Wokey, kepada sesiapa yang ada kat KL dan nak cari barang-barang baikkkkk punya macam kaset/CD/rekod yang rare, DVD, cargo/army pants yang cun, fanzines/magazines yang rock habis, buku/komik seram, grafik..etc.. boots, caps/snow caps, buckles, belts, aksesori, gadgets, t-shirts, figurines dan yang sewaktu dengannya, ada satu kedai kat kompleks Campbell yang mungkin sesuai untuk korang. Nama kedai ni, Tools & Trade (kalau korang nak tau, diorang ada sponsor aksesori etc. untuk finalists 'Rock Unite' baru-baru ni).
Kitorang ni memang kaki kumpul kaset, so bila jumpa kaset-kaset ni, kitorang punyalah excited. Dan untuk hari-hari berikutnya, takde lagu lain dah kitorang pasang. "Say hello to heavennnn...". Haha..
Pada pendapat kitorang, kedai ni sempoi gak la, especially koleksi kaset/CD/rekodnya yang menarik. Pendek kata, kalau singgah sini, sure ada gak satu atau dua barang yang korang tiba-tiba rasa nak beli.
Kalau korang nak trade stuffs kat kedai ni pun boleh jugak. No hal. Sila rajin-rajinkan diri korang ke:-
TOOLS & TRADE ("We share everything except your wife" - catchy, catchy..;-) )
134, Tingkat 1, Kompleks Campbell
Jalan Dang Wangi
50100 Kuala Lumpur
TOWKEY KEDAI:-
Ismawi (017-247 2181)
Ismadi (012-377 5688)
toolsntrade@yahoo.com
For more info, check out:-
TOOLS & TRADE ("We share everything except your wife" - catchy, catchy..;-) )
134, Tingkat 1, Kompleks Campbell
Jalan Dang Wangi
50100 Kuala Lumpur
TOWKEY KEDAI:-
Ismawi (017-247 2181)
Ismadi (012-377 5688)
toolsntrade@yahoo.com
For more info, check out:-
5 comments:
album kompilasi "Pop Is Dead?" - kaset ni macam satu tanda yg muzik alternatif rock mula menyerang malaysia pada masa tu. kalau tak salah, 1994 kan? tahun kejatuhan rock kapak, tahun matinya Cobain, dan alternatif mula jadi... ermm "pop" baru.
"pop is dead" ni adalah antara album wajib in the early/mid 90's. lagu2 band2 dlm tu mmg sempoi habis. sape boleh lupakan "today", "no rain", and yes, "CREEP" - versi un-edited/bukan radio-friendly...tom yorke (kalo tak silap) penah kata yg dia tak suka the clean version sbb feelnya dah tak seikhlas versi original (memang pun).
hmm..agree with you, kamal, dearie. those years, "alternatif" is the new pop and media masa tu banyak melabel band/artists yg kedengaran 'alien' @ baru bagi diorang @ diorang tak boleh nak identify genrenya sebagai "alternatif". but anyway, those years were cool!!
weh.. temple of the dog..!! Aku baru download the whole album siap ngan rare album cover and 3 live performances..! muahahaha...
agak2.. kalau aku jual kat tools & trade mahu beribu kan..? hehe.. Tak nak la.. susah mau dapat tu.
yesss..temple of the dog & suara cornell terchenta masa nyanyi "say hello to heaven" tu bleh buat aku menangisss..fuhh...tu blum kire time dia berduet ngan vedder ku dlm "hunger strike"!!..aghhh...histeria!
aku ada pop is dead tu..plus vol: 2 pun ada...i wanna let it go jugak..
wei u all ada compilation "Circle of Friends " tak? and Swirling Madness...pls bagitau aku if ada...aku nak pinjam..pls jgn kemut..
Post a Comment