08 November 2007

BLOODSHED KEMBALI?

Bloodshed semasa Battle of the Bands circa 1986
Pix ehsan Rosdan


INILAH berita sahih yang aku dengar, tetapi tak sure sama ada ia akan menjadi kenyataan atau tidak.

Bagi peminat rock 80-an, berita ini pasti menggembirakan! Bloodshed yang pernah dinobat sebagai antara band rock hebat dalam sejarah muzik rock Malaysia akhirnya akan muncul semula.

Untuk rekod, Bloodshed dengan line-ups Rosdan (vokal), Hamdan (gitar), Rawita (bass), Judy (keyboard) dan Hamdan (dram) pernah tampil dengan album kompilasi Battle of the Bands I & II sebelum muncul dengan album sulung, 'Ilusi Sebuah Mimpi' dengan line-ups yang sama.

Album seterusnya, 'Samarkand' dianggap sebagai a must have item. Bagaimanapun, Hamdan (gitar) sebelum itu mengundur diri dengan alasan untuk berkahwin dan memberi tumpuan kepada keluarga dan dia digantikan dengan Opie.

Itu saja sejarah kegemilangan Bloodshed sebelum mereka berpecah. Tak silap aku mereka pernah muncul dengan sebuah album lagi tapi ditukar nama kepada Blackshed. Rosdan tidak lagi menjadi vokalis dan digantikan dengan orang lain yang aku tak ingat. Err... sesiapa yang ada info tolong tambah.

Walaupun jangka hayatnya singkat, tetapi kesan yang ditinggalkan Bloodshed cukup kuat sebagaimana yang pernah dilakukan oleh Cream di Britain kira-kira 30 tahun dulu.

Bekas pemain gitarnya, Hamdan sendiri yang mengesahkan Bloodshed akan tampil semula. Malah, diberitakan mereka sudah mula berlatih di salah sebuah studio di Kajang, tempat lahirnya Bloodshed.

"Kali ni kami plan nak buat betul-betul. Bloodshed akan tampil dengan lebih profesional, berkualiti dan matang," katanya ketika dihubungi baru-baru ini.

Kata Hamdan, mereka akan tampil dengan line-ups yang sama iaitu bagi album BOTB dan 'Ilusi Sebuah Mimpi'. Jika ia menjadi kenyataan, maka Opie tidak akan bersama Bloodshed.

"Kami dah contact Opie, tapi dia tak berminat kerana ada komitmen lain," katanya.

Bagaimanapun, usaha Bloodshed ini ada sedikit masalah kerana vokalisnya, Rosdan tak nak join jika line-upnya daripada album BOTB dan "Ilusi Sebuah Mimpi'. Sebaliknya Rosdan mahukan line-ups original Bloodshed iaitu Hamdan (gitar), Rawita (bass), Radzi (gitar) dan Rozz (dram).

"Itu line-ups sebelum rekod dengan BOTB. Itulah Bloodshed semasa kami main di kelab Red Rooster dulu," kata Rosdan.

Bagaimanapun, difahamkan Rawita tidak mahu lagi bermain muzik sekali gus menolak pelawaan mereka.

So, macamana sekarang?

Aku percaya ramai yang ternanti-nantikan Bloodshed ni. Err... korang pujuk la Rosdan suruh dia join jugak Bloodshed. Heheh...



14 comments:

N a d i a said...

nanti nana pujuk dia..nana kan merangkap PA tak rasmi dia?..hahahahaha...perasann..perasannn...;-)

Anonymous said...

btol beb..
gua member ngan anak uncle hamdan(sj nk interframe)huhu..
nw bloodshed tgh practice every weekend kt kjang..
nk gua upload video jamming dorg??haa

N a d i a said...

cantek gak tu..tapi to be honest, what's bloodshed without rosdan?

Anonymous said...

eh,ni saper punye blog?btol ker citer ni?maner korg tau?

N a d i a said...

anonymous,
ini blog kutu-kutu rock bernama yatt & nadia, hubby-wifey team. kitorang ni journalists.;-) semua cerita dalam blog ni betul. insya-allah.

Yatt said...

Encik Anonymous... kenal kan le diri. Baru la cool. Ada tak video jamming Bloodshed tu?

Tapi sapa vocalistnye? Pada gua, kalau Bloodshed nk buat comeback tanpa Rosdan, errr... susah la sikit. Sebab gua rasa fans kenal Bloodshed ni sebab Rosdan ngan Opie je...

Anonymous said...

act sy yg tnyer blog sape tu is ank hamdan gitar tu.yatt ni jounalist mag rottw eh?mmg btol pon dorg nk wat comeback.tp nw lg gmpak.aranngement music lg sedap.vocalist pon mantap.tiap mgu dorg jamming skang kat kajng.man boron pon trun.citer ni xder kuar mag ker?

N a d i a said...

anonymous,
ohh..ingatkan ada 2 org berbeza.
boleh kitorang tau nama encik?..;-) anyway, saya & yatt mmg journalist rottw. dan encik yatt jugak journalist kat satu paper tu (tp dia tak buat pasal entertainment).

insya-allah, kitorang akan publish cite ni satu hari nanti.
ini baru pre-publisiti maaa..

Anonymous said...

masa konsert 80's neverending rock story dulu ade tanya kat Rosdan. Dia sendiri cakap dah x nak nyanyi.Sayang btol.Suara Rosdan mmg best.

Zul"Heavy Metal"Adi

N a d i a said...

zul,
mmg pun. masa gua & yatt interviu dia dulu pun dia ckp benda yg sama gak.
pstt...lu try dengo band dia yg lagi satu, chameleon. sempoi wa cakap lu!..;-)

Anonymous said...

biler mau trun tgk jamming?kat kajang jer.kol jer hamdan.

Anonymous said...

Aku rasa Opie tu dah jauh sangat kedepan dari membr2 bloodshed lain. opie ni dah taraf sesionist. Anak buah aku keje KWSP, masa anual diner 8/11 lepas nampak opie dgn Yan Lefthanded backup Amy Search,. anak buah aku cakap, solo lagu2 search yg opie goreng, sebijik macam kaset, walaupun dia grop bloodshd.

Anonymous said...

Hamdan the drummer was the instructor when i went for Helicopter Underwater Escape Training.. he works for SEQU.

He's in amazingly good shape, more handsome than ever. and i swear i could see tears (out of excitement) in his eyes when i talked to him about Bloodshed.. he still loves his band..

he said, rasdan is married to an English woman and resides in Ireland? is it true?? and.. one of them passed away because of drugs?? i couldn't remember the detail..

Back then, Bloodshed selalu gak lepak kat Taman Sri Kantan, Kajang main takraw.. sometimes they can be seen playing skateboard too!

Anonymous said...

a'kum...kalau betul cite aku rasa aku lah yg paling happy..memang minat gila dgn diaorg...

setuju dgn nadia,bloodshed & rosdan tak boleh dipisahkan...
anyway, kat mana diaorg selalu jamming kat kajang tu? boleh kasik tau tak tempat dia..