ERRR... ABAIKAN posting yang sebelum ni. Sebenarnya memang betul Hillary joint Search balik! Saja je dia tak nak mengaku hari tu...
Berita ini disahkan sendiri oleh bassist diorang, Nasir. Amy yang sebelum itu dihubungi hanya ketawa dan berkata,
"Hehehehehehe... mana kau tau ni? Kau call Nasir la, cuba tanya dia. Heheh," intonasi cara dia menjawab tu menunjukkan spekulasi tu memang betul. Hillary biasa la, sapa yang kenal dia tentu tau dia macamana. Tak banyak cakap dan pemalu. So, kalau jadi benda-benda ni dia akan tetap membisu. Kalau betul pun dia tak nak mengaku. So, itu la yang aku kena hari tu... heheh.
"Memang betul Hillary akan joint Search balik. Bukan sebagai gitaris jemputan untuk konsert anniversary ke-25 kami pada 29 Julai ni, tetapi sebagai anggota tetap Search. Malah, Hillary turut terbabit dalam rakaman album terbaru kami, Empire Garden," kata Nasir.
Kemasukan semula Hillary tentunya akan menimbulkan persoalan terhadap posisi Din dan Kid selepas ini. So, banyak la cakap-cakap yang mengatakan kedua adik-beradik tu sudah tidak lagi menjadi keluarga Search.
Dalam beberapa forum rock yang aku lawati, ramai yang mengatakan Din dan Kid tak setuju bila Hillary kembali bersama Search. Ada jugak yang cakap Yazid keluar dulu bukannya sebab bengang dengan Amy, tapi sebenarnya dengan dua orang tu! Aku sendiri tak tau apa yang berlaku sebenarnya. Tapi kata Nasir...
"Saya tak boleh nak cakap kedudukan Kid dan Din sekarang. Tak dinafikan memang ada masalah, tapi tunggulah kenyataan rasmi yang akan kami keluarkan nanti."
Daripada apa yang Nasir cakap tu, memang kita dah boleh agak Kid dan Din seperti akan 'dikeluarkan'. Anyway, kita nak percaya sekarang pun tak boleh jugak. Benda ni still tak confirm lagi. Tunggu ajelah. Tapi, yang sah HILLARY MEMANG AKAN MASUK SEARCH BALIK!!
Sebagai peminat, aku memang alu-alukan sangat kemasukan semula Hillary. Bagi aku, Hillary adalah gitaris sebenar Search. Walaupun hanya bersama Search sewaktu album kedua, Langit Dan Bumi, tetapi Hillary adalah antara pengasas Search.
Memetik kepada kata-kata Amy kepada wartawan Kosmo!, Maliah Surip :
"Paksi Search yang sebenar hanya bermula selepas lahir album kedua iaitu Langit Dan Bumi. Kemasukan semula Hillary telah memberi arah yang betul untuk Search dengan membawa aliran rock sejati." ( Kosmo Ahad, 26 Mac 2006 )
Jadi, mungkin kemasukan lagi sekali Hillary ini akan memberi arah muzik baru lagi kepada Search. Siapa tahu? Apapun peminat pastinya tak sabar untuk melihat aksi Hillary memainkan semula solo dan riff 'miliknya' seperti dalam lagu Pelesit Kota, Musnah, Pawana, Pembakar Perasaan, Mentari Merah Di Ufuk Timur, Fantasia Bulan Madu, Pasti, Di Pintu Sepi dan banyak lagi!
- ara payung -
59 comments:
aku sebenarnye mengharapkan hillary akan joint search tanpa KID DAN DIN keluar....
amacam buat lah seperti IRON MAIDEN BEB mesti jadik sejarah dan mostly fans tak kan argue nye
utk konsert sure kena tambah satu gitar lagi. siapakah dia?
dulu Hillary & Edrie pernah support Amy utk show Camouflage kan? maybe Edrie boleh join utk konsert Search kali ni? tapi, pastinya ramai die-hard otai akan komplen punya..
