aku rasa moderator takkan deleted komen ko, tapi jangan la wat serangan peribadi kat sini. Kalo ko ader pendapat, kasi tau je..

Nadia said...

zani,
artikel tu bukan aku yg tulis. heheheh...

kitorang takkan delete komen-komen korang sume sbb bile bercakap pasal muzik, kite sume kena open minded & respect each other. masing-masing ada citarasa, masing-masing ada hak. mungkin apa yang kita suka, orang lain tak suka, dan sebaliknya. kitorang lagi mengalu-alukan discussion kat sini sbb sekurang-kurangnya objektif kitorang buat HANYA RAWK N ROLL ni tercapai gak.

tapi, on serangan bercorak peribadi pada aku tu, hmmm..macam ni lah. aku mintak maaf kalo ada yang tak puas hati atau tersinggung, dan paling penting, aku dah maafkan siap-siap sesiapa pun yang kutuk aku & apa yang aku suka, worait? takde hal lah. ;-)

what doesn't kill me, makes me stronger.

luv. peace. empathy.
Nadia Badarudin
aka Countess
..tetap kipas-susah-mati wings...

jiwarock said...

sorila kalau komen2 aku sebelum nie menyinggung sesiapa.aku takde tujuan nak buat serangan pada sesiapa pun.aku cuma kecewa dgn wings.sebenarnya aku nie fan no. 1 wings.cakap je konsert wings kat perak nie bole kata sume aku pegi.show wings yang aku rasa paling best dan tak boleh lupa sampai skng show diaorang kat lumut kalau tak silap aku tahun 92 sempena malam merdeka.masa tue kat sana ade pesta laut lumut kat teluk batik dan crowd masa tue hampir 100,000 orang dan aku rasa wings satu2nya band rock malaysia boleh tarik crowd seramai tue.masa tue memang best.dan satu lagi show diaorang paling best kt stadium negara dgn search.konsert double trouble.konsert tue adalah konsert paling hebat dlm tahun 93(concert of the year).cuma aku masih konfius kenapa boleh join konsert s2.keduanya kenapa wings tk buat satu album english dan try market luar.ketiganya kenapa wings tak cuba pegi bt show kt luar.takkan nak harapkan penaja je.baru boleh keluar..band malaysia kena berusaha sendiri...kena tunjuk kualiti muzik sendiri rasanya tak payah ikut stail rock barat sangat...aku puji lagu sejati ade sikit rock kemelayuannya sebab ade sound gamelan...siapa yang tak kecewa ape yang dikata tidak dikota...

pemuda jalanan said...

BETUL TU JIWAROCK.
haha..mcm yg aku dah ckp sblm ni.
dah bpuluh2 tahun dlm industri,
tp still nak harapkan org lain.
come on la.lu org dah otai.cuba buat sendiri.klu mampu benda tu jadi.tak mampu try lagi.
~peace bro~

Nadia said...

nampaknye search & wings kena ikut adibah nor...the rising DIY queen! heheh..takpun, ikut pop shuvit yg berjaya penetrate jepun on their very own feet. haa..cakap pasal pop shuvit, hmm..aku akan tulis pasal diorang. check out rottw soon.;-

p/s: kalo tak minat adibah nor, pop shuvit @ rottw, takpe, ok? jgn bom aku lak..haha..;-)

aku poyo said...

haha...

tengok sekarang ...

macam mana rakyat m'sia nak minat ngan band sendiri?

dah janji nak konsert tapi tak jadi....

balik kampung jelah...

kalau pasal benda kecik pun kite dah tewas, makna nya kita kalah lah ngan indon...

pernah ke band indon x jadi buat konsert?

pikir lah...

SEARCH MACAM CIBAI...

PUNDEKS!!!!

aku poyo said...

wei search..

dengar sini,kalau aku lah jadi korang aku dah terjun bangunan dah !!!!!

malu SIUT!!!!!