05 January 2007

Konsert S2 Celebration - Wings ganti Search!

Okay la, tiada rotan akar pun berguna. Hehehe...

SELEPAS Search menarik diri secara drastik daripada Konsert S2 Celebration, Wings dipilih di saat-saat akhir sebagai pengganti. Maknanya Wings bersama-sama Spider akan menjadi opening act kepada Slank, malam ini. Eh! Wings sebenarnya lagi otai pada Slank, kan? ( masa album keempat, Jerangkung Dalam Almari released pada 1991, Slank baru nak keluarkan album sulung).

Aku tak sangka pulak Wings boleh terima tawaran berkongsi pentas dengan Slank kerana sebelum ini merekalah yang paling lantang menentang kemasukan band seberang membuat konsert di sini. Tapi, agaknya mungkin Awie and the gang nak buktikan diorang sebenarnya lebih hebat daripada Slank, kot? Tapi sebagai peminat rock, bagi aku, ok la tu! At least, ada jugak band hebat Malaysia beraksi malam ini.

Selepas berita penarikan Search, aku perhatikan hanya Utusan Malaysia yang betul-betul mengeluarkan kenyataan Amy. Kosmo walaupun satu company dengan Utusan pun main sipi-sipi je. Harian Metro selaku rakan media Konsert S2 Celebration ‘terpaksa’ keluarkan story yang ‘baik-baik’. Tak ketinggalan juga Berita Harian yang memainkan story bernada sama dengan Harian Metro.

Bagaimanapun, sila beli Kosmo Ahad pada 7 Januari ini kerana artikel mengenai cerita sebenar mengapa Search tarik diri akan disiarkan.

9 comments:

carvedijan said...

Baru lepas baca Berita Harian tengahari tadi. Sekelumit nama Search pun tak di sebutnya. Nampaknya 3 Event counter balik dgn cara halus.

Bila tengok benda macam ni jadik, ingat aku masa tahun 1994 dulu. Cadang nak tgk lefthanded reunion (vox arab + tom drum), end up enjoy ngan Mr.Big. Masa tu dorang buat konsert 3 band Lefthanded, Band Indon (tak ingat apa nama) ngan Mr Big. Ternganga gak le tgk Paul Gilbert main depan mata.

YATT said...

Masa tu memang la, drpd tgk Lefthanded, baik layan Mr Big. Lagi gempak! Hehehe

Biasa la, kami semua (Berita Harian, Harian Metro, NST, Malay Mail, TV3, NTV7, 8TV, TV9, 3 Events, Hot FM. Fly FM) kan serumpun. Heheh

dio said...

Teringat konsert Wings kat Stadium Negara kalau tak silap hujung 80an dulu. Gempak jugak. Masa tu filem Mat Som buat shooting utk ending cerita dia. Dpt la tengok Datin Tiara masa anak dara... Anyway, masa tu band indon takde can nak masuk sini, bau tandas stadium pun tak dapat. Tapi sekarang ni, band kita pulak jadi kertas sapu punggung dorang. Angkara sape? Bangsa kite jugak...

Anonymous said...

Ok gak la WINGS gantikan SEARCH.. ape2 hal pon aku lagi minat WINGS.. Kalau asalnya konsert WINGS dah lama aku beli tiket. SLANK tu apelah sangat. Geli je aku dengar lagu diorang. Kalau aku tau jadi camni awal-awal lagi dah lama aku beli tiket dari orang yg tak nak datang. Tapi dah lambat.. Ade urusan lain nak buat. Dapat tengok rakaman pon jadilah.. Ape-ape pon WINGS TETAP ROCKS!

...$weE+ 666... said...

mr. big? ingat lagi masa tu befday aku, dpt kiss dari eric martin blkg stage, indahnyerrrrrrr dunia! hehehe... sori kuar topik!

Edd Vedder said...

mana review konsert ni.. hehe. Aku tgk berita sabtu aritu, ckp orang 4000 aja datang.

Bila aku tgk Awie aja, aku bleh bayangkan betapa sukanya Nadia.. hehe. Nak SMS tapi tabley plak.

Kasi story sket..

khys said...

ni aku copy dari duniasearch.com...

+++

Quote SMS antara AMY dan SLANK :

"So Amy, R u guys alrite about us continue the concert tomorrow nite?" - Thursday, 4th January 2007

"Hai Amy; Last nite was a good show, but then u were right about the sound system, it was less then we expected... SLANK truly understand....tidak seharusnya SEARCH di perlakukan seperti ini oleh sesiapa pun....!but like I said I have to play last nite, because our fans are waiting 4 us to play in years.. Anyway tak menjadi apa apa kalian tak jadi kalaborasi dengan Slank mungkin Allah belum mengizinkan mudah mudahan kita bisa ketemu di lain waktu....SLANK look forward 4 the True Search 25th Anniversary." - Saturday, 6th January 2007

Anonymous said...

abtwaizek dah tak nyanyi,

Hampeh!duniasearch.com asyk susah nak akses yuran rm40 bagi halal jer lah.aku pun minat gila dgn rock malayu tap sedih lah aku kebiolan grup2 rock malayu nih tak kesudahan apatah lagi para pentaksub search d duniasearch.com tak blh nak kritik langsung bebal-bebalan...

khys said...

lagi berita terkini dari duniasearch.com

Mulia Events akan menganjurkan satu konsert gabungan artis-artis dua negara (tidak dinyatakan negara mana) yg akan turut melibatkan Search. Akan diadakan pada Februari nanti..

Kutu-kutu ada apa2 maklumat pasal berita ini?