05 February 2006

Search - Saturday Live Concert, 4 February 2006 @ Channel Dance Club, Life Centre

KONSERT comeback Search di Stadium Merdeka pada Februari 2004 memang nostalgik. Sebagai salah-seorang daripada lebih 30,000 crowd yang datang malam tu, aku cukup puas hati sebab Search akhirnya bergabung selepas ‘terpisah’ selama lima tahun.

Tapi lepas tu banyak show Search di KL yang aku terlepas seperti di Orange Club, Planet Hollywood dan terbaru di Backroom pada 25 Disember 2005. Akhirnya tarikh 4 Februari 2006 memihak kepada aku apabila Search sekali lagi mengadakan konsert diorang di Channel Dance Club, Life Centre. Konsert pulak dibuat belah petang. Heheh… senang! Konsert ni jugak aku rasa special sebab kembalinya Yazit ke posisi dram!

Konsert hanya bermula pada jam 5.25 petang. Lewat 1 jam 25 minit dari jadual asal iaitu pukul 4 petang. Heheh… aku rasa masalah ni tak berubah sejak aku mula-mula tengok konsert rock pada lewat tahun 80-an dulu. Kata diorang masalah teknikal… Hmmm… betul la tu kot (dalam pukul 4 petang aku dok minum-minum dengan member kat belakang Life Centre dan dalam masa yang sama Yazit baru keluar dan baru habis sound-check agaknya… heh).

Crowd pun aku rasa tak ramai sangat, dalam seribu lebih kurang. Aku tak tau kenapa, mungkin tiket RM45 tu agak mahal, ataupun mungkin ada faktor lain. Bagaimanapun, ruang dance floor cukup padat dan itu sudah cukup membuatkan suasana konsert cukup happening!

Tak kisah la itu semua sebab rasa boring-jemu menunggu akhirnya hilang apabila terdengar Yazit memainkan intro dram lagu ‘Diari Habil & Qabil’. Melihat aksi Amy, Kid, Din, Nasir dan Yazit petang itu, terbayang-bayang kehebatan Konsert Isabella di Stadium Negara 16 tahun dulu. Fizikal mungkin nampak lebih berusia, tapi karisma yang ada pada Search tetap tak berubah.

Tapi itu hanya permulaan saja. Masuk pertengahan lagu itu dan lagu kedua, ‘Melastik Ke Bintang’ dan seterusnya ‘Melayar Bahtera’, aku terasa ada sesuatu yang tak kena dan pelik dengan Search. Sound macam ‘kureng’ sikit. Vokal Amy tenggelam, bass Nasir terlalu ke depan dan sound gitar Kid seperti tidak begitu ‘crispy’, sebu je. Solo yang dimainkan kadang-kadang macam berterabur. Paling aku heran, Amy boleh ‘silap masuk’ masa lagu ‘Melayar Bahtera’ dan kadang-kadang lupa lirik. Hmm… over-confident ke gabra? Setengah jam awal tu, terus-terang aku memang rasa bosan.

Aku tak tau apa problem pada Kid. Sound dia hari tu memang tak menjadi. Kebanyakan solonya tak seperti yang aku harapkan dan kadang-kadang aku tak dapat tangkap pasal scale yang dimainkan berbeza sehingga menghasilkan sound yang berbeza daripada original. Aku tak tau la kot-kot Kid banyak improvise atau memang dia main tak sedap!

Bagaimanapun, pengalaman 25 tahun membuat konsert, tour dan rakaman mematangkan Search. Segala kesilapan dapat dicover dengan skill, komunikasi dan pilihan lagu yang menyelerakan penonton. Amy selaku frontman memang terbukti handal walaupun sekali-sekala lupa jugak lirik. Heheh… Nasir cukup fokus dengan bassnya manakala Din tetap selamba. Malah, dia sempat mainkan solo ‘Isi Atau Kulit’. Gitaris yang jarang bercakap ini aku hormati sebagai pencipta riff-riff hebat Search.