Kid dan Hillary jadi lead secara serentak? mungkin idea yg best, tapi salah sorang akan "mati" punya, sebab orang akan start compare. not good for both of them, nanti jadi macam pertandingan pulak.
IMHO, simpan je lah Din dan Kid tu utk the next reunion, maybe 10 tahun lagi? Search 35 years pulak. heheh...
apa pun yg terjadi, Din/Kid tetap Search!
Kedudukan Din & Kid pun masih kabur lagi. Nampak gaya mcm diorang takde, tapi tak tau la. Tunggu je la statement rasmi drpd Search tak lama lagi.
Secara peribadi, aku lebih sukakan line-up Amy, Hillary, Din, Nasir & Yazit.
Kid takde pun takpe. Tapi kalau Din takde, aku ralat sikit la. Pada aku, dia la mastermind dlm menghasilkan riff-riff dinamik lagu2 Search.
we want wings! we want wings!! hahaha...:-)
Hillary masuk and Kid & Din stay. Yeargh!!!!!
*Fingers crossed.
bosan ah hillary.. semenjak dia join cromok dari tahun 99.. muzik terus jadi cam gampang.. byk pakai riff rijek..
Stick... memang la pun. Hillary mmg tak sesuai ngan Cromok. Cromok punya riff unik, lain... cuma Chot sorang je bleh buat.
Hillary masuk Search mmg interesting,sbb dia adalah pencipta riff dan solo lagu2 nostalgia Search (album Langit & Bumi sampai Fenomena)
i miss chot....kalo la dia join cromok balik....uhuk..uhukkkk...
tu ler yang aku heran ngan kumpulan2 otai nie..main semuanya bagus...tapi sefahaman...langsung x de...langsung x stick pada yang 1....sekejap masuk kejap orang nie kluar mcm hampeh!....tu tengok baru2 nie lefthanded perform kat planet hollywood samad x de ada hal lah...apelah ada commitment lain ler...tu semua dusta belaka....alih2 man kidal ajak anak die main....sama ler jugak mcm search...dari dulu lagi...mcm tu...x nak nasir...masukkan yan....bile time nasir nak join search balik...buang yan....mcm siol....takde langsung...nak kekal...bila masing dah besar pala mcm nie ler....dulu tengok man kidal gaduh ngan samad...pasal album ade ajelah...kekadang aku dah feed up ngan rockers2 otai nie...umur nak ikutkan semua dah tua...tapi perangai kadang2 mcm budak2 hampeh!!!
giedai,
amboihhh..marah nampak?...heheheh..lepakkkk...itu kan lumrah? bile semakin tua, semakin lain komitmen & arah tujuannya..:-) esok-esok, rockers muda2 belia skang ni sure ada yg terikut perangai yg sama gak...standard la tu.
jaded,
ape yg jadednye, incik??...heehhe..
-nadia the rockin' mama-
jaded dearie,
tak payah paham...it's their music that matters. just enjoy the music, my friend...:-)
-luv, peace, empathy-
nadia the rockin' mama...
ntah la..band2 legend ni, kalo diorng ni pecah belah mcm mana pun, hatta r.i.p masuk kubur terus pun, aku still buleh layan lagi & enjoy the music. aku ni minat yg olskool stuff when it comes to rock kapak.tu la pasal aku tak kesah sgt...hehehehe...lgpun, aku giler kat wings!! haha. lain la hubby aku, kutu rock yg sorang lagi tu..dia kipas-susah-mati search. kitorg slalu bertekak pasal wings vs search! hahaha...
btw, ko panggil aku 'nad'?..heh...biasenye geng2 sekolah aku ni..sape yek?
hehehe..jaded...ckp tak brenti..jenuh aku baca sbb takde full stop sume. sure marah habis ni yek?...haha..lepak...rajin2 kan gak la visit duniasearch.com tu..mane tau, diorang terbaca komen ko kat sini & lekaih2 update site diorang tu ke? haa...
pe pun, thanks le sbb sudi visit blog aku & hubby ni. long live rock kapak!
jaded..
mcm takde je. x tau la kot2 my dearie yatt tau..:-)
jaded,
so..dah puas hati?..hehehehe...
