05 November 2007

WINGS DI PLANET HOLLYWOOD LAGI!

Photo by Ajak


HAHAH! Rock kapak bakal menggegar lagi di Planet Hollywood nanti.

Ya. Wings buat kali keempat muncul lagi di pusat hiburan itu pada 2 Disember (Ahad) nanti bermula jam 10.30 malam. Perlu diingat, Wings hanya muncul pada malam itu saja! Malam-malam lain takde.

Dengan line-ups biasa, Wings akan tampil dengan lagu-lagu malar hijau mereka termasuk “Dalam Kehadiran Sofiah” yang tak pernah dipersembahkan dalam mana-mana konsert!!

Peh! Boleh ke Awie bawak lagu ni live? Rasanya mesti kasik key rendah kot. Aku memang tak pernah tengok dan dengar Wings ada bawak live lagu ni, cuma Awie ada nyanyi dalam bilik hotel kat Singapura sama-sama dengan Jojet dan Eddie. Check VCD Wings – Live Stadium Negara 1991.

Cakap banyak pun tak guna. Malam 2 Disember nanti (hari Ahad malam Isnin) cepat-cepat la ke Planet Hollywood. Tapi besoknya jangan lupa pergi kerja pulak.

Bayaran masuk RM50 + free soft drinks. Maklumat lanjut contact 03-21446602.

“Gua jerit sampai perit. Pasal tiket lima puluh ringgit. Asyik yo yo yo, yea, yea, yea. Lu menari, menari, menari, nari. Dan sama-sama penat, janji sama-sama puas!”

Rawk n Roll Lu Punya Suka!!

9 comments:

carvedijan said...

Mesti pergi.....kutu kutu rock tak nak pergi ke?.....Teringat 26Nov 2006. Masa tu le aku berjumpa dengan kutu kutu rock.

N a d i a said...

we want stadium! we want stadium!..;-)..hehehhe

Anonymous said...

sebab kat stadium leh baring terlunjur kat tgh2 "rock zone" nanti..hehe :P

carvedijan said...

"we want stadium! we want stadium!..;-)..hehehhe"

Oh yeah!!! you want stadium?....ok but

THEY NEED SPONSOR, THEY NEED SPONSOR!!!!

Celcom gone Peterpan...Digi gone Letto......what to do....makan roti lor

N a d i a said...

a good thing never comes twice..aku rasa la..tak berbaloi rasenye nak redah beratus-ratus km sbb nak tengok wings kat PH lagi skali.

p/s: best ke remake teori domino tu, ijan? aku ni mcm tawor hati sket sejak 'best of wings' dulu tu..

carvedijan said...

This time, it will be really worth it. Anyhow, aku paham distance korang kat sana nak sampai ke sini.

Remake "Teori Domino"....bagi aku 100% puas hati. Pasal rakaman not track by track dan raw recording session. Segala macam kesilapan dorang masa perform setiap satu lagu tu boleh jelas kedengaran. e.g. Masa lagu harapan, Awie macam nak terkeluar anak tekak punya menjerit.

Tapi kalau nak dengar lagu yang perfect macam original release...takkan dapat la sis...

and coming soon........Jerangkung Dalam Almari...wuuhuuu!!!!

N a d i a said...

ijan,
aku bukannya nak carik yg perfect release daa..baik aku layan original teori domino je. hehehe..
anyway, ye lah..ye lah..nanti kalo ada rezeki, aku carik la. ;-)

p/s: nasib baik ko paham lokasi kehidupan aku & yatt yg dah semakin jauh. nanti org lain bayo RM50 je, 'harga' tiket aku & yatt all in beratuih-ratuih! mungkin tidakk!

N a d i a said...

oopps. btw, encik jajakukaku,
rasenye kalo wings, takde tempat nak berlunjur kot? hehehehhe...

carvedijan said...

Takpe sis.....nanti aku bagi review showcase tu kat blog aku.

Nak melunjur pon boleh jugak kalau kat concert Wings....masa kaki tgh cramp pasal menunggu bukan main lama.