17 September 2007

Berita Gempa: Satu Malam Bersama Led Zep

(Pix: www.stryder.de)


Industri muzik dunia bergegar seketika pada 12 September 2007 apabila band yang telah dibubarkan 27 tahun lalu, LED ZEPPELIN, mengeluarkan satu kenyataan rasmi bahawa mereka akan bersatu kembali untuk satu konsert di London pada 26 November 2007.

Konsert itu diadakan untuk mengisi kantung Ahmet Ertegun Education Fund yang memberi biasiswa kepada pelajar-pelajar di United Kingdom, Amerika Syarikat dan Turki. Dana pendidikan itu telah ditubuhkan sebagai memperingati jasa dan sumbangan pengasas Atlantic Records, Ahmet Ertegun yang meninggal dunia tahun lalu. Beliaulah yang bertanggungjawab memperkenalkan Led Zeppelin kepada dunia (band ini ‘sign’ kontrak dengan Atlantic Records pada 1968).

Tiket konsert ini berharga £125 (lebih kurang RM873 duit kita oiiii!....) dan terhad kepada dua tiket untuk seorang. Yang menariknya (atau malang?), tiket bukanlah bergantung kepada ‘siapa cepat dia dapat’. Tetapi, peminat-peminat mestilah mendaftarkan nama di www.ahmettribute.com untuk cabutan undian. Lebih kurang 14,500 nama-nama yang bertuah sahaja akan diundi dan dapat membeli tiket!

Nak tahu berapa ramai yang kelam-kabut register? 25 JUTA peminat dari seluruh dunia! (sampai website tu crash dan organizer terpaksa extend application process to 17 September).

Konsert yang akan diadakan di 02 Arena yang boleh memuatkan 22,000 orang itu, turut disertai oleh Pete Townshend, Foreigner, Paolo Nutini dan Billy Wyman & The Rhythm Kings (semuanya akan perform di sesi ‘warm-up’).


(Pix: http://artfiles.art.com)


Led Zeppelin akan dibarisi line-ups asalnya iaitu Robert Plant, Jimmy Page dan John Paul Jones, manakala posisi dram akan diambil alih oleh Jason Bonham (anak John Bonham, pemain dram asal band ini). Konsert reunion ini adalah yang pertama untuk Led Zeppelin selepas konsert terakhir mereka di Berlin pada Julai 1980, dua bulan sebelum kematian John Bonham. Pada mulanya penganjur konsert hanya mahukan band ini mengadakan persembahan selama setengah jam sahaja, tetapi selepas seminggu berlatih, band ini kemudiannya menyatakan hasrat mereka untuk rockin’ selama dua jam.

Hugh Manson, yang terkenal dengan gitar Mansonsnya dan pernah bekerjasama dengan Led Zeppelin selama 25 tahun, sudahpun menyiapkan sebuah gitar khas untuk konsert ini (dan dia tengah buat lagi sebijik gitar bass – Hugh juga akan handle semua hal gitar masa kat konsert tu nanti).

Led Zeppelin akan menerbitkan sebuah album kompilasi ‘Mothership’ pada November nanti. Album live ‘The Song Remains The Same’ juga akan diterbitkan semula dalam bulan yang sama.

Sumber:
http://uk.reuters.com
http://music.guardian.co.uk
www.nme.com
http://thisisexeter.co.uk
www.rollingstone.com

****

Hanya Rawk N Roll:
Yatt ajak aku register. Hahaha..ye la tu! Kalau la tetiba bertuah, tak ke harubiru nanti? Tiket je dah dekat dua ribu, belum masuk tambang kapal terbang, hotel, makan, transport..bla..bla...Nak gadai harta, apa pun takde. Besika (read: basikal) ada la..Pastu Deena nak taruk mana pulak? Hehehe..;-P...Anyway, kalau ada orang Malaysia yang bertuah & dapat tengok konsert tu, habaq mai no?

6 comments:

zan said...

Ya ampun!

Elok je aku bukak post ni, mp3 aku pun putarkan lagu "stairway to heaven" versi live robert plan + pink floyd..

Tak dapat jadi yang bertuah, dapat dengar or tengok Live dorang untuk konsert ni pun dah kira bertuah..

zan said...

Er..

Mintak permission dari korang. Aku nak paste artikel ni dalam blog Multiply aku..hehe

Nadia said...

hehe...sile, sile..taruk je kat blog ko. takde halnye.;-)

The Lepak King said...

Bro,

Minta izin add your Blog as link to mine.

My blog is at http://lepaklounge.blogspot.com/

Sincerely
Azwar Nazli

anzo the blog said...

uhhh....tak tau pun citer diorang reunion..bukak je blog ni baru aku tau..steady medy la led zeppelin..betul2 original line-up, jason bonham pun muka macam bapak dia gak, bole la tu, huhu

Nadia said...

hi azwar nazli of the lepaklounge,
no prob. ;-)