Din perlu disingkirkan,dia main dadah beb....
kau orang ni semua tahu tak?Din banyak masalah beb, dia dah main dadah...semua angota search dah berbulu dgn dia, sebab tu diaorang nak ambik hillary masuk semula,
rock kapak,
tauuu...cite lama tu. :-) anyway, thanks for visiting our blog.
keep on rockin'
kutu rock: nadia the rockin' mama..
Wa paling suka Intro yg Hilary main ialah lagu Kau Pergi .... dasat giler Intro tu punye bunyi .. pada zaman ia di hasilkan.
Tapi kalau solo lagu pada pandangan aku .... melodi Kid lagi cantek ...baik lagu fast dan ballad ... solo guitar Kid lagi sedap dari Hilary. Kid punye solo macam Van Helen punye style.
Tapi hilang seri kalau Kid dan Din xde dlm Search .... hilang minat nak beli CD nanti ... tambah jer satu guitarist ... jadikan 3 guitarist ... sure gempak. Mati kutu band band lain punyeee !
yeah yeah ! tambah satu lagi guitaris!!!!
Bro! Tahniah on your blog...cuma gua nak promote laman Search yg kawan gua buat sama2 ngan Search. http://www.duniasearch.com
web tu dah biasa pun org tgk,masalahnya lama tak update!berita pasal hillary ni pun tak keluar2 lagi kat situ.aku rasa dlm byk2 comment kat atas ni ada dah org mention psl duniasearch.com ni.
Best nye kalau betoi2 HILLARY joint SEARCH balik... Masa aku tengok show Search kt stdum Merdeka, Backroom & Cdc ari tu, persembahan KID & DIN amat mendukacitakan. Din memang lalok abis masa kt backroom. KID pulak solo macam taik. Baik tengok Man Kidal/Samad solo. Jauh bezanya....
apa2 pun GOODLUCK utk SEARCH.
Wa -OTAI- ROCK- akan sentiasa follow dARI belakang..
....JANJI NGEROCK....
Wahai encik Anonymous yang kawannya buat website Search tu,
Thanx sbb visit blog ni. Website Search tu memang kitorang selalu masuk, tapi masalahnya tak update langsung.
Mungkin encik Anonymous bleh tolong kami kat sini dgn cara ngendeng la sikit kat kawan lu ni pasal story terbaru search. Buleh share2 kat sini.
Utk enciuk anonymous yg lain plak, thanx sbb sudi singgah jugak.
KEEP ON ROCKIN' BRO!!
mase kat melodi tu ko org nampak x edry hashim..dia jadi jurutera bunyi kat studio tu...wa x minat betol la kalau dia yg jaga sound...dia punyer sound x best beb...
jaded..,wa takut tetiba ajer si edry tu join search..kalau dia join search sumpah wa dah tak beli lagi ler album search.
alamak aii...kutu-kutu rock laki bini ni tak tengok la melodi tu. so, takleh nak komen. all apologies, dear friends...:-)
jaded,
haa..ni ha...kutu rock yg sorang lagi nak jwbkan...kitorg mmg kompom tak pegi sbb kitorg dok sebok makan nasik minyak kat sana sinun..hehehe...
ha??..dah jadik forum search plak kat sini yek? baguih..baguih...berguna jugak blog kitorg ni kan?...hehehehe...thanks all for the support!! cayalah!
-nadia the rockin' mama-
"Hey j-j-jaded
In all it's misery
It will always be what I love and hated
And maybe take a ride to the other side
We're thinkin' of
We'll slip into the velvet glove
And be jaded..."
hehehehe...teringat plak lagu ni..sorry, iklan jap. :-)
-nadia the rockin' mama-
Sahih ! Sah Hillary join balek Search dgn tersingkirnya Kid.
