02 February 2006

786 Ikrar Perwira - Rusty Blade


ALBUM : 786 Ikrar Perwira
BAND : Rusty Blade
TERBITAN / EDARAN : Life Rekod / Hup Hup Sdn Bhd
TAHUN : 1986

AKU rasa tak ramai yang ada simpan album ni. Aku jumpa album ni pun kat satu kedai kaset otai kat Pasar Besar Ipoh tahun lepas, brand new lagi! Heheh. Aku pun tak tau mana si apek tokey kedai tu dapat stok kaset ni. Tak sure pulak kalau Life Rekod ada keluar stok baru lagi.

Anyway, Rusty Blade adalah satu nama yang cukup sinonim dalam scene rock Malaysia era 80-an dulu. Dan, diorang adalah band rock Singapore yang beri impak besar kat sini selain Sweet Charity.

‘786 Ikrar Perwira’ adalah album mini sebelum diorang muncul dengan first full album iaitu ‘Rintangan Hidup Dunia’ pada 1987. Album terbitan Razzi M ni cuma ada lima lagu je iaitu 786 Ikrar Perwira, Gadis Lincah, Darah Muda, Pemuda Rock N Roll dan Pertama & Terakhir. Tapi yang kelakarnya dalam album ni turut diselitkan empat lagu bonus yang tak berapa rock dari Jatt Black Dog Bone (Kau Pergi Tiada Pengganti – cover Still Loving You daripada Scorpions), Shirley (Kau Kini Mengerti dan Sebatang Lilin) dan Pelangi (Ingat-Ingat Lupa).

Album ni jugak menyaksikan line-up awal Rusty Blade iaitu Yantzen (vokal), Khalid Mobin (gitar), Mamat (gitar), Razak (bass) dan Zan (dram). Tak salah aku lepas album ni Mamat diganti oleh Mohd Noor ‘Hendrix’ dan Razak oleh Man Karan.

Musically, aku dapat rasakan rock yang dibawakan Rusty Blade agak ke depan sikit berbanding band rock lain kat Malaysia. Vokal bernada tinggi Yantzen melengkapkan kehebatan band ini. Lagu 786 Ikrar Perwira contohnya mempunyai susunan muzik yang agak padat termasuk pengaruh riff dan beat drum ala-ala band glam rock dari US.

Satu-satunya lagu slow dalam album ni adalah Pertama dan Terakhir. Aku akui diorang memang hebat kalau buat lagu slow especially lagu dalam album selepas itu seperti Tiada Lagi Aku, Penantian dan Tercipta Kasihku. Tapi bagi aku, Pertama dan Terakhir adalah yang terbaik. Melodi dan lontaran vokalnya cukup memikat. Tapi sayang, lagu ini rasa aku tak meletup kat sini. Dan, aku rasa album ni pun susah nak dapat dulu.

Apapun, Rusty Blade tetap aku anggap antara band rock Melayu terbaik dan mempunyai kelas tersendiri pada zamannya. Show diorang memang energetik. Teringat aksi Yantzen melompat dari atas drum set sambil pakai topeng Werewolf masa konsert di Taman Tasik SM Noor, Batu Gajah, Perak 18 tahun dulu! Heheh…


TRACK LIST

786 Ikrar Perwira
Gadis Lincah
Darah Muda
Pemuda Rock N Roll
Pertama dan Terakhir


- ara payung -

4 comments:

Anonymous said...

zaman tu kalau aku x silap life record ada keluar 2 grade kaset A & B, kalu B murah sket 4-5 ringgit, kalau A 7-8 ringgit (xpakai rm lagi), Grade B ni kira kualiti kurang sikit tapi masih ori. tapi kalu nak murah lagi cetak rompak ler.. 2-3 ringgit jer..

N a d i a said...

ayoh yusof..
betui tu. ada 2 gred. yg cetak rompak? yg ada gambar 'apache' tu ke? hehehe..aku ingat lagi adik aku beli kaset gred b. tapi bukan tape rock la, kaset isma aliff. hehehehehehe...

-nadia the rockin' mama-

Anonymous said...

aku mmg tak ada beli album ni.
1986 la beb. layan kumpulan alleycats le weiis. dwen pun best gak. tambah plak dgn album raja ema. huhu!~

Anonymous said...

cetak rompak kaset org puteh yg selalu aku jumpa ada dua.. satu "apache" satu lagi "foot print" dulu aku bli kat gd floor kompleks teruntum kat kuantan.. yg melayu tu macam2 ada..

memang masa tu alycat tgh top ngan album suara kekasih , aku pun ada jugak bli cetak rompak.. dwen dgn lirik lbh kurang "terkadang ku berilusi ku bayangkan ..".. satu lagi sebelum zaman tu.. kaset dailog criter azura..