Orang paling belakang dan paling besar dalam Search, Yazit aku labelkan sebagai manusia paling hebat dalam konsert itu. Pada aku, dialah mastermind menjadikan konsert berkenaan begitu happening. Stroke dan tone solid daripada Yazit menghidupkan segala-gala yang tenggelam dalam persembahan setiap lagu. Jika korang salah-seorang yang menyaksikan konsert Search di Stadium Merdeka pada 2004, korang pasti dapat rasakan perbezaannya. Walaupun sudah agak lama tidak mengetuk dram selepas ‘meninggalkan’ Search, tapi Yazit tetap superb! Pada aku, kerusi di drum set Search hanya untuk Yazit, takde orang lain lagi dah!

Setlist memang best. Ada lagu-lagu yang aku tak pernah tengok diorang perform. Bagaimanapun, frust jugak pasal takde lagu favourite aku seperti Gelora Cintaku, Pasti, Memandu Nafsu, Pembakar Perasaan dan Berbagai Wajah. Tapi tak kisah la, walaupun ada yang cacat dalam konsert tu, aku tetap anggap ia sebagai konsert yang hebat.

Kat bawah adalah setlist petang tu. Tapi tak ikut urutan pasal aku tak ingat.

Diari Habil & Qabil
Melastik Ke Bintang
Melayar Bahtera
Isi Atau Kulit
Langit dan Bumi
Meniti Titian Usang
Pelesit Kota
Fantasia Bulan Madu
Cakap Memang Murah
Emanuelle
Manusia Reptilia
Fenomena
Derap Komando
Menara Kesesatan
Bencana
Di Pintu Sepi
Gadis Misteri
Panggung Khayalan
Pawana

- ara payung -


p/s Heheh... sori la. Gambar hancur. Maklum la, amatur...





6 comments:

siti rosman said...

Tahniah di atas pembukaan blog baru dedicated to rock ini. Dengarnye Search nak kuar album baru skiiit je lagi. Nanti tulung update yeh...

...$weE+ 666... said...

terbayang sengih amy masa jumpa kat ampang point sblom aku meletup tu ari... sempat dia sound "hah, sempat ke buat review konsert search 4hb nanti ni?

aku jawab simple je, "malas arrr nak review... dok umah jaga anak lagi bagussss!"

ha ha ha...
long live rock n' roll!

N a d i a said...

korang dah baca review konsert ni kat utusan tak? the reporter said konsert ni hambar, sbb setlist tak kena & sound system yg camgampunk. she said, lagu2nye tak familiar. haha..pastu dia boring sbb amy asyik suruh fans nyanyi, & asyik bwk anak dia atas stage. kata dia, amy tak risau ke anak dia pekak sbb muzik rock yg bising tu?...heheheheh...

ntah la. bagi aku, aku nak gak dengar lagu2 yg jarang search bwk. takkan balik2 isabella, rozana, kan? pe pun, aku puas hati sbb diorang bwk lagu fav aku "melayar bahtera"!! pewwittt!!

N a d i a said...

syameen

Thank u. Rasanya taun ni rilis kot, Empire Garden. Hari tu diorang kata nak perform 3 lagu baru kat konsert tu, tp takde pun. Entoh le yong...


nana

Dah baca la review tu. Ekekekeke... tu kak jah yg buat. Standard la, dia bukannya rock. Tak minat Search pun. Takpe la, at least kita hormat aje la personal opinion dia. Heheh

-ara payung-

Edd Vedder said...

Nice job u guys..!

A blog dedicated to all things rock!

Korang berdua ni memang rockin' mama and papa from silver city!

Aku percaya satu hari nanti bila Deena dah besar, dia mesti bangga dengan blog ni.. :)

N a d i a said...

edd,
thanks. deena? hope so la. skang ni dia gile mawi la, adam la, v.e la..haiyaaaa...tak rock langsung! but still, sometimes, dia headbangin' gak kalo kitorg layan lagu rock. yeehhaaa!! that's my gurl. jiwa rock still hidden somewhere i suppose. haha.

-nadia-