Penggambaran video klip Search utk lagu baru yg di ambil dari album terbaru mereka telahberlangsung di Studio Utusan. Hillary turut serta dalam penggambaran klip video tersebut. Lagu ciptaan Edry Hashim. wa x minat Edry Hashim ni ! Apa la Search buat malu jer.
Jgn lupa 26 hb Mei di Hardrock akan berlangsung sidang akhbar pelancaran album.
Nasib baik line up group masih kekal Search Original.... kalo Edry Hashim yg ganti Kid gerenti aku boikot Search !
Pelik kenapa Search tak buat lagu sendiri ? Mixing sendiri ?
hmmm..dasat korang nih! ngalahkan press lagi! 26hb ke 31hb?...ah, tak kesah la. sesape yg pegi nanti jgn lupe taruk info dekat HANYA ROCK N ROLL, okeh??
Din masih anggota Search. Yang xde cuma Kid.
Anggota Search kekal berlima Amy, Nasir, Yazid, Din dan Hillary. Rakaman klip video tersebut dlm proses editing. Yg pasti pelancaran album dalam bulan ini jugak. Jgn x beli yg original. Sumber rahsia tapi memang sah.
Sedih jugak wa Kid kene keluar. Yg tak best nya sound album dibawah Edry Hashim dan ada certain lagu ciptaan Edry. Siapa perasan lagu Suralaya Dlm D Major nyanyian Amy ciptaan Edry tu macam lagu Aerosmith yg popular tu. Xde identiti.
Anyway gud luck to Search with their latest album !
kid yg kena kluo?...:-(...aisehhh...tak ngape le kid. gua ttp sapot lu. cewahhh...hmmm..teringat rantai yg dia bagi kat member gua masa gersang turun ipoh. ..ala..rantai yg pendantnya kepala kerbau, tali kasut tu..kid slalu pakei time dia ngan gersang.
kid ni yg best time konsert. dia ni jenih yg movin'!! tak mcm hillary yg lebih emo sorang-sorang kalo perform. tapi tu pendapat aku je le..gonna miss you, kid!!..
gua rase search nak buat gimik ajer.. pasal album empire garden ni album projek khas,dlm album ni diaorang kumpulkan semua bekas angota diaorang.percaya la ni semua gimik nak buat gempak album diorang.hillary tak akan bodoh nak masuk balik search.tiada siapa akan disingkirkan hanya penampilan khas sahaja untuk melariskan album diorang dan untuk mencapai kemenangan dlm anugerah AIM akan datang sebagai album rock terbaik.
jaded...bagi wa album KARISMA tu album paling rock moden beb...
muzik diaorang main dlm album tu melangkau 3 tahun kehadapan beb..
karisma?..."melayar bahtera" ialah satu lagu yg bisa membuat mood rasa seksi..haha. power kan? gua suka giler lagu tu!!...
Wow! solo Teguh memang dashyat kalau kite dgr menggunakan Hi-Fi yg baik(jika didengar betol betol ada ekor dlm solo Teguh ni). Siapa pernah dgr solo Kid dlm lagu KANTA BIRU album Bikin Wilayah ? Gempak ... macam solo Habil Qabil jugak !
Kid punye arrangement solo teratur lepas satu skill satu skill lain dlm satu lagu yg sama.
X macam guitarist lain yg solo nya hanya satu skill utk satu lagu dan sound kekal sama.
Secara peribadi aku meminati solo Kid daripada Hilary.
Tapi orait jugak HIlary yg masuk balik ... Din pun masih dlm Search. OK la tu. Kire Search jugak. Jgn orang yg mengarut ngarut sudah la.
lega rasanya bile edrie tak joint SEARCH... tapi menyebuk je buat sound utk album SEARCH. Klau KID kluar dan diganti ngan Hillary bagus gak. Album nanti boleh jadi mcm LANGIT & BUMI, MENTARI MERAH,..
BEST TUUU...
- Ingat lagi show SEARCH kt Pesta Laut Lumut.Tahun 93. Main 10 lagu je sebab hujan...
musti ada certain qualities yg buat amy or search pilih utk collaborate ngan edrie kan?..takkan sumenye tak best je. setiap manusia ni kan ada kualiti pros n cons nye?:-)
peace.
aku harap agar kid kekallah hendaknya dengan search...dah 17 tahun beb..takkan nak disingkir mcm tu je...kid punya imej seorang rockers tulin. best betul tengok masa dia main dlm lagu menara kesesatan kat konsert stadium merdeka dulu.cuba tengok cd konsert 2004 tu lagu tu dia main memang dasat gila. gua support lu kid!!!
like i said tadi, performance-wise, kid lebih happening!..tak kesah la kome oiii....ni konsert wings kat orange club jadi ke tak ni???.. pastu kalo tak silap this week pun wings jadik artis undangan kat kontes apa ke ntah kat life centre nun...haha..cite wings la plak weii..heh, jgn marah haa..
-nadia: kipas-susah-mati wings-;-)
terjawab le sudah....
Kira ok le jugak kalau dah jadi cam tu. Kid & Din dah tak de jodoh panjang ngan SEARCH. Harap diaorang nie tak gaduh cam bebudak. Kid & Din boleh bagi semangat utk SEARCH. Dan Din pulak- belajar le dari kesilapan..
Album baru nie bile plak nak kluar.?
adussssss...sedih wa la cam ni....wa dah tak teruja nak beli album search la...tapi nasib baik ler si edry tu undangan ajer..yang si din tu pon satu bodoh...apasal ler main dadah....
kita citer pasal ikan mas ker , kuda kepang ker lagi bagus la...
alamak haidi...din dan kid kena keluar jugak.amy kata sejak januari...tapi kenapa kta life centre hari tu kid dan din ada lagi.. secara peribadi search sudah hilang seri...walaupun hillary guitarist berpengalaman, tapi aku lebih suka gandingan brothers ni...gua tetap support lu din aad kid.....semoga lu orang ada projek baru... din, gua selalu nampak lu masa lu duduk kat setiawangsa dulu....
tu...lah jaded, masa dlm melodi, amy kata din dan kid on the way...rupa2nya edrie hashim yg on the way....geram betul aku!!amy kata ada masaalah dalaman tapi dia tak mahu jelaskan.....so kita boleh cakaplah macam2...apa kata kita tanya amy soalan macam ni,sudah dapat gading bertuah,tanduk tidak berguna lagi..he..he.jaded, you tahu tak perkembangan kid pulak? susah nak dapat info tentang otai2 lama ni,duduk kat mana dan tentang keluarga dia jugak tentang din! kalo cerita tentang amy tu banyaklah kat majalah2 hiburan...lagi satu aku letih nak beli majalah hiburan ni bukan apa,asik2 cerita tentang artis perempuan muda2 skandal sana skandal sini..datuk sana datuk sini .. kerabat sana kerabat sini...so info tentang otai2 kita aku tak berapa tahu sangat....
ok jaded,nadia,kutu rock,rock kapak, haidivanhalen,jugak yg lain2....see you!!! harap dapat kasi info....
wow!! semakin panas..lebih panas daripada biasa...hahahaha!!...
p/s: wife kid plak org ipoh...rasenyelah. hehehe..selingan jap.;-)
wokay....kalo tiada aral ke pokok ke yg melintang ditengah jalan ampang tu..maka aku ke sana....sedih betul wa kid dan din tak de lagi ni....
waaa..sesape geng2 yg slalu lepak sini tu bleh le buat mini gathering kat pc tu nanti ye?..:-)
harap KID& DIN bukan terus kluar...
rehat dan belajar kesilapan diri. mana lagi lama? Tunggu album keluar ke @ Din pulih dari dadah.Kalau nak Din & Kid main utk SEARCH...krna tunggu le dalam 7-8 thn lagi. tu pun kalau ok...
Hillary pun bagusss. Edrie pun walau pun menyebuk, tapi kira dia tlg2 je.
sedih + gembira.... suka pasal aku mmg minat gila kat hillary. dia mmg sesuai main rock n roll. tgk la masa ngan cromok... tah apa2 jadi. bagi aku dia mmg gitaris terpenting search. tapi aku tak nafikan kebolehan kid.
sideyyy plak pasal din keluar... peribadi, aku suka line up amy, nasir, yazid, hillary & din. aku setuju dinlah yg telah menaikkan search dgn rif2 nya yg begitu memikat. 'mentari' pulak album rock tempatan terbaik sepanjang zaman bagi aku.
masa mula2 dpt tau hamzah(kid) & din kena tendang dr Search...aku rasa dunia search ni dah xder makner lg....search pd aku dah xder seri nyer lg...bagi aku Din mmg backbone search ngan riff2 maut dia, kid (satriani m'sia) dgn solo futuristic dia...bg aku, diorg berdua ni mmg ngam & xleh dipisahkan (sebab tu search tendang 2 2 sekali)...tapi bila pikir2 balik, life goes on...din mmg ada attitude prob yg teruk (asyik lalok jer), kid lak disiplin kureng sket (lalok dah kurang)antara sebab kenapa empire garden tertangguh...since 2002/03 x silap aku, album yg aku tunggu bagai nak rak tapi x kunjung tiba gak....& aku....tpaksa terima hakikat tu sebab aku dah support search ni since darjah 1 (skang dah nak masuk 3 anak) masih support search...& aku nampak kemasukan Hillary bagai sireh pulang ke gagang bg search & penyertaan Edrie bakal memberi impak baru dlm muzik search (edrie ni aku penah jamm ngan dia sekali masa dia masih dlm gerakan bawah tanah & mmg aku nampak dia nyer future mmg ada dlm industri muzik ni & bg aku....solo2 dia mmg power)...anyway...good luck buat search &....jumpa kat konsert nanti
betul jaded !!! gua ralat jugak kid tak de.. kid dan din tetap search....pasal dua brothers ni lah gua minat search sampai skrg...gua ketagih asik tengok cd konsert evolusi dulu, tengok diorang main lagu menara kesesatan..memang best gila..
Aku suka kid & din..hillary juga aku suka..tp x salahkan..klu search gabungkan kesemuanya...tolong sampaikan kata2 aku ni kat kumpulan search...
salam kepada semua peminat search.
Saya mula dengar lagu search thn 1987, Fantasia Bulan Madu mas tu meletup. Amy rambut ikal tinggi n seluar ketat kan. Nabila masih kecil lagi. Pasal din n kid keluar tu hal biasa. Hillary masuk pun takpe. Edrie Hashim masuk pun ok jugak tapi takleh lah ada 2 lead gitariz...tu cross culture dah. Album search yang terbaik bagi i ada beberapa.
Album kedua "LANGIT DAN BUMI" - 1986
Album ketiga "Mentari Merah Diufuk Timur" - 1987
Album kompilasi "Berpaling"
Album kompilasi "DI PINTU SEPI" -1988 "FENOMENA" - 1989 "KARISMA" - 1990 "RAMPAGE" - 1992 (album ni dah keluar dari landasan Search, tapi best)..Album2 yang tak di sebut tu...jiwa dah lari jauh dari aliran muzik search. Pandangan saya kalau search ada membaca blog ni, cuba jangan bawa muzik yang lari dari landasan search...balik ke aliran DI PINTU SEPI or BERPALING..tu yang terbaik.Fyi, i dengar lagu search tiap hari. Baik dalam kereta or d handphone...Hidup SEARCH.
Post a Comment